Syeikh Abdul Qadir Jailani
TEMPAT ROH-ROH DI DALAM BADAN
Tempat roh manusia, roh kehidupan, di dalam badan ialah dada. Tempat
ini berhubung dengan pancaindera dan deria-deria. Urusan atau bidangnya ialah agama. Pekerjaannya
ialah mentaati perintah Allah. Dengan peraturan- peraturan yang ditentukan-Nya,
Allah memelihara dunia nyata ini dengan teratur dan harmoni. Roh itu bertindak
menurut kewajipan yang ditentukan oleh Allah, tidak menganggap
perbuatannya sebagai perbuatannya sendiri kerana dia
tidak berpisah dengan Allah.
Perbuatannya daripada Allah; tidak ada
perpisahan di antara aku' dengan Allah di dalam tindakan dan ketaatannya. Barangsiapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah
mengerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan sesuatu dalam
ibadat kepada Tuhannya. (Surah Kahfi, ayat 110).
Allah adalah esa dan Dia mencintai yang bersatu
dan satu. Dia mahu semua penyembahan dan semua amal kebaikan, yang Dia anggap
sebagai pengabdian kepada-Nya, menjadi milik-Nya
semata-mata, tidak dikongsikan dengan apa sahaja. Jadi,
seseorang tidak memerlukan kelulusan atau halangan
daripada sesiapa pun di dalam pengabdiannya kepada Tuhannya,
juga amalannya bukan untuk kepentingan duniawi. Semuanya semata-mata
kerana Allah. Suasana yang dihasilkan oleh petunjuk Ilahi seperti menyaksikan bukit-bukti kewujudan Allah di dalam alam nyata
ini; kenyataan sifat-sifat-Nya, kesatuan di dalam yang
banyak, hakikat di sebalik yang nyata, kehampiran dengan
Pencipta, semuanya adalah ganjaran bagi amalan kebaikan
yang benar dan ketaatan tanpa mementingkan diri sendiri. Namun,
semuanya itu di dalam taklukan alam benda, daripada bumi yang di bawah tapak kaki kita sehinggalah kepada langit-langit. Termasuk juga
di dalam taklukan alam dunia ialah kekeramatan yang
muncul melalui seseorang, misalnya berjalan di atas air,
terbang di udara, berjalan dengan pantas, mendengar suara
dan melihat gambaran dari tempat yang jauh atau boleh
membaca fikiran yang tersembunyi. Sebagai ganjaran terhadap amalan yang baik manusia juga diberikan nikmati di akhirat seperti
syurga, khadam-khadam, bidadari, susu, madu, arak dan
lain-lain. Semuanya itu merupakan nikmati syurga tingkat
pertama, syurga dunia.
Tempat roh perpindahan atau roh peralihan' ialah
di dalam hati. Urusannya ialah pengetahuan tentang jalan kerohanian. Kerjanya
berkait dengan empat nama-nama pertama bagi nama-nama
Allah yang indah. Sebagaimana dua belas nama-nama yang
lain empat nama tersebut tidak termasuk di dalam sempadan
suara dan huruf. Jadi, ia tidak boleh disebut.
Allah Yang Maha
Tinggi berfirman:
Dan bagi Allah
jualah nama-nama yang baik, jadi serulah Dia dengan nama-nama tersebut.
(Surah A'raaf, ayat 180).
Firman Allah di
atas menunjukkan tugas utama manusia adalah mengetahui nama-nama
Tuhan. Ini adalah pengetahuan batin seseorang. Jika mampu memperolehi pengetahuan yang demikian dia akan sampai kepada makam
makrifat. Di samalah pengetahuan tentang nama keesaan sempurna. Nabi s.a.w bersabda, Allah Yang Maha Tinggi mempunyai sembilan puluh
sembilan nama, siapa mempelajarinya akan masuk syurga. Baginda
s.a.w juga bersabda, Pengetahuan adalah satu. Kemudian
orang arif jadikannya seribu. Ini bermakna nama kepunyaan
Zat hanyalah satu. Ia memancar sebagai seribu sifat
kepada orang yang menerimanya. Dua belas nama-nama Ilahi
berada di dalam lengkungan sumber pengakuan tauhid La ilaha illallah . Tiap satunya adalah satu daripada dua belas huruf dalam kalimah
tersebut. Allah Yang Maha Tinggi mengurniakan nama
masing-masing bagi setiap huruf di dalam perkembangan
hati. Setiap satu daripada empat alam yang dilalui oleh
roh terdapat tiga nama yang berlainan.
Allah Yang Maha
Tinggi dengan cara ini memegang erat hati para
pencinta-Nya, dalam kasih sayang- Nya. Firman-Nya:
Allah tetapkan
orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap di
Penghidupan dunia dan akhirat. (Surah Ibrahim, ayat 27).
Kemudian
dikurniakan kepada mereka kehampiran-Nya. Dia sediakan pokok
keesaan di dalam hati mereka, pokok yang akarnya turun kepada tujuh lapis bumi dan Dahannya meninggi kepada tujuh lapis langit,
bahkan meninggi lagi hingga ke arasy dan mungkin lebih
tinggi lagi.
Allah berfirman:
Tidakkah engkau
perhatikan bagaimana Allah adakan misal, satu kalimah
yang baik seperti pohon yang baik, pangkalnya tetap dan cabangnya
ke langit . (Surah Ibrahim, ayat 24).
Tempat roh
perpindahan atau roh peralihan' adalah di dalam nyawa kepada hati. Alam malaikat berterusan di dalam penyaksiannya. Ia boleh
melihat syurga alam tersebut, penghuninya, cahayanya dan
semua malaikat di dalamnya. Kalam roh peralihan' adalah bahasa alam
batin, tanpa huruf tanpa suara. Perhatiannya berterusan menyentuh soal-soal
rahasia-rahasia maksud yang tersembunyi. Tempatnya di
akhirat apabila kembali ialah syurga Na'im, taman
kegembiraan kurniaan Allah. Tempat roh sultan' di mana ia memerintah, adalah di tengah-tengah hati, jantung kepada hati. Urusan
roh ini ialah makrifat. Kerjanya ialah mengetahui semua
pengetahuan ketuhanan yang menjadi perantaraan bagi semua
ibadat yang sebenar-benarnya diucapkan dalam bahasa hati.
Nabi s.a.w bersabda, Ilmu ada dua bahagian. Satu pada
lidah, yang membuktikan kewujudan Allah. Satu lagi di dalam hati. Inilah yang perlu bagi menyedarkan tujuan seseorang. Ilmu yang
sebenar-benarnya bermanfaat berada di dalam sempadan kegiatan
hati.
Nabi s.a.w
bersabda,
Quran yang mulia
mempunyai makna zahir dan makna batin.
Allah Yang Maha
Tinggi membukakan Quran kepada sepuluh lapis makna yang
tersembunyi. Setiap makna yang berikutnya lebih bermanfaat daripada yang sebelumnya kerana ia semakin hampir dengan sumber yang
sebenarnya. Dua belas nama kepunyaan Zat Allah adalah umpama dua
belas mata air yang memancar dari batu apabila Nabi Musa
a.s menghentamkan batu itu dengan tongkatnya.
Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami berkata, Pukullah batu itu dengan
tingkat kamu'. Lantas terpancar daripadanya dua belas
mata air yang sesungguhnya setiap golongan itu mengetahui
tempat minumnya. (Surah Baqarah, ayat 60) .
Pengetahuan zahir adalah umpama air hujan yang
datang dan pergi sementara pengetahuan batin umpama mata air yang tidak pernah kering.
Dan satu tanda untuk mereka, ialah bumi yang mati (lalu) Kami
hidupkannya dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, lalu
mereka memakannya. (Surah Yaa Sin, ayat 33).
Allah jadikan satu bijian,
sebiji benih di langit. Benih itu menjadi kekuatan kepada
kehaiwanan di dalam diri manusia. Dijadikan-Nya juga
sebiji benih di dalam alam roh-roh (alam al-anfus);
menjadi sumber kekuatan, makanan roh. Bijian itu dijiruskan dengan air dari sumber hikmah. Nabi s.a.w bersabda, “Jika seseorang
menghabiskan empat puluh hari dalam keikhlasan dan kesucian
sumber hikmah akan memancar dari hatinya kepada lidahnya.
Nikmat bagi roh sultan ialah kelazatan dan kecintaan yang
dinikmatinya dengan menyaksikan kenyataan keelokan,
kesempurnaan dan kemurahan Allah Yang Maha Tinggi.
Firman Allah:
Dia telah diajar oleh yang bersangatan kekuatannya, yang berupa bagus,
lalu ia menjelma dengan sempurnanya padahal ia di pehak
atas yang paling tinggi. Kemudian ia mendekati rapat (kepadanya),
maka adalah (rapatnya) itu kadar dua busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu Ia wahyukan kepada hamba-Nya apa yang Ia mahu
wahyukan. Hatinya tidak mendusta apa yang dia lihat. (Surah
Najmi, ayat 511).
Nabi s.a.w menggambarkan suasana demikian dengan
cara lain, Yang beriman (yang sejahtera) adalah cermin kepada yang beriman (yang
sejahtera). Dalam ayat ini yang sejahtera yang pertama ialah
hati orang yang beriman yang sempurna, sementara yang
sejahtera kedua itu ialah yang memancar kepada hati orang
yang beriman itu, tidak lain daripada Allah Yang Maha
Tinggi sendiri.
Allah menamakan Diri-Nya di dalam Quran sebagai Yang Mensejahterakan. Dia jualah Allah yang tiada Tuhan melainkan
Dia Yang Mensejahterakan (Pemelihara iman), Pemelihara segala-galanya. (Surah
Hasyr, ayat 23).
Kediaman roh sultan' di akhirat ialah syurga Firdaus, syurga yang
tinggi. Setesen di mana roh-roh berhenti adalah tempat rahasia yang Allah
buatkan untuk Diri-Nya di tengah-tengah hati, di mana Dia simpankan rahasia-Nya
(Sirr) untuk disimpan dengan selamat. Keadaan roh ini diceritakan oleh Allah
melalui pesuruh-Nya: Insan adalah rahasia-Ku dan Aku rahasianya. Urusannya
ialah kebenaran (hakikat) yang diperolehi dengan mencapai keesaan; mencapai
keesaan itulah tuagsnya. Ia membawa yang banyak kepada kesatuan dengan cara terus
menerus menyebut nama-nama keesaan di dalam bahasa rahasia yang suci. Ia bukan
bahasa yang berbunyi di luar.
Dan jika engkau
nyaringkan perkataan, maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahasia dan yang lebih
tersembunyi. (Surah Ta Ha, ayat 7)
Hanya Allah mendengar bahasa roh suci dan hanya Allah mengetahui
keadaannya. Nikmat bagi roh ini ialah penyaksian terhadap ciptaan Allah yang
pertama. Apa yang dilihatnya ialah keindahan Allah. Padanya terdapat penyaksian
rahasia. Pandangan dan pendengaran menjadi satu. Tidak ada perbandingan
dan tidak ada persamaan tentang apa yang disaksikanya. Dia menyaksikan sifat Allah, keperkasaan dan
kekerasan-Nya sebagai esa dengan keindahan, kelembutan dan kemurahan-Nya.
Bila manusia temui matlamatnya, tempat kediamannya, bila dia temui akal
asbab, pertimbangan keduniaannya yang memandunya selama ini akan tunduk kepada
Perintahnya; hatinya akan rasa gentar bercampur hormat, lidahnya terkunci. Dia
tidak berupaya menceritakan keadaan tersebut kerana Allah tidak menyerupai sesuatu.
Bila apa yang diperkatakan di sini sampai ke telinga orang yang berilmu,
mula-mula cubalah memahami tahap pengetahuan sendiri. Tumpukan perhatian kepada
kebenaran (hakikat) mengenai perkara-perkara yang sudah diketahui sebelum
mendongak ke ufuk yang lebih tinggi, sebelum mencari peringkat baharu, semoga
mereka memperolehi pengetahuan tentang kehalusan perlaksanaan Ilahi. Semoga
mereka tidak menafikan apa yang sudah diperkatakan, tetapi sebaliknya mereka
mencari makrifat, kebijaksanaan untuk mencapai keesaan. Itulah yang sangat
diperlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan