OLEH IMAM Al-HUJWIRI
BAB 5 ANTARA KEFAQIRAN DAN KESUCIAN : KEUTAMAAN
Dari segi
pendekatan Al-Hujwiri tidak lari dari menurut format tradisi bila membicarakan
tentang tasawuf, iaitu bertolak dari bermula dengan apa itu tasawuf. Dari mana
datangnya istilah berkenaan dan pendapat-pendapat berhubung dengan istilah
berkenaan.
Selepas dari
itu Al-Hujwiri membicarakan tentang apa itu tasawuf dan kefaqiran, Al-Hujwiri
membicarakan salah satu pendapat yang kukuh dari segi asal kata istilah tasawuf
adalah dari istilah s*afa, yas*fi dan safa` yang bermaksud, bersih, sedang
bersih dan kebersihan. Pendapat tentang tasawuf berasal dati istilah s*afa yang
bererti bersih amat popular.
Misalnya Abu
al-Hasan al-Qanad r.h.a. ditanya tentang ma`na sufi, maka katanya, ``Dia adalah
diambil dari asal perkataan `s*afa` bererti bersih, iaitu dengan
mendirikan haq Allah Ta`ala pada setiap waktu dengan sempurna syarat-syarat .``
(Al-Luma`: 1380H./1960M: 46).
Menurut
Al-Kalabadzi, berkata satu golongan sufi, dinamakan `sufiyah` kerana bersih
rahsianya dan jernih kesannya.
Dan berkata
Bishr ibn al-Harith, sufi ialah orang yang bersih muamalahnya kerana Allah
Ta`ala, maka bersihlah baginya dari Allah Ta`ala kemuliaannya.`` (Al-Kalabadzi,
1388H./1969M.: 28).
Sebagaimana
telah dibicarakan selepas membicarakan tentang istilah tasawuf, dibicarakan
tentang kefaqiran sebagaimana telah dibicarakan sebelum ini.
Dari gaya
dan pendekatan Al-Hujwiri, walaupun format yang dibicarakan tidak berbedza dari
pendekatan-pendekatan yang lain tentang tasawuf, sesuai dengan judul bukunya
`Kashf al-Mahjub`, bermaksud `Menyingkap Yang Tertutup`, maka
sebagaimana dia membicarakan tentang kefaqiran secara halus dan agak berbeza
dari fokus pembicaraan, maka pada kali ini tentang `Kafaqiran dan Kesucian`
beliau tidak sekadar membicarakan maksud faqir dan sifatnya, dan begitu juga
dengan kesucian, tidak sekadar mengambil pendapat yang lain tentang maksud
tasawuf berhubung dengan makna `safa` bersih, sebaliknya dia membicarakan
tentang perbezaan antara kefaqiran dan kesucian, yang pendekatan sedemikian
tidak dibicarakan oleh tokoh-tokoh sufi sebelumnya.
Pembicaraan
ini terlampau spesifik dan agak kecil.
Di dalam
pendekatan Al-Kalabadzi menimbulkan persoalan, ``Manakah lebih sempurna antara
kefaqiran dan kesucian ?``.
Al-Hujwiri
antaranya mengambil pendapat Abu Hasan Samnun yang mengatakan bahawa
kefaqiran adalah lebih utama dari kesucian, secara rhetoric, dia mengatakan
konsep kefaqian meningkat kepada peringkat kefanaan yang menenggelamkan yang
lain termasuklah kesucian itu sendiri, dalam maksud kesucian berada di
bawah kefaqiran.
Apa yang
diutarakan oleh Al-Hujwiri ini adalah aspek yang agak halus yang tidak
dibicarakan oleh kalangan sufi yang lain.
Namun
pendapat ini disanggah dengan melihat, bahkan menghujah dari beberapa segi,
bermaksud konsep bersih yang menjadi salah satu makna terpenting di dalam
tasawuf, bahawa dapat dilihat dari segi konsep, gagasan, bahkan doktrin
sebagaimana dikatakan bahawa Al-Hujwiri membawa elemen-elemen doktrin di dalam
pendekatan ketasawufannya, biarpan tasawuf dikatakan tidak mudah didoktrinkan,
kecuali yang mempunyai rangka falsafah yang mengikatnya dengan falsafah
tertentu seperti `wahdatil wujud` oleh Ibn `Arabi.
Adapun dari
segi konsep, bahawa pendekatan keilmuan tasawuf yang bersifat rohani, memang
bertujuan bagi membersihkan diri dan jiwa manusia. Sebagai contoh pembicaraan
tentang nafsu dan mengenalinya dari segi sifat dan ciri serta
martabat-martabatnya. Semuanya tidak lain agar melalui pengenalan diri dapat
menjauhi dari sifat keji dan menghiasi diri dengan sifat terpuji.
Demikian
misalnya pendekatan mengenali maqam-maqam seperti taubah, zuhud, sabar, faqr .
tawakkal dan redha, dan demikian dengan hal seperti takut, taqwa, ikhlas,
shukur dan al-qurb adalah merupakan kaedah dan gagasan bagi meningkatkan
kualiti diri kepada Allah.
Dari segi
keseluruhan semuanya tidak lain dalam erti kata yang luas ia adalah bertujuan
bagi `Membersih` diri bagi menuju kepada Allah, sedangkan kalau kita lihat di
dalam skema di atas, faqr adalah satu tangga yang dikategori di bawah maqamat.
Jika mau
dilihat dari segi doktrin, maka tidak lain daripada melihatnya dalam rangka
`doktrin tauhid, kerana walaupun tasawuf merupakan keilmuan khusus, maka ianya
tidak terkeluar dari rangka falsafah tauhid, sebagaimana kata Al-Kalabadzi,
bahawa tauhid dari segi tasawuf sebagaimana juga di dalam pendekatan
akidah, ialah ``Mengesakan Allah yang bisifat qidam dan membersihkanNya
dari sebarang yang bersifat baharu.
Demikian
juga bila membicarakan tentang hakikat ma`rifat dari segi tasawuf. Berkata
Al-Kalabadzi, kata setengah shaykh-shaykh (sufi):
Ma`rifat itu
ada dua bahagian. Ma`rifat haqq dan ma`rifat haqiqat.
Ma`rifat
haqq, ialah mengithbatkan keesaan Allah Ta`ala dan ma`rifat haqiqat ialah,
tiada jalan untuk sampai kepadanya, kerana tidak mampu untuk meliputiNya oleh
sesuatu.
Jelas dari
segi doktrin sama dari segi konsep dan gagasan ialah bagi mendekatkan diri
kepada Allah demikian juga akidah adalah membersih dan membetulkan diri dari
segi akidah.
Sebagai kesimpulan,
bahawa pengambilan istilah tasawuf dari asal kata `safa` yang bererti bersih,
berbanding dari maksud-maksud yang lain, jelas menunjukkan bahawa tasawuf yang
memaksudkan bagi pembersihan diri lahiri dan maknawi bagi mendekati Ilahi dan
juga bagi kebaikan diri dalam kehidupan memberi erti bahawa istilah ini adalah
paling dominan dari segi penggunann berbanding dengan istialah-istilah
yang lain, lantaran itu ianya dikenali sebagai ilmu tasawuf, iaitu ilmu bagi
membersihkan diri, berbanding dengan istilah kefaqiran, ianya menjadi satu
aspek dari segi maqamat ketasawufan.
Tasawuf
adalah tasfiyah yang termasuk dibawahnya elemen kefaqiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan