Syeikh Abdul
Qadir Jailani
SYARAT YANG PERLU UNTUK MELAKUKAN ZIKIR
Salah satu syarat menyediakan seseorang untuk
berzikir ialah berada di dalam keadaan berwuduk; basuh dan bersihkan tubuh badan dan
sucikan hati . Pada peringkat permulaan, supaya zikir itu
berkesan, perlulah disebut kuat-kuat akan perkataan dan
ayat yang dijadikan zikir kalimah tauhid, sifat- sifat
Allah. Bila perkataan tersebut diucapkan usahakan agar kamu berada di dalam kesedaran (tidak lalai). Dengan
cara ini hati mendengar ucapan zikir dan diterangi oleh
apa yang dizikirkan
Ia menerima tenaga dan
menjadi hidup bukan sahaja hidup di dunia ini bahkan juga hidup abadi di
akhirat. Mereka tidak akan merasa padanya kematian, hanya
kematian pertama, dan Dia pelihara mereka daripada azab
jahanam. (Surah Dukhaan, ayat 56).
Nabi s.a.w menceritakan bahawa keadaan orang mukmin
yang mencapai yang hak melalui zikir, Orang mukmin tidak
mati. Mereka hanya meninggalkan hidup yang sementara ini
dan pergi kepada kehidupan abadi. Dan mereka lakukan di
sana apa yang mereka lakukan dalam dunia.
Nabi s.a.w bersabda,
Nabi-nabi dan
orang-orang yang hampir dengan Allah terus beribadat
di dalam kubur seperti yang mereka lakukan di dalam rumah mereka.
Ibadat yang
dimaksudkan itu adalah penyerahan dan merendahkan diri
rohani kepada Allah bukan sembahyang yang lima waktu sehari. Tawaduk yang di dalam diri, dengan diam, adalah nilai utama yang
menunjukkan iman yang sejati. Makrifat tidak dicapai oleh
manusia dengan usaha tetapi ia adalah anugerah dari
Allah. Setelah
dinaikkan kepada makam tersebut orang arif menjadi akrab dengan rahasia-rahasia
Allah. Allah membawa seseorang kepada rahasia-rahasia-Nya
apabila hati orang itu hidup dan sedar dengan zikir atau
ingatan kepada-Nya dan jika hati yang sedar itu bersedia
menerima yang hak. Nabi s.a.w bersabda, Mataku tidur tetapi
hatiku jaga. Pentingnya memperolehi makrifat dan hakikat diterangkan
oleh Nabi s.a.w, Jika seseorang berniat mempelajari dan beramal
menurut keinginannya itu tetapi mati sebelum mencapai tujuannya, Allah melantik dua orang malaikat sebagai guru yang mengajarnya ilmu
dan makrifat sampai ke hari kiamat. Orang itu
dibangkitkan dari kuburnya sebagai orang arif yang telah
memperolehi hakikat. Dua orang malaikat di sini
menunjukkan roh Nabi Muhammad s.a.w dan cahaya cinta yang menghubungkan insan dengan Allah. Pentingnya niat dan hajat
selanjutnya diceritakan oleh Nabi s.a.w, Ramai yang
berniat belajar tetapi mati ketika masih di dalam
kejahilam tetapi mereka bangkit daripada kubur pada hari pembalasan
sebagai orang arif. Ramai ahli ilmu dibangkitkan pada hari itu dalam
keadaan rosak akhlak hilang segalanya dan jahil keseluruhannya. Mereka adalah
orang-orang yang bermegah dengan ilmu mereka, yang menuntut ilmu kerana
muslihat duniawi dan berbuat dosa. Mereka diberi amaran: Dan (ingatkanlah
mereka) hari yang akan dibawa orang-orang kafir ke neraka (dan dikata), Kami
telah habiskan bahagian kamu yang baik di dalam penghidupan dunia. Dan kamu
telah bersuka-sukaan dengannya.
Maka pada hari
ini kamu akan dibalas dengan azab yang keji lantaran kamu pernah berlaku sombong
di dunia secara tidak benar dan lantaran kamu telah melewati batas. (Surah
Ahqaaf, ayat 20).
Nabi s.a.w bersabda,
Setiap amal
bergantung pada niat.
Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah
daripada amalannya. Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang
nyata dengan amalannya. Niat adalah asas amalan. Nabi s.a.w, Adalah baik
membena kerja kebajikan di atas tapak yang baik, dan dosa adalah perbuatan yang
dibina di atas tapak yang jahat.
Barangsiapa
hendak ke taman akhirat Kami tambah untuknya pada ke tamannya, dan barangsiapa
mahu ke taman dunia. Kami akan beri kepadanya sebahagian daripadanya,
tetapi tidak ada baginya bahagian akhirat. (Surah Syura, ayat 20).
Cara terbaik ialah mencari guru kerohanian yang akan membawa
hati kamu hidup. Ini akan menyelamatkan kamu di akhirat. Ini adalah penting; ia
mesti dilakukan segera ketika masih hidup. Dunia ini kebun akhirat. Orang yang
tidak menanam di sini tidak boleh menuai di sana. Jadi, bercucuk tanamlah di dalam
dunia ini dengan benih yang diperlukan untuk kesejahteraan hidup di sini dan
juga di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan