Catatan Popular

Sabtu, 18 Julai 2015

TOKOH SUFI ABAD KE11 M (5 H) : Abul Hassan Ali ibn Ja'far al-Kharqani 'alayhi al-rahmah wa'l-idwan [Wafat 425H/1033M]



Bai’at Abu Yazid kepada Abu Hasan dilakukan secara ghaib atau melalui Nabi Hidir yang dikenal dengan istilah bai’at uwaisi. Status kemursyidannya diperoleh langsung dari Nasabut Thareqatut Thaifuriyah. Kemudian darinya ilmu rahasia ini diwariskan.

1 Telah menjadi kebiasaan kepada Abu Yazid al Bustami melawat makam orang-orang mati syahid dan aulia Allah tiap-tiap tahun. Apabila beliau tiba di Khirqan, beliau menarik nafas panjang seolah-olah menghidu bau bunga yang wangi, Apabila ditanya oleh murid-murid beliau , di mana datangnya bau wangi itu, lalu beliau menjawab: “bahawa akan datang di bandar ini kelahiran seorang hamba Allah yang bernama Abu Al Hasan yang peringkat kerohaniannya akan lebih tingggi dari beliau dan menghabiskan hayatnya dengan bertani dan keluarganya.

2  Selang beberapa tahun kemudia Abu Al Hasan pun lahir. Setelah sampai usianya 20 tahun, maka tipa-tiap hari ia pergi mengunjungi makam abu Yazid selepas solat. Di makam itu ia berdoa: ” Ya Allah! Kurniakalah kepada ku sebahagian daripada pencapaian keruhanian yang Engkau beri kepada Abu Yazid.”.
Setelah 12 tahun beliau berbuat demikian itu, satu hari, semasa pulang dari makam tersebut, terdengar olehnya satu suara dari makam itu, ” Hai Abu Al hasan, semua keruhanaianku adalah hadiah hadiah mu ekpada ku”.
Abul Al hasan menjawab: ” Tuan, saya dilahirkan 39 tahun selepas tuan. Bagaimana mungkin tuan menghadaiahkan keruhanian saya kepada tuan?”. Suara itu berkata lagi:’ Saya telah terhalang dalam perjalanan keruhanian saya. Maka saya pun berdoa kepada Allah meminta halangan itu dibuang”.
Saya terdengar suara Ketuhanan berkata: ”Berdoalah kepaeda Nur yang akan meliputi kamu apabila kamu melawat Khirqaan kali ini”. Bila saya sampai di Khirqan, saya betul-betul bertemu denga Nur itu yang meliputi dari bumi sampai ke langit. Saya berdoa kepadaNYa seperti di suruh oleh Allah, maka dari semenjak itu terhapuslah halangan itu”.
Apabila Abu Al hasan pulang selepas peristiwa itu , beliau terasa mendapat kurnia dalam dirinya. Beliau dapat menghabiskan bacaan Al Quran dalam 24 jam, pada hal beliau tidak pun tahu membaca sebelum peristiwa itu.

3. Suatu hari, Abu Al hasan mengali tanah di rumahnya. Tiba-tiba wang perak pun keluar. Ditutupnya tempat itu. Digali pula di tempat lain, dan disitu juga keluar emas. Ditutupnya lubang itu juga. Pada kali ke 3 keluar intan. Lubang itu juga ditutupnya. Digali lagi, ditempat yang ke 4, maka keauar berlian. Itu pun ditutpnya. Kemudian beliau berdoa:” Oh Tuhan ku, walaupun saya dapat seluruh hasrat dunia ini dan harta di akhirat kelak, namun tidak akan saya tukarkan dengan wajah Mu”.

4 Suatu masa, sebelum mula berjalan naik haji, beberapa orang telah berjumpa degann Abu Al hasan dan bertanya kepadanya: ”apa yang harus mereka buat sekiranya penyamun menyerang dan merompak mereka”.
Abu Al Hasan menjaqab:” Ingatlah kepada saya waktu itu”. Dalam perjalanan itu, kafilah yang mereka sertai itu diserang oleh penyamun. Semua barangan dalam kafilah itu dirampas oleh penyamun kecuali seorang yang ingat kepada Abu Al Hasan. Pada masa orang itu ingat kepada Abu Al Hasan, nampaklah olehnya Abu al hasan di hadapanya.
Orang itu dan barang-barangnya tidak kelihartan oleh penyamun itu. Maka selamatlah ia. Setelah kembali, orang-orang bertanya kepada Abu al hasan : ”Kenapa mereka tidak diselamatkan pada hal mereka berdoa kepada Allah. Sedangkan orang yang seorang itu hanya meminta pertolongan kepada beliau”.
Abu Al Hasan berkata:” Kamu semua hanaya menyebut Allah di mulut sahaja, tetapi saya mengingatiNya denga seluruh jiawa raga saya.
Oleh itu, jika kamu semua mengingati saya, saya akan mengingati  Allah bagi pihak kamu semua, dengan seluruh hati dan jiwa, dan permintaan kamu akan dikabulkan.
Tetapi jika kamu semua hanya menyebut Allah dibibir sahaja tanpa terhujam sepenuhnya dalam hati, maka permohonan kamu tidak akan mendatangkan hasil”.

5.  Abu Al Hasan memberitahu seorang daripada murid kesayangannya, ” Pada pandangan dunia Abu Yazid telah mati, tetapi pada pandanganku dia masih hidup dan mengetahui semua gerak gerik ku”.

6.  Suatu hari Abu Al hasan hadir dan mengambil bahagian dalam upacara samaq iaitu tarian muzik keruhanian di rumah seorang hamba Allah. Dalam samaq itu, belaiu telah sampai kepada Zauq (mabuk allah) dan memukul tanah dengna kakinya 3 kali.
Dinding rumah itu  bergoyang dan orang lain merasai seolah-olah dindfng  itu telah menari bersamanya serta juga tanahnya itu. Setelah beliau sedar kembali, beliau ditanya kenapa beliau berbuat demikian. Beliau menjawab: ” Samaq ialah bagi mereka yang dalam kedaaan itu, telah dibawa ke peringkat keruhanian yang tingggi di mana semua hijab tersingkap dan m,ereka dapat melihat alam malakuk”.

7.  Suaut hari, seorang sufi duduk di samping Abu al hasan sambil menunjukkan keramatnya dengan mengeluarkan seekor ikan hidup dari sebaldi air yang diletakkan di hadapan Abu al hasan.
Abu Al Hasan meletakkan tanganya dalam api dapur yang menyala di hadapanya dan mengeluarkan ikan hidup dari dalam api tersebut. Orang itu kemudian meminta Abu Al Hasan melompat dengannya ke dalam api dan lihatlah siapa akan hidup selepas masuk ke dalam api itu.
Abu Al hasan menjawab: ”Menunjukkan keramat itu tidak baik. Marilah kita tengelamkan diri kita dalam lautan fana dan timbul semula dengan mememakai pakaian baqa”  Orang itu pun diam.

8. Seorang murid Abu al hasan meminta kebenaran beliau hendak pergi ke Iraq belajar hadis, kerana tida ada guru yang pakar di tempat beliau itu. Abu Al hasan berkata: ” saya akan ajarkan kepada kamu sebagaimana aku belejar dari Nabi SAW itu sendiri”.
Murid itu tidak percaya cakapa beliau itu. Tetapi semasa tidur, dia melihat Nabi SAW dan baginda berkata: ” Bahawa apa yang dikatakan oleh Abu Al Hasan itu adalah benar”. Maka mulalah murid itu belajar hadis dari Abu Al hasan. Selalu juga Abu Al hasan berkata bahawa hadis itu telah salah. Murid itu bertanya kenapa demikian-demikian itu salah. Abu Al hasan menjawab: “ Nabid SAW sentiasa bersama saya semasa saya mengajar kamu. Apabila suatu hadis salah dinyatakan, mukanya berubah tanda tidak setuju. Dari situlah saya tahu sama ada suatu hadis itu betul atau tidak”.

9. Suatu hari, Abu said, seorang sufi ternama, melawat Abu Al Hasan. Sedang berbual bual itu kerana berkeadaan zauq,  Abu Al; hasan memeluk sufi tersebut.
Setelah kembali ke tempatnya, Abu said menghabiskan masa malam itu dengan bertafakkur, sambil duduk melutut dan selalu juga menjerit dalam kedaan mabuknya itu.
Esoknya Abu said pergi berjumpa Abu Al hasan dan meminta beliau supaya ambil balik percikan cahaya keruhanian yang bersinar dalam dirinya itu akibat pelukan Abu Al hasan itu. Abu said berkata, beliau belum pernah lagi mencapai lemajuan dalam bidang keruhanian seperti yang dicapai oleh Abu Al hasan, dan beliau tidak tahan dengan kedaaan yang terlalu tinggi itu. Abu Al hasan pun memeluk beliau sekali lagi dan kembalilah Abu said tadi seperti sediakala.

10.  Suatu masa Abu Al hasan memberitahu Abu said, katanya: “saya akan jadikan kamu seorang ahli keruhanian yang tinggi kerana Allah telah mengurniakan kamu kepada saya setelah berdoa kepadaNya memohon Dia berikan kepada ku seorang sahabat yang dapat saya berbincang tentang hal-hal keruhanian dengannya. Syjkurlah, Allah telah mengabulkan permohonan itu’.

11. Suatu masa, Syekh Abu Sina datang menziarahi Abu al Hasan. Bila sampai ke rumah Abu al hasan, beliau memanggil tuan rumah itu. Datang lah isteri Abu al hasan. Isteri Abu Al hasan menggelar Abu Sina itu sebagai seorang kafir, dan meminta beliau jangan memanggil Abu Al hasan lagi kerana ia telah pergi mencari kayu api ke dalam hutan.
Abu sina pergi mencari Abu Al hasan dan dilihatnya seekor singa membawa kayu api Abu al hasan itu. Abu sina menundukkan kepalanya tanda hormat kepada Abu Al hasan. Dalam perbualan mereka itu, Abu sina bertanya kenapa isteri beliau megelarnya kafir.
Abu Al Hasan menjawab, bahawa jikalau beliau tidak sabar terhadap isterinya  itu, tentulah beliau tidak dapat menguasai singa itu. Pada malam itu, mereka berbual bual  tentang hal-hal keruhanian dan kesufian. Esoknya, tatkala Abu Al hasan membaiki dinding rumahnya. Sekeping besi yang dipegangnya itu terjatuh.
Sebelum beliau tunduk mengambil kepingan besi yang terjatuh itu, besi itu melayang sendiri pergi ke tangan Abu Al hasan. Dengan itu, keyakinan Abu Sina tentang ketinggian keruhanian Abu Al hasan bertambah teguh dan semua syak wasangka tentang ketinggian ruhanian Abu Al hasan itu pun hilang dan lenyap.

12.  Suatu hari, datang seorang hamba Allah kepada Abu Al hasan dan meminta kepada beliau hendak memakai pakaiannya agar dia dapat menjadi seperti Abu al Hasan juga. Abu Al hasan bertanya:’ Bolehkan perempuan yang memakai baju lelaki menjadi lelaki. Atau orang lelaki memakai baju perempuan menjadi perempuan?”, kata orang itu tidak boleh. Abu al hasan menjawab: ”Jika itu tidak mungkin, bagaimana kamu memakai pakaian saya boleh menjadi saya”.

13.  Seorang alim bertanya kepada Abu Al Hasan dan meminta beliau memberi syarahan kepadanya. Abu Al Hasan berkata: ” Serulah manusia ke jalan Allah dan jangan dipanggil mereka kepada diri kamu sendiri.”
Orang itu terperanjat. Abu Al hasan menerangkan selanjutnya: ”Jika seorang alim itu dengki kepada seorang alim yang lain yang menjalankan tugas sepertinya juga iaitu  menyeru manusia ke jalan Allah, maka itu bererti dia bukan menyeru manusia kepada jalan Allah, tetapi adalah kepada dirinya sendiri. Jika tidak, apakah sebab ia dengki?.”

14. Suatu hari seorang sufi berjalan di atas udara dan turun di depan Abu Al Hasan dan dia mengatakan dirinya sebagai Al Junaid dan Al Syibli pada hari tersebut Mendeagarkan itu, Abu Al hasan masuk ke dalam Zauq dan dalam keadaan itu ia menghentakkan kakinya ke tanah seraya berkata: ” Aku ini Tuhan pada hari ini dan nabi pada hari ini”
Dikatakan oleh Syeikh Attar bahawa inilah keadaanya di mana Al hallaj telah melaluinya.

15. Suatu ketika suara ketuhanan berkata; ” Abu Al Hasan, jika kami nyatakan kepada dunia apa yang kami ketahui dan tersembunyi dari dunia tentang apa yang telah kamu capai, mereka akan lemparkan batu kepada kamu hingga mati kerana ucapan-ucapan kamu itu”.
Mendengarkan itu, Abu Al hasan berkata; ” Adakah kau mahu, Oh Tuhan! Supaya aku nyatakan kepada dunia sebagaimana Engkau layan kami dalam keadaan Engkau itu?, Ketahuilah bahawa tidak akan ada orang menyembah Engkau dan mereka semua akan membuangkan penyembahan mereka terhadap Engkau”.
Suara itu berkata lagi, ” Janganlah hebahkan kepada dunia apa yang kamu tahu tentang Kami, dan Kami tidak akan nyatakan kepada dunia apa yang Kami tahu tentang Kamu”.

16.  Suatu ketika terdengar  suara ketuhanan berkata: ” Abu Al hasan, Kami ini kepunyaan kamu dan kamu itu kepunyaan Kami.”. Abu Al hasan menjawab: ” Oh Tuhan! Engkau Tuhan yang maha Kuasa, dan aku ini hamba Mu yang hina.”

17. Abu Al hasan berkata: ” Apabila aku lupa wujud diriku, saya lihat Yang Haq di sekeliligku dan tiada ada yang lain.”
Allah berkata kepada aku; ” Bahawa tidak ada apa-apa dalam alam ini dan di alam akhirat yang bersektu dengan Nya, Allah sahaja yang ada.”
Abu Al hasan berkata: ” Oleh kerana aku telah membuangkan dunia, aku pun tidak memandangnya lagi. Oleh kerana aku telah bercakap dengan Tuhan, maka aku tidak lagi bercakap dengan insan.”

18. Allah berkata kepada Abu Al hasan: ” Abu al hasan, Kami kurniakan kepada kamu segala-segalanya kecuali ketuhanan.” Abu Al hasan menjawab: ’ Tuhan, buangkan hijab yang akhir ini dari ku. Tentang kurniaan dan penolakan antara aku dan Kamu, kerana itu adalah halangan bagi siapa yang mengatakan Kami itu haknya. Aku pinta supaya tidak ada perpisahan antara Kamu dan aku.”

19.  Abu Al Hasan berkata; ” Ingatlah bahawa Allah itu sentiasa bersama kamu, dengan syarat diri kamu tidak menghalang. Selagi kamu belum ’mati sebelum mati’ (fana) mala selagi itulah kamu tidak akan merasa wujudNya.”

20. Abu Al Hasan berkata: ” Orang yang cinta kepada Mu ingin melihat wajah Mu hingga ke akhirat. Dalam sedih dan suka mereka mencari keredhaan Mu. Orang yang cinta mencari syurga hanya apabila mereka dijanjikan yang mereka akan melihat Mu dan hampir dengan Mu sentiasa

21.  Abu Al hasan menangis kerana dosanya banyak tetapi ibadatnya sedikit

22.  Abu Al hasan berkata: ” Sehingga aku telah yakin dan percaya, bahawa Allah bertanggungjawab memberi nafkah kepada ku, maka barulah aku tidak mabu berusaha mencari nafkah lagi.”

23.  Abu Al hasan berkata: Apabila aku lihat makhluk in semuanya tidak ada upaya, maka aku pun tidak lagi bergantung kepada mereka dan meminta perlindungan dari mereka dan aku pun melepaskan perkaitan dengan mereka”

24.  Beliau berkata: ” Aku tidak mahu menjadi guru sesiapa pun. Aku harap sentiasa dapat berkata dan merasai, ’Cukuplah Allah bagi ku’.”

25.  Abu Al Hasan berkata: ” Aku tidak berkata yang kamu jangan berusaha dan melakukan latihan kerohanian, tetapi hendaklah kamu ingat selalu bahawa bukanlah kamu yang melakukan latihan ruhaniah itu. Sebenarnya kamu tiu adalah alat yang dikawal oleh kuasa Allah. Latihan kerohanaian sebenarnya itu bermula apabila Allah betindak melalui kamu. Latihan yang dilakukan oleh diri sendiri itu adalah ibarat jualan oleh ejen penjual yang diamanahkan dengan barangan dagangan, dan dia berniaga dengan barang –barang tersebut, dan barang-barangan itu pula boleh diambil balik oleh tuan punyanya bila dikehendakinya, dan meninggalkana ejen jualan itu kekeseorangan”

26 . Mereka bertanya kepada Abu Al hasan : ” Adakah tuan takut mati ?”.

Abu Al hasan menjawab: ” Orang mati tidak takut mati.”  Mereka bertanya lagi: ” Apakah maksud dengan taat?”  Jawab Abu Al hasan: ” Hidup tanpa menurut hawa nafsu.”  Mereka bertanya: ”Apakah patut dilakukan untuk mencapai kesedaran terhadap  Allah?” Jawab Abu Al Hasan : ” Anggapalah tempoh hayatmu itu tidak lebih dari nafas yang kamu hirup pada masa kini, kesedaraan itu  datang selepas  tercapainya ,’Memandang  Allah’.”

27.  Berkata Abu Al hasan: ” Semenjak 40 tahun yang lepas, diriku ingikan minuman yang sejuk, tetapi aku tidak memberinya.”

28.  Abu Al hasan berkata kepada Tuhan : ”Semenjak 60 tahun yang lalu, aku mencintai dan menunggu Kamu”. Allah berkata: ” Aku cinta kepada mu dan menunggu ketibaan mu semenjak hari pertama dijadikan segala makhluk”.

29.  Apabila hampir hendak bercerai nyawa dari badan, Abu al hasan berkata:
” Kuburkan aku di peringkat yang lebih rendah daripada Abu yazid kerana tidak patut kuburku lebih tinggi daripada kubur beliau”

30.  Abu Al Hasan telah berjanji dengan Muhammad bin Hasan, bahawa semasa Muhammad hendak meninggal dunia, beliau akan berada di sampingnya. Abu Al hasan meninggal dunia sebelum Muhammad bin Hasan meninggal. Tetapi apabila Muhamamad bin hasan hampir hendak meninggal dunia, beliau melihat Abu Al hasan berdiri di sampingnya dan mententeramkan beliau, Muhammad pun meninggal dunia tanpa mengalami kesakitan.

31. Pada suatu hari Sultan Mahmud al Ghaznawi, kerana hendak menyermpurnakan nazarnya kepada khadamnya Ayaz, telah menghiaskan khadamnya dengan pakaiannya dan meletakkan dia di singgahsananya.
Selepas itu, Sultan Mahmud memakai pakaian pengiring raja dan Ayaz memakai pakaian sultan, dan mereka pergi bertemu denga Au Al hasan. Sultan Mahmud telah memanggil Abu al Hasan agar pergi menghormati sultan. Beliau menyuruh orang suruhan itu berkata kepada Abu Al hasan iaitu jika Abu Al Hasan tidak mahu datang, maka hendaklah dibaca ayat al Quran ini, : “Taatlah kepada Allah, kepada RasulNya dan kepada pemerintah kamu’.
Orang suruhan itu pun pergi kepada Abu Al hasan dan menerangkan segalanya, Abu Al hasan enggan pergi berjumpa Sultan. Beliau menjawab, ”Katakan kepada Mahmud iaitu aku telah tenggelam dalam Allah dan malu rasanya , aku memalingkan wajahku kepada Nabi, ini kan pula kepada Sultan itu”.  Mahmud apabila menerima jawapan itu, mengetahui bahawa Abu al Hasan itu ialah seorang Wali Allah yang Agung. Mahmud dengan pakaian pengiring raja dan Ayaz dengan pakaian Sultan pergi ke tempat Abu Al hasan dan memberi salam kepada beliau. Abu al hasan menjawab salam itu tetapi tidak berdiri mempelawa Sultan yang datang itu.
Beliau terus bercakap dengan Mahmud yang berpakaian pengiring raja dan tidak mempdulikan Ayaz yang berpakaian Sultan. Mahmud berkata: ” Tuan, kenapa tuan tidak hormat kepada Sultan?”.
Abu Al hasan menjawab: ” Semua ini adalah palsu belaka”. Mahmud tunduk dan berkata: ” Saya tahu Wali Allah peringkat tuan ini tidak tertipu oleh hiasan ini.”
Kemudian Abu Al hasan memegang Mahmud dan membawanya ke penjuru seorang diri tanpa pengiringnya. Mahmud bertanya: ” Boleh kan Tuan ceritakan kapada saya tentang Abu yazid”, Abu Al hasan menjawab: ” Barangsiapa melihat Abu Yazid tidak akan terhina di hari Qiamat”, Siapa yang lebih mulia, nabi Muhamad saw atau Abu Yazid, kerana Abu jahal dan abu lahab meskipun telah melihat Nabi tetapi tidak dapat mengelakkan diri dari siksaan di hari Qiamat”.
Abu Al hasan menjawab: ” Mahmud berhati-hatilah dalam kata-katamu, Hormatilah perkara ini, Ketahuilah bahawa selain dari beberapa orang sahabat Nabi dan beberapa orang Auliya di zaman baginda, bahkan Khalifa Islam, meskipun mereka melihat Nabi, tidak mengetahui taraf Nabi itu’. Dalam Al Quran ada diterangkan; ’ Wahai Muahmmad!, kamu lihat mereka menghadap kamu, dan mereka meskipin melihat, namun mereka tidak kenal akan kamu”.

Kemudian Mahmud menghadiahkan Abu Al hasab beberapa keping wang emas. Abu Al Hasan memberi mahmud sebuku roti kering. Malangnya Mahmud tidak termakan roti kering yang keras itu.
Kemudian kata Abu Al hasan, “Oleh kerana tuan tidak termakan roti itu, maka saya pun tidak akan menerima wang emas tersebut, kerana saya telah lama meninggglkan hata dunia”.
Wang tersaebut dikembalikannay kepada mahmud.  Mahmud meminta secebis kain dari Abu aL Hasan sebagai tanda kenangan. Abu al hasan pun memberinya. Tatkala hendak keluar.
Abu Hasan al Kharqani meninggal dunia pada hari selasa. 10 muharram tahun 425 H (1033 Masehi). Beliau di makamkan di Kharqan, sebuah perkampungan Bistam di Iran (Persia).

Tiada ulasan: