Oleh Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-Illahi’
(Sufi Syatariyyah)
1. Berkenaan ’bimbingan yang betul‘ ini,
perkara yang penting ialah ilmu dan
dzauk. Jika tidak ,perkara keduniaan ini tetap
seperti biasa juga tanpa ada perubahannya.
Seorang
murid menulis kepada gurunya, “pekerja-pekerja dan kerani-kerani panca-indera sedang
bekerja untuk mencapai kesempurnaan. Mereka mengumpulkan hasilnya daripada
rakyat dan menghantar ke Perbendaharaan Di Raja, tetapi jangan dilaporkan
kepada Raja, saya percaya, melalui ihsan, tuan akan menghantar laporannya “.
Zat mempunyai
sifat dan menikmati rasa mereka, tetapi salik tidak mendapat laporan dan dengan itu tidak
mendapat ilmu. Sebelum timbul tajalli
ilmu, salik itu bukan arif, apabila timbul ilmu, dia kenal akan dirinya. Meski
pun ada sifat, Zat tidak tahu mereka
sebelum timbulnya ilmu . Zat itu menyerap dalam diriNya. Salik itu mempunyai wujud, iradat, kuasa,
pendengaran dan lain-lain. Tetapi jika dia tidak tahu akan sifat-sifat ini,
maka berertilah serupa dengan dia tidak mempunyai sifat-sifat tersebut. Salik mendengar dan melihat, tetapi tidak
tahu yang Allah mendengar dan melihat. Dalam hal ini, Allah mendengar dan
melihat, tetapi salik tidak tahu atau kenal sifatNya. Apabila dia kenal,
jadilah dia arif.
Pengenalan ini membawa pemerhatian dan pemerhatian
pula membawa wujud. Hijab itu diletakkan
pada diriNya oleh diriNya. Dia jadi arif oleh diriNya, dan Dia jadi jahil oleh
diriNya. Tidak ghayr (yang lain).
Ertinya: “Barang siapa Allah bimbing ke jalan yang lurus, maka tidak
ada siapa yang dapat menyesatkan dia, dan barang siapa Allah bimbing ke jalan
yang sesat, maka tidak ada siapa yang
dapat membetulkan dia “. (Hadis)
2. Murid
hendaklah memerhatikan jamal gurunya. Jamal guru itu mestilah dibalikan
(bayangkan) dalam cermin hati muridnya. Dalam cermin jamal guru itu, murid
memerhatikan jamal Allah, hati murid ialah cermin muka guru.
“ Barang siapa melihat Aku, melihat dia Tuhannya “ (Hadis)
“ Hakikat iman ialah memerhatikan Aku. “
3. Orang yang menjalankan suluk boleh sampai
kepada peringkat di mana kebendaan sesuatu benda hilang dari pandangannya, maka di lihatnyalah tidak ada
lain selain Allah. Keadaan ini mereka gelarkan “ Ittisal “ (Penyantuman) iaitu
kebalikan daripada “ Infisal “ (penceraian).
4. Setengah orang-orang sufi memakai pakaian
bulu dan tidak memakan makanan yang lazat-lazat dengan tujuan supaya
orang-orang biasa tidak berkawan dengan mereka. Syekh-al-Akbar berkata bahawa
jika seseorang murid mencari guru lain semasa hidupnya adalah bererti
memutuskan wa’ad (perjanjian) dengan Allah , yang di buatnya pada masa
melakukan bai’at. Pengikut seseorang Nabi tidak mungkin menjadi pengikut
seorang Nabi yang lain, semasa hidup Nabi itu.
5. Tujuan Syaghal (latihan), Zikir dan
Muraqabah ialah untuk membuang segala ingatan selain dari mengingat Allah.
6. Orang yang mula menjalankan suluk hendaklah
jangan di beritahu tentang kecacatan nya
supaya ia tidak menjauhi diri daripada nada. Setelah hati itu suci semua
kecacatan itu akan hilang dengan sendirinya.
7. Syekh (pembimbing) itu boleh jadi di barat
, tetapi beliau tahu keadaan
muridnya di timur. Kebolehan yang paling kurang bagi seorang guru ialah dia mempunyai (membaca hati muridnya) dan ( sedar tentang
keadaan orang yang mati dalam kubur). Jika dia tidak mempunyai kebolehan ini,
maka haramlah dia membimbing muridnya. Dia
tidak boleh menjadi guru. Dia hendaklah tahu keadaan dunia dahulu dan
sekarang.
Beliau adalah khalifah Allah di bumi ini.
Bererti: “ Kami
jadikan dia khalifah di bumi “ (Surah al Baqarah : 30)
8. Guru ialah satu barzakh, melaui dia anda
menghampiri Allah. Anda tidak boleh melihat matahari-kecuali melalui kaca yang
gelap. Pengaruh guru pada muridnya tinggal kekal meskipun guru itu telah
meninggal dunia fana ini.Pengaruh Mansur Al-Hallaj membentuk watak Fariduddin
‘Attar, yang muncul 150 tahun selepas beliau. Seseorang boleh melakukan bai’at
dengan guru yang lain selepas di benarkan oleh guru pertama dan begitulah
seterusnya. Bayazid Bistami mempunyai 12 orang guru. Sebenarnya semua guru
adalah manifestasi satu nama iaitu Al-Hadi. Murid sangat menghormati gurunya –
bukan sebagai pemujaan pahlawan ( hero-worship ) tetapi adalah tanda
cinta.
9. Ada dua jenis murid – biasa dan khusus.
Guru mengajar mereka dengan cara
yang berlainan , menurut kebolehan dan
kelakuan mereka. Murid biasa mendapat pengajaran biasa. Murid khusus
mendapat pengajaran khusus yang tidak di
ajar kepada murid biasa. Bererti : “ Syariat
perkataan ku, Tariqat perbuatan ku dan
Hakiqat keadaan diriku “
Kepentingan
untuk diri sahaja adalah satu racun yang bias bagi orang yang masih murid. Nabi Khidr menerima Nabi Musa sebagai
murid beliau dengan syarat Nabi Musa jangan bertanya apa sahaja yang beliau
lakukan di hadapan matanya. Untuk cerita ini
lihat dalam Al-Quran Surah Kahfi. Nabi Khidr memaafkan Nabi Musa berkenaan perkara menenggelamkan kapal dan
membunuh seorang kanak-kanak, tetapi apabila beliau ditanya tentang perkara tidak mahu menerima
bayaran kerana mambaiki tembok (dinding), Nabi Khidr tidak mahu lagi menerima
Nabi Musa sebagai muridnya. Kedua-dua soalan yang pertama itu adalah
kepentingan syariat dan yang akhir itu ialah
untuk kepentngan diri.
Bayazid
Bistami dan Uthman Khybari sedang berdoa bersama-sama. Uthman Khybari menutup doanya dengan berkata, “ Ya Allah, kurniakan kepada aku
segala yang aku mahu, “ Tetapi Bayazid Bistami berkata, “Ya Allah, hapuskan
semua yang aku mahu,” Uthman pun
bertanya, “ Bagaimana pula ini ?” Bayazid menjawab, “ Apakah yang di kehendaki
oleh orang-orang yang mencari Allah dengan kemahuan-kemahuan diri sendiri? . Dia menghapuskan segala-galanya selain Allah
dan melupakan wujud dirinya
sendiri.”
10. Syariat di hebahkan oleh ulamak tetapi
Tariqat dan Haqiqat oleh Masyayakh
( Syekh-syekh Sufi). Ulamak menjaga supaya dosa dan maksiat tidak
bermaharajalela di muka bumi ini. Mereka menyatakan kepada manusia tentang
siksa Neraka dan nikmat Syurga. Tanpa Tembok Besar (Negeri China) Yakjuj dan
Makjuj tidak dapat di tahan dari mengganggu keamanan dunia ini , tetapi jika
berhenti di sini sahaja tanpa berjalan lagi adalah ibarat mendirikan pagar
dalam perjalanan orang-orang yang mengembara menuju Allah.
Para
waliyullah membuang pagar ini dari perjalanan mereka yang ada kebolehan dan
berkelakuan baik. Mereka membuka tabir dari mata salik sedikit demi
sedikit sehingga mereka nampak alam ini
penuh dengan nur Allah. Para waliyullah
ini melakukan perkara ini dengan kasyaf (melihat ke dalam alam mithal) dan
bukan melalui khayalan dan pemikiran.
Murid akan melihat bahawa dalam alam dunia ini
tidak ada yang berkuasa dan bijak selain Allah sendiri. Tidak ada yang
melihat, mendengar dan bercakap selain Allah sendiri. Tidak ada pemberi dan penerima atau penjaga selain
Allah sendiri.
11. Guru lebih mementingkan hakikat dalam
daripada pandangan luar. Pada permulaan salik menggunakan biji-biji tasbih,
ibadat biasa dan berkelakuan wara’. Semakin ia bertambah maju kehadapan,
didapatinya semua itu kosong. Dia melepaskan jalan selamat dan menggunakan
jalan malamat (iaitu melepaskan upacara-upacara dan peraturan biasa, dan
mempraktikkan ibadat yang
sebenar-benarnya). Jika anda ingin melupakan diri anda, masuklah dalam kedai
minum, dan lihatlah apa yang boleh dilakukan oleh kedai minum dan penjaga kedai
minum itu kepada anda.
Di sana anda
akan menyedari makna ; “ Katakanlah, ruh itu adalah daripada urusan Tuhan ku. “ (Surah
Israil : 85)
Kedai minum
yang dimaksudkan di sini ialah suasana seseorang yang tenggelam dalam cinta
kepada Allah. Hukum-hukum syariat adalah untuk badan dan bukan ruh: Yang
bererti: “Pada
hari itu bumi ini akan bertukar menjadi bumi lain“. (Surah Ibrahim :
48)
Keadaan
batin tidak ada perbatasan. Zannun al-Misri memerintahkan muridnya yang telah
40 tahun beribadat supaya melepaskan ibadatnya kecuali yang fardhu dan sunnat.
12. Dunia ini ialah hembusan nafas Allah. Ianya
adalah perbatasan Fayd-i-Rahmani. “Al-alamu karbun min karbun-Rahman“. Dunia
ini adalah hembusan nafas dari Allah. Di hadapan Allah anda boleh mencapai fana
sekelip mata.
Allah
berfirman dalam Surah al Hajj : 47) Yang bererti: “Satu hari dengan Allah adalah 1,000 tahun
yang kamu kira“.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan