Catatan Popular

Khamis, 15 Oktober 2015

PENGERTIAN KEKAYAAN SEBENAR DARI JUNAID



Seseorang membawa wang lima ratus dinar dan memberikan wang itu kepada Junaid.

"Adakah yang masih engkau miliki selain daripada ini?", Junaid bertanya kepadanya.
"Ya, banyak ", jawab orang itu.

"Apakah engkau masih ingin mempunyai wang yang lebih banyak lagi?" "Ya".

"Kalau begitu ambillah wang ini kembali, engkau lebih berhak untuk memilikinya. Aku tidak memiliki sesuatu pun tapi aku tak menginginkan sesuatu pun".

Tiada ulasan: