Catatan Popular

Ahad, 26 Julai 2015

KITAB TERSOHOR ”ANA AL HAQ” : (7) ALAM MITHAL



Oleh Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-Illahi’ (Sufi Syatariyyah)

1. Perbatasan pertama terdiri dari Zat, sifat dan a'yan dalam mujarab (abstract). Disini, Zat tidak dapat di bezakan dari sifat dan begitu juga sebaliknya. A'yan tidak berbeza-beza antara satu dengan lain dalam ilmu dan tidak pula di luar. Peringkat ini digelar Hakikat Muhammad atau Wahdat.
Perbatasan kedua ialah apabila Allah melihat segala ini secara perincian , dan berbeza-beza antara satu dengan lain. Semua ini berbeza-beza dalam ilmu. Peringkat ini di gelar Rububiyyat, Hakikat Insan, alam Mithal. Pada peringkat ini, a'yan mengetahui perbezaan dirinya antara satu dengan lain. Bolehlah di misalkan seperti biji benih. Perbatasan pertama ialah pengetahuan biji benih itu sebagai biji benih. Pada perbatasan kedua, biji benih itu mengetahuinya untuk menjadi akar, batang, dahan, daun, bunga dan buah, dalam ilmu atau pengetahuan. Ini ada perbezaan hanya dalam ilmu bukan dalam wujud. Ini adalah a'yan orng-orang sufi dan mahiyyat orang-orang failasuf. Butir-butir ini dalam manifestasi ialah Alam Arwah, Alam Mithal, Alam Shahadat dan Insan.

Dalam keadaan pertama, Zat itu tidak dianggap mempunyai sifat dan iktibarat bahkan kemutlakan dan wujud sekali pun. Ianya yang pertama tanpa kepertamaan dan yang Akhir tanpa keakhiran.

2. Allah juga sempurna. Manifestasinya yang sempurna ialah alam ini. Manifestasi kita dan sifat kita adalah sedikit dari sifatnya. Dengan itu sifat-sifat kita dan yang lain-lain adalah tidak sempurna.

3. Seorang murid berkata kepada gurunya bahawa khatrah (gerak hati)nya tidak tentu arah. Gurunya berkata kepada beliau bahawa ke mana sahaja hati itu, di situ ada Allah. " Kemana sahaja engkau mengadap, di situ ada wajah Allah "

Khatrah itu sendiri adalah dari Allah yang turun dari Hahut kepada Lahut, dan dari Lahut kepada Malakut, dan dari Malakut kepada Nasut. Khatrah itu Hahut sebelum bermula; setelah bermula ia menjadi Lahut. Apabila berbentuk dalam ilmu, ia menjadi Malakut. Apabila zahir keluar, ia menjadi Nasut.

4. Perbatasan itu tidak ada had bilangannya. Tetapi untuk menyenangkan kita faham, kita tetapkan enam sahaja.
Pertama - Wahdat ghaib yang pertama
Kedua - Wahidiyyat-ghaib yang kedua.
Dalam yang pertama, a'yan dalam fana.
" Allah ada dan tidak ada yang sama dengan Dia "
Di sini a'yan tidak wujud walaupun dalam ilmu. Dalam perbatasan kedua, a.yan wujud dalam ilmu Allah, tetapi tanpa pengetahuan (ilmu) tentang wujud dirinya sendiri. Allah mengetahui perbezaan mereka antara satu dengan lain, tetapi mereka tidak tahu.
Ketiga - Arwah - di sini a'yan mempunyai perbezaan-perbezaan antara satu dengan lain.
Keempat - Amthal - di sini salinan gambaran (protptype) objek-objek wujud.
Kelima - Ajsam - di sini mereka mempunyai badan-badan kebendaan.
Keenam - ialah paduan semua ini, bergelar Insanul- Kamil yang mengandungi semua peringkat.

5. Huyuyat ialah kemutlakan. Ianya Ahdiyyat ialah Wahdat ialah Wahidiyyat.

Tiada ulasan: