Catatan Popular

Rabu, 5 September 2012

ISHH ISHH.. MENCEMARKAN TAUHID KITA : MENGGELAR ALAM INI SEBAGAI “ALAM SEMULA JADI”

Sebahagian orang ada yang menggelar alam ini sebagai “alam semula jadi”. Contohnya, ketika berkelah di taman, mendaki gunung, meneroka hutan atau berdayung, ada di antara kita yang berkata “Kami sedang mengecapi kecantikan alam semula jadi” atau “Sungguh indah alam semula jadi ini”. Selain itu ada juga yang menggelar alam ini sebagai “Mother Nature” kerana terikut-ikut kepada gelaran yang biasa digunakan oleh orang Barat. Sebenarnya ini adalah gelaran yang salah kerana alam ini tidak terjadi dengan sendirinya. Alam ini adalah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.  

Allah berfirman: 

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintangbintang,(semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. [al-A’raaf 7:54]

Malah keindahan alam ini sepatutnya menjadi faktor yang mengingatkan seseorang kepada penciptanya, tidak sebaliknya.
 Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengingatkan kita:
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit
dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan
bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang
berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan
mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk
dan semasa mereka berbaring mengiring, dan
mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan
bumi (sambil berkata):
“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha
Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab
neraka.” [Ali Imran 3:189-191]

Oleh itu tidak sepatutnya kita menggelar alam ini sebagai “semula jadi”, tetapi sebutlah ia sebagai “alam ciptaan Allah”.

:60]

Tiada ulasan: