Syeikh Abdul Qadir Jailani
Melihat Allah ada dua jenis: Pertama melihat sifat keindahan Allah yang
sempurna secara langsung di akhirat' dan satu lagi melihat sifat-sifat
ketuhanan yang dipancarkan ke atas cermin yang jernih kepunyaan hati yang tulen
di dalam kehidupan ini . Dalam hal tersebut penyaksian kelihatan sebagai
penzahiran cahaya keluar daripada keindahan Allah yang sempurna dan dilihat
oleh mata hati yang hakiki.
MENYAKSIKAN ALLAH: SAMPAI KEPADA MAKAM MELIHAT
KENYATAAN ZAT YANG MAHA SUCI.
Hati
tidak menafikan apa yang dia lihat. (Surah Najmi, ayat 11).
Mengenai melihat kenyataan Allah melalui perantaraan,
Nabi s.a.w bersabda,
Yang beriman adalah cermin kepada yang beriman .
Yang beriman yang
pertama, cermin dalam ayat ini, adalah hati yang beriman
yang suci murni, sementara yang beriman kedua adalah Yang Melihat bayangan-Nya di dalam cermin itu, Allah Yang Maha Tinggi.
Sesiapa yang sampai
kepada makam melihat kenyataan sifat Allah di dalam dunia ini akan melihat Zat Allah
di akhirat, tanpa rupa tanpa bentuk. Kenyataan ini
disahkan oleh Saidina Umar r.a dengan katanya, Hatiku melihat
Tuhanku dengan cahaya Tuhanku. Saidina Ali r.a berkata, Aku tidak menyembah Allah kecuali aku melihat-Nya . Mereka berdua tentu telah
melihat sifat-sifat Allah dalam kenyataan. Jika seseorang
melihat cahaya matahari masuk melalui jendela dan dia
berkata, Aku melihat matahari, dia bercakap benar.
Allah memberi gambaran yang jelas
tentang kenyataan sifat-sifat-Nya:
Allah itu nur
bagi langit-langit dan bumi. Bandingan nur- Nya (adalah) seperti satu kurungan pelita yang di dalamnya ada pelita
(sedang) pelita itu dalam satu kaca, (dan) kaca itu sebagai
bintang yang seperti mutiara, yang dinyalakan (dengan
minyak) dari pohon yang banyak faedah (iaitu) zaitun yang
bukan bangsa timur dan bukan bangsa barat, yang minyaknya
(sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api, nur atas nur, Allah pimpin kepada nur-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan
Allah mengadakan perumpamaan bagi manusia, dan Allah
mengetahui tiap sesuatu. (Surah Nuur, ayat 35).
Perumpamaan dalam
ayat ini adalah hati yang yakin penuh di kalangan orang
yang beriman. Lampu yang menerangi bekas hati itu ialah hakikat atau intipati kepada hati, sementara cahaya yang dipancarkan ialah
rahasia Tuhan, roh sultan'. Kaca adalah lutsinar dan
tidak memerangkap cahaya di dalamnya tetapi ia
melindunginya sambil menyebarkannya kerana ia umpama
bintang. Sumber cahaya adalah pohon Ilahi. Pohon itu adalah makam atau suasana keesaan, menjalar dengan dahan dan akarnya, memupuk prinsip-prinsip iman, berhubung tanpa perantaraan dengan
bahasa yang asli. Secara langsung, melalui bahasa yang
asli itulah Nabi s.a.w menerima pembukaan al-Quran. Dalam
kenyataan Jibrail membawa firman Tuhan hanya setelah
firman tersebut diterima ini adalah untuk faedah kita supaya
kita boleh mendengarnya dalam bahasa manusia. Ini juga memperjelaskan
siapakah yang tidak percaya dan munafik dengan memberi mereka
peluang untuk menafikannya seperti mereka tidak percaya kepada malaikat.
Dan sesungguhnya diwahyukan kepada kamu Quran (ini) dari
sisi (Tuhan) yang
bijaksana, yang mengetahui . (Surah Naml, ayat 6).
Oleh kerana Nabi s.a.w
menerima pembukaan sebelum Jibrail membawanya kepada
baginda, setiap kali Jibrail membawa ayat-ayat suci itu Nabi s.a.w mendapatinya di dalam hatinya dan membacanya sebelum ayat itu diberikan.
Inilah alasan bagi
ayat:
Dan janganlah engkau terburu-buru dengan Quran sebelum
habis diwahyukan kepada kamu. (Surah Ta Ha, ayat 114).
Keadaan ini menjadi jelas sewaktu Jibrail menemani
Nabi s.a.w pada malam mikraj, Jibrail tidak terdaya untuk pergi lebih jauh daripada Sidratul
Muntaha. Dia berkata, Jika aku ambil satu langkah lagi aku akan
terbakar. Jibrail membiarkan Nabi s.a.w meneruskan
perjalanan seorang diri. Allah menggambarkan pokok zaitun
yang diberkati, pokok keesaan, bukan dari timur dan bukan
dari barat. Dalam lain perkataan ia tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan, dan cahayanya yang menjadi sumber tidak terbit
dan tidak terbenam. Ia kekal pada masa lalu dan tiada
kesudahan pada masa akan datang. Kedua-dua Zat Allah dan
sifat-sifat-Nya adalah kekal abadi. Kedua-dua kenyataan
Zat-Nya dan kenyataan sifat-Nya bergantung kepada Zat-Nya.
Penyembahan yang sebenar hanya boleh dilakukan
apabila hijab yang menutup hati tersingkap agar cahaya abadi menyinarinya. Hanya selepas
itu hati menjadi terang dengan cahaya Ilahi. Hanya
selepas itu roh menyaksikan perumpamaan Ilahi itu. Tujuan
diciptakan alam maya adalah untuk ditemui khazanah
rahasia itu.
Allah berfirman melalui Rasul-Nya:
Aku adalah Perbendaharaan Yang Tersembunyi. Aku suka dikenali lalu Aku ciptakan makhluk agar Aku dikenali.
Ini bermakna Dia boleh dikenali di dalam
dunia ini
melalui sifat-sifat-Nya. Tetapi untuk melihat dan mengenali Zat-Nya sendiri hanyalah boleh terjadi di akhirat. Di sana melihat Allah adalah
secara langsung sebagaimana yang Dia kehendaki dan yang
melihatnya adalah mata bayi hati.
Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya mereka melihat. (Surah Qiamat,
ayat 22 & 23).
Nabi s.a.w bersabda,
Aku melihat Tuhanku di dalam rupa jejaka tampan.
Mungkin ini
adalah bayangan bayi hati. Bayangan adalah cermin. Ia menjadi alat untuk menzahirkan yang ghaib.
Hakikat Allah Yang Maha Tinggi tidak menyerupai sesuatu
samada bayangan atau bentuk. Bayangan adalah cermin,
walaupun yang kelihatan bukanlah cermin dan bukan juga orang yang melihat ke dalam cermin. Fikirkan tentang itu dan cubalah memahaminya kerana ia adalah hakikat kepada alam rahasia-rahasia
Tetapi semuanya berlaku pada makam sifat. Pada makam Zat semua kenyataan
hilang, lenyap. Orang yang di dalam makam Zat itu sendiri lenyap tetapi mereka
merasai zat itu dan tiada yang lain. Betapa jelas Nabi s.a.w menggambarkannya,
“Aku daripada Allah dan yang beriman daripadaku. Dan Allah berfirman melalui
Rasul-Nya: Aku ciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya Wujud-Ku sendiri.
Maksud Wujud Allah adalah Zat-Nya Yang Maha Suci, menyata di dalam
sifat-sifat-Nya Yang Maha Mengasihani. Ini dinyatakan-Nya melalui Rasul-Nya:
Rahmat-Ku mendahului murka-Ku. Rasul yang dikasihi Allah adalah cahaya
kebenaran sebagaimana
Allah berfirman:
Tidak Kami
utuskan engkau melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam. (Surah Anbiyaa',
ayat 107).
Sesungguhnya
telah datang kepada kamu rasul Kami, menerangkan kepada kamu beberapa banyak
dari (isi Kitab) yang kamu sembunyikan, dan ia tidak ambil tahu berapa banyak.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah dan Kitab yang
menerangkan. (Surah Maaidah, ayat 15).
Pentingnya utusan Allah yang dikasihi-Nya itu jelas dengan firman-Nya
kepada baginda, Jika tidak kerana engkau Aku tidak ciptakan makhluk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan