VERSI TO’KU LI
Dalam Kalam Hikmah ke 8 Imam Ibnu Athaillah Askandary menyatakan:
Maksudnya :
Ma’rifah merupakan kurniaan terawal ( أول المواهب ) dan tuntutan terakhir ( نهاية المطالب ) seseorang yang menjalani jalan Allah.Justeru itu apabila anda dianugerahi ma’rifah bermakna anda adalah tergolong dalam kelompok manusia yang dikasihi dikasihi Allah.
Golongan yang dikasihi Allah ini diklasifikasikan oleh To` Pulau Manis kepada tiga kelompok :
Jelas di sini bahawa Islam mementingkan kualiti amal melebihi kuantitinya.Walaupun sedikit tetapi ikhlas,berterusan,sentiasa bermuhasabah dan mengiringi amalan itu dengan sifat-sifat akhlak yang mahmudah ( terpuji ) lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak ikhlas,tidak istiqamah,cuai,lalai serta diiringi dengan sifat-sifat akhlak yang mazmumah ( tercela ) seperti sifat ‘ujub( merasa hairan kepada kehebatan diri sendiri ),sum’ah ( terpesona dengan kelebihan sendiri ),kibr ( berbesar diri ),berbangga-bangga dan riya`( ingin dipuji dan disanjung ).
Firman-firman Allah SWT berikut boleh dijadikan sandarannya :
( Surah al-Maa’un : ayat 4-6 )

Apabila Allah menyingkap bagimu suatu landasan ke arah mengenaliNya, janganlah risau tentang kekurangan amalanmu.Sebenarnya Dia membongkarkan jalan ma’rifah itu adalah menurut kehendakNya untuk memperkenalkan diNya kepadamu.Tidakkah kamu sedar bahawa ma’rifah adalah anugerahNya kepadamu ? Selanjutnya amalan-amalanmu adalah ditujukan kepadaNya.Dimanakah kedudukan amalan anda yang sedikit itu jika dibandingkan dengan anugerah agung Allah kepadamu ?
Ma’rifah merupakan kurniaan terawal ( أول المواهب ) dan tuntutan terakhir ( نهاية المطالب ) seseorang yang menjalani jalan Allah.Justeru itu apabila anda dianugerahi ma’rifah bermakna anda adalah tergolong dalam kelompok manusia yang dikasihi dikasihi Allah.
Golongan yang dikasihi Allah ini diklasifikasikan oleh To` Pulau Manis kepada tiga kelompok :
- أهل العنايات وأهل التحقيق
- أهل المقام
- أهل الأعمال
Jelas di sini bahawa Islam mementingkan kualiti amal melebihi kuantitinya.Walaupun sedikit tetapi ikhlas,berterusan,sentiasa bermuhasabah dan mengiringi amalan itu dengan sifat-sifat akhlak yang mahmudah ( terpuji ) lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak ikhlas,tidak istiqamah,cuai,lalai serta diiringi dengan sifat-sifat akhlak yang mazmumah ( tercela ) seperti sifat ‘ujub( merasa hairan kepada kehebatan diri sendiri ),sum’ah ( terpesona dengan kelebihan sendiri ),kibr ( berbesar diri ),berbangga-bangga dan riya`( ingin dipuji dan disanjung ).
Firman-firman Allah SWT berikut boleh dijadikan sandarannya :
- فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون
( Surah al-Maa’un : ayat 4-6 )
- لن ينال الله لحومها ولا دمآؤها ولكن يناله التقوي منكم كذلك سخرها لكم لتكبروا الله علي ما هدآكم وبشر المحسنين
- يآءيها الذين ءآمنوا لا تبطلوا صدقاتكم بالمن والأذي كالذي رئآء الناس ولا يؤمن بالله واليوم الأخر فمثله كمثل صفوانٍِ عليه تراب فأصابه وابل فتركه صلدا لا يقدرون علي شيء مما كسبوا والله لا يهدي القوم الكافرين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan