OLEH IMAM Al-HUJWIRI
BAB 6 CELA KAEDAH MENGINSAFKAN : PENCELAAN DAN PENGOLAHAN
Satu persoalan, bahkan pendekatan yang diambil oleh Al-Hujwiri di dalam
membicarakan aspek tasawuf, iaitu aspek yang berlaianan dari apa yang
pernah dibicarakan oleh tokoh-tokoh tasawuf ialah `Pencelaan`.
Kata Al-Hujwiri bahawa cela adalah jalan yang diambil oleh beberapa
shaykh sufi. Celaan diri dilihat jalan yang menyedarkan diri, terutama di atas
kekhilafan-kekhilafan bagi jalan menuju kepada Allah. Para sufi tiak takut
kepada celaan, bahkan dilihat sebagai satu cara bagi memperbaiki diri,
sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Mereka itu berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka
pula tidak takut kepada celaan orang-orang mencela. Yang demikian itu adalah
lempah kurnia Allah yang diberikan kepada siapa yang dikehendakinya, kerana
Allah amat luas lempah kurniaNya lagi meliputi pengetahuanNya.`` (Al-Ma`idah:
54).,
Persoalan cela adalah persoalan akhlak, dan akhlak sudah pasti ada baik
dan buruknya. Yang buruk memang jelas keji seperti mencuri,
bercakap bohong , minum arak, membunuh an sebagainya. Manakala yang
terpuji memang terpuji seperti menolong orang dalam kesusahan, sabar, mahabbah,
syukur, redha, rahmat dan kasih sayang. Masalahnya di dalam kebaikan juga boleh
membawa kepada kekejian. Misalnya bangga dengan menolong orang, takabbur
dengan kelebihan kedudukan, ghurur dengan pangkat, mengumpat kepada orang yang
tidak disenangi dan berbagai-bagai kekejian yang timbul dari kebaikan yang
dilakukam. Keadaan ini juga boleh berlaku di kalangan sufi misalnya timbul
perasaan ghurur dengan kelebihan yang diberi Allah, merasa diri alim dan
merendahkan orang yang tidak setaraf ilmu dengan dirinya, merasa diri lebih
dekat kepada Allah berbanding dengan sufi-sufi yang lain. Jadi penyakit hati
dan akhlak ini tidak saja berlaku pada orang yang dikenalpasti jahat, tetapi
pada orang yang dijangka baik, tetapi ada penyakit dalaman yang merosakkan
diri.
Bagaimana hendak sedar dan memperbaiki diri yang sedemikain ?
Kaedah `Mencela` dapat diolah dan diperluaskan kepada beberapa
kaedah yang dapat menyedarkan kesalahan, kekurangan, pembaikan dan
sebagainya. Antaranya:
Kesedaran diri dengan kesilapan, bahawa kita sebagai manusia
tidak sunyi dari kesilapan dan diri yang peka dan insaf, sentiasa
bermuhasabah, menilai dan membetulkan mana yang silap. Sebagai dimaklum,
bahawa bagi diri dan jiwa yang hidup dan mempunyai dhamir yang hidup,
maka jika diri terjatuh di dalam kesalahan, maka hati kecil akan mencela diri
dengan kesalahan yang dilakukan, biasanya dengan tidak sengaja, maka dengan
kesedaran diperbaiki akan kesalahan yang dilakukan.
Adapun celaan terbuka, walaupun bagi sufi mengalu-ngalukan dan dianggap
satu kesedaran yang sedia diterima, namun celaan saecara terbuka, misalnya
terhadap seorang guru sufi, misalnya terhadap kelakuannya yang tidak wajar,
tetapi dari segi adab, maka ianya dianggap kasar. Cara yang terbaik ialah
seorang yang dihormati, misalnya guru atau bekas gurunya
meyampaikan apa yang dianggap tidak wajar itu secara baik dan sopan
yang insya Allah jika seorang sufi sebenar, dia akan terima secara terbuka dan
sedia memperbaikinya.
Kaedah cela yang baik, ialah melalui muzakarah, khususnya mengenai isu
yang dikenalpasti atau yang menimbulkan permasalahan. Perkara yang menjadi
persoalan di mudzakarahkan misalnya di kalangan guru-guru atau shaykh-shaykh
yang berkebolehan di dalam bidang-bidang khusus. Dengan cara muzakarah ini kesilapan
tidak difokuskan kepada seseorang, bahkan dirasakan persoalan mengenai semua
pihak, maka melalui perbincangan orang yang silap menyedari kesilapannya, bila
persoalan dibincangkan di dalam mudzakarah. Bagi yang lain akan mendapati
perbincangan berfaedah, iaitu menambahkan ilmu dan memperbaiki mana yang kurang
dan tidak difahami sebelumnya. Celaan melalui mudzakarah tidak terasa dan tidak
menjatuhkan maruah seseorang.
Satu cara celaan terhadap diri, apabila seseorang itu tahu yang
dirinya tidak berilmu dan ingin memahami sesuatu ilmu tertentu yang dia sedar
dia adalah jahil, maka tindakan yang baik bahawa dia hendaklah belajar, sama
ada memasuki pengajian secara formal seperti mengikuti kursus-kursus atau
pengajian di institusi yang menganjurkan pengajian di dalam bidang-bidang yang
ingin dipelajari. Celaan terhadap diri kerana kejahilan dapat menjadikan diri
berpelajaran.
Satu kaedah celaan diri ialah melalui pembentangan sesuatu persoalan yang
dimusykilkan secara diskusi. Misalnya seorang yang mau membincangkan sesuatu
tajuk mengenai seseuatu persoalan, maka dibentangkan persoalan berkenaan
melalui pembentangan kertaskerja. Pembentangan diulas oleh beberapa yang
berwibawa. Mereka mampu mengkritik dan mencadang dan memperbetulkan apa
yang dianggap tidak betul. Khalayak ramai dapat hadir sama dan mengambil
manfaat dengan turut sama berbincang dan memberi pandangan . Kaedah ilmiah ini
dilakukan di pengajian-pengajian tinggi. Pembentang memberi sumbangan ilmu dan
dapat menyedari kekurangan-kekurangan yang dapat diperbaiki dan orang ramai
pula sama dapat faedah dari perbincangan-perbincangan.
Bagi yang menyedari kesilapan diri, atau kekurangan diri antara kaedah
yang dapat diambil ialah dengan menemui secara terus dan langsung dengan guru
atau mereka yang pakar dalam bidang berkenaan. Ini merupakan kaedah
pesakit yang sakit menemui doktor pakar dalam bidang penyakit dan diberi
nasihat dan obat oleh doktor, keadaan yang sama bagi mereka yang
menghadapi masalah di dalam bidang ilmu dan dia perlu menemui pakar yang
berkenaan.
Seterusnya bagi semua seharusnya prihatin dan waspada dengan menyedari
diri, bahawa tidak seorang yang sempurna di dalam apa-apa bidang sekalipun,
sebab itu seharusnya bagi yang insaf dan ingin memperbaiki diri seharusnya
selalu mengiikuti perkembangan baik, di dalam bidang ilmu, kemahiran, pekerjaan
dan kepakaran dengan mengikuti perlembangan terbaru bagi menambahkan ilmu
pengetahuan dan kemahira, meneliti kesilapan-kesilapan yang dilakukan orang
dan dijadikan tauladan bagi memperbaiki diri dan diri juga
mengenali kelkemahan cuba memperbaiki diri dan memberi sumbangan
keilmuan, kepakaran dan pengalaman agar semua dapat manfaat.
Kaedah `cela` secara langsung adalah baik, tetapi wajar diolah agak
tidak kasar, banyak kaedah pembaikan dapat dilakukan secara teratur yang lebih
dapat memberi pembaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan