PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)
Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh
Memberi nasihat itu sebenarnya
mudah sahaja dan yang beratnya ialah menerima isi nasihat tersebut kerana
setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi sesiapa yang selalu mengikuti
kehendak hawa nafsunya.Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang
apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi serta sentiasa sibuk untuk
menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia,kerana orang yang
seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi
ilmu itu sudah cukup untuk menjadi sebab keselamatannya dan sebab
kebahagiaannya mala dia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya
itu.Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i’tiqad
dan aliran pemikiran ahli falsafah.SubhanaLlah,alangkah kelirunya pemikiran
yang seperti ini.Bukankah dia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu
apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian dia tidak beramal dengan ilmu
yang telah diketahuinya itu,nanti di akhirat kelak dia akan dipersoalkan dengan
soalan yang lebih berat daripada orang-orang yang tidak tahu
apa-apa.Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:
اشد الناس عذابا يوم القيامة عالم لا ينفعه الله بعلمه
Mafhumnya:”Orang yang paling pedih seksaannya pada hari qiyamat nanti ialah
seorang alim yang Allah tidak memanfaat ilmunya”
Diriwayatkan oleh Syeikh Junaid
al-Baghdadi bahawa seorang yang telah bermimpi bertemu dengannya di waktu
tidur selepas kematiannya.Lalu orang itu bertanya kepada Al-Junaid:Apa khabarmu
wahai Abu al-Qasim.Lalu Sheikh menjawab :Sebenarnya telah hilang segala ilmu
yang zahir dan ilmu yang batin Dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat
kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan