Sebut sahaja bab mengenal diri, sudah tentu ramai orang mengetahui akan hal-nya, tetapi berapa ramai peribadi yang benar-benar mengetahui dan mengenali-nya..? Hanya kenal pada ucapan lisan dan hati sahaja, masih belum dapat membezakan antara yang haq dan bathil, masih keliru tentang dirinya, masih buntu yang mana diri-nya dan yang mana tuhan-nya.
Bagaimana hendak diartikan dengan sebuah kata-kata arti “kenal diri sebenar-benar diri..?” Jikalau sahaja diri-nya masih belum mampu membezakan diantara gerak yang di gerakan dan gerak tanpa di gerakan, maka ianya belum mampu mengungkapkan kata-kata sudah kenal dirinya yang sebenar-benar diri, hanya khayalan semata-mata. Apakah ia boleh menjelaskan bagaimana kasih dan sayang itu berlaku..? Seperti halnya dengan “Bismillahi rohmani rohim”, kasih yang bagaimana..? sayang yang bagaimana..?
Jika ada para ilmuan diluar sana yang bijak pandai boleh huraikan bagaimana yang dikatakan kasih dan sayang..? Ramai umat manusia menyebutnya setiap waktu dan masa, tapi masih ramai manusia hidup dalam penderitaan..? Mengapa tidak tersentuh oleh kasih dan sayang yang di sebut-nya..?
Sedangkan sebutan-nya amat jelas bahawa “Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang”, dimanakah kasih dan sayang itu..? Kemanakah perginya kasih dan sayang itu..? Bagaimana dengan ucapan si pemuda kepada si pemudi aku sayang kepadamu..? Aku cinta kepadamu, dengan itu ia boleh menggetarkan jiwa si pemudi yang mendengar-nya, bagaimana itu berlaku..? Mengapa tidak jiwa kita apabila dibacakan “Bismillahi rohmani rohim, dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang”, hati kita tidak sedikit pun menimbulkan rasa bergetar sepertimana diucapkan oleh sang kekasih kepada kekasih-nya..? Aku sayang kepada mu atau aku cinta kepada mu..?
Jika ada yang sudah tersentuh alhamdulillah, namun belum berarti dia sudah mencapai-nya, dia hanya baru sahaja melalui dimensi perasaan, belum sampai pada hakikat-nya, jika sudah sampai pada hakikat-nya maka ia pasti akan terlihat dalam kelakuan-nya, hidup-nya suka berkasih sayang, bukan benci membenci, dengki mendengki, khianat mengkhinati dan irihati sesama umat manusia lain-nya.
Orang seperti ini di wajahnya kelihatan tenang, ketenangan dari dalam sehingga terzahir ketenangan itu di wajah-nya, bukan tenang kerana banyak wang atau harta, tapi tenang dengan Rabb-nya. Mari kita selidiki bagaimana rasa kasih, sayang dan cinta itu tercetus..? Dari mana datang-nya..? Bagaimana ianya terjadi..? Sehingga menimbulkan rasa gundah gulana bagi para pemuda dan pemudi yang sedang bercinta andai sehari tidak berjumpa, tapi bagaimana pula perasaan kita, rasa kasih, sayang dan cinta kepada Allah..? Apakah rasa biasa sahaja..? Tidak menimbulkan sedikit pun rasa gundah gulana, apakah erti kasih sayang sebenar dari maksud “Bismillahi rohmani rahim”..?
Bagaimana untuk mendapatkan kasih dan sayang Allah..? Andai kita masih belum mengerti apa itu kasih dan sayang dan bagaimana ianya wujud, sebenarnya kita sudah bersumpah bahawa “Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang”, tapi ciri-ciri kasih dan sayang tidak kelihatan dalam kehidupan mereka, masih saja menjadi hobi menyakitkan hati jiran tetangga atau orang lain, permulaan bicara sahaja kadang-kadang sudah menyakitkan hati sahabat handai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan