NUKILAN HJ SAARI MOHD YUSOF (PEWARIS KETIGA ILMU
MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN)
Pak Imam Berimamkan Siapa,
Semasa Mengimani Sembahyang Jamaah?
Kita
Sembahyang Berjemaah, berimamkan Imam. Manakala Imam Itu Sendiri, Berimamkan
Siapa?.
Kita
sembahyang berimamkan pak imam dihadapan kita sewaktu kita bersembahyang
jemaah. Manakala pak imam pula, beriamamkan siapa?.
Saya minta
tuan-tuan beri penjelasan, saya nak tumpang belajar dari tuan-tuan semua!.
Tuan-tuan selalu menjadi imam sembahyang, manakala tuan-tuan sendiri itu,
berimamkan siapa?. Selepas tuan-tuan jawab, baru saya nak jawab!. Sila kemukana
jawapan tuan—tuan agar semua sahabat laman web dapat ukur dalam ceteknya
pendapat tuan!.
Sebelum saya
menjawab soalan, inginlah saya bertanya terlebih dahulu kepada tuan-tuan,
Bolehkah kita mendahului imam?. Seumpamanya semasa kita bersolat, bolehkah kita
rukuk dahulu, sebelum pak imam rukuk?. Sila jawab?…………………..
Sekiranya
jawapan memihak kepada tidak boleh, itu ertinya makna, maksud atau erti iman
itu, adalah merujuk kepada perkara “mendahului”. Imam itu,
ertinya adalah mendahului!. Mendahului pak imam daripada makmum.
Terkemudian makmun daripada imam!. Manakala pak imam itu pula, siapakah yang
mendahului pak imam?. cuba jawab?………………….
Siapakah
yang mendahului pak imam?. Jika kita menjadi makmum, semestinya pak imam
mendahului kita, bilamana kita menjadi pak imam, siapakah pula yang mendahului
kita?. Kiranya kita tahu siapa yang mendahului kita, maka itulah imam kita!.
Cuba
tuan-tuan teka dan nyatakan dalam blog, supaya boleh para-para sahabat kita
berkongsi ilmu dengan tuan. Salah tidak mengapa, kitakan pelajar!. Cuba jawab,
siapa yang mendahului kita?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan