|
|
|
1. Hakikat perkataan ialah ' Alif ' hakikat Alif ialah noktah, hakikat noktah
ialah dakwat. Hakikat dakwat ialah cecair, hakikat cecair ialah debu-debuan (
atom-atom ), hakikat debu-debuan ( atom-atom ) ialah unsur dan hakikat unsur,
ialah Cahaya Allah.
Gelap ialah Cahaya Zat, dalam gelap itu ialah " Air Kehidupan "
jika anda lihat dakwat, huruf hilang, dan jika anda lihat huruf dakwat
hilang.
2. Zat ternyata dngan dua
kesempurnaannya, ia itu Zat ternampak pada anda dengan Jamalnya (
keindahannya ) dan Jalalnya ( keagungannya ) Jika ia tidak menampakkan
dirinya pada anda, di mana lagi ia akan menampakkan dirinya ?
Maulana berkata : "Jika anda berkehendakkan bayangannya, lihatlah muka
manusia. Lihat di situ Zat Allah dengan terang dalam senyumannya".
3. Zat dalam peringkat
ghaib tidak di ketahui. Siapakah yang menjadikan ? Apa juga yang ternyata
adalah daripada Sifat. Keujudan ( existence ) di ketahui daripada kesan (
effect ) sifat Hidup. Pengetahuan menjadi gerak daripada sifat tahu dan
seterusnya dengan lain-lain Tujuh sifat. Apa juga baik dan jahat yang adalah
kesan sifat dan bukan Zat. Bagaimanakah dunia ini wujud daripada Sifat ?
Keupayaan sifat berkehendakkan penyataan, misalnya keupayaan Wujud
mendapatkan bentuk penyataan dan menjadi hidup, keupayaan Iradat menjadi
Kehendak dan keupayaan kuasa menjadi tenaga dan seterusnya. Di mana sahaja
anda dapati hidup, ianya adalah kesan Wujud, di mana sahaja anda dapati akal,
ianya adalah kesan pengetahuan dan seterusnya. Wujud mendapatkan bentuk
hidup, pengetahuan mendapatkan bentuk akal, iradat mendapatkan bentuk
fikiran, kuasa - otak, pendengaran - telinga, penglihatan - mata, perkataan -
lidah.
4. Tiap-tiap benda adalah
bentuk satu Sifat. Seluruh alam dunia ini adalah terdiri daripada
bentuk-bentuk Sifat. Perbezaan dan perubahan bentuk-bentuk ini adalah kerana
berbeza dan berubahnya Sifat.
5. Yang pasti ada dan
A'yan tersembunyi dalam ghaib. Apa yang nampak ialah manifestasi ( penunjuk )
Zat Mutlak dalam bentuk A'yan. Zat Mutlak dan A'yan adalah tersembunyi - apa
yang nampak ialah pertanyaan dan misal ( mithal ). Salik tidak melihat Wujud
atau A'yan tetapi hanya kesan-kesannya sahaja.
6. Kita tidak mengetahui
zat Allah itu sendiri kerana ia adalah Ghaib Mutlak, tidak terjangkau oleh
dzauk, perasaan, fikiran, khayalan dan pengetahuan kita.
7. Cinta adalah rahsia
Zat. Ianya adalah Zat dalam patinya ( essence ) Ianya tidak di nyatakan
kepada sesiapa pun walau pun nabi-nabi dan wali-wali Allah. Pengetahuan yang
paling sempurna berkenaannya adalah ' tidak tahu ' Ianya tidak terkandung
dalam pengetahuan atau pun dalam Wahyu- ianya tidak dapat di bawa dalam
lingkungan Keindahan. Apa yang dapat oleh pencinta-pencinta Allah dan sufi dalam
ma'arifat mereka adalah tidak lebih dari penyataan ( epiphanies ) dan misal
sahaja. Yang Mutlak itu tidak dapat di bawa dalam lingkungan penyataan dan
misal. Orang yang nampak bayangan matahari dalam air bukanlah bererti dia
telah nampak matahari itu sebenarnya.
Kata Nabi Muhammad s.a.w.yang bererti, " saya tidak mengetahui Mu lebih
dari setakat mana saya patut mengetahui Mu " Pengetahuan tentang dirinya
adalah dengan Dia jua, tidak berkongsi dengan siapa dan apa jua.
8. Peringkat di mana yang
Haq itu tidak menyatakan kepada dirinya di gelar dan lain-lain. Peringkat di
mana ianya menyatakan atau menunjukkan kepada dirinya di gelar Ahdiyyat -
Sempadan Pertama ( First Limitation ) Hakikat Muhammad dan lain-lain.
Peringkat di mana Ianya menunjukkan pada diri dan pada ' Yang Lain ' secara
perincian di gelar Sempadan Kedua. Peringkat di mana ianya menunjukkan pada
Diri dan 'Yang Lain ' secara terperinci dalam pengetahuandi gelar Hakikat
Kemanusiaan - Nafas Suci. Peringkat di mana ianya menunjukkan secara perincian
( in detail ) keluar di gelar Alam Arwah, Alam Mithal dan Alam Ajsam - dan
alam-alam ini merupakan " yang di jadikan ".
9 Apabila Wujud itu
tersendiri, ia berada dengan sendirinya dan memerhatikan dirinya sendiri.
Tidak ada yang tidak cukup padanya. Ianya pengetahuan yang tidak berlawanan
dengan kejahilan. Ianya sedar tentang ' ke-AKU-an '-nya yang abadi. Syak dan
waham dalam kewujudannya sendiri tidaklah mungkin. Dengan sendirinya Ianya
sempurna. Ketidaksempurnaan adalah berkaitan hanya pada bentuk. Ianya abadi
dan tidak bertukar-tukar dan sentiasa ada. Perkara ' sementara ' dan
bertukar-tukar dan hilang hanya tertentu bagi bentuk.
Hu ( Dia ) yang ghaib menjadi ' Aku '- menzahirkan Dirinya. Oleh itulah
mazhab Syattariyah membuang kenafian dan mengambil ke-ya-an. Sia-sia sahaja
dalam Maraqaba ( meditasi ) jika kenafian yang di pedulikan kerana itu
bererti menafikan perkara yang tidak ada- seperti menghidupkan kuda yang mati
dalam khayalan dan kemudian memukulnya. Dalam agama Syattariyyah tidak ada
memfanakan diri, tidak ada di situ melainkan ' Aku ialah Aku '.
10. Zat itu mutlak.Tidak
berbentuk. jika berbentuk maka itu adalah bentuk yang mutlak ( sebagaimana
yang di katakan oleh Syekh Al-Akbar Muhiyyudin Ibn Arabi ) yang padanya semua
bentuk-bentuk yang ada hadnya bergantung. Ia menjadi manusia berbentuk (
bayangan ) Rahman. Kayu mempunyai bentuk yng tersendiri; lain-lain bentuk itu
tidak ada bersangkutan dengan bentuk kayu yang mutlak. Apabila ia
berkehendak, Ia ambil satu bentuk dalam bayangan - sabda Nabi Muhammad s.a.w.
yang bererti " Aku nampak Tuhan ku berbentuk seorang belia yang tidak
berjanggut " Ini adalah misalan sahaja. Jika tidak tentulah banyak orang
yang akan sesat. Bukanlah yang mutlak yang nampak dalam misalan.
|
|
|
11. Tentang perkara adalah
sesuatu atau benda ( syaii ) adalah terdahulu daripada idea benda itu
sendiri. Jika syaii tidak ada, maka ia menjadi 'adum '( tidak ada ). Sesuatu
yang tidak ada tidak boleh terdahulu daripada ada. Ini adalah prinsip pertama
. Apabila anda berkata Zaid sedang berdiri , buah fikiran ( idea ) tentang
sakhsiah ( personality ) Zaid itu adalah terlebih dahulu daripada berdiri.
Kecuali wujud, semua sifat-sifat Allah yang lain datang selepas Zatnya. Oleh
itu wujud itu sendiri adalah Zat. Pihak Mutakallimin, bagaimana pun
menyatakan bahawa Hakikat Zat adalah terlebih dahulu daripada wujud.
12. Wujud yang paling nampak sekali adalah wujud Allah. Wujud benda-benda
lain adalah dengan cahaya Allah. Apabila anda memerhati, anda memerhatikan
mula-mula sekali cahaya Allah, kemudian wujud rupa yang di tunjukkan oleh
cahaya ini. Apabila anada membuat sesuatu rupa atau bentuk dengan gula atau
lilin, anda mula-mula perhatikan gula atau lilin, kemudian bentuk benda itu
yang mana adalah benda khayalan dan tidak wujud pada lahirnya. Ianya ada
dalam khayalan sahaja. Pada lahirnya ia adalah gula atau lilin. Tidak ada
bentuk pada gula atau lilin. Apabila anda pecahkan bentuk itu, semuanya
hancur. Oleh itu bentuk tidak beserta dengan gula atau lilin, ianya tidak ada
ukuran yang menjadikannya dua benda yang berasingan. Bentuk atau rupa adalah
' adum ' dan gula atau lilin itu adalah lahirnya sahaja. Oleh itu, wujud dan
sifat Allah sahaja yang ternampak. jika anda lihat diri anda sendiri dan
benda-benda , anda akan lihat wujud Allah. Apabila anda lihat perkataan dalam
tulisan, anda lihat perkataan dalam tulisan, anda nampak dakwat bukannya
perkataan sebenarnya. Pandangan terhadap diri anda sendiri adalah pandangan
terhadap Allah:
" Barang siapa yang kenal dirinya, kenallah akan Tuhannya". Inilah
rahsia proses ini.
Pandangan terhadap wujud Allah adalah terdahulu daripada pandangan terhadap
diri anda sendiri.
" Allah mengatasi perintahnya ". Jika anda memerhatikan diri anda
sendiri dahulu, anda boleh jadi lupa memerhatikan Haq.
Kerana memerhatikan diri anda sendiri itu adalah memerhatikan diri anda itu
sendiri, yang mana ianya adalah kosong. Memerhati kepada Haq adalah memerhati
wujudnya.
13. ' Sirr ' ialah Hakikat Muhammad. Di atasnya adalah Tidak ada Had. ' Aku '
adalah menunjukkan kepada Tidak ada had itu.
14. Dalam peringkat ( kediaan yang ghaib ) atau ( Yang Tidak Diketahui ), Zat
menunjukkan tidak ada bakat untuk sifat. Di sini ianya tidak dapat di katakan
apa-apa.Ianya tidak ada sifat dan dengan itu tidak ada lakunan ( action ).
Dengan itu daripada apakah dunia ini terzahir ? Sifat menzahirkan dunia ini
bukan Zat. Kehidupan dunia ini ialah kesan ( athar ) sifat hidup. Pengetahuan
yang terzahir dalam dunia ini adalah kesan sifat pengetahuan Zat. Begitu juga
iradat, kuasa, penglihatan, percakapan dan lain-lain adalah kesan sifat-sifat
yang aktif. Oleh itu baik dan jahat adalah daripada sifat dan bukan daripada
Zat. Wujud mengambil bentuk hidup; iradat mengambil bentuk kehendak;
pengetahuan berbentuk akal, dan seterusnya. Segala ini terzahir melalui
anggota ( organ ). Iradat berbentuk hati, kuasa berbentuk otak,
dengar-telinga, lihat-mata, cakap-lidah. Tiap-tiap zarah ( atom ) adalah
bentuk satu sifat. Pengetahuan dan iradat mengambil bentuk sebagai dunia
dalam Wahdat.Dunia adalah manifestasi atau zahirnya sifat dan lebih tepat
lagi adalah satu bentuk atau rupa sifat. Tiap-tiap sifat menampakkan dirinya
dalam satu bentuk ( form ). Persamaan dan perbezaan dalam bentuk adalah
kerana persamaan dan perbezaan dalam sifat.
15. Jika Zat yang tidak terhad itu adalah mempunyai pengetahuantentang
dirinya yang tidak terhad itu, maka Zat itu tentulah terhad pengetahuannya.
Jika ianya tidak ada pengetahuan demikian, maka Pengetahuannya atau ilmunya
tentulah tidak sempurna. Jika 'Yang Di ketahui ' itu tidak berhad,
bagaimanakah pengetahuan atau ilmu meliputinya ? Jawabnya: Zat yang mutlak
mempunyai ilmu yang mutlak pada peringkat ini yang mana perkaitannya dengan
ilmu yang demikian adalah juga mutlak dan mengetahui Dirinya sebagai mutlak. Sempadan
tidak ada di sini. Zat Mutlak terhad oleh ilmu yang mutlak.
Tidak ada sempadan bagi ' yang mengetahui 'dan ' yang di ketahui ' dalam
peringkat itu. Apabila ia turun dari peringkat itu, maka rupa atau bentuk '
yang di ketahui ' menjelma dan itulah sempadan pertama ( first limitation ).
Oleh yang demikian dalam peringkat mutlak, ilmu dan lain-lain sifat hilang
dalam Zat dan Zat tidak terhad oleh ilmu. Pada peringkat ini, ianya Batin
pada Dirinya sendiri.
Sebenarnya ada zahir dan ada Batin ia itu Terhad ( tidak mutlak ) dan mutlak.
Yang satu janganlah di campur adukkan dengan yang lain. Yang tidak Mutlak
mengetahui tentang Tidak Mutlaknya; dan yang Mutlak mengetahui tentang
Mutlaknya. Titik air yang mengalir ke lautan mengetahui tentang ' titiknya ' dan
juga tentang ' lautannya . Pengetahuan yang satu tidak bercampur dengan yang
lain. Ia tahu tentang kecilnya kawasannya dan tentang tidak hingganya 'Tak
ada batasannya 'Apabila Zat dan ilmu bersatu, maka tidak ada ' yang meliputi
' dan ' yang di luputi ' meliputi yang di ertikan sebagai ' Yang Lain ' Di
sini Zat dan Sifat adalah satu.
16. Hakikat syaii ( benda
atau sesuatu perkara ) bebas daripada sifat dan tidak dapat di ceritakan.
Misalnya sakit, apakah itu sakit ?Tidak dapat di ceritakan. Tiada siapa yang
dapat menceritakannya dengan perkataan atau dengan bunyi, dan memberi orang
lain merasai hakikatnya. Orang yang merasainya akan mengetahuinya dan apabila
lebih daripada hadnya, maka berakhir dengan mati. Oleh itu hanya tidak
termasuk dalam lingkungan pengetahuan, fikiran dan kasyaf. Sayyid Muhammad
Gaysudraz ( Wali Allah dari Gulbarga ) pernah mengatakan, " jika anda
menyembelih ayam dan menanamnya dalam tanah, semua Auliya dan Nabi-nabi
bekerjasama dengan seluruh kasyaf mereka tidak akan dapat memperkatakan
apakah hakikatnya pada masa itu." Ayam ialah objek atau benda yang boleh
di ukur. Anda tidak tahu sedangkan sebutir pasir yang halus itu. Sebabnya
ialah hakikat benda itu ialah Zat Mutlak dan Wujud Mutlak yang terlampau dari
sempadan ilmu dan kasyaf. Ianya tidak di ketahui dan tidak boleh di ketahui.
Sifat dapat di ketahui. Zaid mempunyai sifat-sifat ' hidup ',' berkehendak '.
' berkuasa '. ' melihat '. ' melihat, ' mendengar' dan lain-lain. Jika ia
membuang sifat-sifat ini, ia tidak tahu apakah ia sebenarnya. Jikaia
berlanjutan juga menyelidik perkara ini, dia boleh jadi gila. Jika dalam
keadaan gila itu ia mengetahui sesuatu dia hanya tahu yang dia tidak tahu.
Oleh yang demikian, percubaan hendak mengetahui hakikat Zat adalah di larang.
Dan Dia membuat anda mengetahui Dirinya.maksud Surah Ali Imran. Ayat 30.
Ilmu sendiri pun dalam keadaan ta'ajub tentang Hakikatnya kerana ilmu itu
sendiri meleburkan dirinya dalam Dia. Dalam peringkat Zat, ilmu itu sendiri
menjadi Hakikatnya. Sehingga dan kecuali ada persaingan daripadanya, ianya
tidak dapat tahu Zat itu. Bukanlah ilmu itu tidak sempurna kerana tidak tahu
Zat. Jika ilmu dalam keadaan fana, maka usaha mencarinya pun akan fana juga.
Tidak ada kesan. Di sini mencari adalah sebenarnya tidak mencari. Puncak
pengetahuan seseorang tentang Dia ialah tidak tahu ( jahih ) dan ta'ajub.
Zunnun Al-Misri ada berkata, yang bererti " Ilmu dalam Zat Allah ialah
jahil ". Tidak ada Nabi atau Wali yang telah sampai atau akan sampai
tingkat itu. Nabi pernah berkata yang bererti " Aku tiada tahu engkau
lebih dari takat yang di kehendakki oleh ilmu engkau ". Tidak ada
pandangan yang pernah melihat tajallinya Zat. Jika ada pun ia mencapai
tajalli ini, maka ianya binasa atau fana, kerana tajalli Zat melarutkan ( dissolve
) semua cermin manifestasi; yang dengannya Nabi-nabi dan Aulia bersangkutan.
Nabi sebagai manifestasi atau kezahiran pertama dan Wali yang kedua.
Peringkat kezahiran yang kedua larut dalam pertama dan yang pertama larut dan
kedua-duanya meresap masuk ke dalam Yang Tidak Berhad. Tajalli sifat larut
dalam tajalli Zat dan Yang Mutlak sahaja yang kekal. Dia tidak ada yang kedua
dan pintu biliknya tertutup dari semua yang di luar. Seseorang akan masuk ke
dalamnya apabila meninggalkan diri dan menjadi tidak ada diri lagi.
17. Yang bererti, "
Sesungguhnya Allah meliputi segala-galanya " Meliputi ini adalah ibarat
air meliputi ombak, salji, embun, hujan batu dan lain-lain.
18. Hu bererti Zat Mutlak
ia itu tanpa memperkatakan sifat. Nama ' Allah ' menunjukkan Zat dengan semua
Sifatnya. Ahad ialah peringkat di mana semua tunjukkan tidak ada , ia itu
anda tidak boleh gunakan perkataan 'ini', 'itu'kepada Dia. Wahid ialah
peringkat di mana Wujudnya diithbatkan.
19. Allah berserta dengan
Tidak Berhadnya dan sifat-sifat tidak berhadnya, dan ini tidak ada konsep
untuk menceritakannya ia itu Dia tidak ada sifat-sifat terhad. Maka itulah
dikatakan.
Hadith Nabi ada menyatakan,"Ya Allah,Engkaulah yang Awal yang tidak ada
apa pun sebelum Mu;Engkaulah yang Terakhir yang tidak ada apa pun selepas
Mu;Engkaulah Yang Zahir yang tidak ada apa pun atasMu,Engkaulah yang Batin
yang tidak ada apa pun di bawahMu".Tidak ada ghayr (yang lain).Adanya
"ghayr"adalah mungkin hanya apabila wujud Allah boleh
disempadankan.
20. Ism (Nama) bukanlah
hanya perkataan sahaja tetapi ianya adalah Zat yang di namakan itu berserta
dengan Sifat.
|
|
|
21. Zat dan Sifat adalah
satu sepanjang yang berkenaan dengan wujud tetapi berlainan sepanjang yang
berkenaan dengan kesedaran (cognition), umpama kasturi dengan baunya ia itu
satu pada wujudnya. Perbezaan terletak pada sangkaan (appreciation). Oleh
itu, ada persamaan sebenarnya dan ada perbezaan sangkaan dalam Zat. Jika
ianya berlainan seperti dikatakan oleh ahli zahir (exoteric) maka tentulah
ada dasar tersembunyi yang tidak ada had, dan ini adalah mustahil.
Ilmu ialah apa yang meliputi sesuatu objek yang tertentu. Ianya tidak boleh
meliputi sesuatu objek yang tidak ada had. Oleh yang demikian, pada segi
mutlaknya, Allah sedar akan Dirinya. ' Yang tahu' dan 'yang di ketahui'
adalah Dirinya sendiri.
22. Sesuatu benda ada tiga
ukuran ia itu dalam , panjang dan lebar. kalau disingkirkan dalam ,
tinggalkan panjang dan lebardan ini di gelar permukaan (seperti bayang-bayang
dan bayang-bayang dalam cermin) jika di singkirkan lebar tinggallah panjang (
seperti pinggir sekeping kertas) Singkarkan panjang, tinggallah sumber
panjang itu. Ini berbentuk titik (noktah) atau zarah ( atom). Inilah hakikar
semua badan.Ini di gelar (ketidak adaan yang diketahui). Ianya di ketahui
dalam khayalan tetapi tidak ada dalam ruang (space). Pada tingkat ini ada dua
aspek, satu mengadap kepada dirinya di gelar ( Wujud Yang Tidak Ada) dan yang
satu lagi menghala wujud bdan (solid) yang digelar (Ada Yang Mungkin) bahkan
Wajibul-Wujud ( Ada yang Pasti) yang 'Ghayr' baginya adalah tidak mungkin.
23. Zat adalah bebas dan
suci dari dan Rububiyyat, ia itu daripada menjadi 'khaliq' dan 'makluk' yang
mempunyai punca dalam asma (nama) Allah bahkan bebas daripada semua.
Ianya mempunyai dua aspek ialah nama-nama yang tidak bergantung pada
lain-lain nama seperti Qawi (berkuasa) dan Ghani (merdeka) ialah nama-nama
yang bergantung pada lain-lain nama seperti Razzaq (Yang Memberi), Khaliq
(Yang Menjadi) dan Ghaffar (Yang Mengampun).
24. Barzakh ialah sekatan
antara dua keadaan atau benda. Wahdat ialah Barzakh antara Ahdiyyat dan
Wahidiyyat. Wahidiyyat ialah antara wajibul-wujud dan mumkinul-wujud.
25. Tai'yyun ialah had
bagi sesuatu syaii (benda) menurut peranggaran dalam pengetahuan atau di luar
dalam manifestasi (zahirnya) Allah adalah terhad oleh kesedaran atau
pengetahuan yang Wujudnya tidak ada had dan apa-apa sahaja dalam had adalah
penzahiran (manifestasi) Wujudnya Yang Mutlak ada dalam pengetahuan dan tidak
ada di luar dalam manifestasi. Apabila had-had tidak ada, maka ianya Mutlak
dan tidak dapat dianggarkan.
26. Zat itu yang berkenaan
dengan had atau sempadannya yang pertama di katakan 'Aku'
Yang Haq terhad dalam hadnya. Dalam percakapan anda katakan 'aku' (
Gulshan-i-Raz)
Apabila ianya terzahir dalam beberapa bentuk yang terhad, ianya dikatakan
'Kamu' Apabila ianya diluar had dan pengetahuan, ianya jadi'Dia' atau 'Hu'.
Ada juga di gelarkan La Hu apabila tidak dapat lagi diperkatakan tentang zat
dan di situ ganti nama 'Dia'pun tidak boleh di pakai. Apabila tidak ada
pengetahuan tentang dirinya bagi Zat inya sebagaimana kata Junaid. Oleh itu
Dia tidak ada kaitannya (quality-less) dan tidak ada juga 'dikaifiatkan'
(qualityed). Dia dikaifiatkan dalam keadaan tidak ada kaifiatnya, dan tidak
ada kaifiat dalam keadaan dikaifiatkan. Dia adalah hadhir dan tidak hadhir,
satu dan Banyak. oleh itu Dia menyatukan perbezaan dan ketidak-setujuan dalam
Dirinya.
Oleh yang demikian, nama-namanya seperti (Yang menyempitkan) dan (Yang
meluaskan), ( yang Memuliakan) dan (Yang Menghinakan) dan lain-lain nama
lagi. Pertentangan ini tidaklah menyangkal Keesaannya. Nama-nama ini
bercampur masuk ke dalam Keesaannya dan menjadi Satu. Dua di sini menjadi
Satu. Dialah Yang Awal dan dalam aspek itu dan bukan dalam yang lain, Dia
juga Yang Akhir. Awalnya adalah Akhirnya dan Akhirnya adalah juga Awalnya.
Zahirnya menjadi Batinnya, dan Batinnya menjadi Zahirnya. Sifat bagi Keesaan
Zat menjadi bersatu dan bersangkutan dengan banyak, menjadi bertentangan dan
berlawanan. Pertentangan dan ketidak setujuan itu bukanlah sebenarnya; kalau
tidak semua itu adalah 'yang nampak' Dunia ini dinampakkan dan bukan
sebenarnya yang hakiki. Pertentangan itu adalah dalam nampaknya dan bukan
zatnya. Ghazali mengatakan bahawa Nabi-nabi membawa Tauhid dan melepaskan
manusia daripada Syirik dan Kufur untuk mengalih pandangan manusia daripada
pertentangan itu kepada Tauhid. Oleh itu ingatlah bahawa Sifat menyarap dalam
keesaan Zat, dan bebaskan diri dari (syirik terbuka) dan (syirik
tersembunyi); dan carilah yang satu tanpa kesemuanya (allness).
27. "Ism"
bukanlah hanya satu perkataan yang menunjukkan Zat 'yang di beri nama' tetapi
adalah sifat Zat dengan satu sifat dalam wujud seperti Alim (yang tahu) atau
dengan satu sifat tidak dalam wujud seperti Quddus (suci). Ism ialah perihal
benda-benda yang di zahirkan berkenaan yang banyak (multiplicity). Nat ialah
sifat zat dengan kualiti (quality) didapati dimana-mana seperti wujud.
28. Hakikat Allah adalah
Wujudnya dan sebenarnya adalah Zatnya, Wujud Mutlak tidak mempunyai bentuk,
rupa, had, awal atau akhir. Meskipun begitu, Dia menzahirkan Dirinya dalam
berbagai-bagaibentuk tanpa sebarang pertukaran dalam Zatnya.Bolehlah di
umpamakan sebagai seorang yang di kelilingi oleh cermin yang berbaga-bagai
saiz, buatan dan warna. Bayang-bayang orang itu nampak dalam cermin itu
berbagai-bagai pula menurut kehendak cermin-cermin itu. Namun begitu,
sakhsiah (personality) orang itu sendiri tidak berubah. ( Dia sekarang adalah
seperti Dianya dahulu juga )
29. Perkataan Hu (Dia)
ialah untuk 'dia yang tersembunyi' Allah tidak nampak pada segi Zatnya oleh
semua kebolehan pandangan. Di sini Ianya di gelar (yang tidak dapat di
perkatakan)
30. Tasybih ialah
menzahirkan dalam had atau batasan. Tanzin ialah kemutlakannya yang tidak
berhad dan berbatas. Dia dalam Tasybih di dalam Tanzih dan sebaliknya. Dalam
semua kitab yang di turunkan Allah, Dia di perkatakan menurut Tasybih dan
Tanzih.
Yang bererti " Dia tidak serupa dengan apa sahaja, dan Dia mendengar dan
melihat
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan