Syeikh Abdul Qadir Jailani
MANUSIA
KEMBALI KEPADA ASAL USUL / PERMULAAN
MEREKA
Manusia dipandang daripada dua sudut; wujud lahiriah dan wujud rohani.
Dalam segi kewujudan lahiriah keadaan kebanyakan manusia adalah berlebih kurang
saja di antara satu sama lain. Oleh yang demikian peraturan kemanusiaan yang
umum boleh digunakan untuk sekalian manusia bagi urusan lahiriah mereka. Dalam
sudut kewujudan rohani yang tersembunyi di sebalik wujud lahiriah, setiap
manusia adalah berbeda. Jadi, peraturan yang khusus mengenai diri masing-masing
diperlukan.
Manusia boleh kembali kepada asalnya dengan mengikuti peraturan umum,
dengan mengambil langkah-langkah tertentu. Dia mestilah mengambil
peraturan agama yang jelas dan mematuhinya. Dengan demikian dia boleh maju ke
hadapan. Dia boleh meningkat dari satu peringkat kepada peringkat yang lebih
tinggi sehingga dia sampai dan memasuki jalan atau peringkat kerohanian, masuk
ke daerah makrifat. Peringkat ini sangat tinggi dan dipuji oleh Rasulullah
s.a.w, Ada suasana yang semua dan segala-galanya berkumpul di sana dan ia
adalah makrifat yang murni Untuk sampai ke peringkat tersebut Perlulah dibuang
kepura-puraan dan kepalsuan yang melakukan kebaikan kerana menunjuk-nunjuk.
Kemudian dia perlu menetapkan tiga matlamat.
Tiga matlamat tersebut sebenarnya
adalah tiga jenis syurga.
Yang pertama dinamakan Ma'wa syurga tempat kediaman yang aman. Ia adalah
syurga duniawi.
Kedua, Na'im “ taman keredaan Allah dan kurniaan-Nya kepada makhluk-Nya. Ia
adalah syurga di dalam alam malaikat.
Ketiga dinamakan Firdaus “syurga alam tinggi”.
Ia adalah syurga pada alam kesatuan akal asbab, rumah kediaman bagi
roh-roh, medan bagi nama-nama dan sifat-sifat.
Kesemua ini adalah balasan yang baik, keelokan Allah yang manusia
berjasad akan nikmati dalam usahanya sepanjang tiga peringkat ilmu pengetahuan
yang berturut-turut; usaha mematuhi peraturan syariat; usaha menghapuskan yang
berbilang-bilang pada dirinya, melawan penyebab yang menimbulkan suasana
berbilang-bilang itu, iaitu ego diri sendiri, bagi mencapai peringkat penyatuan
dan kehampiran dengan Pencipta; akhirnya usaha untuk mencapai makrifat, di mana
dia mengenali Tuhannya. Peringkat pertama dinamakan syariat, kedua tarekat dan
ketiga makrifat. Nabi Muhammad s.a.w menyimpulkan keadaan-keadaan tersebut
dengan sabda baginda s.a.w, Ada suasana di mana semua dan segala-galanya dikumpulkan dan ia adalah hikmah kebijaksanaan (makrifat).
Baginda s.a.w juga bersabda,
Dengannya seseorang mengetahui kebenaran (hakikat), yang berkumpul di dalamnya sebab-sebab dan semua kebaikan.
Kemudian seseorang itu mesti bertindak atas kebenaran
(hakikat) tersebut. Dia juga perlu mengenali kepalsuan
dan bertindak ke atasnya dengan meninggalkan segala yang
demikian.
Baginda s.a.w mendoakan,
Ya Allah, tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan
pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan
kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya.
Orang yang kenal dirinya dan menentang keinginannya yang
salah dengan segala kekuatannya akan sampai kepada mengenali hannya dan akan menjadi taat kepada kehendak-Nya. Semua ini adalah peraturan
umum yang mengenai diri zahir manusia. Kemudian ada pula aspek diri rohani atau diri batin
manusia yang merupakan insan yang tulen, suci bersih dan
murni. Maksud dan tujuan diri ini hanya satu iaitu kehampiran
secara keseluruhan kepada Allah s.w.t. Satu cara sahaja untuk mencapai suasana yang demikian, iaitu pengetahuan tentang yang sebenarnya (hakikat). Di dalam daerah wujud penyatuan mutlak, pengetahuan ini dinamakan kesatuan atau keesaan.
Matlamat pada jalan tersebut harus diperolehi di
dalam kehidupan ini. Di dalam suasana itu tiada beza di antara tidur dengan jaga
kerana di dalam tidur roh berkesempatan membebaskan
dirinya untuk kembali kepada asalnya, alam arwah, dan
dari sana kembali semula ke sini dengan membawa
berita-berita dari alam ghaib. Fenomena ini dinamakan mimpi. Dalam keadaan mimpi ia berlaku secara sebahagian-bahagian. Ia juga
boleh berlaku secara menyeluruh seperti israk dan mikraj
Rasulullah s.a.w.
Allah berfirman:
“Allah memegang jiwa-jiwa ketika matinya dan yang tidak mati, dalam tidurnya, lalu Dia tahan yang dihukumkan mati
atasnya dan Dia lepaskan yang lain”. (Surah Zumaar, ayat
42).
Nabi s.a.w bersabda,
Tidur orang alim lebih baik daripada ibadat orang jahil. Orang alim adalah orang yang telah memperolehi pengetahuan
tentang hakikat atau yang sebenar, yang tidak berhuruf,
tidak bersuara. Pengetahuan demikian diperolehi dengan
terus menerus berzikir nama keesaan Yang Maha Suci dengan
lidah rahasia. Orang alim adalah orang yang zat dirinya ditukarkan
kepada cahaya suci oleh cahaya keesaan. Allah berfirman melalui
rasul-Nya: Insan adalah rahasia-Ku dan Aku rahasianya. Pengetahuan
batin tentang hakikat roh adalah rahasia kepada rahasia-rahasia-Ku. Aku
campakkan ke dalam hati hamba-hamba-Ku yang baik-baik dan
tiada siapa tahu Keadaannya melainkan Aku. Aku adalah sebagaimana hamba-Ku mengenali Daku. Bila dia mencari-Ku dan ingat kepada-Ku, Aku
besertanya. Jika dia mencari-Ku di dalam, Aku mendapatkannya
dengan Zat-Ku. Jika dia ingat dan menyebut-Ku di dalam
jemaah yang baik, Aku ingat dan menyebutnya di dalam
jemaah yang lebih baik.
Segala yang dikatakan di sini jika berhasrat mencapainya perlulah melakukan tafakur “ cara mendapatkaan pengetahuan yang
demikian jarang digunakan oleh orang ramai.
Nabi s.a.w bersabda
Satu saat bertafakur lebih bernilai
daripada satu tahun beribadat. Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada tujuh puluh tahun beribadat. Satu saat bertafakur lebih bernilai
daripada seribu tahun beribadat.
Nilai sesuatu amalan itu tersembunyi di dalam hakikat kepada yang
sebenarnya. Perbuatan bertafakur di sini nampaknya
mempunyai nilai yang berbeda. Sesiapa merenungi sesuatu perkara
dan mencari penyebabnya dia akan mendapati setiap bahagian mempunyai bahagian-bahagian sendiri dan dia juga mendapati setiap satu
itu menjadi penyebab kepada berbagai-bagai perkara lain.
Renungan begini bernilai satu tahun ibadat. Sesiapa
merenungi kepada pengabdiannya dan mencari penyebab dan
alasan dan dia dapat mengetahui yang demikian, renungannya
bernilai lebih daripada tujuh puluh tahun ibadat. Sesiapa merenungkan hikmah kebijaksanaan Ilahi dan bidang makrifat dengan
segala kesungguhannya untuk mengenal Allah Yang Maha Tinggi,
renungannya bernilai lebih daripada seribu tahun ibadat kerana
ini adalah ilmu pengetahuan yang sebenarnya.
Pengetahuan yang sebenarnya adalah suasana
keesaan. Orang arif yang menyintai menyatu dengan
yang dicintainya. Daripada alam kebendaan terbang dengan
sayap kerohanian meninggi hingga kepada puncak pencapaian.
Bagi ahli ibadat berjalan di dalam syurga, sementara orang arif terbang kepada kedudukan berhampiran dengan Tuhannya. Para pencinta
mempunyai mata pada hati mereka mereka memandang sementara yang
lain terpejam sayap yang mereka miliki tanpa daging tanpa
darah mereka terbang ke arah malaikat Tuhan jualah yang
dicari! Penerbangan ini terjadi di dalam alam kerohanian
orang arif. Para arifbillah mendapat penghormatan
dipanggil insan sejati, menjadi kekasih Allah, sahabat-Nya yang akrab, pengantin-Nya. Bayazid al-Bustami berkata, Para Pemegang
makrifat adalah pengantin Allah Yang Maha Tinggi. Hanya
pemilik-pemilik
pengantin yang
pengasih' mengenali mereka dengan dekat dan secara mesra..
Orang-orang arif yang menjadi sahabat akrab Allah, walaupun sangat cantik, tetapi ditutupi oleh keadaan luaran yang sangat
sederhana, seperti manusia biasa. Allah berfirman melalui
rasul-Nya: Para sahabat-Ku tersembunyi di bawah kubah-Ku.
Tiada yang mengenali mereka kecuali Aku. Kubah yang di
bawahnya Allah sembunyikan sahabat-sahabat akrab- Nya
adalah keadaan mereka yang tidak terkenal, rupa yang biasa sahaja, sederhana dalam segala hal. Bila melihat kepada pengantin yang
ditutupi oleh tabir perkahwinan, apakah yang dapat dilihat
kecuali tabir itu?
Yahya bin Muadh al-Razi berkata,Para kekasih Allah
adalah air wangi Allah di dalam dunia. Tetapi hanya
orang-orang yang beriman yang benar dan jujur sahaja
dapat menciumnya. Mereka mencium keharuman baunya lalu mereka
mengikuti bau itu. Keharuman itu mengwujudkan kerinduan terhadap
Allah dalam hati mereka. Masing-masing dengan cara tersendiri mempercepatkan langkahnya, menambahkan usaha dan ketaatannya. Darjah
kerinduannya, keinginannya dan kelajuan perjalanannya bergantung
kepada berapa ringan beban yang dibawanya, sejauh mana
dia telah melepaskan diri kebendaan dan keduniaannya. Semakin banyak seseorang
itu menanggalkan pakaian dunia yang kasar ini semakin dia merasakan kehangatan. Penciptanya dan semakin hampirlah kepada permukaan akan muncul diri
rohaninya. Kehampiran dengan yang sebenar (hakikat) bergantung
kepada sejauh mana seseorang itu melepaskan kebendaan dan
keduniaan yang menipu daya.
Penanggalan aspek
yang berbilang-bilang pada diri membawa seseorang hampir
dengan satu-satunya kebenaran. Orang yang akrab dengan Allah adalah orang yang telah membawa dirinya kepada keadaan kekosongan.
Hanya selepas itu baharulah dia dapat melihat kewujudan yang
sebenarnya (hakikat). Tidak ada lagi kehendak pada
dirinya untuk dia membuat sebarang pilihan. Tiada lagi aku'
yang tinggal, kecuali kewujudan satu- satunya iaitu yang
sebenarnya (hakikat). Walaupun berbagai-bagai kekeramatan
yang muncul melalui dirinya sebagai membuktikan kedudukannya,
dia tidak ada kena mengena dengan semua itu. Di dalam suasananya tidak ada pembukaan
terhadap rahasia-rahasia kerana membuka rahasia Ilahi
adalah kekufuran. Di dalam buku yang bertajuk Mirsad ada dituliskan,
Semua orang yang kekeramatan zahir melalui mereka adalah ditutup
daripadanya dan tidak memperdulikan keadaan tersebut. Bagi mereka masa
kekeramatan muncul melalui mereka dianggap sebagai masa perempuan keluar darah
haid. Wali-wali yang hampir dengan Allah perlu mengembara sekurang-kurangnya
seribu peringkat, yang pertamanya ialah pintu kekeramatan. Hanya mereka yang
dapat melepasi pintu ini tanpa dicederakan akan meningkat kepada
peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Jika mereka leka mereka tidak akan
sampai ke mana-mana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan