Syeikh Abdul Qadir Jailani
PENURUNAN MANUSIA KE PERINGKAT PALING
BAWAH
Allah Yang Maha Tinggi menciptakan roh suci sebagai ciptaan yang paling
sempurna , yang pertama diciptakan, di dalam alam kewujudan mutlak bagi
Zat-Nya. Kemudian Dia berkehendak menghantarkannya kepada alam rendah. Tujuan
Dia berbuat demikian ialah bagi mengajar roh suci mencari jalan kembali kepada
yang sebenar di tahap Maha Kuasa, mencari kedudukannya yang dahulu yang hampir
dan akrab dengan Allah. Dihantarkan-Nya roh suci kepada perhentian
utusan-utusan-Nya, wali-wali- Nya, kekasih-kekasih dan sahabat-sahabat-Nya.
Dalam perjalanannya, Allah menghantarkannya mula-mula kepada kedudukan akal
asbab bagi keesaan, bagi roh universal, alam nama-nama dan sifat-sifat Ilahi,
alam hakikat kepada Muhammad s.a.w. Roh suci memiliki dan membawa bersama-
samanya benih kesatuan. Apabila melalui alam ini ia dipakaikan cahaya suci dan
dinamakan roh sultan'. Apaabila melalui alam malaikat yang menjadi perantaraan
kepada mimpi-mimpi, ia mendapat nama roh perpindahan'. Bila akhirnya ia turun
kepada dunia kebendaan ini ia dibaluti dengan daging yang Allah ciptakan untuk
kesesuaian makhluk-Nya. Ia dibaluti oleh jirim yang kasar bagi menyelamatkan
dunia ini kerana dunia kebendaan jika berhubung secara langsung dengan roh suci
maka dunia kebendaan akan terbakar menjadi abu. Dalam hubungannya dengan dunia
ini ia dikenali sebagai kehidupan, roh manusia.
Tujuan roh suci dihantar ke tempat ciptaan yang paling rendah ini ialah
supaya ia mencari jalan kembali kepada kedudukannya yang asal, makam
kehampiran, ketika ia masih di dalam bentuk berdaging dan bertulang ini. Ia
sepatutnya datang ke alam benda yang kasar ini, dan dengan melalui hatinya yang
berada di dalam mayat ini, menanamkan benih kesatuan dan menunbuhkan pokok
keesaan di dalam dunia ini. Akar pokok masih berada
pada tempat asalnya. Dahannya memenuhi ruang kebahagiaan, dan di sana demi
keredaan Allah, mengeluarkan buah kesatuan. Kemudian di dalam bumi hati roh itu
menanamkan benih agama dan bercita-cita menumbuhkan pokok agama agar diperolehi
buahnya, tiap satunya akan menaikkannya kepada peringkat yang lebih hampir
dengan Allah. Allah membuatkan jasad- jasad atau tubuh-tubuh untuk dimasuki
oleh roh-roh dan bagi roh-roh ini masing-masing mempunyai nama yang
berbeza-beza. Dia bena ruang penyesuaian di dalam tubuh. Diletakkan-Nya roh
manusia, roh kehidupan di antara daging dan darah. Diletakkan-Nya roh suci di
tengah-tengah hati, di mana dibena ruang bagi jirim yang sangat seni untuk
menyimpan rahasia di antara Allah dengan hamba-Nya. Roh-roh ini berada pada
tempat yang berbeda-beda dalam tubuh, dengan tugas yang berbeda, urusan yang
berbeda, masing-masing umpama membeli dan menjual barang yang berlainan,
mendapat faedah yang berbeda. Perniagaan mereka sentiasa membawakan kepada
mereka banyak manfaat dalam bentuk nikmati dan rahmat Allah. Daripada apa yang
Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terang, (mereka)
mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi. (Surah Fatir, ayat 29).
Layaklah bagi setiap manusia mengetahui urusannya di dalam alam kewujudan
dirinya sendiri dan memahami tujuannya. Dia mestilah faham bahawa dia tidak
boleh meminda apa yang telah dihukumkan sebagai benar untuknya dan digantungkan
dilehernya. Bagi orang yang mahu meminda apa yang telah dihukumkan untuknya,
yang terikat dengan cita-cita dan dunia ini Allah berkata: Tidaklah (mahu) dia
ketahui (bagaimana keadaan) apabila dibongkarkan apa-apa yang di dalam kubur?
Dan dizahirkan
apa-apa yang di dalam dada? (Surah Aadiyat, ayat 9).
Dan tiap-tiap
manusia Kami gantungkan (catatan) amalannya pada tengkuknya (Surah Bani Israil,
ayat 13).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan