Catatan Popular

Ahad, 26 Julai 2015

KITAB TERSOHOR ”ANA AL HAQ” : (8) ALAM AJSAM [ALAM BADAN]



Oleh Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-Illahi’ (Sufi Syatariyyah)

1. Raja Agung itu dalam pintu kuat berkunci. Dengan memakai pakaian Adam, dia pun keluar. Ini ialah dengan anggapan pakaian sifat dan asma. Dia menzahirkan DiriNya.

Hadith berkata," Aku adalah harta tersembunyi. Aku suka di ketahui dan Aku jadikan alam supaya Aku di ketahui,"- terzahir dari perbatasan pertama hingga ke peringkat habuk.
Seorang penyair Deccan berkata : "Zat mutlak itu hendak melihat temasya penyembahannya sendiri. Dipakainya pakaian Adam dan ia keluar masuk untuk memburu ".

2. "Dia jadikan manusia dengan bayangan Rahman". Anak itu rahsia bapanya. Apabila Allah menzahirkan pada diri, alam ini terlindung pada hakikat dan Allah ternampak .Apabila alam ini ternampak maka Allah hakikatnya. Bayi yang belum lahir tidak nampak, bapanya terzahir. Apabila bayi itu lahir, ia pun terzahir, bapanya menjadi makna tersembunyi bagi bayi itu. Bentuk bapa ialah hakiakt bentuk anak. Oleh itu kedua-duanya satu bentuk dan satu hakikat. Banyak (multiplicity) hanya dalam khayalan (i'tibar). Apabila kanak-kanak itu dalam bapanya, ianya adalah hakikat bapa, dan apabila ia lahir, ia nampak sebagai cabang atau hasil. Biji benih tersembunyi dalam pokok dan pokok itu pula tersembunyi dalam biji benih.

Ilmu Allah tersembunyi dalam ilmu sufi (Mathnawi). Siapa yang melihat Allah tidak nampak dirinya sendiri. Fana ialah apabila anda wujud dan 'yang lain' tidak wujud-bererti: " Aku Ahmad tanpa mim "-bererti: Aku Ahad- Demikian Nabi pernah mengatakan.

3. Dalam Manifestasi pertama, Allah adalah cermin alam. Dalam kedua, alam itu cermin Allah. Jami berkata. " A'yan ialah cermin-cermi, dan Allah terzahir, atau Nur Allah itu cermin dan a'yan adalah bentuk-bentuk ". Dalam setiap cermin ini, tidak ada yang terzahir kecuali Allah sendiri.

4. Untuk membawa kepada Allah, seseorang yang sempurna adalah di perlui. Ia itu seorang yang telah menjalani semua peringkat suluk. Seorang ahli ma'rifat yang warak, pencinta Allah, berkelakuan baik, dan lain-lain, kerana jika dia hanya satu daripada ini, dia akan membawa pengikut-pengikutnya menurut kepercayaan dia sendiri sahaja.
Hafiz berkata: " Seseorang Salik ialah seorang yang tahu. Upacara-upacara dalam peringkat-peringkat menuju destinasi (perhentian) nya "

5. Wujud kita adalah bayangan (reflection) wujud Dia. Pandangan kita adalah bayangan pandangan Dia. Apabila saya memperhatinafs saya. Allah memperhati Zatnya, dan begitulah sebaliknya. Ertinya: " Siapa yang kenal dirinya (nafs), kenallah Tuhannya ".

Kenal diri sendiri bererti kenal kepada Allah, ia itu dalam manifestasi yang tertentu, ilmu Zat adalah seperti ilmu manifestasi sendiri. Zat dan nafs (diri) adalah dua nama bagi hakikat yang satu dan yang sama.
Hadith berkata : " Aku kenal Allah dengan Allah "
Allah di ketahui oleh Dirinya sendiri kepada Dirinya sendiri tanpa di selangi oleh 'ghayr' (yang lain)."
Firman Allah Taala dalam Surah Fushilat : 53
“Allah menyaksikan segala sesuatu "

' Yang mengetahui' dan 'yang di ketahui' adalah sama. Barang siapa mengetahui Allah ialah Allah sendiri.

" Aku tidak mengetahui Engkau, setakat lebih dari yang di perlui oleh pengetahuan Engkau ".

PengetahuanNya tentang Dirinya sendiri adalah untuk dirinya sendiri sahaja. Nabi Musa memohon untuk melihat Allah. Oleh kerana melihat yang demikian adalah terpotong dari 'ghayr' maka dia di beri jawapan.

" Engkau tidak boleh melihat Aku ". Surah al A’raf : 143)

' Yang lain' tidak ada wujud dan dengan itu tidak ada melihat. Allah yang melihat, dan 'yang lain' buta.

Ketahuilah bahawa semua perbatasan (rohani dan jasmani) adalah sarung atau pakaian anda. Ertinya: " Aku adalah harta tersembunyi . Aku suka di ketahui, maka Aku jadikan alam ".Jika suka atau cinta ini tidak ada, harta tersembunyi itu tidak akan terzahir. Cinta menzahirkan dirinya dalam cermin-cermin harta tersembunyi itu dan melihat sifat-sifatNya yang berbeza-beza dan memuji DiriNya sendiri.

6. Yang paling ternampak sekali ialah wujud Allah:

Ertinya: " Cahaya atas cahaya, Allah membimbing dengan cahayanya sesiapa yang di kehendakkiNya " (Surah an Nur :35)
Ertinya: " Allah adalah cahaya langit dan bumi " (Surah An Nur : 35)
Wujud alam ini fana atau binasa daalm Wujud Allah.

7. Wujudnya Allah adalah lebih terang dan nyata dari wujud yang lain. Ia adalah yang melihat dan yang di lihat. Cahaya tidak boleh melihat tanpa cahaya dan apa yang terlihat adalah cahaya itu sendiri. Benda-benda adalah gelap. Pelihat melihat dengan cahaya matahari, dan benda yang di lihat adalah di lihat dengan cahaya yang sama. Semua wujud benda adalah gelap. Wujud benda-benda itu di pinjam dari Wujud Allah, dan satu amanah dari Allah. Dia yang melihat dan yang di lihat, yang di ketahui dan yang mengetahui. Anda hanya adum' (kosong)

Ertinya, " Semuanya binasa kecuali wajah dia " (Surah al Qashah : 88)

 Seorang turun ke lubang garam, lalu menjadi garam. Apa yang wujud ada berupa 'ke-AKU-an' salik ialah'ke-DIA-an yang Haq. Serupa sahaja sama ada anda kata " Akulah yang Benar " atau " Dialah yang Benar "

8. Hanya ada satu hakikat dan itulah salik. Dia naik dan turun dalam dirinya sendiri. Naik dari akar ke dahan, dia menjadi penyinta, turun dari dahan ke akar, dia menjadi yang di cinta. Dia menggantungkan dirinya pada dirinya. Didapatinya dirinya dalam semua dahan dan akhirnya kembali ke buah - di lihatnya satu hakikat dalam semua.

9. Ghayriat (yang lain) adalah sifat aktif bagi Kesatuan Zat. Semua sifat-sifat aktif (active) membawa 'yang lain' ini dalam peranan. Tidak ada manifestasi jika tidak ada menunjukkan 'yang lain' dan 'banyak' (multiplicity). Oleh itu kesatuan adalah hakiki, dan banyak adalah sangkaan atau anggapan sahaja.

Dalam peringkat Zat, keupayaan dan bakat adalah Zat itu sendiri, dan tidak ada 'banyak' di sini. Zat adalah zat. Apabila ilmu (pengetahuan) terzahir, keupayaan dan bakat ini menjadi 'yang di ketahui' Apabila terjadi mnifestasi keluar (pembazaan antara mereka), mereka menjadi a'yan atau hakikat 'yang di jadikan', dan akhirnya mendapat nama 'objek yang dijadikan'. Dalam peringkat ini, banyak dalam ilmu itu berupa banyak yamg sebenarnya, kerana Zat menunjukkan Dirinya dalam pakaian yang 'banyak' bagi tajalliyat dan misalan. Semua zat-zat yang banyak ini datang dari Zat yang satu dan menjadi abadi. Oleh itu, mereka yang dalam syurga itu hidup dengan kekal abadi. Paspot mereka akan di cap dengan perkataan : Ertinya: " Dari Yang Hidup tanpa Mati kepada yang hidup yang tidak binasa."

Jangan sangkakan Zat itu satu pada mulanya, dan kemudian menjadi banyak dan keluar dari aspeknya sendiri. 'Banyak ' pada segi luar ini dari kekal kepada kekal nampaknya seperti 'banyak' sebenrnya. Tetapi dalam Kasyf yang benar, ianya adalah 'banyak' pada sangkaan sahaja. Jika sesuatu benda mempunyai aspek-aspek yang berlainan, maka bukanlah benda itu menjadi banyak dalam pandangannya sendiri. Air lautan tidak menjadi banyak kerana ombak dan gelombang. Tanzihnya (Zatnya dengan sifat-sifat yang tidak terhingga) tidak dapat di fikirkan. Tanzih ialah kesucianNya dari segala kecacatan dan ketidak sempurnaan, berkaitan dengan 'yang lain'. Malaikat yang paling hampir tidak tahu Tanzihnya. Allah sendiri tidak ada kaitan pengetahuan dengan Zatnya dalam peringkat ini.

Orang 'Arif sampai ke peringkat ini dengan melupakan dirinya dan fana. Setelah sampai kepada baqa, dia turun dan masuk ke dalam perbatasan sekali lagi dari ketidakadaan had atau perbatasan, dan mengembara dari peringkat perbatasan pertama kepada peringkat habuk, dan dalam pengembaraan ini lupanya pun hilang.

10. Kita adalah bentuk, dan hakikat kita adalah Allah. Allah itu nyawa alam dan alam itu adalah badan. Inilah keesaan, dan yang lain itu adalah omong kosong.

'Yang terhad' tidak berbentuk tanpa 'yang tidak terhad' dan 'yang tidak terhad' boleh berbentuk tanpa 'yang terhad'. Dalam pengertian ini 'yang terhad'itu adalah bentuk, dan hakikatnya ialah 'tidak terhad' makna ini tidak berbentuk dalam fikiran dengan hanya bahasan, seseorang itu hendaklah masuk dalam keadaan Hal, dan dalamnya perbatasan atau had tidak ada dan seseorang itu mengetahui bahawa hakikat 'yang terhad' itu ialah kemutlakan (absolutism)
Tabir pada muka kemutlakan itu ialah tidak lain dari perbatasan (limitations). Apabila perbatasan buih hilang, ia pun mengetahui dirinya sebagai lautan. Apabila anda tidak merasai Hal ini, anda masih melayani kepercayaan anda, dan pada Hari Perhitungan kelak, anda di kira sebagai golongan orang Hal. Junaid pernah berkata kepada orang-orang yang mendengar ucapannya pada satu syarahan, " Anda semua datang ke mari dan mendengar ajaran saya, tetapi janganlah kalian memahaminya. Gelengkan sahaja kepala kalian. Jika di hari perhitungan kelak, kalian di tanya siapakah kalian itu, kalian katakan 'kami penggeleng kepala semasa Junaid memberi syarahannya', maka Allah akan membebaskan kalian."

11. Syekh Yahya Muniri berkata bahawa murka Allah ialah dengan menunjukkan diriNya sebagai 'ghayr' dan menghalakan diriNya dari 'Aniyat kepada Ghayriat. Ini adalah daleh Allah. Dijadikannya bunga ros nampak seperti duri. Mereka yang nampak 'Ghayr' adalah "mahjubin" (tertudung). Tudung (hijab) ini di ibaratkan sebagai rambut di pipi orang yang di cintai. Mahjubin ini akan terlibat dalam perkara ini selama-lamanya. Kufr di ibaratkan sebagai rambut-rambut yang hitam dan Imam sebagai pipi yang cerah. Jadilah dua golongan: tentera Allah dan tentera iblis. Mereka yang dapat bimbingan di jalan yang benar, dan mereka yang sesat.

Ertinya: " Sesiapa yang di bimbing Allah di jalan yang benar, engkau (Nabi) tidak dapat menyesatkannya; dan sesiapa yang di sesatkan Allah, engkau tidak dapat membimbingkannya ke jalan yang benar ". (Hadis)

Membimbing pada jalan yang benar dan membimbing pada jalan yang sesat adalah di ibaratkan berkait dengan Muhammad s.a.w. dan Iblis, tetapi kedua-dua ini adalah sifat-sifat Allah itu sendiri. Yang satu di ibaratkan sebagai pipi dan yang satu lagi di ibaratkan sebagai rambut. Sebenarnya nama satu sifat itu Muhammad dan yang lagi satu itu Iblis. Dengan mengetahui diriNya, Dia memuji diriNya dan menjadi Muhammad.
Ertinya: " Apakah kamu memanggil Baal, dan meninggalkan sebaik-baik yang menjadikan ".(Surah al Shaffat :125)
Dengan menudung DiriNya daripada DiriNya, Dia menjadi 'ghayr' Nya sendiri, mengutuk DiriNya sendiri dan lari dari DiriNya sendiri, lalu menjadi Iblis dan di beri gelaran Syaitan. Satu dapat rahmat dan yang satu lagi dapat kemurkaan, dan ini adalah keadaan yang kekal. Oleh itu Muhammad di anggap membawa rahmat, yang diibaratkan sebagai pipi.

Firman Allah taala :
“Tidak Kami utus engkau (Muhammad) kecuali sebagai pembawa rahmat pada sekelian alam "
Kemurkaan dan kemarahan di ibaratkan sebagai rambut, menjadi iblis yang padanya di katakan :

Ertinya: " Laknat Ku pada mu, sehingga ke hari perhitungan " (surah Shaf : 78)

12. Objek-objek adalah... Hakikat-hakikat objek-objek itu ada dalam ilmu Allah, kerana ilmu Allah itu qadim. Apabila dizahirkan, jadilah mereka hadis (sementara). Pada peringkat pertama, mereka itu zat, dan manifestasiNya adalah sementara (atau baharu).

13. Allah mempunyai perhubungan yang khusus dengan wujud. Tiap-tiap syans (bakat) ada mempunyai rupa yang khusus dan tidak didapati pada lain-lain syans. Apabila syans ini masuk dalam ilmu, ia menjadi a'yan (satu bentuk dalam ilmu). Apabila dizahirkan ia menjadi atau Kalimat Allah, atau objek. Banayknya a'yan tidak mengganggu Esanya zat. Seperti jag atau mangkuk asal dari tanah liat yang satu. Yang membuat jag atau mangkuk itu mempunyai perhubungan yang khusus dengan tiap-tiap benda tersebut, dan perhubungan ini tidak habis dan putus.

14. Manifestasi Allah lebih terang dan nyata dari manifestasi objek-objek yang lain. Dia yang zahir. Tidak ada lagi atasnya. Dia lebih tersembunyi dari objek-objek yang tersembunyi. Dia yang batin. Tidak ada lagi di bawahnya. Manifestasinya tidak berlawanan dengan tersembunyiNya. Dia yang zahir dan Dia juga yang batin. TersembunyiNya adalah seterang dan senyata manifestasiNya. WujudNya lebih terzahir dari segala yang wujud.
" Allah adalah cahaya langit dan bumi ". (surah al Nur : 35)

Berbilang-bilang atau banyak tidak ada dalam WujudNya. WujudNya adalah menunjukkan diriNya sendiri, dan penunjukan ini bukan sebahagian daripadaNya; kerana rupa dan phenomena adalah sifat-sifat bu'ud (wujud). Tiap-tiap objek menyedari wujudnya sendiri.
Yang khusus lebih nyata dari yang biasa.
Yang bererti, " Dia dalam diri kamu, kamu tidak perhatikan Dia "(Surah al Dzariyat : 21)
Menyedari Wujudnya adalah lebih dahulu daripada menyedari diri.

15. Hijab itu ada dua jenis: Diri dan sifat. Hijab diri tidak akan hilang, selagi anda 'Abd (hamba Allah), dan zat hamba itu sendiri adalah hijab. Segala usaha untuk membuang hijab ini tidak akan berhasil, seperti batu hendak di kilat seperti cermin, dan batu itu selamanya tidak akan berkilat seperti cermin. Hijab sifat hilang apabila anda menukar zat dan sifat anda dan masuk kepada Zat dan Sifat Dia, seperti membuang habuk-habuk dari kaca.

16. Nabi itu adalah penzahiran yang lengkap dalam semua peringkat penzahiran- dari Wahdat hingga Ajsam. Oleh itu Nabi Muhammad itu di gelar khatum (pengakhir) atau khatim (penutup). Sabda Nabi yang bererti, " Tidak ada nabi selepas aku ".

17. Hamdan-i-Qassar (tukang basuh) pernah berkata, " Saya tidak mengatakan diri saya lebih tinggi darjatnya daripada diri Firaun ", kerana dengan menetapkan 'ke-AKU-an', diri itu telah melakukan syiri. Diri (Nafs) adalah satu. oleh itu Nafs (diri) Nabi Musa dan Firaun adalah sama jenisnya. Nafs itu tidak bebas dari melakukan apa sahaja yang di benci oleh pandangan Allah. Nafs orang-orang 'Arif mengetahui tentang permainan tipu helah.

18. Seorang sufi ialah seorang yang di pilih oleh Allah tanpa orang itu sendiri memilih, dan dia adalah kekasih Allah. Seorang faqir ialah seorang yang memilih dirinya untuk kasih Allah. Oleh itu dia adalah penyinta Allah atau berusaha mencari cinta Allah, dia lari dari semua sekatan-sekatan adat biasa. Pendeknya sufi ialah ' yang di pilih ' dan faqir ialah 'yang mencari'.

19. Dua berlawanan dengan Esa. Sesiapa yang dihijab oleh keduaan, tidak nampak ke Esaan. Seorang Mawahid hendaklah keluar dari kedukaan dan memasukkan dirinya ke dalam ke Esaan diri. iaitu Fana-fil-fana, supaya keEsaan itu sendiri tidak tinggal. Ertinya: " Tauhid ialah lupa kepada Tauhid "Ertinya : " Siapa yang kenal Allah, tidak tahu Allah " Orang yang mencari Allah itu semasa meminta kasyaf atau ilmu, terhijab dari ilmu.

20. Seorang yang Zahid menunjukkan kebaikannya kepada Allah, ia berbuat baik melalui inspirasi (ilham) Dia-dan kejahatannya itu di rujukkan kepada diri sendiri. Tetapi seorang Mutakalliq (orang yang dalam peringkat pertama Sirr-fillah) kadang-kadang merujukkan kepada diri sendiri dan kadang-kadang kepada Allah. Seorang Muhaqqiq (orang yang dalam peringkat akhir Sirr-fillah), yang mencapai 'ke-AKU-an ketiga'- dia sendirimenjadi pelaku-(ke-AKU-an) pertama dari bawah kelok ialah dalam Asma, yang kedua dalam Wahidiyyat, dan ketiga dalam Wahdat ), dan di dapatinya dirinya ada dalam semua penzahiran jasmani dan rohani, dan dalam semua. Dia menjadi pelaku dirinya sendiri dan khalifahnya sendiri, dan menganggap badan kasarnya itu sebagai satu daripada khalifahnya.

21. Kasyf (Kasyaf) ialah keluar dari yang melindung; dan pelindung yang paling tebal ialah ' ke-AKU-an' salik. Anda adalah hijab anda sendiri, Oh Hafiz, keluarlah daripadanya. Tidak ada hijab kecuali sangkaan tentang wujud anda sendiri.

22. Haq (yang menjadikan) adalah khalq (yang di jadikan) setelah menunjukkan banyak, dan khalq adalah Haq (yang benar) setelah tidak nampak khalq. Basri ada berkata, " Pada mulanya Allah itu dapat di lihat dan dunia ini tidak dapat, sekarang dunia ini nampak dan Allah tidak di lihat- hiduplah dalam keadaan yang Allah itu di lihat dan dunia ini tidak di lihat sebagaimana pada mulanya dahulu ". " Allah ada dan tidak ada apa pun berserta Dia". " Allah sekarang seperti Allah dahulu jua."

Ini ialah berkenaan perjalanan ke bawah (farq) dan kemudian ke atas (jam). Setelah perjalanan ke bawah, mulalah perjalanan keatas- ia itu Mi'raj. Wahdat (keesaan) di dapati selepas kathrat (banyak).

Inilah Jamul-Jam yang juga di gelar " Peringkat terpuji " (surah Israil : 79) dan " Tempat pertemuan dua kelok panah ".(Surah al Najm : 9)
Inilah peringkat Ghauth dan Qutub. Perhentian "Farq" ialah "Jam". Ghauth atau Qutub meletakkan dunia ini atas bahunya.

Yang bererti, " Dan kami berikan kenderaan kepada mereka di daratan dan lautan " (Surah Israil : 70)

23. Alam ialah penzahiran Zat dalam pakaian bakat dan sifat, inilah gelora cinta. Laut nampak dalam pakaian ombak.

Muhammadi-Maghrabi ada berkata:
"Dari laut, ombak yang berbagai warna timbul, daripada tidak sama masuk ke pancawarna ".
Cuba fikir, Hakikat Allah sebagai hakikat Khalq, dan hakikat khalq sebagai Hakikat Allah. Benda seperti alam nasut, air seperti mithal, udara seperti nyawa, api seperti sifat dan pandangan seperti Zat.

24. Manusia sepatutnya menyembah Allah, tidak menyembah nafsunya semata. Kanak-kanak semasa bermain melakukan beberapa tugas yang di suruh oleh ibunya.

25. Objek adalah 'perkataan Allah' dan tiap-tiap perkataan ada mengandungi makna. Sesiapa yang memerhatikan sewajarnya, akan mengetahui makna dari bentuk sesuatu objek. Tiap-tiap objek adalah cermin Jamalnya.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bererti : " Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami dalam dunia dan dalam diri mereka, sehingga ternyata pada mereka bahawa ianya adalah benar " (Surah Fushlat : 53)

Di sini objek alam dan diri adalah cermin. Tiap-tiap tidakkan adalah bentuk satu idea atau niat. jika niat baik, tindakkan tidak berapa di kira, kata hadith yang bererti: " Niat seorang yang beriman itu lebih baik dari tindakannya ".
Tiap-tiap objek (benda) mempunyai rupa atau bentuk dan juga makna- maknanya Allah. Anda hendaklah lari dari bentuk kepada makna. Janganlah hendaknya tindakan zahir anda melebihi dari beberapa Fara'id (tindakan yang wajib bagi setiap mukmin).

Tiada ulasan: