Catatan Popular

Rabu, 17 Januari 2018

KAUM DIBINASAKAN KAUM AD (KAUM NABI HUD)

Nama Nabi : Nabi Hud AS. Nabi Hud hidup sekitar 2320-2450 sebelum Masehi. Dia adalah putra Abdullah bin Ribah bin Syam bin Nuh

Nama kaum : Kaum Ad
Di mana:  Letak suku 'Ad berada di Al Ahqaf, di uatra Hadramaut antara Yaman dan Oman.

Kehebatan Kaum Ad: Kaum ‘Ad merupakan kaum yang mahir dalam seni bina sehingga mereka mampu mendirikan bangunan dan gedung-gedung indah di setiap tempat tinggi dengan harapan mereka dapat hidup selama-lamanya.

Allah SWT mengutus kepada kaum ‘Ad seorang Nabi yang dilantik daripada kalangan mereka iaitu Nabi Hud a.s. untuk memberi peringatan. Malangnya kaum ‘Ad menolak dan mendustakan Nabi Hud a.s.

Daripada penemuan arkeologi tersebut didapati bahawa menara dan tiang-tiang yang disebutkan dalam al-Quran begitu mengagumkan dan mempunyai bentuk-bentuk khas . Catatan sejarah mendapati kaum ‘Ad adalah kaum yang terkaya di dunia.

Mereka sangat maju dalam pertanian ‘frankincence’ , salah satu tanaman yang paling berharga pada waktu itu. Manakala hasil daripada penggalian , telah ditemui sisa runtuhan sebuah kota yang amat luar biasa. Kota tersebut dikelilingi dinding memiliki ukuran begitu luas dan istananya merupakan bangunan yang sangat menakjubkan. Tiang-tiangnya memiliki teknologi arkitektual yang tinggi, berbentuk bulat dan disusun dalam serambi yang melengkung, berlapis emas atau perak. Ruang-ruang di antara tiang-tiang tersebut sangat mengagumkan.

Jenis Hukuman : bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

Proses Kejadian :
Nabi Hud pernah berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain dari padanya. Kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang palsu (terhadap Allah)".

Namun kaum 'Ad masih enggan menerima ajaran Nabi Hud. Beliau tidak putus asa untuk mengajak kaumnya kembali ke jalan yang benar. Dia berseru kembali kepada kaumnya agar bertaubat.

"Wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu. Kemudian kembalilah taat kepadanya, supaya menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada. Dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!".

Kaum 'Ad pun menjawab "Wahai Hud! Engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan kebenaranmu dan kami tidak akan meninggalkan penyembahan Tuhan-tuhan kami dengan sebab kata-katamu itu! Kami tidak sekali-kali percaya kepadamu".

Suatu ketika, awan hitam terlihat mengelilingi kaum 'Aad. Dengan angkuhnya, kaum 'Aad memandang langit tersebut dan berkata kepada Nabi Hud, "Lihat awan itu yang menandakan hujan turun sebentar lagi. Hujan itu tentu menyirami tanah dan tanam-tanaman kita. Binatang ternakan kita sudah tentu dapat minum".

Nabi Hud yang mendengar ucapan tersebut membalas dengan berkata, "Itu bukan awan rahmat tetapi awan yang membawa angin ribut yang membinasakan dan mengalahkan kamu. Angin yang penuh azab siksaan yang sungguh pedih".

Usai Nabi Hud mengucapkan kata-kata tersebut, tiba-tiba munculah angin yang meniup dengan dahsyatnya. Binatang ternak kaum 'Ad diterbangkan. Angin ribut tersebut menyambar segala yang ada, termasuk gunung-gunung yang menjadi hancur dan rata.

Kaum 'Ad yang melihat kejadian tersebut langsung takut dan berlarian mencari tempat perlindungan dengan bersembunyi di dalam rumah. Selama tujuh malam dan delapan hari, angin tersebut tidak berhenti. Mayat-mayat kaum 'Ad berceceran, ibarat pohon-pohon yang tumbang. Hanya Nabi Hud dan pengikut setianyalah yang selamat dari azab yang diturunkan oleh Allah SWT.

Pengajaran :
1. Setiap para Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT. yang berdakwah kepada kaumnya untuk mengajak mereka kembali kepada sumber yang satu iaitu mentauhidkan Allah SWT dan meninggalkan segala sembahan yang lain. Mereka engkar dan mencabar kekuasaan Allah SWT. dan meminta diturunkan bala, maka turunlah bala menimpa mereka.

2. Kemajuan dan teknologi cangih yang dimiliki oleh umat terdahulu semuanya tidak mampu menghalang azab Allah SWT apabila telah datang kemurkaan Allah SWT. Oleh itu kita di zaman moden dengan kemajuan sains dan teknologi juga tidak akan terlepas dari azab Allah SWT apabila umat Islam hari ini meninggalkan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Seharusnya kemajuan yang kita miliki semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT dan patuh kepada hukum-hakam-Nya.

Dalil :
“Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (yaitu) kaum Nuh, ‘Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan dan negeri-negeri yang telah musnah? Telah datang kepada mereka Rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata, maka Allah tidaklah sekali-kali Menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang Menganiaya diri mereka sendiri.” (QS: At Taubah (9) : 70).
‘Ad adalah kaum Nabi Hud, Tsamud ialah kaum Nabi Shaleh; penduduk Madyan ialah kaum Nabi Syu’aib, dan penduduk negeri yang telah musnah adalah kaum Nabi Luth a.s.
“Kaum ‘Ad pun mendustakan(pula). Maka alangkah dahsyatnya azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku.” (QS: Al Qamar (54) : 18).
“Jika mereka berpaling maka katakanlah: “Aku telah memperingatkan kamu dengan petir, seperti petir yang menimpa kaum ‘Aad dan Tsamud.” (QS: Fushilat [41]: 13).

“Dan bahwasanya Dia telah membinasakan kaum ‘Aad yang pertama, (QS: An Najm [53]: 50). “Dan kaum Aad, kaum Fir’aun dan kaum Luth.” (QS: Qaf [50]: 13).

Tiada ulasan: