PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)
Karya Imam Abu Hamid
al-Ghazzali rh
هل من سائل ؟ هل من مستغفر ؟ هل من تائب ؟
“Adakah disana orang yang meminta
sesuatu ? Adakah di sana orang yang meminta ampun ? Adakah disana orang yang
bertaubat ?Sebahagian sahabat Rasulullah SAW menceritakan tentang ketinggian peribadi Abdullah ibn Umar.Junjungan SAW bersabda tentangnya:
نعم الرجل هو لو كان يصلي بالليل
Mafhumnya:Abdullah bin Umar itu baik orangnya apatah lagi apabila beliau selalu bangun sholat diwaktu malam.
Dan Rasulullah SAW pernah bersabda kepada salah seorang sahabatnya:
يا فلان لا تكثر النوم بالليل فان كثرة النوم بالليل يدع صاحبه فقيرا يوم القيامة
Mafhumnya:Ya Fulan!Janganlah engkau terlalu banyak tidur diwaktu malam kerana terlalu banyak tidur diwaktu malam itu mengakibatkan seseorang itu papa kedana di hadapan Allah pada hari qiyamat nanti.
Wahai anakku! Hendaklah engkau selalu mengingati firman Allah:
ومن الليل فتهجد به
Maksudnya: Dan hendaklah engkau bangkit sholat tahajjud pada sebahagian daripada malam.(S.al-Isra` ayat 79)
وبالاسحار هم يستغفرون
Maksudnya:Dan diwaktu sahur mereka sentiasa beristighfar mohon keampunan Allah.( S.az-Zariyat ayat18
Maksudnya:(Mereka yang berjaya itu ialah) orang yang selalu beristighfar pada waktu sahur.
Nabi SAW bersabda
:ثلاث اصوات يحبها الله تعالي صوت الديك وصوت الذي يقراء القران وصوت المستغفرين بالاسحار
Mafhumnya:Tiga suara yang dicintai Allah; Suara ayam jantan yang berkokok diwaktu dinihari,suara orang yang membaca al-Quran dan suara orang yang beristighfar di waktu sahur.
Sehubungan ini Sufyan al-Thauri menyatakan bahawa Allah SWT menciptakan satu angin yang berhembus diwaktu sahur untuk membawa zikir Perkasa.
Beliau menambah lagi bahawa apabila tiba malam terdengar suara yang memanggil dibawah ’arasy:”Hendaklah kamu bangkit wahai ahli ibadat ! Lantas mereka pun bangin sholat sebanyak-banyaknya.Apabila berlalu separuh malam maka terdengar suara yang menyeru ”Hendaklah kamu bangkit wahai para qanitin ! iaitu orang-orang yang beribadah dengan bersungguh-sungguh.Lantas mereka bangkit dengan mengerjakan sholat hingga waktu sahur.Dan apabila tiba waktu sahur maka terdengar suara.”Hendaklah kamu bangkit wahai para mustaghfirin.”Lalu mereka bangkit beristighfar.Dan apabila fajar sudah menyinsing maka memanggil satu suara.”Hendaklah kamu bangkit wahai para ghafilin iaitu orang yang lalai.”Lantas mereka bangkit dari hamparan mereka seperti orang yang mati yang bangkit dari kubur mereka.
Wahai anakku tercinta ! Luqman al-Hakim berwasiat kepada anaknya:”Janganlah ayam jantan itu lebih bijak daripada anda.Ia berkokok diwaktu sahur sedangkan anda masih tidur lagi.Syair berikut digubah indah untuk menginsafkan anda wahai anakku !
لقد هتفت في جنح ليل حمامة علي فنن وهنا واني لنائم
كذبت وبيت الله لو كنت عاشقا لما سبقتني بالبكاء الحمائم
وازعم اني هائم ذو صبابة
لربي فلا ابكي وتبكي البهائم
- Sesungguhnya memanggil-manggil dikegelapan
malam burung merpati yang bertenggek diatas dahan kayu.Ia terus
memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku
- Bohong,sebenarnya aku berbohong demi Tuhan
BaytuLlah,seandainya aku sememangnya asyikkan Allah sudah tentu burung
tidak akan mendahuluiku menangis.
- Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang
sangat dahaga untuk bertemu kekasihnya,namun kenapa aku masih belum mampu
menangis seperti menangisnya haiwan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan