Catatan Popular

Khamis, 22 Oktober 2015

PERISTIWA ABDULLAH BIN ABBAS DALAM MAJLIS ILMU PARA SAHABAT (SIRI 14)



Dalam Shahih Bukhari ada diceritakan, suatu ketika Umar r.a mengajak Ibnu Abbas r.a yang masih muda ke dalam majlisnya bersama para tokoh Islam. Pada waktu itu, para tokoh Badr yang telah matang dalam usia sangsi akan kemampuan Ibnu Abbas.

Mereka pun bertanya kepada Umar, "Kenapa anda masukkan pemuda ini ke tengah majlis kita padahal kami juga punyai anak seperti dia?"

Umar r.a pun menjawab, "Kalian telah mengetahui tentangnya (yakni kepandaiannya)."

Suatu ketika, Umar r.a memanggil Abdullah ibnu Abbas ke tengah majlis mereka untuk memperlihatkan kepandaian Ibnu Abbas. Umar bertanya kepada mereka, "Apa yang kalian ketahui tentang firman Allah ta'ala (yang ertinya), "Jika telah datang pertolongan Allah dan pembukaan." [Surah An-Nashr : 1-3]? "

Sebahagian tokoh Badr tersebut menjawab, "Allah memerintahkan kita agar beristighfar setelah Allah menolong dan memudahkan kita untuk menakluki kota Mekah." Sedang sebahagian yang lain memilih diam.

Sekarang giliran Ibnu Abbas, "demikiankah?" Tanya Umar kepada Ibnu Abbas.

Ibnu Abbas berkata, "Tidak."

"Lantas, apa menurutmu?" Tanya Umar.

Ibnu Abbas berkata, "Itu adalah wafatnya Rasulullah. Allah memberitahu kepada beliau, "Jika datang kepadamu pertolongan dan penaklukan." [Surah An-Nashr : 1] itu adalah tanda bahawa dekatnya kewafatan Nabi, "Maka bertasbihlah dengan pujian kepada Tuhanmu dan mintalah ampun, sesungguhnya Dia Maha Pengampun." [Surah An-Nashr : 3]

Umar pun berkata, "Aku tidak mengetahuinya kecuali seperti apa yang engkau katakan."

Demikianlah ketajaman dan ketelitian Ibnu Abbas dalam memahami wahyu. Dia mengetahui bahawa perintah istighfar tidak biasa digunakan ketika terjadi kemenangan dan penaklukan. Dia mengetahui bahawa perintah istighfar dan taubat biasanya digunakan untuk menamatkan sesuatu, maka beliau pun menafsirkan pertolongan dan penaklukan dalam ayat tersebut sebagai tanda akan diwafatkannya Baginda S.a.w.]


Tiada ulasan: