Catatan Popular

Ahad, 26 Julai 2015

KITAB TERSOHOR ”ANA AL HAQ” : (3 ) MUMKINUL-WUJUD [YANG MUNGKIN ADA]



Oleh Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-Illahi’ (Sufi Syatariyyah)
  
1. Cinta: Tidaklah wajar menggelar perasaan ini pada seseorang dengan nama cinta; dan tidaklah betul menggelar pokok gandum (iaitu ilmu) dengan nama pokok yang di Syurga. 

Dalam Al Quran Surah Baqarah : 35, Ertinya: " Jangan hampir dengan pokok itu, jika tidak, kamu menjadi Zalim "

Cinta adalah tarikan kepada yang benar-benar cantik. Memandang kecantikan dalm kecantikan nya sendiri tanpa halangan dari objek-objek alam di gelar keadaan
jam'i. Syekh-al-Akbar menggelar keadaan ini dengan nama jam'i atau batasan pertama atau Hakikat Muhammad s.a.w. ianya adalah cinta Zat pada Zat itu sendiri. Cinta Zat pada alam dinamakan. Cinta Alam pada alam iaitu seseorang lain dinamakan .

2. Allah dalam manifestasi (penzahiran)nya yang pertama ialah a'yan. Keupayaannya terzahir dalam cermin a'yanNya. oleh itu, Allah adalah Bapa a'yan itu di pelihara pada penzahirannya oleh asma dan sifat.

3. Yang terzahir datang dari yang tidak zahir dan yang tidak zahir datang dari yang terzahir. Penzahiran hanya mengambil bentuk. Al Quran surah Al Ikhlas : 3, Yang bererti: ' Dia tidak beranak dan tidak di peranakkan ' 
Zat adalah mutlak dan apa-apa yang terbit daripadanya adalah terhad-Nabi Muhammad s.a.w. adalah terhad dan apa-apa yang terbit daripadanya adalah tidak terhad dan mutlak. Wujud yang terhad tidak boleh lain dari wujud itu sendiri.

Apa-apa yang timbul dari ombak tidaklah lain dari laut itu sendiri. Dakwat pada huruf tidak lain dari dakwat mutlak. Telur datang dari abu ayam dan begitu juga sebaliknya. Dalam cermin alam ini tidak ada yang nampak melainkan Allah itu sendiri dalam manifestasi yang kedua. Dalam cermin Allah " lain dari alam " ternampak dalam manifestasi yang pertama . Oleh itu, alam ini terbit dari Allah dan tidak ada lain kecuali Allah yang nampak dari alam. Biji benih terzahir dalam pokok dan pokok itu di dapati dari biji benih. Apa-apa yang terzahir keluar adalah daripada dalam benda itu sendiri. Dengan itu apa-apa yang keluar dari alam adalah lebih baik dari apa-apa yang keluar dari Allah.

4. Muhammad ialah dari cahaya rahmat dalam kedua-dua alam. ' Dan tidak Ku utuskan  kepada mu, melainkan rahmat sekalian alam". 
Rahmat atau berkat adalah sifat Jamal (indah). Iblis ialah dari api Kebesaran. Jamal menaungi Jalal dalam manifestasi. Kita mohon perlindungan dari perbuatan-perbuatan Syaitan. Jangan hinakan mereka yang jahat tetapi mohonlah perlindungandari perbuatan mereka itu.

5. Segala-galanya kembali kepada asalnya. Pada segi wujud , segala-galanya berasal dari Allah. 
Oleh itu, Muminul-Wujud bergantung kepadaWajibul-Wujud. Untuk Wujud, huruf-huruf dan perkataan bergantung kepada dakwat. Zat benda-benda tidak wujud dan ianya adalah ghayr (yang lain) bagi wujud setiap ketika, segalanya meminjam wujud mereka dari Allah, dan setiap ketika mereka kembali kepada zat mereka yang mana adalah kosong. Sepanjang yang berkenaan dengan wujud , mereka kembali kepada wujud 'yang pasti ada' dan sepanjang yang berkenaan dengan wujud mereka sendiri, mereka kembali kepada kosong. 
Dalam Al Quran Allah berfirman "Bahkan mereka berada dalam ekadaan keliru dan ragu-ragu tentang penciptaan makhluk dalam bentuk baru" (Surah Qaf : 15)

Mumkinul-Wujud mempunyai dua aspek; satu mengadap Allah dan satu lagi mengadap dirinya sendiri. Pada aspek yang pertama, tidak ada apa-apa melainkan Allah. Pada aspek yang kedua, ianya tidak ada, kosong atau binasa sendirinya. " Segala-galanya binasa kecuali wajahnya" 
Pada dirinya sendiri, sesuatu benda itu ialah kosong yang abadi; tetapi pada segi 'wajahnya' iaitu aspeknya terhadap Allah ianya bukan sesuatu yang tidak ada. Kedua: Zat benda adalah sifat Jalal (agung) dan Jamal (indah). Benda adalah manifestasi (penzahiran) dari kedua-dua sift ini. Semuanya sama ada baik atau buruk datang dari pintu kedua-dua sifat ini dan kembali melalui pintu yang sama. 
Tiap-tiap sesuatu ,dalam proses meminjam sesuatu sifat, merasai sifat itu. Perasaan ini menjadi perhubungannya dengan sifat yang di pinjamkannya itu, dan ianya menjadi keupayaan (potentiality) bagi benda itu. Tiap-tiap sesuatu adalah bentuk sifat. A'yan adalah bentuk-bentuk sifat. Apa sahaja yang keluar dari sesuatu sifat adalah kesempurnaan bagi sifat itu. Segala-galanya akan kembali dari alam yang sementara kepada alam yang kekal abadi dengan kesempurnaan yang di terimanya di sini. Apabila sesuatu itu menanggalkan sifat-sift mereka (dan ini tidak lebih dari satu minit, yang batin menjadi yang zahir) Keesaan yang Hakiki menjelmam. Si 'Arif sangat menghargai ini walau pun satu minit di dunia ini. Sesuatu itu tidak kembali kepada zat tetapi hamya kembali kepada sifat daripada mana ia datang. Sifat merupakan keadaan di akhirat kelak. Sifat yang tersembunyi itu akan dizahirkan (manifestasi) di Hari Kiamat.

6. 'Yang Dijadikan' bukan tambahan pada zat dan sebaliknya. Berbilang-bilang (multiplicity) dalam Keesaannya. Yang bererti: " Katakanlah, Allah itu satu" (Surah Al Ikhlas : 1)
Apabila wujud adalah satu sahaja, dengan apa jua ia bersyarikat ?

7. Syekh Muhiyuddin Ibn Arabi mengatakan, Haq adalah 'yang dijadikan' kerana 'yang di jadikan' adalah manifestasi nama-namadan sifat-sifat Haq dan bayangan (buruz) wujud Yang Mutlak dalam beberapa keping cermin. Larangan menggunakan batasan dan had 'yang dijadikan' kepada Dia ilah kerana peringkat-peringkat (tanuzzulat). Oleh itu, buangkan peringkat-peringkat itu dan batasan-batasan itu dan terus menuju Wahdat.

8. Menurut pendapat Ghazur, wujud yang padanya terzahir kesan-kesan dan di gelar. Wujud Biasa adalah sebahagian daripada wujud Mutlak, umpama air ombak yang mana adalah sebahagian daripada lautan, dan ini di gelar Wujud-i-Mutlaq dan Zat-i-bahat (zat tulin). Wujud biasa itu ialah Mumkinul-wujud kata orang-orang Mutakallimin atau Makhluq-i-Mujid (penjadi yang dijadikan) kata orang Musysysyin (pengikut Aristotle) atau (Hakikat) kata orang (pengikut Plato). Oleh kerana wujud biasa adalah sebenarnya Haq, maka wujud objek adalah wujud Allah (tidak ada yang wujud melainkan Allah). Jangan ketepikan lautan kerana memandangkan ombak.

9. Mumkinul-wujud adalah tajali Allah dengan bentuk 'Ayan dengan kekhususannya. Ini di gelar Wujud-i-idafi ia itu wujud yang di zahirkan. Ia juga di gelar bayangan (zil)  Yang bererti :
"Tidakkah kamu lihat bagaimana Tuhan kamu telah memanjangkan bayangannya" (Surah al Baqarah : 45)

Tiada ulasan: