Catatan Popular

Jumaat, 12 Januari 2018

KISAH KEMULIAAN PEWARIS NABI SAW

Imam Ahmad Syihabuddin Bin Salamah Al-Qulyuby.

Diceritakan seorang pemuda tidur di dalam masjid dengan membawa sekantong wang di ikat pinggangnya.

Ketika ia terbangun ia tidak menemukannya, sementara dilihatnya Ja’far Shodiq sedang mengerjakan sholat, ia pun menaruh curiga kepada beliau.

Beliaupun bertanya kepadanya, ”Apa yang telah terjadi dengan Saudara?” , pemuda itu menjawab, wangku telah dicuri, dan aku tidak melihat seorang pun selain Saudara.” 

Beliau bertanya, ”Berapa jumlah wang Saudara yang hilang?” Ia menjawab, ”seribu dinar”. Kemudian beliau bergegas pulang mengambil wang seribu dinar kemudian diserahkan kepada pemuda tersebut.

Setelah itu pemuda tersebut menemui temannnya. Mereka berkata, “Kami telah bergurau kepadamu, kantong wangmu telah kami ambil.”


Maka iapun kemudian pergi menemui orang yang telah memberinya wang di masjid. Orang-orang mengatakan bahwa beliau adalah putra paman Rasulullah SAW. Ia pun bergegas menemui beliau dan menyerahkan wang yang beliau berikan. Akan tetapi beliau menolaknya dan berkata, “Semua milikku yang telah aku berikan tidak akan aku ambil kembali.” Semoga Alloh meridhai mereka. Amin...

Tiada ulasan: