Catatan Popular

Ahad, 26 Julai 2015

KITAB TERSOHOR ”ANA AL HAQ” : (5) HAKIKAT [A’YAN]



Oleh Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-Illahi’ (Sufi Syatariyyah)

Surah Al-Baqarah : 115

’Dan bagi Allah timur dan barat, kemana sahaja kamu hadapkan wajahmu ( mukamu ) di situ ada Wajah Allah. Sesungguhnya Allah Meliputi semuanya dan Maha Mengetahui”.

1 TIMUR menunjukkan Asma’ & Sifat Allah. Barat menunjukkan Keperluan Penzahiran ( tajalli ) yang sama dalam alam Nasut dan alam Mithal.

Tiap tiap Sifat timbul dan bersinar dari timurnya sendiri ( Ism – i – Ilahi ) dan terletak pada objek yang dizahirkan di barat Dirinya sendiri ( Ism- i – kiyani ).

Apabila terdiri qiamat atau Fana yang biasanya digelar Hari Akhirat, matahari terbit di barat iaitu hakikat asma dan sifat akan mempunyai tempat halanya di tempat-tempat perhentiannya dan boleh dilihat. Dengan lain perkataan, hanya ada satu wujud yang timurnya ialah sifat dan baratnya ialah menifestasi dunia.

Ia mempunyai Yang Pasti ( wajib ) dan yang Mumkin pada kedua-dua sisinya. Jika anda lihat dari mana mana sisi, anda lihat Wujud Allah, kekal dalam kekal dan fana’ dalam fana’.

2  Asma’ Allah (nama-nama Allah)  adalah bentuk bentuk yang boleh dikenali dalam ilmuNya . Orang-orang sufi mengelarnya ’A’yan Sabitah’ atau Maklumat (yang diketahui) oleh mutakallimin. Mahiyyat atau hakikat oleh ahli falsafah.

Allah Dalam cintaNya kepada DiriNya sendiri mengurniakan TajalliNya Yang Pertama yang dinamakan (Faid–ul-Al-Aqdas ) dan mereka terzahir dalam IlmuNya.

Kemudian dikurniakan TajalliNya Yang Kedua dan ini dinamakan (Faid Maqdas) danmereka ini terzahir di luar mengikut alatan keperluannya. Yang menunjukkan pertentangan dalam manifestasi sebagai sifat.

3. MAHIYYAT ( bakat bakat atau hakikat)  sesuatu bukan dijadikan oleh perbuatan mencipta Yang Menjadikan, menurut bakat mahiyyat itu. Oleh itu manifestasinya berlainan dan bermacam-macam. Misalnya, tiap-tiap anggota pada badan menerima kekuatannya dari Ruh atau Jiwa tetapi menzahirkan bakatnya sendiri. Maka boleh melihat dan tidak boleh mendengar, telinga boleh mendengar dan tidak boleh melihat.
Bakat-bakat itu qadim (kekal). ”Hakikat-hakikat tidak dicipt oleh Yang Mejadikan, Perbuatan si pembuat tidak berlawanan dengan bakat-bakat itu”

4 UMMUL KITAB ( Ibu Kitab-kitab ) ialah LOH bagi Ilmu Allah. Ianya terzahir dalam KITABUL MUBIN (buku yang nyata)  atau LOH MAHFUZ ( Loh Yang Terpelihara). Di sini Jibrail membaca perkataan-perkataan Allah dan membawanya turun kepada Nabi saw.
Tajjali (kilau cahaya) Allah mula-mula sampai kepada Ummul kitab iaitu peringakat Jabarut, dari situ ia turun ke Loh Mahfuz iaitu sempadan terendah sekali bagi peringkat Malakut (juga digeklar Alam Mithal dan Nafs i-Kul).
Tempat Jibrail ialah dalam sempadan antara Malaku dan Jabarut (iaitu alam mithal dan alam arwah). Apa juga yang terzahir dalam alam benda mula-mula terlukis pada Loh Mahfuz ini. Seperti dinyata dalam al Quran surah An’am” 59 .

”Tidak ada benda hijau atau kering melainkan semuanya tertulis dalam Kitabul Mubin

Demikian tentangn wahi bagi Nabi dalam alam semesta. Berkenaan Ilham bagi auliya dalam kemanusiaan mereka. Ia turun dari Haq melalui peringkat Sirr dan Khafi (Ruh) iaitu kedua-keduanya dalam peringkat Jabarut dan Zamir dan Fawad (kedua-duanya dalam Malakut), sampai pu;a Qalb. Qalb ialah Loh Mahfuz bagi alam mithal wali-wali.

5. Jila ialah satu perkataan bagi penzahiran wujud dalam bentuk-bentuk. Istijila ialah pandangan oleh wujud bentuk-bentuk ini bagi dirinya.

Biji benih melahirkan dirinya sebagai akar pada akar, batang pada batang dan seterusnya.Inlah Istijilanya, inilah panadanagnnya bagi dirinya dalam Tanazzul (penurunan) dan bukan dalam Uruj (Kenaikan).

Pandangan ini membawa lupa, yang mana pengetahuan kedua (jalan uruj) sahaja hilang. Keduaan, ’yang lain’ dan kehambaan (ubudiyyat) adalah hasil pandangan ini.

6. Sinaran Zat pada dirinya sendiri adalah tajalli pertama dan ini adalah suci dan kudus. Ianya digelar Faid Maqdas. Di sini a’yan, yang mana adalah keupayaan (syuyunat) yang paling terdalam sekali, bagi asma dan sifat bersatu (Mundarij) dalam Zat –i-batin. Asma dan sifat adalah keupayaan Zat-i-zahir dan kedua-dua asma dan sifat itu bersatu dalam Zat-i-zahir itu, dan Zat itu sahaja yang diketahui, maka ianya zahir, dan a’yan, asma dan sifat adalah batin.
Dalam proses sebaliknya, apabila Zat menjadi batin, maka asma dan sifat menjadi zahir (dalam ilmuj). Asma dan sifat diketahui oleh Zat pada keseluruhannya. Mengetahui dalam ilmu tenatng asma dan sifat oleh Zat digelar Wahdat atau Hakikat i-Muhammadi, sempadan atau had pertama Zahirul Wujud. Batinul Wujud tidak ada batasan dan terzahir dalam ilmu dengan batasan-batasan asma dan sifat pada keseluruhannya.
Apabila ia menjadi details ( secata perincian ) ianya mewujudkan 4 / empat ITTIBARAT iaitu Wujud, Ilmu, Nur, Syuhud.

Apabila Sifat dan Asma’ mengambil bentuk maka zahirlah A’YAN KHARIJA dan menjadi objek objek dalam Ilmu. Peringkat ini digelar WAHIDIYYAT ( Perbatasan Kedua ) dalam ilmu di mana dapat dibezakan ULUHIYYAT (Suasana Ilmu Allah) daripada RUBUBIYYAT (Suasana Manifestasi Pemerintahan). Apabila Rububiyyat bermula, keadaan atau suasana manisfestasi itu digelar Faid alMuqdas dan ia mula dari Wahidiyyat turun hingga ke peingkat habuk.

Inilah perincian Hakikat Muhammad. Nabi saw pernah berkata: ”Aku dari cahaya Allah dan segala kejadian adalah dari cahayaku”

Oleh itu betullah jika dikatakan tiap tiap objek adalah RASUL ( yang diutus Allah) atau barzakh (batasan antara dua keadaan)
Nabi Besar Muhammad saw ialah Buruz al jamaa dan daripadanya semua barzakh terzahir. Apabila sesuautbarzakh mengambil bentuk, maka bentuknya itu lebih tertentu bagi bentuknya dari yang terdahulu dan yang terdahlu itu menjadi batinnya. Anda dapati keseluruhannya terbayang-bayang dalam tiap-tiap zarrah (atom)


7  Bentuk-bentuk mempunayi tempat berdiri dalam ilmu Allah. Bentuk-bentuk itu bukanlah ’kosong’ yang mutlak, kerana yang tidak ada atau kosong tidak boleh menjadi sesuatu objek atau benda. Wujudnya objek ialah wujud biasa (bertentangan dengan wujud mutlak atau wujud Zat)

Dalam al quran dinyatakan:
”Kamu dahulunya MATI, maka diberikanNya kamu HIDUP” (Al-Baqarah ; 28)

Dahulunya anda bukan diluar. Allah zahirkan wujud anda dengan wujudNya sebagaimana diwujudkanNya anda dalam Ilmunya.

8. Perkataan Ism (banyak :asma) berasal dari perkataan wasm yang bererti mencelup atau dari perkataan Samu yang bererti tinggi atau terang nyata.
Asma menerangkan aspek Zat. Bukan tambahan pada Zat. Asma boleh jadi untuk eprbuatan, untuk sifat atau untuk zat. Asma perbuatan memerlukan satu objek yang padanya perbuatan itu berhenti. Tanpa objek tidak ada kesan yang terlihat. Misalnya murah hati, tentulah memerlukan satu objek yang padanya kemurahan itu dikurnakan.

Di mana Al Ba’ith (Penyebba), Al Hafiz (Pemerhati), Al Khaliq (Pencipta), Al Musawwir (Pelukis), masuk dalam golongan ini.

Jika asma itu tidak memerulakn objek tetapi menyatakan sifat, maka asma itu digelar asma sifat, sperti Al Hayy (Pemberi hidup), Al Qadir ( Yang berkuasa).Al Khabir ( Yanfg mengetahui), dan lain-lain. Semua itu ialah Asma-i-sifat.

Jika asma itu menerngakan zat sahajaj.aka asma itu digelar asma-izati, sepeti Al Muhaimin (Pelindung), Ar Rabb (Pemberi), Az Zahir (Yang nampak), Al Haq (Yang benar) As Samad (Yang merdeka) , An Nur (Cahaya)  dan lain-lain.

Tidak ada Nama Allah yang tidak menunjukkan sesuatu Sifat. Nama itu menyatakan sesuatu aspek ZAT. Oleh itu nama-nama itu bukanlah tambahan pada zat.

9.  Faid al Muqdas ialah wujud yang diberi pada a’yan pada zahir, dalam peringkat Wahidiyyat. Dalam Wahidiyyat ini a’yan itu tetap (A’yan Sabitah). Ianya adalah wujud biasa yang meliputi a’yan. Ulamak mengatakan ini adalah tamnahan pada Mahiyyat (iaitu a’yan). Lebih dari ini, ialah wujud mutlak.

Syekh Abdul Hassam Asy’ari mengelarnya wujud biasa hakikat a’yan pada zahir, Ruh, bayangan yang jatuh atas cermin-cermin hakikat. Yang mutlak tidak disifatkan dengan ’wujud biasa’ sebelum penzahiran ini.

10. Apa sahaja perintah yang keluar pada a’yan dalam ilmu, maka yang sama itu jugalah yang berupa zahirnya. Tiap-tiap a’yan ialah menifestasi satu nama. Tiap-tiap objek adalah manifestasi nama. Nama(ism) memegang jambul objek itu dan memimpinnya.

Firman Allah :

”Apa sahaja yang merayap dan merangkak adalah dalam tangan Rabnya ( KekuasaanNya ) dan rab itu adalah pada jalan yang betul”

Ini digelar JALAN ASMA’. Asma’ HADI membimbing seseorang kejalan yang benar...dan Asma’ MUDHIL membimbing seseorang kejalan yang sesat. Yang satu tidak menganggu yang satu lagi.

Firman Allah :-

”Barangsiapa yang disesatkanNya maka tiada siapa yang dapat membimbingnya kejalan yang benar”

Salah bimbing diluluskan oleh Rabnya ( Tuhannya ) sendiri tetapi dilaknati oleh RAB bagi SEGALA RAB ( Rabbul Arbab ).

Apabila yang kena laknat itu mengadu perihal nasib mereka di Hari Pengadilan , maka hakikat-hakikat A’yan mereka akan dipertunjukkan kepada mereka. Ilmu Allah tertakluk pada hakikat (yang diketahui) ini...

”......tidak ada perubahan dalam Kalimat kalimat Allah itu”(surah yunus:64)

Yang dilaknati akan menyerah pada hakikatnya dan azab mereka menjadi selesa kerana penyerahan ini membawa damai dan selesa,seperti api yang seuai benar dengan semandar, yang mempunyai unsur dalam api itu.

Dalam keadaan, Zat tidak ada pelabagainya iaitu pelbagai sifat, kerana dalam keesaan, akhirNya adalah AwalNya, dan Awal Nya adalah Akhir Nya, ZahirNya dalah BatinNya dan Batin Nya adalah ZahirNya.
Semua aspekNya adalah satu aspek jua. Kalu tidak, tentulah aspek-aspekNya yang berlawanan dan bertentangan itu tidak menjadi satu.

Di sini sifat-sifat yang berbagai-bagai itu menjadi satu dalam aspek kesatuan Zat.Oleh itu, manifestasi Nya (berlawanan dan bertentangan) adalah satu dalam aspek keadaan Zat.

Syeik Akbar berkata: ”Semua objek dalam semua objek”.
Di sini semuanya satu wujud dan satu Zat.

11. Pengetahuan Zat tentang keperluan bakatnya dalam abstrak ialah I’tibar. Dalam peringkata Wahdat, bakat-bakat itu adalah Zat itu sendiri. Apabila zahir pengetahuan ilmu), bakat-bakat itu menjadi ‘Yang diketahui’. Apabila bakat-bakat itu dizahirkan, bakat-bakat itu adalah a’yan objek dan ‘dijadikan’.
Pada peringkat yterakhir, banyak yang I’tibar itumenjadi banyak yang sebenarnya, kerana Zat iu sendiri menzahirkan dirinya dalam banyak ini dan banyaknya zat-zat akan berkekalan.

12  Setelah a’yan Sabitah (Hakikat-hakikat dalam ilmu Allah) mengambilbentuk dalam ilmu, Wujud Mutlak terzahir menurut bentuk dan keperluan mereka.
Oleh itu, pada zahirnya tidak ada yang wujud kecuali wujud allah dan a’yan masih ‘adum (tidak ada) dan pada hakikatnya a’yan, a’yan itu tidak wujud dan dengan itu dengan sendirinya mereka itu bukannya di luar.

13.  Ilmu menurut pandangan ulama ialah perkataan-perkataan dan maknanya.
Menurut Urafa (Arif), ilmu itu ialah mengetahui asma dan objek-objek yang ditunjukkan oleh asma itu.

14.  Pada zahrinya Nafs ialah keduaan (duality) dan pada batinnya ialah Tauhid.
Hadis ada menyatakan:

“Aku mengetahui Allah dengan Allah”

Tiada ulasan: