SYEIKH MUHAMMAD
NAFIS AL-BANJARI (ULAMA SUFI BANJAR)
Bermula
fasal yang keempat pada menyatakan tauhid azzat ertinya
mengesakan allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi2 maqam tiada
lagi di atasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk
kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orang yang
'arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan mereka itu dan kepadanyalah
diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga2
dan sehabis2 sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang di atasnya
daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan
malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu maqam kunnuhu zat allah ta'ala seperti
firman allah
ta'ala al baqarah
ya'ni
dipertakuti allah ta'ala daripada sampai makrifat akan kunnuhi zatnya
dan lagi)
sabda nabi saw
KULLUKUM FI
ZATILLAHI AHMAQ
ya'ani
sekelian kamu mendapat akan kunnunhi zat allah ta'ala ahma'
ertinya
tiada mendapat kepada kunnunhi zatnya sekali2
(Kata) Syech Abdul Wahab Assyarani qadassalahu sirrahu
di dalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata Syechnya Ali Khawas rodhiallahu anhu
(Bermula)
pengetahuan akan hanya hak allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akan dia
olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya allah ta'ala
itu bukan ia 'ain
yang dihukumkan akandia olih akal dan bukan ia 'ain yang dihukumkan akan dia
olih syuhud hati dan mata
tetapi
adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia 'ain yang dikenal olih mereka
itu akandia dan bukan ia 'ain yang dijahilkan olih mereka itu akandia
(Dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian
itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib
iaitulah 'ain yang disyuhud dan iaitulah 'ibadat yang sempurna 'ibadat wallahu
'alam ah
(shahadan)
tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad
saw jua dan barang yang ada daripada segala anbia' dan aulia' yang di bawah
qidamnya kerana tiada yang dijadikan allah ta'ala dengan zatnya itu hanya nabi
kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut di dalam hadis jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada
khotimah
(shahadan)
bermula kifiyat
yang mengesakan allah ta'ala pada zat itu iaitu
dipandang dengan mata kepala dan dengan mata
hati bahawasanya tiada yang maujud di dalam ujud ini hanya Allah ta'ala jua
iaitu 'ibarat daripada fana' segala zat kita dan
segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk di bawah zat
allah ta'ala sekira2 tiada yang maujud melainkan allah ta'ala jua sendirian
dan adalah ujud segala yang lain
daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada
allah ta'ala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan allah ta'ala jua
ertinya ujud yang lain daripada allah ta'ala itu qhoim ia dengan ujud allah ta'ala tiada qoim dengan sendirinya
tetapi adalah ujud yang lain daripada allah ta'ala itu khayal ertinya menempati
akan ma'dum pada tempat yang maujud
dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud allah
ta'ala
(Kata) Syechuna al'arifi billah assyech Siddiq bin
umar khan rohimallah :
“Bermula segala ujud ghairrullah itu seperti ujud yang
kita lihat akandia di dalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga
kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati
nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud
yang sebenarnya
(seperti) sabda nabi saw:
AN NASU
NYAMUN FA IZA MATU INTABAHU
Bermula
segala manusia itu tidur maka apabila mati merekaitu baharulah jaga mereka itu
(Maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli
attassawuf
(pertamanya) mati khassi namanya iaitu
iaitu 'ibarat bercerai ruh daripada jasad
(keduanya) mati ma'nawi namanya iaitu yang
diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya
“mutu qabla antamutu waman arada ay yan zhuro ila
mayyitin yamsi ‘ala wajhil ardhi fal yan hur ila abi bakrin”
ya'ni
matikan olihmu akan diri kamu sebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak
melihat kepada mayat yang berjalan ia di atas bumi maka hendaklah lihat olihmu
kepada abu bakar
iaitu
'ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan 'ibarat daripada pandang akan
bahawasanya segala ghairrullah itu fana' dan tiada pada haqiqatnya 'intaha'
(Bermula)
ujud allah ta’ala itu ujud
yang sebenarnya dengan nisbah kepada tiap2 suatu yang lain
(seperti)
sabda nabi saw ALA KULLU SAIN MA KHALALLAHU BATHILUN
ertinya ketahui olihmu
bermula tiap2 suatu yang lain daripada allah ta’ala itu iaitu bathil jua adanya
(dan dalil)
yang menunjukan atas demikian itu amat banyak seperti
firmannya
KULLU MAN ALAIHA FANIN WA YARQO WAJHU RABBIKA ZUL JALALI WAL IKRAM
tafsirnya
Bermula tiap2
barangyang ada daripada segala haiwan atau yang bersusun atas zat dan sifat
sekelian itu binasa pada masa yang dahulu dan pada masa sekarang dan masa yang
lagi akan datang dan kekal zat tuhanmu ya Muhammad yang mempunyai kebesaran dan
kemulian
(dan lagi)
firman allah ta’ala KULLU SAIN HALIKUN ILLA WAJHAHU
ya’ni
Bermula tiap2
sesuatu itu binasa ia pada masa yang telah lalu dan pada masa sekarang dan pasa
masa yang lagi akan datang melainkan zat allah ta’ala jua yang tiada binasa
(dan)
sabda nabi saw KANALLAHU LAM YAKUN SAI
UN MA ‘AHU
ertinya
adalah allah
ta’ala itu pada hal tiada ada sesuatu sertanya
(dan)
menambahi ulama (WAHUWA ANA ALA HUWA ALAIHI MA KANA
ertinya
dan iaitu adalah
allah ta’ala pada sekarang ini atas barang yang ada ia atasnya telah berlalu
(dan
lagi) sabda nabi saw yang diriwayat akan dia olih Imam tarmizi
WALADZI
NAFSI BIYADIHIL LAU ANNAKUM DALAITUM BIHABLIN ILAL AEDHI LAHABITHA
ALALLAHISTUMMA QORO ‘A , HUWA AWWALU WAL AKHIRU
erti
Demi tuhan yang
ada diri Muhammad itu jadi dengan qudratnya jikalau kamu hulurkan akan tali
daripada langit ke bumi nescaya turun sampai ia atas ujud allah ta’ala kemudian
daripada ayat maka membaca rasul saw (هو الآول والآخر) hingga akhir ayatnya , Dialah yang awal dan
yang akhir
(bermula)
hasilnya
segala ujud suatu itu dengan dinisbahkan kepada ujud allah ta’ala yang haqiqi itu
khayal dan waham dan majaz jua kerana ujudnya antara dua ‘adam bermula ujud
yang antara dua adam itu adam jua dan tiada ujud pada haqiqatnya itu dengan
sendirinya tetapi adalah adanya itu dengan ujud allah ta’ala ya’ni qoim ia
bijjudillahi ta’ala dan tiada ujud haqiqi itu hanya ujud allah jua
(Kata)
‘arif billah maulana assayed Abdullah
ibnu ibrahim mir’ani rohimallahu di dalam
tuhfatul mursalat:
(Bermula) segala mumkin yang
maujud pada khorij itu pada sekira2 ujudnya iaitu ‘ain ujud alhaq subhanahu wata’ala
dengan sekira2 zhohir mumkin
itu lain daripada allah ta’ala dan sekira2 haqiqatnya ujud mumkin itu iaitu
‘ain ujud allah ta’ala dan mithalnya seperti buih dan ombak dan kendi yang jadi
daripada air beku maka sekelian itu daripada sekira2 haqiqatnya ‘ain ujud air
jua dan daripada sekira2 nafinya lain daripadanya intiha’
(kata) setengah ‘arif bermula alam ini naskhah alhaq
ta’ala
(dan) dan
kata setengah ini cermin haq ta’ala
(kata) AsSyech Al Akbar walkibriyat alahmar
qadassallahu sirrahu di dalam fusus
al Hikam
Dan apabila adalah haq allah ta’ala itu
waqayah bagi hamba pada suatu wajah iaitu keadaan haq ta’ala itu zhohir ia
didalam cermin hamba dan jadilah hamba itu bathin dan apabila adalah hamba itu waqayah bagi haq ta’ala pada suatu
wajah iaitu keadaan hamba itu zhohir ia didalam cermin haq ta’ala maka jadilah
haq ta’ala itu bathin
(maka engkau
katalah) hai salik pada sekelian yang maujud yang dizhohirkan ini barangyang
engkau kehendaki dengan segala ‘itibar yang bersalah2an
(jikalau) engkau
kehendaki maka engkau kata iaitu makhluk yang zhohir ia didalam cermin haq
ta’ala dengan ‘itibar keadaan hamba itu waqayah akan ujud haq ta’ala iaitu ertinya pandang yang banyak
didalam yang satu
(kata) Syech Suhami qadassallah sirrahu sebab didahulukan
‘itibar ini kerana terlebih sukar pada memfahamkan dia kepada segala akal orang
awam
(dan jika
engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu haq ta’ala ertinya rupanya yang
zhohir ia pada cermin makhluk dengan ‘itibar keadaan haq ta’ala itu waqayah
akan hambanya iaitu ertinya pandang yang
satu dalam yang banyak
(dan jika
engkau) kehendaki maka engkau kata akandia itu haq allah ta’ala pun ia dan
makhluk pun ia dengan ‘itibar zhohir tiap2 satu daripada keduanya didalam
cermin yang lain serta ketiadaan tamyiz
akan dua cermin itu kerana bahawanya segala ‘itibar itu hanya thabit ia didalam ilmu haq ta’ala yang tiada
mengubahkan dia olih cenderong pada segala wajah itu
(dan jika
engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu bukan
ia haq allah ta’ala pada tiap2 wajah dan bukan ia makhluk pada tiap2 wajah
dengan ‘itibar beza antara dua cermin itu pada satu wajah dan iaitu wajah yang
membezakan ilmu itu daripada zat
(kata) Syech Abdul Ghani an Nablussi
qadassallahu sirrahu
(bermula) murad keadaannya itu bukan ia haq ta’ala
pada tiap2 wajah itu tetapi adalah ia ‘itibar haq ta’ala itu pada wajah
keadaannya maujud faqad
dan murad keadaannya
bukan ia makhluk pada tiap2 wajah itu tetapi adalah ia itu dengan dengan ‘itibar makhluk pada wajah
keadaannya berupa jua intiha’
(dan) jika
engkau kehendaki maka engkau kata akan dia dengan hairan tercengang pada yang
demikian itu iaitu seperti engkau kata tiada
diketahui mana yang zhohir dan mana yang bathin kerana yang zhohir pada cermin
itu menjadilah ia bathin dengan ‘itibar keadaannya diri cermin dengan tilik
yang lain
(maka
apabila) engkau kenal dan engkau ketahui akan segala perkara wajah ini maka
sanya telah nyatalah bagimu hai salik yang dituntut olih tiap2 seorang daripada
segala orangyang mutaqin akan mertabat ujud dengan ‘itibar zatnya dan zhuhornya
dan jika ada yaqin itu melazimkan bagi tahdid maka tiada mengapa yang demikian
itu
(dan) dalil
yang menunjukan tahdid itu tiada mengapa
atas haq ta’ala bahawasanya jikalau tiada tahdid harus bagi allah ta’ala
nescaya tiada menkhabarkan segala rasul itu dengan tahwil ya’ni yang warid
daripada allah ta’ala pada hadrat zhuhornya dengan bertahwil haq allah ta’ala itu pada segala rupa
(kata) syech abdul ghani alnablussi
qadassallahu sirrahu
Bermula murad dengan tahdid yang harus bagi allah
ta’ala itu iaitu pada zhuhornya jua pada haq ta’ala tiada berubah pada sekira2
bathinnya atas barang yang ada atasnya yang maha besar lagi maha mulia intiha’
iaitu barang satu daripada
ahadiyat bahawasanya allah ta'ala itu tajalli ia pada hari qiamat bagi segala
makhluk rupa yang dimungkarkan
maka firman ia ANA
RABBUKUMUL ‘ALA
ertinya Akulah tuhanmu yang maha tinggi maka jawab mereka
NA’UDZU BILLAHI MINKA ertinya
berrlidunglah kami dengan allah ta'ala daripadamu
kemudian maka tajalli ia
pada rupa segala 'itiqad mereka itu maka sujudlah mereka itu baginya
(maka apabila) adalah
sekelian yang ada itu daripada martabat haq allah ta'ala serta bahawasanya
baginya itu tahwil pada segala rupa padahal tiada rupa itu bagi segala 'ayan
daripada sekira2 'adam
(maka) janganlah engkau
pandang akan 'ain itu sama ada di dalam cermin haq ta'ala atau didalam cermin
makhluk melainkan kepadanya jua dan tiada tertentu yang demikian itu dengan
penglihatan tetapi tiada jatuh hukum itu melainkan atasnya sama ada hukum itu
dengan lihat atau lainnya kerana ma'dum itu daripada sekira2 ia ma'dum tiada
tetap baginya hukum maka tiada hukum itu atas segala 'ayan dengan melihat dan
lainnya itu melainkan 'itibar thubutnya dalam ilmunya yang tiada bolih
mengubahkandia daripada segala perkara intiha'
Samb.....
(Shahadan) Adalah wujud yang
lain daripada Allah taala iaitu fana di bawah wujud allah taala maka tiadalah
yang maujud hak allah taala jua dan wujud di alam ini mazhar wujud allah taala
jua di ibarat misal oleh aribillah kerana menghampirkan kepada faham jua bukan
hakikatnya
(Seperti) laut dan
ombak dan buih , maka laut dan ombak dan
buih itu mazhar air jua dan tiada yang
maujud hanya air jua dan tatkala zahir itu dengan rupa bergerak-gerak maka jadi
dariapdanya ayat ombak dan buih dan tatkala luas tempatnya air iaitu jadi air
laut tetap sekalianya ayat hakikat air jua tiada maujud pada sekaliannya ayat hanya air jua meliputi
wujud air iaitu pada laut dan ombak dan buih kerana jikalau air itu tiada
bergerak dan tiada nampak luas nsecaya tiadalah baginya ombak, buih dan laut,
maka kembalilah ia kepada air semata-mata dan hilanglah omak, buih dan lautan
itu padanya seperti demikinalah wujud allah taala itu meliputi wujudnya itu
pada segala alam ini kerana alam ini tiada maujud hanya ia jua yang alam dan
sekelaian itu fana pada wujud allah taala.
(seperti) seperti firman Allah taala “ WALLAHU BIKULLI SAIN MUHITH”
ertinya “Allah taala meliputi segala sesuatu”.
(Bermula) meliputi itu kata Syeikh Allamah al Arifbillah Maulana Abdul
Rahman bin Abdul Azizi al Maghribi al Umary Rahimullah taala dengan
zatnya yamg melazimkan baginya sifat
pada makna yang tersebut itu kerana allah taala itu nama bagi zat yang wajib
wujud yang mempunyai segala sifat kepercayaan dan kesempurnaan bukannya murad
dengan meliputi itu dengan ilmu fekah seperti tinggal kebanyakan ilmu zohir
yang terdinding mereka itu dariapa mengenall zat dengan sifatnya dengan sempurna
pengenalan dan lagi
Firmannya WAILLAHIL MASRIQU WAL
MAGHRIBU FA AI NAMA TUWALLU FASTAMMA WAJHULLAH
ertinya “Bagi allah taala jua musyrik dan maghrib dasn barang
dimana hadap kamu maka adalah wujud Allah”
(yakni) barang ke mana
engkau hadapakan akan muka mu itu hati atau ruh mu itu atau akal makada adalah
disini zat allah
(dan) lagi firman nya:
‘ WAHUAWA NA AKUM AI NAMA
KUNTUM”
ertinya “Dan iaitu allah
taala serta kamu barang dimana ada kamu”
(dan) ,Aurad dengan berserta
itupun denga zatnya jua yang melazimkan baginya seperti pada makna fana
sekalian alam ini maka tiada yang maujud itu hanya allah taala jua maka barang
di mana ada wujud itu adalah allah taala itu .......
(kata) Sheikh Abdul Wahab Syaroni q.s syarah dalam
kitab al jawaqitu wal jawahir :
“ Barangsiapa mengatakan ma’iyah allah akan makluknya itu dengan
sifatnya fekah maka lazimlah daripada katanya itu boleh nafikan sifat itu daripada zat maka
yang demikian itu mustahil”
(Tetapi) Barangsiapa mengata
ia bahawasnya yang ma’iyah (penyertaan) itu kembali maka sifat jua itu bagi zatnya
maka iaitu adab amat sempurna ia jikalau ada sifat allah itu taiada boelh
bercerai denganzatnya sekalipun maka bercerai akan oleh mu akan dia kerana
bahawasnya itu sangat halus
(shahadan) bermula wujud allah taala dan zatnya itu
bukan ia jama dan bukan ia jauhar dan bukan ia ardh dan bukania ittihad dan
bukan ia hulul dan taiada i a berjihat dan tiada baginya jihat kerana
bahawasnya ia tiada berhad dan tiada berhingga
dan tiada baharu dan berlainan adalah itu dengan tiap tiapa sesuatu
(seperti) firmannya : LAIKAMISLIHI
SA UN WAHUWA SAMI UL BASHIR
ertinya :Tiada seperti allah taala sesuaut jua
apapun dan ia jua yang amat mendengar lagi amat melihat”
(dan) lagi taiad ia
bersahabat dan tiada ia beranak dan tiada ia dieprnakan eda ia taiada sekutu
baginya dan berkehendak tiap tiapa
barang yang lain kepadantya
(Seperti) firmannya : KUL
HUWAL AHAD ALLAH HUSOMAD LAMYALID WALAM YU LAD)
ertinya
“Katakan oleh mu hai muhammad bermula allah taala esa dan yakni berkehendak
tiap tiap orang yang lain kepadanya dan tiada ia beranak dan tiada ia
dipernakkan dan tiada seorang jua pun yang sebangasa baginya”
(Shahadan) manakala tahakik
memadang mu akan bahawasnya tiada yang maujud ini hanya allat taala jua dan
adalah wujud sekalian alam ini mazahir bagi wujud allah taala jua tiada baginya
wujud pada hakikatnya hanyasanya khayal dan waham jua dengan dibangasakan
kepada wujud allah dan tiada yang maujud pada hakikatnya hanya allha taasla jua
maka fana pada ketika itu sekalian makhluk pada perbuatan allah taala dan
asmanya pada sifat allah taala dan zat allah taala maka tiadalahtinggal lagi
pada ketika itu pada makhluk hanya klhyal dan waham jua dan hapuslah sekelaian annarabbin pada
muzar dan dilihatnya akan hakikat alam ini dengan sinarnya maka
adalah dilihatnya segala perbuatan yang didalam alam ini sekelaiannya perbuatan
allha taala adalah hamalan sperti umpama binatang yang tergantung pada hawa jua ditiup angin ke
sanja ke sini tiada baginya perbuatan.
(demikianlah) kelihatan
sekalian asma yang di dalam alam ini
semuanya dilahatanya asma allah taala lain sepertinya pun sekalian sifat allah
dan wujudnya pun sekalian nwujud allahh maka menyalahi ia ketika itu dalam
lautan ahdiyyat allah taala dan tiadalah
hampir diharap akan selamanya drp empunya ayat dan snagatlah keras mabukya
dengan sebab minum ia akan khamar hakikat
dan tiadalah hampir harapana akan
siuman drp sgt pening khamar itu
KAMUS TAUHID ZAT
ahma' (أحمق)
buta @ tidak mampu memahami @ sukar dicapai indera-rasa
'ain (عين)
materi @ kehadhiran @ fenomena @ fatasia
ghairullah
(غيرالله) bukan ketuhanan @ selain tuhan
kunnuhu
(كنّه) keberadaannya @ keadaannya @ hal manifestasinya
ma'dum
(معدوم) tidak ujud @ tidak dapat dikatakan ada kerana kepastian tiadanya @
tidak juga bolih dikatakan kosong kerana tidak pernah adanya
ma'nawi
(معنوى) pengertian yang mendalam @ pengertian disebalik tabir
maujud
(موجود) kelibat @ keberadaan @ dualisma
zat (الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)
adam (آدم) tidak pernah ada @
tidak dapat dikatakan ada kerana tiadanya
majaz (مجاز) dibolihkan bersahaja
mumkin (ممكن) kemungkinanan sahaja adanya bukan sesuatu realiti @ fantasia @ imaginasi @ pemikiran cuma @ figments of the mind
majaz (مجاز) dibolihkan bersahaja
mumkin (ممكن) kemungkinanan sahaja adanya bukan sesuatu realiti @ fantasia @ imaginasi @ pemikiran cuma @ figments of the mind
faqad (فقط) semata2 @ jua @ cuma @ hanya
haq (حق) milik @ haqiqat @ kebenaran
'itibar (إعتبار) metafora @ kiasan @ gagasan kaedah @ jalan pertunjuk
murad (مراد) tujuan @ bermaksud @ mendatangkan ma'ana dan ma'ani
tamyiz (تمييز) perbezaan @ mencerai2kan hingga mendatangkan desriminasi atau kelainan
tahdid (تحديد) menentukan @ mempuat keputusan @ menetapkan @ kata penghujung
tahwil (تحويل) penukaran @ pelencungan @ pengobahan @ tidak telus dikaitkan dengan asal bicara
thabit (ثابت) yg menetapkan @ memutuskan @ tidak berobah
waqayah (وقاية) penjelmaan @ tajalli @ keberadaan @ kehadiran @ penyataan diri
haq (حق) milik @ haqiqat @ kebenaran
'itibar (إعتبار) metafora @ kiasan @ gagasan kaedah @ jalan pertunjuk
murad (مراد) tujuan @ bermaksud @ mendatangkan ma'ana dan ma'ani
tamyiz (تمييز) perbezaan @ mencerai2kan hingga mendatangkan desriminasi atau kelainan
tahdid (تحديد) menentukan @ mempuat keputusan @ menetapkan @ kata penghujung
tahwil (تحويل) penukaran @ pelencungan @ pengobahan @ tidak telus dikaitkan dengan asal bicara
thabit (ثابت) yg menetapkan @ memutuskan @ tidak berobah
waqayah (وقاية) penjelmaan @ tajalli @ keberadaan @ kehadiran @ penyataan diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan