PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)
Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh
Imam asy-Syibli telah berkhidmat dengan 400 orang guru.Beliau pernah berkata aku telah menela’ah 4000 hadith Rasulullah SAW,tetapi aku benar2 mengingati dan mengamalkan satu hadith ini.Aku dapati hadith ini boleh menjamin dengan izin Allah keselamatanku dan kesejahteraanku.Didalam hadith ini terkandung ilmu golongan terawal dan ilmu pengetahuan golongan terkemudian.
Hadith tersebut ialah;
اعمل لدنياك بقدر مقامك فيها واعمل لاخرتك بقدر بقاءك فيها واعمل لله بقدر حاجتك اليه واعمل للنار بقدر صبرك عليها
Mafhumnya:Beramallah untuk
duniamu sekadar mana engkau akan tinggal didalamnya.Dan beramallah untuk
akhiratmu sekadar mana engkau akan berada disana.Dan beramallah kerana Allah
SWT sejauhmana engkau berhajat kepadaNya.Dan bertindaklah dengan sebarang
amalan yang akan menghumbankan engkau kedalam api neraka sekadar mana engkau
sabar menahan seksaannya.Wahai anakku! Apabila anda mengetahui hadith ini,maka sebenarnya tidak perlu lagi engkau berbangga dengan ilmu yang banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan