OLEH IMAM Al-HUJWIRI
BAB 11 IMAM
GENERASI SELEPAS TABIIN
Salah satu pendekatan di dalam penulisan kitab-kitab tasawuf ialah
mengisi sebahagian daripada kandungannya ialah dengan membicarakan
tokoh-tokoh tasawuf sebagai bab di dalam penulisan kitab berkenaan.
Ini sebagaimana dilakukan oleh Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin di
dalam kltabnya yang berjudul Al-Risalat al-Qushairiyyah, iaitu dengan
membicarakan seramai 83 tokoh sufi. Kitab Kashfu al-Mahjub oleh Al-Hujwiri juga
mengisi sebahagian tokoh daripada kandungan kitab Kashf al-Mahjub.
Misalnya selepas membicarakan tentang imam-imam dari kalangan para
sahabat Nabi, Imam dari kalangan Ahl al-Bayt, imam dari kalangan
tabi`ian, maka dibicarakan para imam selepas dari generasi tabi`in. Jika
Al-Qushairy membicarakan seramai 83 orang, maka Al-Hujwiri membicarakan seramai
64 orang. Memandangkan bahawa Al-Qushairy mensenaraikan seramai 83
orang dan Al-Hujwiri mensenaraikan serama 64 orang, kita menjangkakan
sebahagian besar dari tokoh-tokoh yang dibicarakan adalah bersamaan, lantaran
mereka sezaman Al-Qushairy meninggal (m. 465H.) dan Al-Hujwiri (m.456H.),
tetapi ternyata tidak semua tokoh yang disenaraikan oleh Al-Hujwiri tidak
banyak bersamaan di dengan Al-Risalat al-Qushairiyyat yang lebih panjang.
Kelainan ini mungkin tempat mereka berlainan, Al-Qushairy berasal dari
Naisabur, manakala Al-Hujwiri dari Ghaznawi.
Pendekatan dan pengajian mungkin berlainan. Walau bagaimana sebahagian dari
tokoh adalah bersamaan. Sebagai perbandingan diperturunkan nama-nama yang
bersamaan:
Bersamaan Di dalam Al-Risalat Al-Qushairiyyah dan Kashf al-Mahjub)
1.
Abu Ishaq Ibrahim bin Adham bin Mansur
2.
Bishr bin Harith al-Hafi
3.
Abu Yazid Thaifur bin `Isa al-Bistami
4.
Abu `Abdullah al-Harith bin Asad
al-Muhasibi
5.
Abu Sulaiman bin Da`wud bin Nusair al-Ta`i
6.
Abu Hasan Sari bin Mughallis al-Saqati
7.
Abu Mahfuz Ma`ruf bin Firuz al-Karkhi
8.
Abu `Abdul Rahman Hatim bin `Ulyan
al-Asamm
9.
Abu Hasan Ahmad bin Abi al-Hawari
10.
Abu Hamid Ahmad bin Khadhrawayh
al-Balkhi
11.
Abu `Abdullah Ahmad bin `Asim al-Antaki
12.
Abu Muhammad `Abdullah bin Khubaiq
13.
Abu al-Qasim al-Junayd bin Muhammad bin
al-Junayd al-Baghdadi
14.
Abu `Abdullah Ahmad bin Yahya al-Jalla
15.
Abu Muhammad Ruym bin Ahmad
16.
Abu Hasan Samnun bin `Abdullah
al-Khawwas
17.
Abu Muhammad Sahl bin `Abdullah
al-Tustari
18.
Abu Muhammad `Abdullah Muhammad bin
al-Fadhl al-Balkhi
19.
Abu `Abdullah Muhammad bin `Ali
al-Tirmidzi
20.
Abu Sa`id Ahmad bin `Isa
al-Kharraz
21.
Abu Hasan Muhammad bin Isma`il al-Khayr
al-Nasaj
22.
Abu Hamzah al-Khurasani
23.
Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad al-Khawass
24.
Abu Bakr Muhammad bin Musa al-Wasiti
25.
Abu Bakr bin Dulaf bin Jahdar al-Shibli
26.
Abu Muhammad bin al-Qasim al-Radzbari
Berlainan (Tiada dalam Al-Qushairy)
1. Habib al-`Ajami
2. Malik bin Dinar
3. Abu Halim Habib bin Salim al-Ra`i
4. Abu Hazim al-Madani
5. Muhammad bin Wasi
6. Abu Hanifah Nu`man bin Thabit al-Kharaz
7. `Abdullah bin Mubarak al-Marwazi
8. Abu `Ali al-Fudhayl bin `Iyadh
9. Abu al-Faydh Dzu al-Nun bin Ibrahim, al-Misri
10. Abu `Ali Shaqiq bin Ibrahim al-Azdi
11. Abu Sulaiman `Abdul Rahman bin `Atiyyah
al-Darani
12. Abu `Abdullah Muhammad bin Idris al-Shafi`e
13. Imam Ahmad bin Hanbal
14. Abu Turab `Askar bin al-Husain al-Nakhshabi
al-Nasafi
15. Abu Zakariyya Yahya bin Mu`adz al-Razi
16. Abu Hafs `Amr bin Salim al-Nishafur
al-Haddadi
17. Abu Salah Hamdun bin Ahmad bin `Umar al-Qassar
18. Abu Sari Mansur bin `Ammar
19. Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad al-Nuri
20. Abu `Uthman Sa`id bin Isam`il al-Hiri
21. Abu Ya`qub Yusuf bin al-Husain al-Razi
22. Abu Fawaris Shah Shuja` al-Kirmani
23. `Amr bin `Uthmanal-Makki
24. Abu Bakr Muhammad bin `Umar al-Waraq
25. Abu al-Hasan `Ali bin Muhammad al-Is*fahani
26. Abu al-`Abbas Muhammad bin Mashruq
27. Abu ~Abdullah Muhammad bin Isma`il
al-Maghribi
28. Abu `ali al-Hasan al-Juzaja ni
29. Abu Muhammad Ahmad bin al-Husain al-Jurayri
30. Abu al-`Abbas Ahmad bin Muhammad bin Sahl
al-Amuli
31. Abu al-Mughith al-Husain bin Mansur al-Hallaj
32. Abu Hamzah al-Baghdadi al-Bazzaz
33. Abu Muhammad Ja`far bin Nusairal-Khuldi
34. Abu al-`Abbas Qasim bin al-Mahdi al-Sayyari
35. Abu `Abdullah Muhammad bin Khafif
36. Abu `Uthman Sa`id bin Sallam al-Maghribi
37. Abu Qasim Ibrahim bin Muhammad bin
Mahmud al-Nasr Abadzi
38. Abu al-Hasan `Ali bin Ibrahim al-Hashri
Demikianlah dari jumlah 64 tokoh sufi disenaraikan oleh Al-Hujwiri di
dalam Kafhf al-Mahjub hanya 26 bersamaan dengan Al-Qushairy di dalam
Al-Risalat al-Qushairiyyah, manakala yang lain, yakni 38 tidak bersamaan.
Ini bermakna lebih banyak maklumat baru tentang tokoh didapati dari
Al-Hujwiri. Walau bagaimana dari yang bersamaan, maklumat baru juga dapat
dimanfaatkan melalui pendekatan yang setengahnya berlainan dari apa yang telah
dibicarakan oleh Al-Qushairi di dalam al-Risalat al-Qushairiyyahnya.
Namun lebih banyak maklumat boleh di dapati dari kitab-kitab tabaqat
seperti Tabaqat al-Nussak oleh Abu Sa`id al-A`rabi, Tabaqat al-Sufiyyah oleh
`Abdul Rahman al-Sulami (m. 421H.) dan Tabaqat oleh `Abdul Wahhab al-Sha`rani.
Namun semua kitab-kitab di atas membantu menambahkan maklumat tentang
tokoh-tokoh sufi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan