OLEH IMAM Al-HUJWIRI
BAB 8 IMAM DARI KALANGAN KELUARGA NABI AHLU AL BAYT
Maksud Ahli al-Bayt ialah yang berketurunan dari nasab Nabi Muhammad
s.a.w. Dan keturunan Nabi adalah melalui anak Baginda Fatimah dengan
menantu Baginda, iaitu `Ali bin Abi Talib yang juga sepupu Baginda. Dari mereka
berdua lahir cucu baginda, iaitu Hasan dan Husain. Dan dari Husain
berkelanjutan turunan Baginda sebagaimana wujudnya keturunan syed-syed pada hari
ini.
Al-Hujwiri mengambil 5 orang dari keturunan awal dari Fatimah dan `Ali
yang pada mereka mempunyai elemen-elemen tasawuf. Terawal daripada mereka
ialah:
Hasan bin `Ali
Anak pertama bagi Fatimah dan `Ali dan juga cucu pertama bagi Rasulullah
s.a.w. Baginda amat mengasihi cucu Baginda Hasan (juga Husein). Hasan
mahir berkenaan aspek kerohanian. Beliau pernah menasihiti:
``Jagalah kalbu kamu, kerana Allah mengetahui apa yang tersirat di dalam
fikiran kamu.`` Bahawa konsep hati dan fikiran telah dibincangkan pada masa
itu.
Pada zaman Hasan ini, selepas kematian bapanya `Ali, telah timbul
polimik, di antara pihak yang keluar dari menyokong `Ali dan Mu`awiyah yang
dikenali dengan puak Khawarij, Hasan Basri telah meminta fatwa dari Hasan bin
`Ali tentang golongan Khawarij ini. Menurut Hasan golongan penderhaka dan
penyeleweng ini yang darinya melahirkan Mu`tazilah, Murjiah dan Jabariyaah
adalah kufur.
Sebagai bukti, bahawa orang sufi rela menerima celaan, Hasan bin `Ali
didatangi seoranng Badwi yang mencaci dan merendah-rendahkannya, Hasan tidak
memarahinya, sebaliknya memberi hadiah kepadanya yang menyebabkan Badwi itu
menyedari tentang kemuliaan jiwa Hasan. Seterusnya beliau menyanjunginya.
Berhubung dengan Husain, cucu Rasulullah yang dikasihi ini menjadi mangsa
pihak yang lapar kuasa. Dari angkara Yazid bin Mu`wiyah dia terbunuh di Padang
Kerbala. Dia ditangisi oleh umat, bukan saja oleh kalangan Shi`ah. Zaman
menuntut keadilan, terutama dari golongan pendukung Mu`awiyah dan anaknya
Yazid. Mereka dkutuk oleh sejarah. Husain menjadi lambang pengoranan suci dan
lambang kerohanian.
Manakala Zainal `Abidin bin Husain bin `Ali adalah anak yatim
yang sempat diselamatkan dari kezaliman Yazid. Darinya diwarisi buah-buah kata
yang bernas dan berhikmah, bahawa orang yang dikurniai kekayaan dan
kesenangan tidak dihanyut oleh kesenangannya dan jika dia marah dia tidak
hanyut dengan kemarahannya. Pendeknya yang bijaksana dapat mengawal dirinya..
Belian tidak mengambil kembali apa yang telah diberikan. Sebagai turunan Rasulullah
belia juga tidak berhak menerima sadaqah.
Adapun Abu Ja`afar Muhammad bin `Ali bin al-Husain al-Baqir yang
panggilan ringkasnya ialah Muhammad al-Baqir atau Al-Baqir sahaja dipelihara
dengan baik oleh keluarga dan menghendar dari intipan seterus politik, kerana
dicemburui kiranya dia berhasrat untuk menuntut bela kezaliman terhadap
dirinya. Al-Baqir mendapat pendidikan yang baik dan mendalami di dalam
bidang Al-Qur`an dan menjawab terhadap kemusykilan-kemusykilan yang
diajukan kepadanya.
Beliau mempunyai aura dan kehebatan diri. Dikatakan dia pernah dijemput
oleh seorang raja ke istana dengan niat yang tidak baik terhadapnya. Tapi bila
dia masuk mengunjungi raja berkenaan, raja melihat dikanan dan
kirinya dua ekor singa yang sedia menerkam. Ini membuat raja berkenaan kecut
dan tidak mampu untuk mengambil tidakan terhadapnya..
Muhammad al-Baqir adalah seorang yang kuat beribadat dan sentiasa
berzikir an berwirid. Muhammad al-Baqir juga adalah menjadi silsilah tariqat.
Manakala tokoh terakhir dari kalangan Ahli al-Bayt yang dibicarakan oleh
Al-Hujwiri ialah Abu Muhammad Ja`far bin Muhammad al-Sadiq.
Beliau adalah seorang yang berilmu dan terkenal di kalangan shaykh-shaykh
sufi lantaran beliau mempunyai wawasan yang tajam tentang kebenaran dan
kehalusan tanggapan tentang kesufian. Ketokohan Muhammad al-Sadiq ini
ditandai dengan penghasilan kitab-kitab tasawuf karangannya. Dengan
kitab-kitab yang dihaslkan menjelaskan tentang kemampuan beliau di dalam
keilmuan yang berhubung dengan kerohanian.
Beliau mengungkapkan antaranya, ``Barangsiapa mengenal Allah dia akan
meninggalkan sesuatu yang selain daripadaNya.
Ja`far al-Sadiq terkenal sebagai seorang yang merendah diri. Misalnya
Da`ud al-Ta`i pernah mengemukakan pertanyaan kesufian kepadanya dan meminta beliau
mewasiatkannya, tetapi beliau tidak mau menunjukkan kelebihannya, sebaliknya
memuji Da`wud, bahawa dia adalah orang yang lebihberwibawa darinya.
Dengan adanya pertalian keturuan Rasulullah yang berwibawa telah
mewujudkan identiti yang dikenali sebagai Ahlu al-Bayt.
Mereka ini dan turunan
mereka lebih terlibat dan berminat di dalam biadng-bidang kerohanian dan kurang
melibatkan di dalam bidang politik. Namun dari satu segi konsep Ahlu
al-Bayt kadang-kadang dicampur aduk oleh pendukung-pendukung dan seteru-seteru,
sehingga menimbulkan tanggapan bahawa Ahlu al-Bayt adalah Shi`ah dan
sebaliknya. Ahlu al-Bayt adalah turunan yang bertalian dengan Rasulullah, pada
hakikatnya mereka berkecuali, tapi ada yang mewarnainya sebagai Shi`ah.
Ahlu al-Bayt adalah turunan yang bertalian dengan Rasulullah, sedangkan
Shi`ah adalah faham politik yang asalnya adalah pihak yang membela keturunan
Rasulullah yang dianggap teraniaya dan kena zalim yang kemudian menjadi
faham dan aliran atau mazhab yang dikenali dengan Shi`ah. Faham ini
kemudiannya meluas kepada bidang-bidang yang bukan politik dan antaranya
sebagai mazhab Shi`ah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan