Syeikh Abdul
Qadir Jailani
PERMULAAN PENCIPTAAN
Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu
yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan, tekankan
kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan. Allah Yang Maha Tinggi
pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci
Keindahan-Nya.
Dalam hadis Qudsi Dia
berfirman:
“ Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya
Wajah-Ku”
Ini dinyatakan juga oleh
Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya:
“ Mula-mula Allah
ciptakan ruhku”.
Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci. Mula-mula Allah ciptakan
qalam. Mula-mula Allah ciptakan akal. Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan
permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kebenaran
tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia
dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang
tersembunyi di bawah sifat jalal Allah.
Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari
Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”. (Al-Maaidah, ayat 15)
Dia dinamakan akal yang meliputi
(akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya. Dia
dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu
ke dalam huruf- huruf. Roh Muhammad
adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam
maya.
Baginda s.a.w menyatakan hal ini
dengan sabdanya,
“Aku
daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”.
Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh
daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang
paling baik. ˜Muhammad' adalah nama kepada sekalian kemanusiaan
di dalam alam arwah. Dia
adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan
segala-galanya.
4,000 ribu tahun
selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy
daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat
penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim
dan badan. Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah. (Surah Tin, ayat 15)
Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi
wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan
sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh
yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh
itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan roh pemerintah'. Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana
mereka dinamakan roh rohani'. Kemudian Dia arahkan mereka turun
kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan
angin dan mereka menjadi roh manusia'. Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan
tubuh yang berdaging,
berdarah. Kemudian Kami jadikan kamu dan
kepadanya kamu akan
dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi. (Surah Ta Ha, ayat 55)
Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun
masuk. Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku
tiup padanya roh-Ku. (Surah Shad, ayat 72)
Sampai masanya roh-roh itu terikat dengan badan, dengan darah dan daging dan lupa kepada
asal usul kejadian dan perjanjian mereka. Mereka lupa tatkala
Allah ciptakan mereka pada alam arwah Dia telah bertanya
kepada mereka: Adakah aku Tuhan kamu? Mereka telah menjawab:Iya,
bahkan!. Mereka lupa kepada ikrar mereka. Mereka lupa kepada
asal usul mereka, lupa juga kepada jalan untuk kembali kepada tempat asal mereka. Tetapi Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun,
sumber kepada segala keselamatan dan pertolongan bagi sekalian
hamba- hamba-Nya. Dia mengasihani mereka lalu Dia
hantarkan kitab-kitab suci dan rasul-rasul kepada mereka
untuk mengingatkan mereka tentang asal usul mereka. Dan Sesungguhnya Kami telah
utuskan Musa (membawa) ayat-ayat Kami (sambil Kami
mengatakan): hendaklah kamu keluarkan kaum kamu dari
kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan mereka kepada hari-hari
Allah. (Surah Ibrahim, ayat 5)
Iaitu ingatkan roh-roh tentang hari- hari di mana mereka tidak
terpisah dengan Allah'. Ramai rasul-rasul telah datang ke
dunia ini, melaksanakan tugas mereka dan kemudian meninggalkan
dunia ini. Tujuan semua itu adalah membawa kepada manusia
perutusan, peringatan serta menyedarkan manusia dari kelalaian mereka. Tetapi mereka yang mengingati-Nya, yang kembali kepada-Nya,
manusia yang ingin kembali kepada asal usul mereka, menjadi
semakin berkurangan dan terus berkurangan ditelan zaman.
Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan suci
berterusan sehingga muncul roh Muhammad yang mulia, yang terakhir di kalangan
nabi-nabi, yang menyelamatkan manusia daripada kehancuran
dan kelalaian. Allah Yang Maha Tinggi mengutuskannya
untuk membuka mata manusia iaitu membuka mata hati yang
ketiduran. Tujuannya ialah mengejutkan manusia dari
kelalaian dan ketidaksedaran dan untuk menyatukan mereka dengan keindahan yang abadi, dengan penyebab, dengan Zat Allah.
Allah berfirman:
Katakan: Inilah jalanku yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku kepada Allah dengan
pandangan yang jelas (basirah). (Surah Yusuf, ayat 108).
Ia menyatakan jalan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w dalam
menunjukkan tujuan kita telah bersabda, Sahabat- sahabatku
adalah umpama bintang di langit. Sesiapa daripada mereka yang kamu ikuti kamu akan temui jalan yang benar. Pandangan yang jelas
(basirah) datangnya daripada mata kepada roh. Mata ini terbuka
di dalam jantung hati orang-orang yang hampir dengan
Allah, yang menjadi sahabat Allah. Semua ilmu di dalam
dunia ini tidak akan mendatangkan pandangan dalam
(basirah). Seseorang itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang tersembunyi pengetahuan yang mengalir
daripada kesedaran Ilahi.
Dan Kami telah ajarkan kepadanya satu ilmu dari sisi Kami (ilmu laduni). (Surah Kahfi, ayat 65).
Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari
orang yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta
perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu. Guru
yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain,
mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya
menyaksikan alam mutlak.
Wahai anak-anak
Adam, saudara-saudara dan saudari-saudari! Bangunlah dan bertaubatlah
kerana melalui taubat kamu akan memohon kepada Tuhan agar dikurniakan-Nya kepada kamu hikmah-Nya. Berusaha dan berjuanglah.
Allah memerintahkan: Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan
Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit dan
bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti. Yang
menderma di waktu senang dan susah, dan menahan marah,
dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepada mereka yang
berbuat kebajikan. (Surah Imraan, ayat 133 & 134).
Masuklah kepada jalan itu dan bergabunglah dengan
kafilah kerohanian untuk kembali kepada Tuhan kamu. Pada
satu masa nanti jalan tersebut tidak dapat dilalui lagi
dan pengembara pada jalan tersebut tidak ada lagi. Kita
tidak datang ke bumi ini untuk merosakkan dunia ini. Kita dihantar ke mari bukan untuk makan, minum dan berak. Roh penghulu kita menyaksikan kita. Baginda s.a.w berdukacita melihat keadaan kamu.
Baginda s.a.w telah mengetahui apa yang akan berlaku kemudian
hari apabila baginda s.a.w bersabda, Dukacitaku adalah
untuk umat yang aku kasihi yang akan datang kemudian.
Apa sahaja yang datang kepada kamu datang dalam
keadaan salah satu bentuk, secara nyata atau tersembunyi; nyata dalam bentuk peraturan
syarikat dan tersembunyi dalam bentuk hikmah kebijaksanaan atau
makrifat. Allah Yang Maha Tinggi memerintahkan kita
supaya mensejahterakan zahir kita dengan mematuhi
peraturan syarikat dan meletakkan batin kita dalam keadaan
yang baik dan teratur dengan memperolehi hikmah kebijaksanaan atau makrifat. Bila zahir dan batin kita menjadi satu dan hikmah
kebijaksanaan atau makrifat dengan peraturan agama (syarikat)
bersatu, seseorang itu sampai kepada makam yang
sebenarnya (hakikat).
Dia alirkan dua laut, padahal kedua-duanya bertemu.
Antara dua itu ada dinding yang
kedua-duanya tidak mampu melewatinya. (Surah Imraan, ayat 19 & 20).
Kedua-duanya mesti menjadi satu. Kebenaran
atau hakikat tidak akan diperolehi dengan hanya menggunakan pengetahuan melalui pancaindera dan deria-deria tentang alam kebendaan. Dengan cara tersebut tidak mungkin mencapai
matlamat, sumber, iaitu Zat. Ibadat dan penyembahan memerlukan
kedua-duanya iaitu peraturan syarikat dan makrifat.
Allah berfirman tentang ibadat:
“ Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia
melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”. (Surah Dzaariyat, ayat 56).
Dalam lain perkataan, mereka diciptakan
supaya mengenali Daku' . Jika seseorang tidak mengenali-Nya bagaimana dia boleh
memuji- Nya dengan sebenar-benarnya, meminta pertolongan-Nya dan berkhidmat
kepada-Nya? Makrifat yang diperlukan bagi mengenali-Nya boleh
dicapai dengan menyingkap tabir hitam yang menutupi
cermin hati seseorang, menyucikannya sehingga bersih dan
menggilapkannya sehingga bercahaya. Kemudian
perbendaharaan keindahan yang tersembunyi akan memancar pada
rahasia cermin hati. Allah Yang Maha Tinggi telah berfirman melalui rasul-Nya: Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka
dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali. Tujuan
suci diciptakan manusia ialah supaya mereka mengenali
Allah, memperolehi makrifat.
Ada dua peringkat makrifat yang suci. Seseorang itu perlu
mengenali sifat- sifat Allah
dan dalil-dalil yang menjadi kenyataan atau penzahiran bagi sifat-sifat tersebut. Satu lagi ialah mengenali Zat Allah. Di dalam
mengenali sifat-sifat Allah manusia secara zahirnya dapat
menikmati kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat. Makrifat
yang memimpin kepada Zat Allah tidak diperolehi dengan
diri zahir manusia. Ia terjadi di dalam jiwa atau roh suci manusia yang berada di dalam dirinya yang zahir ini. Dan Kami telah
perkuatkan dia (Isa) dengan roh kudus. (Surah Baqarah, ayat 87).
Orang yang mengenali Zat Allah menemui kuasa ini
melalui roh kudus (suci) yang dikurniakan kepada mereka. Kedua-dua makrifat tersebut
diperolehi dengan hikmah kebijaksanaan yang mempunyai dua aspek;
hikmah kebijaksanaan kerohanian yang di dalam dan pengetahuan
zahir tentang benda-benda nyata. Kedua-duanya diperlukan
untuk mendapatkaan kebaikan. Nabi s.a.w bersabda,
â€Å“Pengetahuan ada dua bahagian. Satu pada lidah yang
menjadi dalil tentang kewujudan Allah, satu lagi di dalam hati manusia. Inilah yang diperlukan bagi melaksanakan harapan kita.
Pada peringkat permulaannya seseorang itu memerlukan
pengetahuan syarikat. Ini memerlukan pendidikan yang
mengenalkan dalil-dalil luar tentang Zat Allah yang
menyata di dalam alam sifat-sifat dan nama-nama ini. Apabila bidang ini telah sempurna sampailah giliran pendidikan kerohanian
tentang rahasia-rahasia, di mana seseorang itu masuk ke
dalam bidang makrifat yang murni untuk mengetahui yang
sebenarnya (hakikat). Pada peringkat yang pertama
seseorang itu mestilah meninggalkan segala-galanya yang tidak
dipersetujui oleh syariat malah, kesilapan di dalam melakukan perbuatan yang baik mestilah dihapuskan. Perbuatan yang baik mestilah
dilakukan dengan cara yang betul, sebagaimana keperluan pada jalan sufi.
Keadaan ini boleh dicapai dengan melatihkan diri dengan
melakukan perkara-perkara yang tidak dipersetujui oleh
ego diri sendiri dan melakukan amalan yang bertentangan
dengan kehendak hawa nafsu. Berhati-hatilah di dalam
beramal agar amalan itu dilakukan bukan untuk dipertontonkan atau diperdengarkan kepada orang lain. Semuanya mestilah dilakukan semata-
mata kerana Allah, demi mencari keredaan-Nya.
Allah berfirman:
“Barangsiapa
berharap menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan sesuatu dengan Allah dalam
ibadatnya kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat 110).
Apa yang dihuraikan sebagai daerah makrifat itu
adalah tahap penghabisan bagi daerah kejadian yang pertama. Ia adalah permulaan dan
merupakan rumah yang setiap orang kembali ke sana . Di
samalah roh suci dijadikan. Apa yang dimaksudkan dengan
roh suci adalah roh insan. Ia dijadikan dalam bentuk yang
paling baik. Kebenaran atau hakikat tersebut telah ditanam
di tengah-tengah hati sebagai amanah Allah, diamanahkan kepada manusia agar disimpan dengan selamat. Ia bangkit dan menyata melalui
taubat yang sungguh-sungguh dan usaha sebenar mempelajari agama.
Keindahannya akan memancar ke permukaan apabila seseorang itu
mengingati Allah terus menerus, mengulangi kalimah La ilaha
illahllah. Pada mulanya kalimah ini diucapkan dengan
lidah. Bila hati sudah hidup ia diucapkan di dalam,
dengan hati. Sufi menggambarkan keadaan kerohanian yang
demikian dengan menganggapnya sebagai bayi, iaitu bayi yang lahir di dalam hati, dibela dan dibesarkan di sana . Hati memainkan peranan
seperti ibu, melahirkannya, menyusun, memberi makan dan
memeliharanya. Jika anak-anak diajarkan kepakaran
keduniaan untuk kebaikannya, bayi hati pula diajarkan
makrifat rohani. Sebagaimana kanak-kanak bersih daripada dosa, bayi hati adalah tulen, bebas daripada kelalaian, ego dan ragu-ragu.
Kesucian bayi biasanya menyata dalam bentuk zahir yang cantik.
Dalam mimpi, kesucian dan ketulenan bayi hati muncul
dalam rupa malaikat. Manusia berharap mendapat ganjaran
syurga sebagai balasan kepada perbuatan baik tetapi
hadiah-hadiah yang didatangi dari syurga didatangkan ke
mari melalui tangan-tangan bayi hati.
Dalam kebun-kebun kenikmatan melayani mereka anak-anak
muda yang tidak berubah
keadaan mereka. (Surah Waqi'ah, ayat 12: 17 ).
Melayani mereka adalah anak-anak muda
laksana mutiara yang tersimpan. (Surah Tur) dilakukan dengan cara yang betul,
sebagaimana keperluan pada jalan sufi. Keadaan ini boleh
dicapai dengan melatihkan diri dengan melakukan perkara-perkara
yang tidak dipersetujui oleh ego diri sendiri dan melakukan amalan yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsu. Berhati-hatilah
di dalam beramal agar amalan itu dilakukan bukan untuk
dipertontonkan atau diperdengarkan kepada orang lain.
Semuanya mestilah dilakukan semata- mata kerana Allah,
demi mencari keredaan-Nya.
Allah berfirman:
“ Barangsiapa berharap
menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih
dan janganlah dia mempersekutukan sesuatu dengan Allah dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat 110).
Apa yang dihuraikan sebagai daerah makrifat itu
adalah tahap penghabisan bagi daerah kejadian yang pertama. Ia adalah permulaan dan
merupakan rumah yang setiap orang kembali ke sana . Di
samalah roh suci dijadikan. Apa yang dimaksudkan dengan
roh suci adalah roh insan. Ia dijadikan dalam bentuk yang
paling baik. Kebenaran atau hakikat tersebut telah ditanam
di tengah-tengah hati sebagai amanah Allah, diamanahkan kepada manusia agar disimpan dengan selamat. Ia bangkit dan menyata melalui
taubat yang sungguh-sungguh dan usaha sebenar mempelajari agama.
Keindahannya akan memancar ke permukaan apabila seseorang itu
mengingati Allah terus menerus, mengulangi kalimah La ilaha
illahllah. Pada mulanya kalimah ini diucapkan dengan
lidah. Bila hati sudah hidup ia diucapkan di dalam,
dengan hati. Sufi menggambarkan keadaan kerohanian yang
demikian dengan menganggapnya sebagai bayi, iaitu bayi yang lahir di dalam hati, dibela dan dibesarkan di sana . Hati memainkan peranan
seperti ibu, melahirkannya, menyusun, memberi makan dan
memeliharanya. Jika anak-anak diajarkan kepakaran
keduniaan untuk kebaikannya, bayi hati pula diajarkan
makrifat rohani. Sebagaimana kanak-kanak bersih daripada dosa, bayi hati adalah tulen, bebas daripada kelalaian, ego dan ragu-ragu.
Kesucian bayi biasanya menyata dalam bentuk zahir yang cantik.
Dalam mimpi, kesucian dan ketulenan bayi hati muncul
dalam rupa malaikat. Manusia berharap mendapat ganjaran
syurga sebagai balasan kepada perbuatan baik tetapi
hadiah-hadiah yang didatangi dari syurga didatangkan ke
mari melalui tangan-tangan bayi hati.
Dalam kebun-kebun kenikmatan melayani mereka anak-anak
muda yang tidak berubah
keadaan mereka. (Surah Waqi'ah, ayat 12: 17 ).
Melayani mereka
adalah anak-anak muda laksana mutiara yang tersimpan. (Surah Tur ayat
24).
Mereka adalah anak-anak kepada hati, menurut yang diilhamkan kepada
sufi, dipanggil anak-anak kerana keelokan dan ketulenan mereka. Keindahan dan
ketulenan mereka menyata dalam kewujudan zahir, dalam darah daging, dalam
bentuk manusia. Oleh kerana keelokan dan kelembutan sifatnya ia dinamakan
anak-anak hati, tetapi dia adalah manusia sejati yang mampu mengubah bentuk
kejadian atau ciptaan kerana dia berhubung erat dengan Pencipta sendiri. Dia
adalah wakil sebenar kemanusiaan. Di dalam kesedarannya tidak ada sesuatu malah
dia tidak melihat dirinya sebagai sesuatu. Tiada hijab, tiada halangan di
antara kewujudannya dengan Zat Allah.
Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan suasana demikian sebagaimana sabda
baginda s.a.w, Ada masa aku dengan Allah di mana tiada malaikat yang hampir dan
tidak juga nabi yang diutus. Maksud nabi' di sini ialah kewujudan lahiriah yang
sementara bagi Rasulullah s.a.w sendiri. Malaikat yang paling hampir dengan
Allah ialah cahaya suci Muhammad s.a.w, kejadian pertama. Dalam suasana
kerohanian itu baginda s.a.w sangat hampir dengan Allah sehingga wujud zahirnya
dan rohnya tidak berkesempatan menghijabkannya dengan Allah. Baginda s.a.w
menggambarkan lagi suasana demikian, Ada syurga Allah yang tidak ada mahligai
dan taman-taman atau sungai madu dan susu, syurga yang di dalamnya seseorang
hanya menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci .
Allah s.w.t berfirman:
“Beberapa
muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya dia memandang”. (Surah Qiamat,
ayat 22 & 23).
Pada suasana atau makam tersebut jika seseorang makhluk termasuklah
malaikat mendekatinya kewujudan badannya akan terbakar menjadi abu.
Allah s.w.t berfirman melalui rasul-Nya:
Jika Aku bukakan penutup sifat keperkasaan-Ku dengan
bukaan yang sangat sedikit sahaja, semua akan terbakar sejauh yang dilihat oleh
pandangan-Ku. Jibrail yang menemani Nabi Muhamamd s.a.w pada malam mikraj,
apabila sampai di Sidratul Muntaha, telah mengatakan jika dia melangkah satu
langkah sahaja lagi dia akan terbakar menjadi abu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan