PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)
Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh
Demikian juga seseorang yang menguasai ratusan ilmu sedangkan dia tidak beramal dengannya,nescaya segala ilmu tersebut tidak akan memberi manfa’at.Analogi yang sama boleh dimisalkan dengan seseorang yang ditimpa demam kuning panas yang dinasihatkan oleh doktor supaya dia meminum ubat sekanjabin dan kaskab.Dia tidak akan sembuh sehingga pesakit itu meminum ubat tersebut.
Sehubungan dipetik satu syair Parsi yang bermaksud:”Seandainya engkau menimbang dua ribu kati arak,maka engkau tidak akan mabuk sehingga engkau meminumnya.”
Justeru itu,walaupun anda menuntut ilmu seratus tahun lamanya dan menghimpunkan seribu buah kitab,anda masih belum mendapat rahmat Allah kecuali setelah anda mengamal dan menghayati semua ilmu tersebut
.Dalam konteks ini Allah SWT berfirman:
وان ليس للانسان الا ما سعى
Maksudnya: “Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat sesuatu kecuali apa yang diusahakannya.”(Surah al-Najm ayat 39)
Dan firman Allah lagi;
فمن كان يرجو لقاء ربه فليعمل عملا صالحا
Maksudnya: ”Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu dengan Tuhannya,maka hendaklah dia beramal dengan amalan yang sholeh.”(S.Al-Kahf ayat 110).
Firman Allah lagi:
جزاء بما كانوا يكسبون
Mafhumnya: ”(Balasan yang diberikan kepada mereka) adalah sebagai ganjaran bagi apa yang diusahakan oleh mereka.”Surah at-Taubah ayat 82.
Firman Allah lagi:
ان الذين ءامنوا وعملوا الصالحات كانت لهم جنات الفردوس نزلا خالدين فيها لا يبغون عنها حولا
Maksudnya: ”Sesungguhnya
orang2 yang beriman dan beramal sholeh nescaya mereka akan dikurniakan syurga
firdaus sebagai tempat tinggal mereka.Mereka kekal didalamnya dan mereka sudah
tidak mahu lagi mencari tempat yang lain daripada kediaman mereka itu.”Surah
Al-Kahf ayat 107-108).Firman Allah lagi:
الا من تاب وءامن وعمل عملا صالحا
Maksudnya:
”Melainkan orang2 yang bertaubat dan beriman serta beramal dengan amalan
sholeh.” Surah al-Furqan ayat 70.Apabila anda tidak beramal dengan ilmu maka apakah respons anda terhadap hadis berikut:
بني الاسلام علي خمس شهادة ان
لا اله الا الله وان محمدا رسول الله واقام الصلاة وايتاء الزكاة وصوم رمضان وحج
البيت لمن استطاع اليه سبيلا
Mafhumnya: ”Islam itu ditegakkan atas 5 perkara:Syahadah bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah,mendirikan
sholat,mengeluarkan zakat,berpuasa Ramadhan,mengerjakan haji ke BaituLlah bagi
mereka yang berupaya.”Iman itu perkataan dengan lidah,membenarkannya dengan hati dan melaksanakannya dengan pancaindera.Dalil yang menuntut kita beramal amat banyak.Walaupun seseorang itu masuk syurga dengan rahmat Allah,namun ianya tercapai dengan taat dan ibadah.Rahmat Allah amat hampir dengan orang yang berbuat baik.Sebelum ke syurga kita perlu melalui dugaan2 besar.Ujian pertama ialah iman.Apabila kita mati dalam keadaan beriman,adakah kita muflis dari segi amal.Hasan Basri berkata:Allah berfirman kepada hamba2Nya di akhirat:Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmatKu,dan tentukan kedudukan kamu mengikut amalan masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan