Jika sebelum ini kita membicarakan teori
yang mengatakan kewujudan semua makhluk adalah hasil evolusi daripada satu sel,
maka di sini kita akan bicarakan pula teori yang mengatakan yang wujud hanya
Allah sementara kewujudan selain Allah hanyalah prespektif manusia terhadap
kewujudan sebenar, iaitu wujud Allah.Fahaman ini dikenali sebagai Wahdah
al-Wujud atau kesatuan wujud antara Allah dan makhluk (Oneness of Being).
Fahaman ini berasal daripada agama-agama
lain, termasuk pemikiran beberapa ahli falsafah Yunani lama. Lalu ia diambil
oleh beberapa individu Islam dan diislamkan dengan solekan beberapa ayat
al-Qur’an dan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sehingga menjadilah
ia “Fahaman versi Islam”.
Lazimnya fahaman Wahdah al-Wujud disandarkan
kepada ilmu
tasawuf. Pada analisa saya, fahaman ini
pada masa kini tidak sahaja
dipegang oleh sebahagian ahli tasawuf
tetapi juga oleh sebahagian ahli
“Fahaman versi Islam” mendakwa: Apa yang
selama ini dianggap wujud oleh manusia sebenarnya hanyalah satu prespektif yang
dibentuk oleh deria-derianya seperti pandangan, pendengaran, bau, rasa,
sentuhan, pengetahuan dan sebagainya. Prespektif ini muncul kerana manusia pada
kebiasaannya tidak mampu untuk menjangkau sesuatu yang melebihi apa yang dapat
dijangkau oleh deria-derianya. Jika mereka berjaya menjangkauinya, mereka akan
menembusi ke satu alam yang berbeza daripada apa yang selama ini dibentuk oleh
deria-deria mereka. Dari penembusan tersebut, mereka akan sedar bahawa apa yang
selama ini dianggap wujud sebenarnya tidak wujud. Akan tetapi yang wujud ialah
Allah sahaja. Setelah mengetahui akan hakikat ini, maka seseorang itu akan mencapai kemurnian
tauhid yang sebenar, iaitu tidak ada apa-apa jua melainkan Allah. fikir,
teologis dan lain-lain yang tiada kaitan dengan ilmu atau tareqat
tasawuf. Adapun fahaman Wahdah al-Wujud
dalam ilmu tasawuf, tidak
semuanya adalah tercela Dengan itu juga
manusia tidak perlu beribadah dan melaksanakan perintah larangan Allah. Ini
kerana jika yang wujud hanya Allah, maka wujud manusia adalah sebahagian
daripada wujud Allah. Oleh itu segala ibadah
dan perintah larangan dinilai sifar kerana
Allah tidak perlu beribadah kepada Allah dan Allah tidak diperintah atau
dilarang oleh Allah. Ganjaran syurga dan azab
neraka juga menjadi sifar kerana ia tidak
lain adalah Allah jua.
Jelas bahawa fahaman Wahdah al-Wujud menyelisihi
seluruh risalah tauhid dan syari‘at Islam. Ini kerana:
1. Risalah tauhid yang ditetapkan oleh
Allah ialah
“Tiada Tuhan melainkan Allah” dan bukannya
“Tiada apa-apa jua melainkan Allah.” Apabila
dikatakan “Tidak ada apa-apa jua melainkan
Allah”,
bererti menyatukan segala sesuatu dengan
Allah.
Ini bukanlah pemurniaan tauhid tetapi
pencemaran
besar-besaran terhadap tauhid. Malah ini
lebih
buruk daripada teori Trinity yang
dipegang oleh
kaum Kristian. Sebabnya, teori Trinity hanya
menyatukan 3 perkara dalam Tuhan manakala
teori
Wahdah al-Wujud menyatukan segala-galanya
dalam Tuhan.
2. Teori Wahdah al-Wujud mensia-siakan
sifat Allah.
Ini kerana dengan sifat-sifat-Nya-lah
Allah
mencipta makhluk (al-Khaliq),
mengasihinya (al-
Rahman), memberi rezeki (al-Razzaq) dan pelbagai
lagi. Jika dikatakan tidak ada yang wujud
melainkan wujud Allah, maka segala sifat
Allah
menjadi sia-sia kerana ia selama ini
ditujukan
kepada
sesuatu yang tidak wujud. Sifat al-Khaliq
adalah
sia-sia kerana Allah sebenarnya tidak
mencipta apa-apa, Sifat al-Rahman adalah
sia-sia
kerana Allah sebenarnya tidak mengasihi
apa-apa.
Sifat al-Razzaq adalah sia-sia
kerana Allah tidak
memberi rezeki kepada apa-apa. Maha Suci
Allah
daripada teori Wahdah al-Wujud ini.
3. Allah juga mengajar manusia untuk
mengenal-Nya
dengan memerhatikan kewujudan makhluk
ciptaan-
Nya,
bukan bersatu dengan-Nya dengan menafikan
kewujudan makhluk ciptaan-Nya. Oleh kerana
itu
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
telah
bersabda:
تَفَكَّرُوا فِي خَلْقِ اللهِ، وَلاَ تَفَكَّرُوا فِي اللهِ.
Berfikirlah
tentang ciptaan Allah dan
janganlah
berfikir tentang Allah.
4. Allah juga mengutus para Rasul,
termasuk
Muhammad
shallallahu 'alaihi wasallam untuk
mengajar
manusia syari‘at Islam. Maka yang
dituntut ialah mentaati syari‘at Islam dan
bukan
menyatu
dengan syari‘at Islam sehingga
menjadikan ia sifar (saling membatalkan
antara
satu sama lain).
Dari sini jelas juga bahawa fahaman Wahdah
al-
Wujud adalah salah satu penipuan syaitan bagi
menyesatkan manusia daripada mentauhidkan
Allah dan
daripada melaksanakan syari‘at-Nya. Adapun
yang
disebut-sebut
sebagai penembusan ke “alam baru” yang
bebas
daripada prespektif deria, ia tidak lain adalah alam
syaitaniyah
yang lebih canggih daripada alam sebelumnya.
Malah
boleh dikatakan bahawa fahaman Wahdah al-Wujud
adalah kejayaan syaitan yang terbesar
dalam
menyesatkan manusia. Sebabnya, fahaman Wahdah
al-
Wujud berjaya menafikan manusia daripada mentauhidkan
Allah dan melaksanakan syari‘at-Nya. Ini
adalah kejayaan
“dua dalam satu” bagi syaitan.
Mereka
yang mempercayai fahaman Wahdah al-
Wujud
lazimnya akan mengemukakan beberapa dalil
daripada
al-Qur’an dan al-Sunnah untuk membenarkan.
Berikut
dianalisa tiga dalil mereka yang paling masyhur:
Pertama:
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Allah
adalah cahaya langit dan bumi. [al-Nur 24:35]
Penegak
fahaman Wahdah al-Wujud mendakwa
bahawa
banyak ahli sains, khasnya ahli fizik
(physicist)
masa kini telah menemui bahawa yang
sebenarnya
wujud dalam alam ini ialah gelombang
cahaya
(light waves). Gelombang cahaya inilah
dengan
segala ciri-cirinya yang menakjubkan,
membentuk
atom-atom yang membentuk objek
dan makhluk. Maka apa yang ditemui oleh
para ahli
sains
ini sebenarnya membuktikan bahawa yang
sebenarnya
wujud hanyalah Allah kerana Allah
telah
berfirman:
Allah adalah cahaya langit dan
bumi. [al-Nur 24:35]7
Allah Subhanahu wa Ta'ala bukanlah
cahaya kerana
Allah tidak menyerupai apa jua yang wujud
di alam
ini. Allah menegaskan:
Dan tidak ada apa jua yang serupa dengan-
Nya.” [al-Ikhlas 112:1-4]
Akan tetapi cahaya merupakan salah satu
sifat
Allah.
Hasil daripada sifat cahaya inilah Allah
memberi
cahaya keterangan kepada alam ini dan
cahaya
petunjuk kepada hamba-hamba-Nya yang
mencarinya.
Ini
sebagaimana al-Khaliq (Maha Mencipta) adalah
salah satu daripada sifat Allah di mana
hasil
daripada sifat ini Allah mencipta segala
yang ada,
seperti bumi ini. Akan tetapi bumi ini
bukanlah
Allah, ia hanya hasil daripada ciptaan
Allah.
Demikian juga, al-Rahman (Maha
Menyayangi)
adalah salah satu daripada sifat Allah di
mana hasil
daripada sifat ini Allah mengasihi segala
makhluk-
Nya. Akan tetapi makhluk yang dikasihi itu
bukanlah Allah, mereka hanya merasa hasil
Lebih lanjut rujuk al-Asma al-Husna oleh
Umar Sulaiman al-
daripada kasih sayang Allah.
Adapun penemuan para ahli sains bahawa
yang
sebenarnya
wujud dalam alam ini ialah gelombang
cahaya,
maka gelombang cahaya tersebut adalah
salah satu hasil daripada cahaya Allah.
Malah ia
mungkin adalah salah satu ciptaan Allah
jua
sebagai
al-Khaliq. Gelombang cahaya tersebut
bukanlah Allah tetapi membuktikan
kewujudan
Allah. Ini kerana Allah Subhanahu wa
Ta‘ala sedia
meletakkan tanda-tanda-Nya di seluruh alam
yang
dengan itu manusia akan menemui bukti
kewujudan-Nya:
Kami akan perlihatkan kepada mereka
tandatanda
kekuasaan Kami di merata-rata tempat
(dalam alam yang luas ini) dan pada diri
mereka sendiri, sehingga ternyata jelas
kepada mereka bahawa Al-Quran adalah
benar. Belumkah ternyata kepada mereka
kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi
mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan
menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
[al-Fussilat 41:53]
Kedua:
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Dia-lah (Allah) Yang Awal dan Yang Akhir
dan
Yang
Zahir serta Yang Batin. [al-Hadid 57:03]
Penegak
fahaman Wahdah al-Wujud mendakwa
ayat
di atas membuktikan bahawa Allah adalah
segala-galanya.
Justeru tidak wujud apa jua
melainkan wujud Allah.
Maksud sebenar ayat di atas telah
dijelaskan oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
اللَّھُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَیْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الآخِرُ
فَلَیْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاھِرُ فَلَیْسَ فَوْقَكَ
شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَیْسَ دُونَكَ شَيْءٌ.
Ya Allah! Engkau-lah yang Awal yang tiada
sesuatu jua sebelum Engkau, Engkau-lah
yang
Akhir yang tiada sesuatu jua selepas
Engkau,
Engkau-lah yang Zahir yang tiada sesuatu
jua
di atas Engkau dan Engkau-lah yang Batin
yang tiada sesuatu jua di bawah Engkau.
Ayat di atas dan hadis yang menjelaskannya
menunjukkan bahawa al-Awal, al-Akhir,
al-Zahir
dan al-Batin
adalah sifat-sifat Allah Subhanahu wa
Ta‘ala:
1. al-Awal bermaksud keberadaan
Allah yang
pertama sebelum segala sesuatu tanpa Dia
sendiri memiliki permulaan.
2. al-Akhir bermaksud keberadaan
Allah yang
terakhir setelah segala sesuatu tanpa Dia
sendiri memiliki pengakhiran.
3. al-Zahir bermaksud kebesaran
Allah dalam
mencipta segala ciptaan-Nya, dimana tidak
ada
apa
jua yang mampu menandingi kebesaran
tersebut.
4. al-Batin
bermaksud kehalusan Allah dalam
mengurusi segala ciptaan-Nya, dimana tidak
ada apa jua yang mampu menandingi
kehalusan
tersebut.
Ayat
ketiga surah al-Hadid di atas tidak
menunjukkan bahawa segala sesuatu adalah
Allah,
tetapi
keunggulan Allah berbanding segala sesuatu.
Malah ayat ini membuktikan bahawa tiada
apa-apa
yang
dapat bersatu dengan Allah kerana Allah
mengungguli
segala-galanya.
Ketiga:
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu
berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya
Aku hendak menciptakan manusia dari tanah
liat yang kering, yang berasal dari tanah
kental
yang berubah warna dan baunya.
Kemudian apabila Aku sempurnakan
kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya
roh-
Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.”
[al-Hijr
15:28-29]
Menurut
para penegak fahaman Wahdah al-Wujud,
apabila
Allah meniup roh-Nya ke dalam manusia,
bererti
Allah wujud di dalam manusia. Lebih jauh,
ayat
ini menunjukkan bahawa setiap ciptaan Allah
memiliki “sebahagian” daripada Allah di
dalamnya.
Oleh itu yang sebenarnya wujud ialah
Allah.
Apabila Allah meniup roh-Nya ke dalam
manusia
yang
dicipta-Nya, roh tersebut bukanlah
sebahagian daripada Allah. Ini kerana
Allah tidak
memiliki roh. Akan tetapi yang sebenarnya
ditiup
ialah roh ciptaan-Nya.
Sebagai contoh, apabila seorang pereka
fesyen
memberi baju ciptaan terbarunya kepada
pihak
majalah, dia berkata: “Nah! Inilah baju
terbaru
aku.” Kata-kata ini tidaklah bererti baju
tersebut
adalah sebahagian daripada pereka fesyen
akan
tetapi
bererti baju tersebut adalah ciptaan dia.
Demikian juga, apabila Allah berfirman: “Aku
tiupkan padanya roh-Ku”, ia tidaklah bererti roh
tersebut adalah sebahagian daripada Allah
tetapi
bererti roh tersebut adalah ciptaan Allah.
Demikian tiga ayat yang lazim digunakan
untuk
membenarkan
fahaman Wahdah al-Wujud. Ada beberapa
lagi
ayat al-Qur’an dan hadis yang lazim digunakan. Akan
tetapi dengan sedikit penelitian yang
mudah, akan didapati
bahawa
ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut tidak ada
kaitan
langsung dengan fahaman Wahdah al-Wujud.
Perkara penting yang perlu diperhatikan
oleh para
pembaca
sekalian adalah, fahaman Wahdah al-Wujud
muncul
lebih tiga atau empat abad selepas kewafatan
Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Ini sudah cukup
sebagai
petanda bahawa fahaman ini bukan berasal dari
Islam
tetapi dari sumber yang asing. Ia tidak termasuk
dalam
kesempurnaan Islam yang Allah maksudkan dalam
firman-Nya:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi
kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan
nikmat-
Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam
itu
menjadi agama untuk kamu. [al-Maidah 5:03]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan