PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD
(WAHAI ANAKKU)
Karya Imam Abu Hamid
al-Ghazzali rh
يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ
رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩) وَٱدۡخُلِى
جَنَّتِى (٣٠)
Maksudnya: Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah
hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.(Surah al-Fajr ayat 27-30)Anda akan terbang tinggi sehingga hinggap di pucuk pohon-pohon syurga sebagaimana sabda Rasulullah SAW ketika meninggal sahabat nya Saad bin Mu’az:
اهتز عرش الرحمن من موت سعد بن
معاذ
Mafhumnya:Telah bergegar a’arasy Allah kerana kegembiraan ketika
kematian Saad bin Mu’az.Mudah-mudahan Tuhan melindungi anda daripada menjadi
seperti binatang ternak sebagaimana firmanNya:َ
Maksudnya:Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Surah al-A’raf ayat 179.
Maka tidak mustahil anda berpindah dari alam dunia ini ke dalam jurang api neraka.Imam Hasan Basri telah diberi gelas yang berisi air sejuk lantas beliau memegangnya dan jatuh pengsan.Apabila sedar seseorang bertanya kenapa tuan pengsan.Jawab beliau tadi aku teringat angan-angan ahli neraka yang berkata kepada ahli syurga:
وَنَادَىٰٓ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ أَنۡ أَفِيضُواْ عَلَيۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ أَوۡ مِمَّا رَزَقَڪُمُ ٱللَّهُۚ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ
Maksudnya:Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: ” Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah dirizkikan Allah kepadamu.” Mereka (penghuni surga) menjawab: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir, .(Surah al-A’raf ayat 50)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan