Para pengkaji bukan Islam menganggap
makhluk yang wujud masa kini, termasuklah manusia, semuanya terhasil melalui
proses evolusi. Semua makhluk asalnya wujud dalam bentuk satu sel,
kemudian dalam masa ratusan tahun, ia berevolusi menjadi makhluk-makhluk yang
lain sehinggalah kepada apa yang wujud masa kini. Sayang sekali teori ini juga
telah menyelinap masuk dalam pemikiran orang Islam. Banyak sumber yang menerang
dan membenarkan teori evolusi sehingga sebahagian umat Islam menganggap ia
sebagai penemuan yang muktamad.
Sebenarnya
teori evolusi tidak lain adalah teori semata-mata bagi menjustifikasi
kebingungan kaum Athies yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan yang Maha
Pencipta.3
Mereka mencari-cari asal usul kewujudan makhluk melalui pemikiran dan fakta
sains. Apabila tidak ditemui jawapan yang muktamad, mereka mencipta teori
evolusi
bagi menyatakan asal usul kewujudan makhluk. Tanpa disedari, teori evolusi juga tidak memberikan jawapan yang muktamad
kepada mereka. Paling kurang
terdapat
tiga persoalan yang masih membingungkan mereka:
Ini tidaklah bermaksud kita menolak
sumber-sumber tersebut.
Akan tetapi hendaklah kita mengkaji dan
menganalisanya. Sebagai contoh
siri
dokumentari saluran satelit National Geographic dan Discovery
Channel
memiliki manfaat yang banyak di dalamnya. Akan tetapi keduadua
saluran ini adalah di antara yang
mempercayai teori evolusi dan
banyak mewar-warkannya dalam dokumentari
mereka. Oleh itu hendaklah
kita menonton dengan sikap menganalisa
antara yang baik dan buruk,
benar dan salah.
3 Teori evolusi yang dipersoalkan di sini
ialah sel satu makhluk
berevolusi menjadi sel makhluk yang
berbeza, seperti sel kera yang
berevolusi menjadi sel manusia dan sel
dinosor yang berevolusi menjadi
sel
badak, buaya, gajah dan sebagainya. Adapun evolusi dalam bentuk
pembiakan sel, maka memang ia diakui.
Seperti satu sel manusia yang
berkembang biak menjadi beberapa sel atau
satu sperma yang berkembang
biak menjadi janin, kemudian bayi,
kemudian manusia yang bertahaptahap
umurnya dari kanak-kanak sehingga ke tua.
1. Jika benar semua makhluk asalnya
berevolusi daripada satu sel, bagaimana pula sel yang pertama tersebut boleh
wujud pada asalnya?
2. Jika benar sel tersebut berevolusi
menjadi makhluk-makhluk tertentu, apakah yang menyebabkan sel tersebut mampu
berevolusi?
3.
Jika benar sel tersebut berevolusi, apakah kuasa yang mengatur proses tersebut
sebegitu lancar sehingga mampu membentuk makhluk yang sempurna? Seandainya
proses evolusi berlaku dengan sendirinya, sudah tentu hasil evolusi adalah tidak
teratur, menjauhi sifat kesempurnaan. Bagi kita orang Islam, semua makhluk
termasuk manusia tidak terhasil melalui proses evolusi. Akan tetapi ia adalah
ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah menerangkan tentang awal
penciptaan manusia:
Dan
(ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu
berfirman
kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku
hendak
menciptakan manusia dari tanah liat yang
kering, yang berasal dari
tanah kental yang berubah
warna
dan baunya. Kemudian apabila Aku
sempurnakan
kejadiannya, serta Aku tiupkan
padanya
roh-Ku, maka hendaklah kamu sujud
kepadanya.” [al-Hijr 15:28-29]
Demikian juga dengan penciptaan makhluk
yang lain seperti binatang, Allah berfirman:
Dia (Allah) menciptakan langit
dengan tidak
bertiang sebagaimana yang kamu
melihatnya; dan
Dia mengadakan di bumi
gunung-ganang yang
menetapnya supaya bumi itu
tidak menghayunhayunkan
kamu;
dan Dia biakkan padanya pelbagai
jenis
binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari
langit,
lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis
tanaman yang memberi banyak
manfaat. [Luqman
31:10]
Jika
golongan athies bertanya, siapa atau apa yang mencipta Allah? Kami menjawab,
“mencipta” adalah sifat Allah manakala “dicipta” bukan sifat Allah. Memang setiap
sesuatu makhluk memiliki asal usulnya,
akan tetapi Allah bukanlah seumpama makhluk sehingga dengan itu dapat dibicarakan
asal usulnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Katakanlah
(wahai Muhammad): “(Tuhanku)
ialah
Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi
tumpuan
sekalian makhluk untuk memohon
sebarang
hajat; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak
diperanakkan;
Dan tidak ada apa jua yang serupa
dengan-Nya.” [al-Ikhlas
112:1-4]
Jika
golongan yang percaya dengan teori evolusi bertanya, bagaimana dengan
penemuan-penemuan fosil yang menunjukkan kesamaan yang amat hampir antara
sebahagian
spesis kera tertentu dan manusia zaman terdahulu? Kami menjawab, bahawa ia
terdiri daripada dua kemungkinan:
1. Kesamaan yang amat hampir itu hanyalah
satu
kebetulan. Namun kesamaan fosil tidaklah
bererti
kesamaan jenis makhluk. Ini kerana
penemuan fosil
tidak dapat menentukan samada “pemilik”
fosil
tersebut
adalah makhluk berakal atau tidak.
Digariskan bahawa perbezaan antara manusia
dan
haiwan ialah manusia dianugerahkan Allah
dengan
akal yang dengan itu dia dapat memilih
pelbagai
tindak-tanduk. Manakala haiwan tidak
diberi akal,
mereka hanya bertindak berdasarkan
kebiasaan
tabiat dan fitrah yang dianugerahkan oleh
Allah.
2. Kesamaan yang amat hampir itu mungkin
benar,
akan tetapi ia tidak membuktikan bahawa
spesis
kera tersebut telah berevolusi menjadi
manusia.
Akan tetapi manusialah yang berevolusi
menjadi
spesis kera tersebut. Ini kerana al-Qur’an
telah
sedia mencatit sebahagian manusia yang
oleh
kerana tindakan mereka melanggar hukum
Allah,
mereka dihukum dengan perubahan menjadi
kera.
Ayat berikut menjadi rujukan:
Dan
sesungguhnya kamu telah mengetahui
(bagaimana buruknya akibat)
orang-orang di
antara
kamu yang melanggar (larangan) pada
hari
Sabtu, lalu Kami berfirman kepada
mereka:
“Jadilah kamu kera yang hina”.
Maka
Kami jadikan apa yang berlaku itu
sebagai
suatu hukuman pencegah bagi orangorang
yang
ada pada masa itu dan orangorang
yang datang kemudian, dan
suatu
pengajaran bagi orang-orang
yang (hendak)
bertaqwa. [al-Baqarah
2:65-66]
Perhatikan
juga bahawa tujuan Allah menghukum mereka menjadi kera tidak sekadar sebagai peringatan
kepada orang-orang yang hidup pada saat itu, tetapi juga kepada orang-orang
yang hidup selepas itu. Maka
penemuan fosil masa kini
yang menunjukkan kesamaan antara sebahagian
spesis kera dengan manusia menjadi bukti akan kebenaran ayat-ayat al-Qur’an di
atas. Lebih penting, ia menjadi peringatan kepada manusia secara umum dan orang
bertaqwa secara khusus
bahawa akibat daripada melanggar perintah larangan
Allah adalah amat berat.4
Kembali kepada perbincangan asal,
kewujudan makhluk-makhluk adalah hasil daripada ciptaan Allah dan bukannya
daripada proses evolusi. Lebih dari itu,
kehadiran makhluk-makhluk ini sepatutnya
menjadi isyarat kepada manusia akan kekuasaan Allah yang mencipta semuanya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Sesungguhnya
pada langit dan bumi terdapat
tanda-tanda
(yang membuktikan kekuasaan Allah)
bagi orang-orang yang beriman.
Dan pada kejadian
diri
kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala
binatang
yang dibiakkan-Nya, terdapat juga tandatanda
(yang
membuktikan kekuasaan Allah) bagi
orang-orang
yang meyakininya. Dan (pada)
pertukaran
malam dan siang silih berganti, dan juga
(pada)
rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit,
lalu
Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di
bumi
sesudah matinya, serta (pada) peredaran
angin,
(semuanya itu mengandungi) tanda-tanda
(yang
membuktikan keesaan Allah) bagi kaum yang
mahu
menggunakan akal fikiran. [al-Jathiyah
45:3-5]
Sebahagian ahli tafsir berpendapat, manusia
tidak ditukar
menjadi kera akan tetapi tingkah-laku
mereka yang ditukar menjadi seperti
kera. Saya
berkata, jika demikian maka hal itu hanya akan menjadi
peringatan
kepada orang pada zaman tersebut dan tidak kepada orang
zaman
terkemudian. Memandangkan ayat 66 menerangkan bahawa hukum
pertukaran
manusia menjadi kera adalah peringatan kepada orang zaman
itu dan
terkemudian, maka yang ditukar adalah jasad dan tingkah-laku
supaya orang
terkemudian dapat mengambil peringatan daripada
penemuan fosilnya.
Walaubagaimanapun
ditarik benang merah bahawa apa yang saya
sebut di atas
hanyalah satu kemungkinan yang masih perlu dibuktikan
secara ilmiah.
Semua ini membuka ruang yang luas lagi baru kepada para
pengkaji
Islam. Kita tidak boleh berharap kepada para pengkaji bukan
Islam kerana
seandainya mereka menemui bukti ilmiah bahawa spesis
kera tertentu
sebenarnya berasal daripada manusia, nescaya mereka akan
menyembunyikannya.
Menyatakan penemuan ini kepada orang ramai akan
membuktikan
kebenaran al-Qur’an dan sekali gus Islam dan ini sudah
tentu tidak
diingini oleh para pengkaji bukan Islam.
Selain manusia
yang ditukar menjadi kera, ada juga sebahagian
lain yang
ditukar menjadi khinzir. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
maksudnya: Katakanlah:
“Mahukah, aku khabarkan kepada kamu
tentang yang
lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang
demikian itu?
Iaitu orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan
dimurkai-Nya,
dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka
sebagai kera dan babi.” [al-Maidah 5:60]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan