Catatan Popular

Sabtu, 18 Julai 2015

SEJERNIH-JERNIH MAKRIFAT TOK KENALI : MAKNA DAN PENGHAYATAN KALIMAH SYAHADAH



NUKILAN HJ SAARI MOHD YUSOF (PEWARIS KETIGA ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN)


MOHON PETUNJUK TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERSYAHADAH!

Sebelum berkalimah syahadah, terlebih dahulu marilah sama-sama kita memohun petunjuk dan hidayah dari Allah swt, agar lafaz yang terkeluar dari kalam bibir kita itu, dipersetujui, diperkenan dan diredai Allah Taala. Untuk mendapat perkenan atau  persetujuan Allah, hendaklah terlebih dahulu kita tanya kepada diri kita sendiri, apakah kalimah syahadah yang telah berlangsung dikalam bibir kita itu, dihayati dengan sajian  ilmu atau berlangsung dengan sekadar dendagan alunan suara  bibir?.
Hanya hati mereka-mereka yang dituntun,  ditunjuki, dianugerah dan yang dikehendaki  Allah sahaja yang dapat membuka simpulan iman yang tersembunyi disebalik kalimah syahadah. Allah sahaja yang dapat membuka simpulan iman itu dan hanya Allah sahaja yang dapat  memberi petunjuk kearah megetahui rahsia disebalik syahadah.  Simpulan iman yang tersimpul disebalik syahadah itu, teramat sulit untuk dibuka oleh akal. Syahadah itu,  tersimpul disebalik simpulan iman. Simpulan iman itu tersimpul didalam  kalimah  “tahu”  tetapi tidak  “ mengetahui”  (kenal). Perkataan tahu itu, adalah  simpulan yang tersimpul disebalik khayalan akal  atau hanya sekadar angan-angan.

MAKSUD LAFAS SYAHADAH  YANG SEBENAR

Terjemahan sebenar kalimah La Ila haillah itu, adalah bermaksud “Aku mengetahui  tiada lain melainkan hanya Allah”. Jika tidak kita faham dan tidak kita megetahui  makna disebalik   maksud. Berapa banyak sekalipun kita menyebut perkataan bersaksi atau  kita menyebut perkataan naik saksi, tidak bermakna kita sudah bersyahadah!. Lafaz syahadah kita itu, hanyalah sekadar lafasan bibir yang berangan-angan atau berkhayalan akal semata-mata!.
Lafas syahadah dalam keadaan tidak megetahui, adalah lafaz yang tidak terlafaz atau ucap yang tidak terucap. Syahadah dari bibir mereka-mereka yang dalam berkeadaan hilang ingatan, hilang akal, hayal atau dalam berkeadaan mabuk. Lafaz syahadah  dari bibir orang  yang “tidak megetahui” itu, seumpama  garam yang tiada masin!. Lafaz yang tidak diterima Allah!.
Maksud atau makna perkataan “mengetahui” itu, adalah merujuk kepada “mengenal“. Kiranya kita tidak mengenal Allah, apa kesaksian yang hendak kita persaksikan atau yang hendak kita  persembahkan kepada Allah, cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya?.  Setaip yang bersaksi, hendaklah terlebih dahulu mengenal antara satu sama lain. Sepatutnya yang bersaksi itu, mengenal dengan yang  meyaksikannya!.  Sekiranya saksi tidak kenal kepada yang meyaksi dan yang meyaksi pula tidak mengenal kepada yang bersaksi, apakah ertinya bersyahadah?.   Diantara mereka salin tidak kenal mengenal diantara satu sama lain, apa yang hendak kita persaksikan?.  Cuba jawab pertanyaan sayadengan jujur?.

NAIK SAKSI TETAPI TIDAK BERSAKSI. (SAKSI TIDAK MENGENAL YANG  DISAKSI!).

Sekiranya tuan-tuan masih tidak faham apa itu maksud  saksi  dan apa itu maksud yang meyaksi, mari ikut saya,  saya bawa tuan-tuan masuk sekejab kedalam mahkamah!. Saya mahu tuan-tuan menjadi seorang  saksi dalam satu kes rompakan bersenjata yang mendatangkan kematian. Secara kebetulan tuan melihat dan meyaksikan rompakan tersebut dengan mata kepala sendiri. Sebagai saksi, tuan hakim meminta tuan mengenal pasti pelaku yang melakkan rompakan. Hakim mengumpulkan beberapa orang saspek untuk tuan kenal pasti, yang mana satu perompak yang benar-benar melakukan rompakan tersebut. Cuba tuan-tuan jawab soalan saya, bagaimana sekiranya tuan tidak dapat cam atau tidak dapat untuk mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan tersebut, bolehkan tuan disebut sebagai seorang saksi?. Bolehkan tuan dipanggil sebagai seorang saksi?. Sebagai seorang saksi itu, hendaklah mengenal orang yang disaksikannya!.
Begitu juga dalam soal kita berkaliamah syahadah.  Kita mengaku untuk naik saksi bahawasanya tidak ada Allah lain selain Allah!. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, bila masanya tuan mengenali Allah?.  Bilamasanya tuan-tuan pernah melihat Allah?. Sekiranya tuan-tuan belum pernah melihat Allah dan belum pun pernah mengenal Allah.  Bagaimana tuan-tuan nak jadikan diri tuan-tuan itu sebagai seorang saksi, sekiranya tuan-tuan sendiri belum pernah  meyaksikannya. Seorang saksi yang belum pernah dipersaksikan (belum pernah diperlihatkan), mana mungkin dapat menjadi saksi bagi meyaksikan suatu kesaksian ?. Cuba jawab, cuba jawab dan cuba jawab dengan hati yang jujur?.  Boleh atau tidak?. Jika jawapannya memihak kepada “tidak”,  bagaimana kesaksian tuan-tuan terhadap kalimah syahadah yang tuan-tuan sendiri sebut dan yang tuan-tuan sendiri lafazkan?. Tidakkah itu satu pembohongan atau satu penipuan?. Tuan-tuan adalah seorang makhluk pendusta!. Dusta pada Allah, dusta pada pandangan masyarakat dan dusta juga kepada diri sendiri!. Apakah ertinya tuan-tuan dan puan-puan sebagai hamba Allah yang berpaksi kepada kalimah syahadah?. Cuba jawab kepadadiri sendiri!.

KEFAHAMAN SYAHADAH ITU, BUKAN MENGIKUT SEBAGAIMANA KEFAHAMAN AKAL!
Maksud atau makna mengenal itu pula, adalah merujuk kepada  kefahaman Allah, bukan datangnya dari kefahaman atau pengertian khayalan akal atau angan-angan!.  Setelah mengenal Allah, barulah terbitnya perkataan sebutan bibir yang disertai dengan perkara  “rasaPerkataan rasa itulah maksud mengetahui. Lafas dengnan mengetahui itulah, baru sah melafazkan kalimah syahadah. Mari kita sama-sama melafazkan dua Lafazlah kalimah syahadah dengan  megetahui Allah, bukannya dengan pegetahuan kita!. Untuk melafaz bersama dengan mengetahui Allah, terlebih dahulu harus kita faham apa itu pengertian perkataan  “aku”!.
Bilamana menyebut perkatanan”aku”, rujuklah kepada Allah, perkataan “aku” disitu,  bukanya merujuk kepada diri kita!. Diri kita bersifat tidak megetahui, hanya Allah sahaja yang bersifat tahu dan megatahui!. Bilamana menyebut perkataan “Aku megetahui”,  rujukalah bahawasanya yang megetahui itu, adalah sifat Allah swt. Allah itu, tiada lain selain Allah!. Aku itu, adalah Aku. Allah itu, adalah Allah!.  (Allah itu, tiada lain selain Allah).
Selagi kita mengaku kita yang megetahui dan kita yang tahu, bererti kita belum lagi bersyahadah.  Perkataan “Aku megetahui” itu, adalah merujuk kepada Allah. Yang megetahu itu hanya Allah !. Bilamana kita melafaz , tasdiklah kedalam hati dan ingatlah dengan perasaan akal yang lemah itu, bahawasanya yang boleh megetahui akan syahadah kita itu hanya Allah. Yang mengerti dan yang faham akan syahadah kita itu, hanya Allah.
Sesudah  kita faham maksud megetahui Allah, barulah boleh kita tambah dengan perkataan aku bersaksi atau aku naik saksi. Sesudah kita faham akan duduknya makna yang tersirat itu, sebutlah apa sahaja perkataan yang terlafaz oleh bibir,  ia tidak lagi memberi bekas. Kerana yang memberi bekas itu, adalah hanya Allah. Cakaplah apapun yang kita sanggup cakap, ianya tidak sedikitpun memberi bekas kepada Allah, kerana yang terlafaz, terucap dan terluah dari bibir itu, adalah dengan megetahui Allah! (dalam ilmu Allah).
Orang yang dalam berkeadaan tidak megetahui itu, adalah sama dengan orang yag dalam berkeadaan mabuk, lalai, hilang akal atau hilang ingatan. Tidak tahu dari apa yang dilafaz atau tidak tahu dari apa yang diperkatakan. Sekadar sedap mulut untuk berkata!. Sekiranya sekadar sedap mulut, budak kecil atau radia kasetpun boleh mengucap sebagaimana lafaz  bibir mulut tuan-tuan!. Apakah itu yang dimaksud atau yang ditakrifkan oleh syarak?. Mengucap sekadar lepas dari bibir,  apakah itu yang disarankan oleh agama kita?. Cuba jawab pertanyaan saya. Jika tidak betul dari apa yang saya sanggkakan, cuba tuan-tuan ceritakan bagaimana lafaz shayadah yang sebenar?. Cuba tuan jelaskan kepada kami, apa yang hendak dinafi dan apa yang hendakk diisbatkan, cuba tuan jawab melalui blog ini, supaya ramai yang boleh lihat pendapat tuan melalui blog ini dan dapat pula kita pula sama-sama belajar dari tuan!.

KEFAHAMAN SYAHADAH MENGIKUT SULUHAN  ILMU MAKRIFAT (DARI SUDUT SULUHAN HATI)
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.
Bagi mereka-mereka yang sudah mengenal diri dan mengenal Allah, Tidak ada lagi yang menjadi saksi, bersaksi atau menyaksi. Setelah segalanya sudah lebur, binasa dan lebur, apakah lagi yang tersisa atau terbaki pada kita?. Sebagai makhluk, kita adalah bersifat dengan sifat binasa. Setelah binasa segala sifat makhluk, mana lagi adanya kita?. Setelah kita tidak ada dan setelah sifat kita binasa,  siapa lagi yang hendak menjadi saksi?. Seandainya tidak ada saksi, mana mungkin untuk meyaksikan kesaksian!. Saksi itu roh dan yang bersaksi itu  tubuh badan (bibir mulut), manakala yang meyaksikan kesaksian kita itu, adalah  Allah Taala.
Seandainya sifat tubuh badan dan roh kita binasa, kemana lagi hendak kita hadapkan peyaksian kita?.  Itulah makanya bagi mereka yang sudah sampai kepada tahap makrifat, tidak ada lagi yang menjadi saksi, bersaksi dan tidak ada lagi yang meyaksi!. Melainkan garam sudah kembali kepada masin. Tidak ada lagi sifat garam melainkan segala-galanya masin belaka!. Siapa yang hendak menyaksi siapa?. Sesudah segalanya binasa!.
Selagi tidak binasa, tidaklah ia bersyahadah, melainkan sekadar angan-angan atau hayalan akal!.  Bersaksi itu, bilamana ada dua sifat wujud. Setelah wujud diri yang bersifat majazi itu. lebur, mana ada lagi wujud yang lain selain wujudnya Allah!.  Wujud yang lain akan dengan  sendirinya menjadi lebur musnah, bilamana penglihatan mata hati terpandang akan wujudnya Allah!.  Erti wujud itu, bermaksud ada. Sifat ada itu, adalah hanya bagi Allah. Makhuk itu, adalah bersifat dengan sifat binasa!.  Setelah makhluk bersifat binasa, mana ada lagi wujudnya makhluk. Setelah tidak wujudnya makhluk, disitulah baru timbulnya sebenar-benar yang dikataan Allah itu wujud dengan sendiri. Tidak berkongsi wujudnya Allah itu,  dengan wujud yang lain selain Dia.
Bilamana sampainya kita kepada tahap itu, barulah boleh dikatakan bahawa  saksi itu Dia, yang beraksi itu Dia dan yang meyaksipun Dia. Dialah seDia-Dianya. Allahlah seAllah-Allahnya Allah!. Tidak adalah yang wujud, yang ujud dan yang maujud dialam ini selain Allah. Allah itulah Allah, Allah, Allah ………………………………………………………
Inilah syahadah yang sebenar-benar syahadah, pengakuan yang sebenar-benar pengakuan dan tauhid yang sebenar-benar tauhid!. Pengakuan yang bukan setaklat bibir mulut, tetapi pengakuan yang beserta dengan tasdik hati yang ikhlas dan jujur!.  Yang boleh dikatakan ikhlas dan jujurnya tasdik hati itu, setelah kita campakkan garam kedalam sifat  masin.

Tiada ulasan: