Oleh Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-Illahi’
(Sufi Syatariyyah)
1. Solah
(Melayu;sembahyang) diambil dari perkataan wasiat; Bererti lekat atau
menghampiri.
Ahli zahir
memahami ini dengan menyatakan: " Mematuhi
hukum-hukumyang tertentu dalam sembahyang".
Ahli batin
mengatakan: 'penyatuan pencinta yakni orang yang
cinta dengan yang di cintai'.
Syibli
berkata, "Wudhu ialah penceraian
dan solah ialah penyatuan".
Ertinya: "(Siapa yang tidak bercerai, tidak
bersatu)". Inilah sembahyang yang berkekalan.
Ertinya: "Mereka yang
sembahyangnya berkekalan". (Surah al Maarij : 23)
Yang
penyinta tenggelam dalam cintanya kepada yang dicintai. Sembahyang yang biasa
ialah lima waktu sehari semalam. Sembahyang yang lima waktu itu mengadap ke
kiblat. Sembahyang yang berkekalan mengadap kepada wajah Allah.
Ertinya:" Kemana
sahaja kamu mengadap muka kamu , di situ ada wajah Allah". (Surah al
Baqarah : 115)
Sembahyang yang biasa mempunyai cara-cara dan hukum-hukum yang tertentu. Sembahyang yang lagi satu itu luas bidangnya. Kiblat sembahyang biasa terletak di tempat yang tertentu (kaabah). Kiblat sembahyang yang satu lagi itu di mana-mana sahaja.
Syekh Abu
Bakar berkata, apabila beliau berpindah dari satu solah yang satu lagi,
" Aku telah menjadi Kafir, maka aku
ikatkan dengan benang- Allahu Akbar. "
Pada
pandangan beliau adalah kufur mengadap ke kiblat yang tertentu letaknya itu,
setelah beliau mengadapkan mukanya kekiblat yang mutlak. Kiblat itu empat:
Kiblat di Mekah, Guru sendiri, Hati, Yang Haq.
Seseorang itu hendaklah berpindah dari yang pertama kepada yang kedua, dari kedua kepada ketiga, dan dari ketiga kepada keempat. Jika anda telah dapat melakukan peringkat-peringkat tersebut, maka anda telah meminum dari piala Muhammad s.a.w. Jika belum, cubalah sedaya upaya untuk mencapainya.

Anda perlu
mencerai diri anda daripada diri- kemudian anda akan lekat atau bercantum
dengan Allah. Oleh itu di katakan, "Wudu' ialah penceraian, dan solah itu penyatuan".
Sembahyang orang yang cinta ialah memfanakan diri, sembahyang orang awam ialah ruku' dan sujud.
Sembahyang orang yang cinta ialah memfanakan diri, sembahyang orang awam ialah ruku' dan sujud.
Sembahyang
ini ialah mi'raj bagi orang mukmin. Setelah mengosongkan dirinya daripada
dirinya, beliau sampai kepada yang di cintai olehnya.
Firma Allah
Taala dal;am surah Israil : 79): “ Mudah-mudahan Tuhanku mengangkat kamu ke tempat yang
terpuji”
Pada peringkat
ini, dia memperkatakan ucapan sembahyangnya kepada dirinya.
2.
Sembahyang mempunyai dua aspek - badan dan ruh. Zahirnya berkaitan dengan
peraturan-peraturan dan hukum-hukum, dan batinnya berkaitan dengan ruh. Jika
yang berkenaan dengan badan itu sahaja yang di pentingkan tetapi yang berkenaan
dengan ruh- yang memandang Allah dan memfanakan diri - tidak di capai, maka
jadilah sembahyang itu badan yang tidak bernyawa. Jika ruh sahaja di pentingkan
dan badannya tidak di pedulikan, maka jadilah sembahyang itu umpama nyawa tanpa
badan. Ada juga orang yang mengatakan bahawa melakukan peraturan-peraturan dan
hukum-hukum sembahyang itu adalah umpama menggilatkan besi. Apabila besi itu
telah berkilat, maka dengan sendirinya kilat itu akan memancar dari besi yang
telah berkilat itu. Apabila badan telah sempurna dalam rahim, nyawa dengan
sendirinya datang kepada badan itu. Apabila lampu telah sempurna dan sumbunya
telah siap, senanglah api hinggap di sumbu itu.
Firman Allah
ertinya: "Aku
hembuskan kepadanya daripada ruh Ku"
Penglihatan
atau kesedaran batin itu umpama tetamu yang tidak di sangka-sangka. Ia datang
pada masa yang tidak di sangka-sangka. Seseorang itu hendaklah bersedia
menerima kedatangan tetamu itu dengan hidangan-hidangan yang di perlui.
3. Sujud ialah tanda pengabdian dan penghormatan. Malaikat sujud kepada Adam, sebenarnya sujud itu kepada Allah. Sujud mengadap kiblat adalah syirik jika tidak di sertakan sujud kepada Allah dalam kesedaran jiwa.
Seseorang itu boleh menganggap seluruh kejadian atau makhluk ini sebagai kiblatnya.

bererti: "
Ke mana sahaja kamu mengadap, di situ ada wajah Allah " (Surah al Baqarah
: 115).
Seorang Majdzub
sujud kepada apa sahaja yang di lihatnya dan berkata "
Ya Allah, aku berlindung dengan Mu dari syirik dalam senua perkara "
Mas’ud Bek
nampak ini dan berkata kepada anaknya ia itu bapanya meminta perlindungan
dengan kelakuan syirik. Anak itu berkata, "Jangan di
panggil dia musyrik, beliau melihat apa sahaja tanpa adanya."
Oleh itu si
mukmin dalam sembahyang menukarkan hadapnya dari kiblat kepada yang haq dan ini
di lakukan semasa berniat dalam sembahyang. Mengadap kepada Allah itu ialah
sembahyang yang berkekalan.
Imam-imam ada berkata ia itu sujud malaikat kepada Adam ialah sujud kepada Nur Muhammad yang terzahir dalam Adam. Jika seseorang menyembah cahaya yang di balikkan (terbayang) dalam cermin, maka menyembahan itu adalah untuk cahaya itu dan bukan kepada cermin. Seorang ahli akal (Sahib-i-basirat) menganggap semua benda sebagai cermin yang dalamnya cahaya Allah terbayang.
4. Assabihu ma'a ILah -(bersahabat dengan Allah). Inilah sembahyang yang tidak boleh di tangguh-tangguh. Sembahyang yang lima waktu itu boleh di tangguh (qadha) ke masa yang lain:

Taala dalam Surah al Ma’arif : 34 Yang bermaksud: " Mereka yang memelihara sembahyang
mereka "
Kiblat
sembahyang ini ialah Wujud Mutlak dan kiblat sembahyang biasa itu ialah Ka'bah.
Firman Allah
Taala dalam Surah al Imran : 4-5 Ertinya: " Neraka wail bagi orang yang sembahyang yang
lalai dalam sembahyang mereka itu."-
Lalai kepada
Wujud Mutlak. Wudhu' mempunyai dua pengertian: Pertama-membersihkan badan dan
kotoran moral pada diri. Kedua- penceraian dari diri ( Al-wudu' infisal, was
salat ittisal) Wudhu' ialah penceraian, dan sembahyang ialah penyantuman. Anda
tidak akan boleh melakukan sembahyang jenis ini jika anda belum boleh
menceraikan diri anda.
5. Seseorang
menyuruh penulis menulis nama 'Allah' tanpa menggunakan pena, kertas dan
dakwat, beliau pun terus berdiri, ruku' sujuddan seluruh kelakuan dalam
sembahyang. Berdiri itu Alif, ruku' itu Lam, dan sujud itu Ha.
Wahai saudara, anggaplah lukisan itu sebagai pelukis.
Wahai saudara, anggaplah lukisan itu sebagai pelukis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan