Syeikh Abdul
Qadir Jailani
KEROHANIAN ISLAM DAN AHLI SUFI
Sufi adalah perkataan Arab saf, yang bererti tulen. Alam batin sufi
dipersucikan, menjadi tulen dan diterangi oleh cahaya makrifat, penyatuan dan
keesaan. Istilah sufi dikaitkan juga dengan bidang kerohanian mereka yang
sentiasa berhubung dengan sahabat-sahabat rasulullah s.a.w yang dikenali
sebagai puak yang memakai baju bulu'. Saf, pakaian bulu yang kasar
menggambarkan keadaan mereka yang miskin lagi hina. Kehidupan dunia di dalam
kesempatan. Mereka berjimat cermat di dalam makanan, minuman dan lain-lain.
Dalam buku al-Majm' ada dikatakan, Apa yang terjadi kepada ahli suluk yang suci
ialah pakaian dan kehidupan mereka sangat sederhana dan hina. Walaupun mereka
kelihatan tidak menarik secara keduniaan tetapi hikmah kebijaksanaan (makrifat)
mereka ternyata pada sifat mereka yang lemah lembut dan halus, yang menjadikan
mereka menarik kepada sesiapa yang mengenali mereka. Mereka menjadi contoh kepada
alam manusia. Mereka berpandukan ilmu Ilahi. Pada pandangan Tuhan mereka berada
pada martabat pertama kemanusiaan. Dalam pandangan mereka yang mencari Tuhan
puak sufi ini kelihatan cantik walaupun pada zahirnya buruk. Mereka mesti
dikenali dan berupaya mengenali, dan mereka dengan mesti dengan cara itu iaitu
satu dan semua, kerana mereka semua berada pada makam keesaan dan mesti nyata
sebagai satu.
Dalam bahasa Arab perkataan tasawwuf, kerohanian Islam, terdiri daripada
empat huruf ta', sin', wau' dan pa' (t,s,w,f).
Huruf pertama, t, bermaksud taubat . Ini adalah langkah pertama perlu
diambil pada jalan ini. Ia adalah seolah-olah dua langkah, satu zahir dan satu
batin . Taubat zahir dalam perkataan, perbuatan dan perasaan, menjaga kehidupan
agar bebas daripada dosa dan kesalahan dan cenderung untuk berbuat kebaikan dan
ketaatan; meninggalkan keingkaran dan penentangan, mencari kesejahteraan dan
kedamaian . Taubat batin dilakukan oleh hati. Penyucian hati daripada hawa
nafsu duniawi yang huru hara dan hati bulat berazam mahu mencapai alam
ketuhanan. Taubat mengawasi kesalahan dan meninggalkannya, menyedari kebenaran
dan berjuang ke arahnya membawa seseorang kepada langkah kedua. Langkah kedua
ialah keadaan aman dan sejahtera, safa . Huruf adalah simbolnya . Dalam
peringkat ini juga ada dua langkah perlu diambil. Pertama ialah ke arah
kesucian di dalam hati dan kedua pula ke arah pusat hati. Hati yang tenang
datang daripada hati yang bebas daripada kesusahan, keresahan yang disebabkan
oleh masalah semua kebendaan ini, masalah makan, minum, tidur, perkataan yang
sia-sia. Dunia ini seumpama tenaga tarikan bumi, menarik hati ke bawah, dan
untuk membebaskan hati daripada masalah tersebut menyebabkan berlaku tekankan
kepada hati. Di sana ada pula ikatan-ikatan hawa nafsu dan kehendak, pemilikan,
kasihkan keluarga dan anak-anak yang mengikat hati seni kepada bumi dan
menghalangnya terbang tinggi.
Cara membebaskan hati, bagi menyucikannya, adalah dengan mengingati Allah.
Pada permulaan ingatkan ini berlaku secara luaran, dengan mengulangi nama-nama
Tuhan, menyebutnya kuat-kuat sehingga kamu dan orang lain boleh mendengarnya.
Apabila ingatkan kepada-Nya sudah berterusan ingatkan tersebut masuk ke dalam
hati dan berlaku di dalam senyap.
Allah berfirman:
Sesungguhnya
orang mukmin itu ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, takutlah
hati-hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah menambahkan lagi
keimanan mereka, dan kepada Tuhan merekalah mereka kembali. (Surah Anfaal, ayat
2).
Takutkan Allah dalam ayat tersebut bermaksud takut dan harap, hormat dan
kasihkan Allah. Dengan ingatan dan ucapan nama-nama Allah hati menjadi jaga
dari ketiduran dan kelalaian, menjadi suci bersih dan bersinar. Kemudian bentuk
dan rupa dari alam ghaib menyata di dalam hati. Nabi s.a.w bersabda, Ahli ilmu
zahir mendatangi dan menerkam sesuatu dengan akal fikirannya sementara ahli
ilmu batin sibuk membersihkan dan menggilap hati mereka.
Kesejahteraan pada pusat rahasia bagi hati diperolehi dengan membersihkan
hati daripada segala sesuatu dan menyediakannya untuk menerima Zat Allah
semata-mata yang memenuhi ruang hati apabila hati sudah diperindahkan dengan
kecintaan Allah. Alat pembersihannya ialah berterusan mengingati dan menyebut
di dalam hati, dengan lidah rahasia akan kalimah tauhid “La ilaha illa llah.
Bila hati dan pusat hati berada dalam suasana tenang dan damai maka peringkat
kedua yang disimbolkan sebagai huruf selesai.
Huruf ketiga w' bermaksud wilayah, suasana kesucian dan keaslian
pencinta-pencinta Allah dan sahabat-sahabat-Nya . Keadaan ini bergantung kepada
kesucian batin. Allah menggambarkan sahabat-sahabat-Nya dengan firman-Nya:
Ketahuilah,
sesungguhnya pembantu-pembantu Allah tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak
mereka berdukacita. Bagi merekalah kegembiraan di penghidupan dunia dan
akhirat. (Surah Yunus, ayat 62 64).
Seseorang yang di dalam kesucian
menyedari sepenuhnya tentang Allah, mencintai-Nya fan berhubungan dengan-Nya.
Hasilnya dia diperelokkan dengan peribadi, akhlak dan perangai yang terbaik.
Ini merupakan hadiah suci yang dikurniakan kepada mereka. Nabi s.a.w bersabda,
Perhatikanlah akhlak yang mulia dan berbuatlah sesuai dengannya. Dalam
peringkat ini orang yang di dalam kesedaran tersebut meninggalkan sifat-sifat
keduniaannya yang sementara dan kelihatanlah dia diliputi oleh sifat-sifat
Ilahi yang suci.
Dalam hadis Qudsi Allah berfirman:
Bila Aku
kasihkan hamba-Ku, Aku menjadi pendengarannya, penglihatannya, percakapannya,
pemegangnya dan perjalanannya. Keluarkan segala-galanya dari hati kamu dan biarkan
Allah sahaja yang berada di sana . Dan katakanlah telah datang kebenaran dan
telah lenyap kepalsuan kerana sesungguhnya kepalsuan itu akan lenyap. (Surah
Bani Israil, ayat 81).
Bila kebenaran telah datang dan kepalsuan telah lenyap maka selesailah
peringkat wilayah. Huruf keempat bermakna fana, lenyap diri sendiri ke dalam
ketiadaan. Diri yang palsu akan hancur dan hilang apabila sifat-sifat yang suci
memasuki seseorang, dan apabila sifat-sifat serta keperibadian yang banyak
menghalang tempatnya akan diganti oleh satu sahaja sifat keesaan. Dalam
kenyataan hakikat sentiasa hadir. Ia tidak hilang dan tidak juga berkurangan.
Apa yang berlaku adalah orang yang beriman menyedari dan menjadi satu dengan
yang menciptakannya.
Dalam suasana berada dengan-Nya orang yang
beriman memperolehi kurniaan- Nya; manusia yang sementara menemui kewujudan
yang sebenar dengan menyedari rahasia abadi. Semua akan binasa kecuali
Wajah-Nya. (Surah Qasas, ayat 88).
Cara untuk
menyedari hakikat ini ialah melalui anugerah-Nya, dengan kehendak-Nya. Bila
kamu berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya dan bersesuaian dengan
kehendak-Nya kamu akan menjadi hampir dengan hakikat-Nya, Zat-Nya. Kemudian
semua akan lenyap kecuali Yang Esa yang meredai dan yang Dia diredai, bersatu.
Perbuatan baik adalah ibu yang melahirkan bayi kebenaran; kehidupan dalam
kesedaran bagi manusia yang sebenar-benarnya. Perkataan yang baik dan perbuatan
yang baik naik kepada Allah. (Surah Fatir, ayat 10).
Jika seseorang
berbuat sesuatu dan jika kewujudannya bukan untuk Allah sahaja maka dia
mengadakan sekutu bagi Allah, dia meletakkan yang lain pada tempat Allah dosa
yang tidak diampunkan yang akan memusnahkannya, lambat atau cepat. Tetapi bila
diri dan kepentingan diri fana seseorang itu mencapai peringkat bersatu dengan
Allah. Allah menggambarkan makam tersebut: Sesungguhnya orang-orang yang
berbakti (adalah) dalam kebun-kebun dan (dekat) sungai-sungai. Di tempat duduk
kebenaran, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa. (Surah Qamar, ayat 54 & 55).
Tempat itu ialah tempat bagi hakikat yang penting, hakikat kepada
hakikat-hakikat, tempat penyatuan dan keesaan. Ia adalah tempat yang disediakan
untuk nabi-nabi, untuk mereka yang dikasihi oleh Allah, untuk para sahabat-Nya.
Allah beserta orang-orang yang benar. Bila kewujudan bersatu dengan wujud yang
abadi ia tidak boleh dipandang sebagai kewujudan yang terpisah. Bila semua
ikatan keduniaan ditanggalkan dan seseorang itu dalam suasana kesatuan dengan
Allah, dengan kebenaran (hakikat) Ilahi, dia menerima kesucian yang abadi,
tidak akan tercemar lagi, dan masuk ke dalam golongan:
Mereka itu ahli
syurga yang kekal di dalamnya. (Surah A'raaf,
ayat 42).
Mereka adalah:
Orang-orang yang beriman dan beramal salih. (Surah A'raaf, ayat 42).
Bagaimanapun:
Kami tidak memberatkan satu diri melainkan sekadar kuasanya. (Surah A'raaf,
ayat 42).
Tetapi seseorang
memerlukan kesabaran yang kuat: Dan Allah beserta orang yang sabar. (Surah Anfaal, ayat 66).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan