Catatan Popular

Ahad, 11 Oktober 2015

ARTIKEL SUFI OH SUFI ....ROH, JIWA, AKAL



Adapun masalah dan soal soal yang berkenaan dengan :-
1. Roh.
2. Jiwa (Nafsu).
3. Akal.

Maka tiga perkara yang tersebut itu tidak mendapat keputusan yang muktamad kepada ahli ahli Falsafah Yunani yang terkenal dan terbilang. Mereka disanjung tinggi oleh dunia kerana daya fikiran mereka sangat tinggi mutunya. Ahli-ahli Falsafah Yunani telah di dewa-dewakan dan lebih besar dan tinggi daripada nama Nabi-Nabi dan ahli-ahli Saupi (Islam). Itu adalah satu taktik barat meracuni akal fikiran orang-orang Islam sedunia, sebagai satu daripada hama fitnah Dajal Al Masih. Ini otomatik diterima oleh orang-orang Islam yang jahil. Pada hal setelah Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W kembang di Tanah Arab melalui tempat pancaran yang bernama Madinah, maka ilmiah yang tidak mendapat keputusan yang muktamad pada para-para Falsafah Yunani dapat melalui ajaran Islam. Ilmiah-ilmiah itu dikenal hari ini dengan nama-nama iaitu:-
1. Tasaup.
2. Tarekat.
3. Ma'rifat.

Tidak sempurna Tarekat tanpa Ilmu Roh (Rohani-Rohaniah)
Tidak sempurna Tasaup tanpa Mengenal Diri (Ma'rifat Daiem)
Tidak sempurna Ma'rifat tanpa Ilmu Tauhid.
Maka daripada kajian yang tersebut, soal-soal Roh, Jiwa (Nafsu), Akal, bahkan soal-soal Nyawa, Napas, Diri, Insan, Hati dan Tuboh (Jasad), semuanya Ilmiah yang tersebut telah menjadi teks bukan sahaja dalam Bahasa Arab tetapi dalam semua bahasa yang menganut Ugama Islam. Bahkan pada orang-orang Islam daripada keturunan bangsa Melayu, oleh kerana itulah Semenanjung Malaysia terkenal dengan nama Negara k
Keramat, kerana di mana-mana telok rantau tanah air kita ada Keramat. Mereka yang menentang Keramat (Islam) yang ada di dalam watan kita ini ialah bilangan dan gulungan tanpa mengetahui Ilmu Tasaup, Ilmu Tarekat dan Ilmu Ma'rifat.
Tiap-tiap Ahli Falsafah mengenal Tuhan dengan akal.
Tiap-tiap Ahli Saupi mengenal Tuhan dengan Roh.
Tiap-tiap orang yang beriman mengenal Tuhan dengan Hati.
Tiap-tiap orang awam mengenal Tuhan dengan taklid.
Segala apa yang menjadi pertikaian yang tidak putus pada ahli-ahli Falsafah Yunan purba itu telah didapati oleh ajaran Islam dengan keputusan muktamad. Dengan pembangunan bangsa dan negara sekarang hanya dengan mengenal Roh, mengenal Diri dan mengenal Akal sahajalah yang dapat mengejar kemajuan dunia yang diredhai Allah Ta'ala. Jika tanpa mengenal Roh dan mengenal Diri, kemajuan yang dicapai tetap diselaputi dengan nama Dajal Al Masih. Demikianlah rengkasnya pengenalan kita berkenaan ROH.

Tiada ulasan: