Oleh Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-Illahi’
(Sufi Syatariyyah)
1. Tiga peringkat tanuzzulat (penurunan) yang mula itu adalah peringkat dalam dan adalah yang satu dan yang sama itu juga. Ahdiyyat berpadu dalam wahdat dan wahdat berpadu dalam Wahidiyyat. Ahdiyyat berpadu dalam Wahidiyyat. Dalam Wahidiyyat semua asma tersembunyi. Asma mula-mula terzahir dalam Alam Arwah, kemudian dalam Alam Mithal dan selepas itu dalam Alam Nasut (Casual World). Dalam hakikat Muhammad s.a.w. semua asma (nama) tersembunyi.
Beliau bersabda, " Aku adalah dari cahaya Allah dan semua yang lain
adalah dari cahaya ku "
Dalam manifestasi Nabi itu semua nama tersembunyi
melainkan nama Hadi (Pembimbing Yang Benar) Bagi Iblis pula semua nama
tersembunyi melainkan nama Mudhil (yang menyesatkan)
2. Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan. Indah adalah sifat Zat.Allah menjadikan manusia dalam wajahnya. Dilitupinya manusia itu dengan sifat keindahannya sendiri. Oleh itu manusia cenderung kepada yang indah. Allah cintakan keindahan sebelum menjadikan kedua-dua alam. Oleh yang demikian, Allah itu indah dan cinta . Keindahannya adalah cinta dan cintanya adalh keindahan. Dia yang menyintai dan Dia juga dicintai. Dia nampak Dirinya dalam cermin keindahannya sendiri. Dia cinta dirinya sendiri, Allah tidak cinta yang lain dari pada diriNya sendiri. 3. 'Adum (yang tidak ada) ialah yang diluar dari yang di jadikan oleh Allah.
“ Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang
ada di antara kejadiannya sebagai ciptaan yang tidak megandungi hikmah dan
keadilan (Surah Saad : 27)
Allah mempunyai kebaikan yang mutlak dan dari
kebaikannya itu timbul kejahatan. Apa yang nampaknya jahat ialah perhubungan
antara asma (nama-nama) yang bertentangan dan bukannya dari Wujud itu
sendiri; atau timbul dari 'adum. Umpama sebilah pedang yang memotong.
Memotong itu sendiri, bukanlah kejahatan; Ianya menunjukkan kesempurnaan
pedang itu. Memotong tangan orang nampaknya adalah jahat dan ini berkaitan
dengan 'adum. Sebenarnya itu adalah perkaitan atau perhubungan antara satu
daripada nama-nama keagungan dengan yang lain. Berbanding dengan nama-nama
lemah-lembut ianya berupa jahat, tetapi jika dengan sendirinya. ianya adalah
baik.
4. Rumi ada berkata demikian : 'Attar berjalan melalui tujuh bandar Cinta, kami masih di selekoh satu lorong’.
Tujuh bandar yang di maksudkan itu ialah tujuh
sifat-sifat Allah yang di lalui oleh pengembara tadi: dan orang lain berjalan
hanya dalam satu sifat sahaja. Nabi Musa diperkaitan dengan sifat
'kalam" (percakapan) dan Nabi Isa diperkaitan dengan 'Hayat'(hidup).
Atau mungkin juga dimaksudkan kepada yang tujuh ini: badan, mithal, arwah, wahidiyyat, wahdat, ahdiyyat, mutlaq.
5. Muhaqqiqin (orang-orang sufi) menyatakan sifat adalah kekal dan tambahan pada Zat. Hukama (failasuf) menyatakan bahawa sifat adalah zat-bukannlah Dia mempunyai zat dan sifat yang bercampur dan tersusun pada Dia. 6. Hadith ada mengatakan: Yang bererti: " Ada satu pasar dalam syurga di mana ada terjual muka ( atau gambar)".
Ini bermaksud 'tajalliyat' (terbayangnya) Allah. Syekh
Abdul Qadir Jailani ada mengatakan , " Aku nampak Allah dalam mimpi
berupa Nabi "
7. Menurut istillah orang-orang sufi, peringkat dari Wahdat hingga terzahirnya Nabi di gelar pernyataan (epiphany)' Hakikat Muhammad ' 8. Kebolehan-kebolehan (faculties) di gelar malaikat dalam "syariat". Ianya itu adalah manifestasi kuasa-kuasa Ketuhanan misalnya malaikat angin, malaikat api. Telinga ialah manifestasi; pendengaran ialah kebolehannya (faculty).Jika tidak ada badan, maka tidak adalah manifestasi (penzahiran) kuasa ini. Zat Allah terzahir dalam sifat; sifat terzahir dalam kebolehan dan kebolehan terzahir pada badan; perbuatan terzahir dalam athar (kesan). Zat tidak ada penzahiran tanpa penzahiran sifat. 9. Ilmu (pengetahuan) bererti penanggapan (conception) dan pengesahan dan penentuanterhadap objek (yang diketahui).
Nur
(cahaya) ialah manifestasi diri agar ia nampak sebagai ghayr
(yang lain)
Syuhud
(menyaksikan) ialah penyataan(expression) yang ghaib dan
yang batin.
Wujud ialah manifestasi apa yang tidak ada dahulunya adalah bentuk-bentuk dalam pengetahuan, hakikat objek dan mengkonkritkan (maujudkan) nama-nama dan wujud, Dalam peringkat ini, mereka bukan 'majul bijali Jail' (dijadikan oleh kejadian Yang Menjadikan) tetapi mereka tidak zahir sendiri, maka Yang Menjadikan membawa mereka menjadi ada.Pelaku hakikat ini bergantung pada Pelaku; sama ada Pelaku mewujudkan hakikat-hakikat itu pada zahirnya (iaitu mengambil bentuk dalam wujud seperti dikatakan oleh Mazhab Wujudiyyah), atau memberi wujudnya pada mereka yang mana mereka adalah 'adum (seperti di katakan oleh Mazhab Syuhudiyyah), Dia sahaja menjadi sebab athar (kesan) mereka. Jika anda melampaui had ini, anda akan memasuki lingkungan yang mengatakan 'dua' (duality). Ambil misalan dakwat dan perkataan. Wujud dakwat boleh di lihat dalam perkataan yang di tulis. Perkataan dalam tulisan tidak wujud sendirinya. 10. Sifat tidak wujud berasingan dan bukan tambahan pada Zat. Bagi segi pengetahuan, Zat itu ialah pengetahuan itu sendiri. Pada segi wujud Zat itu adalah hidup itu sendiri. Pada segi kehendak, Zat itu adalah iradat itu sendiri. Jika sifat itu hakikat yang berasingan, maka jadilah sifat itu tambahan sebenarnya dan ini adalah tidak mungkin. Zat ialah hidup, pengetahuan (ilmu), kehendak, pendengaran percakapan. |
11 MAWAHID ialah
seseorang Yang Melihat Tiada Ghayr ( yang lain ) Iaitu Dia terdiri dalam Zat
dia sendiri, tidak ia melihat zat yang lain dari masa yanpa permulaan hingga
masa tanpa akhirnya. Ia hanya satu tajalli Zat yang dari DiriNya atas DiriNya
dan melalui DiriNya. Tidak ada ruang bagi sifat di sini.
Firman Allah :-
Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Aku adalah Satu dan tidak ada sekutu denganKu.
Peringkat ini adalah bahaya kerana ada orang yang direjam dengan batu hingga mati kerana perkara ini. Di sini Ayniyat (Kedirian keesaan) Zat dan pembezaan sifat bercantum, yang satu tidak mendinding yang lain. Esanya Zat tidak mendinding banykanya sifat dan begitu juga sebaliknya. Banyak sifat adalah perkara khayalan dalam ilmu, iaitu ia tidak wujud bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam.
Firman Allah :-
Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Aku adalah Satu dan tidak ada sekutu denganKu.
Peringkat ini adalah bahaya kerana ada orang yang direjam dengan batu hingga mati kerana perkara ini. Di sini Ayniyat (Kedirian keesaan) Zat dan pembezaan sifat bercantum, yang satu tidak mendinding yang lain. Esanya Zat tidak mendinding banykanya sifat dan begitu juga sebaliknya. Banyak sifat adalah perkara khayalan dalam ilmu, iaitu ia tidak wujud bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam.
Misalnya Zaid mempunyai
beribu-ribu sifat. Sungguh pun sifatnya banyak namun Zatnya tidak lebih dari
satu, kerana hakikat perkara yang sebanarnya, seperti
1 + 0 +0 = 1.
Sebaliknya pula zat itu
melarutkan dan meresapkan banyaknya otak, dan menimbulkan syak wasangka. Proses
ini jika berlanjutan akan menajdi kufur yang bererti meyembunyikan satu hakikat
dengan kegelapan syak wasangka
”Allah telah menutup hati mereka,
pendengaran mereka dan pandangan mereka ada penutup, dan bagi mereka azab yang
besar” (Surah al Baqarah : 7)
12. Allah tidak ada kualiti dalam Tanzih di samping
dalam pengkualitiannya (Tasbih) dan dikualitikan (dalam tasbih), di samping
dalam ketidak adaan kualti Nya (tanzih). Di samping tasnbih dia ada Tanzih dan
begitu juga sebaliknya.
Pengkualitian Nya dan
tidak ada kualiti Nya adalah secara Tanazzul (penurunan). Dia mutlak dan tidak
tertakluk kepada kedua-dua perkara itu. Dia bukan satu atau Banyak dalam Zatnya.
13. Zat sebenarnya adalah sifat menurut pendapat
orang-orang Sufi dan Filasuf. Zat anda secara sendirinya tidak dapat membolehkan
anda, misalnya melihat. Tetapi Allah tidak bergantung pada pandangan. Dia
melihat dengan Zat Nya. Zat dan sifat adalah satu pada hakikatnya dan
berasingan dalam fahaman anda. Sifat adalah aspek Zat. Oleh itu, bolehlah dikatakan
bahawa sifat sebenarnya adalah zat atau pun sifat itu dalam fahaman anda
berasingan dari Zat.
Syekh Dawud Qaysari ada
mengatakan bahawa pengetahuan Allah adalah sebenarnya pengetahuan Zat Nya,
kerana pada hakikatnya yang diketahui (a’yan atau bentuk-bentuk) adalah ZatNya.
Oleh itu, apa sahaja di langit dan di bumi sehingga zarrah yang halus dengan
Zat Nya dan dengan Ilmu Nya tentang a’yan, meskipun a’yan itu boleh jadi banyak
dalam Ilmu nya, a’yan sebenarnya satu dengan Dia, dari segi wujud, dan dari
segi pembatasan a’yan adalah ghayr atau berasingan.
Dengan demikian, tidak
ada ’yang mengandungi’. Banyak atau lebih dari satu adalah hanya dalam khayalan
sahaja dan bukan dalam hakikatnya.
14. Cahaya gelap adalah menifestasi Jalal, cahaya
terang adalah menifestasi Jamal
’Gelap, jika anda tahu, ialah cahaya Zat.
Dalam ngelap itulah’mata air hidup’.
15. Zat (lahut) adalah punca sifat. Sifat
(jabarut) adalah punca afaal (malakut) dan afaal adalah punca athar (Nasut).
16. Pihak Mutakkalimin berpendapat Masa itu
adalah perkara khayalan, Filasuf berpendapat Masa itu terjadi kerana pusingan
langit dan planet.
Orang-orang sufi pula
mengatakan bahawa Masa itu ialah azali (masa tanpa awal) dan abadi (masa tanpa
akhir)
Kedua-dua ini bersatu.
Cipta dan binasa ada dalamnya. ’Sebelum’ dan ’Selepas; adalah hanya
perbandingan sahaja. Jika tidak, cipta dan binasa adalah dalam ketika yang satu
dan yang sama itu juga. Masa ialah sifat kekal bagi Allah. Ianya tidak ada
pangkal atau hujung. Tidak ada awal dan tidak ada akhir.
17. Masa ialah pusingan ’point’ tahun, bulan, hari,
minit dan saat adalah perincian-perincian masa dan masa itu kekal. Yang lepas
dan Yang sekarang tidak menjadi soal.: ” Tidak ada pagi dan tidak petang dengan Tuhan”.
Masa itu kekal dalam
kekal dan sementara dalam sementara. Point itu sentiasa ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan