Catatan Popular

Sabtu, 8 September 2012

HIKAM ATAI’ILLAH NO 9 VERSI TO’KU : GERAK HATI PENENTU MUTU AMALAN

VERSI TO’KU LI

 Dalam Kalam Hikmah ke 9 Imam Ibnu Athaillah Askandary  menyatakan: 

Pelbagai jenis amalan dikerjakan . ia adalah natijah daripada pelbagai dorongan yang datang daripada gerak hati
  • Al-`A’mal  di sini merujuk kepada gerakan zahir atau disebut al-harakat al-jismaniyyah yang bererti gerak geri yang berkaitan dengan tubuh badan manusia yang lahiriah.
  • Al-`Ahwal   adalah hal ehwal dalaman atau kejiwaan yang disebut al-harakat al-qalbiyyah yang bererti gerak geri yang berkaitan dengan hati.
  • Waridat di sini bermaksud lintasan yang menyelinap ke dalam hati yang setengahnya adalah ma’arif rabbaniyyah ( membawa kepada mengenali Allah ) dan asrar ruhaniyyah ( rahsia-rahsia kerohanian ) yang akan membawa seseorang itu kepada keadaan hati yang dihiasi dengan akhlak yang terpuji seperti redha dengan qadha` Allah,bersyukur,bersabar,rindu dan ‘asyiq dengan Allah SWT semata-mata.
  • Sebahagian daripada lintasan yang menyelinap ke dalam hati mencetuskan haybah ( menimbulkan rasa pengagungan kepada Allah SWT )
  • Sebahagiannya pula melahirkan perasaan suka dan sebagainya dalam pelbagai keadaan yang didorong oleh al-ahwal.
  • Justeru al-`a’mal atau perbuatan yang zahir amat dipengaruhi oleh keadaan hati ( al-`ahwal ) yang dikurnia oleh Allah.Contohnya khatir atau lintasan hati yang terpuji akan melahirkan amalan yang sholeh seperti ikhlas,sabar,syaja’ah,hikmah,’iffah,redha dan sebagainya.
  • Imam al-Ghazali rh di dalam kitabnya `Ihya` ‘Ulum al-Din dalam konteks ini membahagikan kepada tiga al-`ahwal   hati,iaitu ;
  • Pertama ; Hati yang diserapi oleh taqwa akan mendorong kepada akhlak yang terpuji dan diredhai Allah.Hati-hati tersebut terhindar daripada penyakit nifaq dan sifat-sifat tercela.Dengan itu lahir sifat-safat mahmudah yang unggul seperti bersyukur,sabar dan merindui Allah.Hati-hati yang sedemikian akan sentiasa tenang,tenteram dan tidak membimbangi unsur-unsur duniawi.
  • Firman Allah SWT :
 ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ طُوبَىٰ لَهُمۡ وَحُسۡنُ مَـَٔابٍ۬
Ertinya : Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingati Allah.Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik mereka akan memperolehi keuntungan dan tempat kembali yang baik. ( Surah al-Ra’d ayat 28-29 )
  • Kedua ; Hati yang diselubungi hawa nafsu dan menderita dengan penyakit-penyakit yang kronik.Hati-hati itu terbuka untuk dibisik dan digoda oleh iblis dan syaitan serta tertutup rapat daripada diziarahi para malaikat.Hati-hati sedemikian menjadi gelap hitam terlalu mencintai dunia,takut mati ,tidak tenteram dan iman menjadi lemah.Firman Allah SWT :
أَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ ۥ هَوَٮٰهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيۡهِ وَڪِيلاً أَمۡ تَحۡسَبُ أَنَّ أَڪۡثَرَهُمۡ يَسۡمَعُونَ أَوۡ يَعۡقِلُونَ‌ۚ إِنۡ هُمۡ إِلَّا كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ‌ۖ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ سَبِيلاً
Ertinya : Tidakkah engkau perhatikan orang yang mengambil kemahuan nafsunya menjadi Tuhannya ?  Engkaukah yang menjadi penjaganya ?  Apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka mendengar atau mengerti ?  Tidak ! Mereka adalah sebagai binatang ternak,bahkan lebih sesat lagi jalannya. ( Surah al-Furqan ayat 43-44 )
  • Ketiga : Hati yang terumbang ambing anatara kebaikan dan kejahatan.Hati-hati tersebut sentiasa ragu serta cenderung kepada kejahatan dan kdang-kadang terlintas kepada kebaikan.Firman Allah SWT dalam kontek ini :
فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُ ۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُ ۥ ضَيِّقًا حَرَجً۬ا ڪَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى ٱلسَّمَآءِ‌ۚ ڪَذَٲلِكَ يَجۡعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ وَهَـٰذَا صِرَٲطُ رَبِّكَ مُسۡتَقِيمً۬ا‌ۗ قَدۡ فَصَّلۡنَا ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَذَّكَّرُونَ
Ertinya : Maka barangsiapa yang hendak dipimpin oleh Allah,nescaya Allah akan membuka hatinya untuk menerima Islam,dan sesiapa yang hendak disesatkanNya maka Allah akan menjadikan dadanya sesak dan sempit seperti orang-orang yang mendaki ke langit.Yang demikian itu Allah menimpakan siksaNya ke atas orang-orang yang tidak beriman.Dan inilah jalan Tuhanmu ,jalan yang lurus.Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat Kami kepada orang-orang yang mengambil peringatan.
( Surah al-An’am ayat 125-126 )

Tiada ulasan: