Syeikh Abdul
Qadir Jailani
KEBAHAGIAAN KARENA BERAMAL SALIH DAN KESENGSARAAN KARENA INGKAR
Jika kesucian,kebaikan dan keikhlasan lebih menguasai,
sifat-sifat mementingkan diri akan bertukar menjadi
suasana kerohanian dan bahagian diri yang ingkar akan
dikalahkan oleh bahagian diri yang baik. Sebaliknya jika seseorang mengikuti hawa nafsu yang rendah dan kesenangan ego dirinya,
sifat-sifat ingkar akan menguasai bahagian diri yang satu
lagi untuk menjadikannya ingkar dan jahat. Jika kedua-dua
sifat yang berlawanan itu sama-sama kuat diharapkan yang
baik itu boleh menang,
sebagaimana yang dijanjikan:
Barangsiapa kerjakan kebaikan maka baginya (ganjaran)
sepuluh kali ganda, dan
barangsiapa kerjakan kejahatan maka Tidaklah dibalas dia melainkan sebanyak (kejahatannya) itu, dan mereka tidak akan diniayai. (Surah
An'aam, ayat 160).
Dan jika Allah kehendaki ditambah-Nya lagi ganjaran atas kebaikan. Namun orang yang kebajikan
dan kejahatannya sama banyak mesti lulus perbicaraan pada
hari pembalasan. Orang yang berjaya mengubah sifat
mementingkan diri kepada tidak mementingkan diri, hawa nafsu
yang rendah kepada cita-cita kerohanian, baginya tiada hisab, tiada catatan akan diberikan kepadanya. Dia akan memasuki syurga tanpa
melalui huru hara hari kiamat. Oleh sebab itu barangsiapa
berat (timbangan) kebaikannya maka dia di dalam kehidupan
(akhirat) yang sentosa. (Surah Qari'ah, ayat 6 & 7).
Orang yang kejahatannya lebih berat daripada
kebaikannya akan dihukum menurut kadar kejahatannya. Kemudian dia dikeluarkan
daripada neraka, jika dia beriman, dan akan masuk syurga.
Taat dan ingkar bermakna baik dan jahat. Kedua-dua ini
ada dalam diri seseorang manusia. Yang baik boleh berubah
menjadi jahat dan yang jahat boleh berubah menjadi baik. Nabi s.a.w bersabda, Orang yang kebaikan menguasainya menemui keselamatan,
keimanan dan kegembiraan dan menjadi baik. Orang yang kejahatan
lebih menguasai kebaikan, dia menjadi ingkar dan jahat.
Orang yang menyedari kesalahannya dan bertaubat dan
mengubah haluannya akan mendapati suasana ingkar akan
bertukar menjadi taat dan beribadat. Telah menjadi ketentuan
bahawa baik dan jahat, kehidupan yang diberkati bagi orang yang taat dan kesengsaraan bagi yang ingkar, adalah keadaan yang setiap
orang dilahirkan dengannya. Kedua-duanya tersembunyi di
dalam bakat atau keupayaan seseorang.
Nabi s.a.w bersabda,
Orang yang bertuah menjadi baik adalah baik ketika di
dalam kandungan ibunya, dan orang berdosa yang jahat
adalah pendosa di dalam kandungan ibunya.
Begitulah keadaannya dan tiada siapa yang berhak
berbincang mengenainya. Urusan takdir bukan untuk dibincangkan. Jika dibiarkan
perbincangan demikian ia akan membawa kepada bidaah dan
kekufuran. Lagipun tiada siapa boleh menjadikan takdir
sebagai alasan untuk membuang segala ikhtiar, semua
perbuatan baik. Seseorang itu tidak boleh mengatakan,
Jika aku ditakdirkan menjadi baik maka aku bersusah payah membuat kebaikan sedangkan aku sudahpun diberkati'. Atau berkata,˜Jika
aku sudah ditakdirkan menjadi jahat apa gunanya aku berbuat kebaikan'. Jelas sekali pendirian demikian tidak benar. Tidak wajar
mengatakan, Jika keadaan aku sudah ditakdirkan pada azali apa
untung atau rugi yang aku harapkan dengan usahaku
sekarang'.
Contoh yang baik diberikan kepada kita adalah
perbandingan di antara Adam a.s dengan iblis yang
dilaknat. Iblis meletakkan kesalahan kepada takdir, yang menyebabkan dia menjadi derhaka, maka dia menjadi kafir dan dibuang jauh daripada
keampunan dan kehampiran Tuhan. Adam a.s mengakui kesilapannya
dan memohon keampunan, menerima keampunan dari Allah dan
diselamatkan. Menjadi kewajipan bagi orang Islam yang
beriman untuk tidak cuba memahami sebab-sebab yang
tersimpan di dalam takdir. Orang cuba berbuat demikian
akan menjadi keliru dan tidak mendapat apa-apa melainkan keraguan.
Bahkan dia mungkin kehilangan keyakinan. Orang yang beriman mestilah mempercayai kepada kebijaksanaan Allah yang mutlak. Segala
yang manusia lihat terjadi pada dirinya di dalam dunia ini mesti
ada alasan tetapi alasan itu bukan untuk difahami melalui
lojik manusia kerana ia berdasarkan kebijaksanaan Tuhan.
Di dalam kehidupan ini bila kamu temui pencacian terhadap
Tuhan, kemunafikan, keingkaran, penipuan dan lain-lain yang
jahat, jangan biarkan perkara-perkara tersebut menggoncangkan iman kamu. Ketahuilah Allah Yang Maha Tinggi dengan kebijaksanaan mutlak
bertanggungjawab kepada semua perkara dan Dia lakukan apa yang
kelihatan sebagai tidak baik sebagai menyatakan kekuasaan-Nya
yang mutlak. Penzahiran kekuasaan yang demikian mungkin
menyebabkan ada orang yang tidak tertahan dan
menganggapnya sebagai tidak baik tetapi ada rahasia besar
di sebaliknya yang tiada makhluk yang tahu melainkan Rasulullah
s.a.w. Ada kisah orang arif berdoa kepada Tuhannya, Wahai Yang Maha Suci, semua telah diatur oleh Engkau. Takdirku adalah kepunyaan-
Mu. Ilmu yang Engkau letakkan padaku adalah milik-Mu. Ketika itu
dia mendengar jawapan tanpa suara tanpa sepatah
perkataan, keluar dari dalam dirinya mengatakan,
Wahai hamba-Ku. Segala yang engkau katakan adalah kepunyaan
Yang Maha Esa dan dalam keesaan. Ia bukan milik hamba- hamba.
Hamba yang beriman itu berkata, Wahai Tuhanku, aku telah menzalimi
diriku, aku bersalah, aku berdosa. Selepas pengakuan itu sekali lagi dia mendengar dari dalam dirinya, Dan Aku mempunyai keampunan
terhadap dirimu. Aku telah hapuskan kesalahan-kesalahan kamu,
Aku telah ampun kamu.
Biar mereka yang beriman tahu dan bersyukur yang
segala kebaikan yang mereka lakukan bukanlah dari mereka tetapi melalui mereka, kejayaan
datangnya dari Pencipta. Bila mereka bersalah biar mereka tahu
bahawa kesalahan mereka datangnya dari diri mereka
sendiri, kepunyaan mereka dan mereka boleh bertaubat.
Kesalahan datangnya dari keegoan mereka yang batil. Jika
kamu memahami ini dan mengingatinya kamu termasuk ke dalam
golongan yang disebut Allah: Dan yang apabila telah berbuat kejelikan atau menganiayai diri-diri mereka maka mereka ingat kepada
Allah dan mereka minta diampunkan dosa-dosa mereka “bukankah
tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah?
Dan mereka tidak berkekalan di atas dosa yang mereka
kerjakan, dan mereka tahu. Mereka itu balasannya ialah
keampunan dari Tuhan mereka, syurga-syurga yang mengalir
padanya sungai-sungai, mereka akan kekal padanya, dan alangkah baiknya balasan bagi orang-orang yang beramal. (Surah Imraan, ayat 135
& 136).
Adalah baik bagi orang yang beriman mengakui yang
dirinya sendirilah punca semua kesalahan dan dosanya. Itulah yang akan menyelamatkannya.
Itu lebih baik dan lebih benar daripada meletakkan kesalahan
dirinya kepada Yang Maha Perkasa, Maha Kuasa, Pencipta
semua perkara.
Bila Nabi s.a.w
bersabda,
Telah diketahui
bila seseorang itu berada di dalam kandungan ibunya
samada dia akan menjadi baik atau pendosa
baginda maksudkan dalam kandungan ibu' itu adalah empat anasir yang melahirkan
semua kekuatan atau tenaga dan kebolehan lahiriah. Dua daripada
anasir tersebut adalah tanah dan air yang bertanggungjawab
kepada pertumbuhan keyakinan dan pengetahuan, melahirkan
kehidupan dan lahir dalam hati sebagai tawaduk
(kerendahan diri). Dua anasir lain ialah api dan angin yang bertentangan dengan tanah dan air “membakar, membinasa, membunuh. Kudrat Tuhan
yang menyatukan anasir-anasir yang berlawanan dan berbeza menjadi satu. Bagaimana air dan api boleh wujud bersama?
Bagaimanacahaya dan kegelapan boleh terkandung di dalam awan?
Dia yang mengunjukkan kepada kamu kilat untuk
menakutkankan dan kerana harapan, dan Dia jadikan mega yang berat. Dan petir
itu beribadat dengan memuji Tuhannya, dan malaikat juga, lantaran takut
kepada-Nya, dan Dia kirim halilintar dan Dia kenakannya kepada sesiapa yang Dia
kehendakiĆ¢. (Surah ar-Ra'd, ayat 12 & 13).
Satu hari wali Allah Yahya bin Mua'adh ar- Razi
ditanya
Bagaimana mengenali Allah?' Dia menjawab, Melalui
gabungan yang bertentangan.
Pertentangan termasuk pada, dan sebenarnya
keperluan bagi, memahami sifat-sifat Allah. Dengan menghadapkan diri kepada
hakikat Ilahi seseorang menjadi cermin yang membalikkan kebenaran itu, juga
sifat Yang Maha Perkasa dibalikkan. Dalam diri manusia terkandung seluruh alam
maya. Sebab itu dia dipanggil penggabung yang banyak. Allah menciptakan manusia
dengan dua tangan-Nya, tangan kemurahan-Nya dan tangan keperkasaan-Nya,
keperkasaan dan kekuasaan. Jadi, manusia adalah cermin yang menunjukkan
kedua-dua belah, yang kasar serta tebal dan yang halus serta indah. Semua
nama-nama Ilahi menyata pada manusia. Semua makhluk yang lain hanya sebelah
sahaja. Allah menciptakan iblis dan keturunannya dengan sifat kekerasan-Nya.
Dia ciptakan malaikat dengan sifat kemurahan-Nya. Nilai-nilai kesucian dan
kebaktian yang berterusan terkandung dalam kejadian malaikat, sementara iblis
dan keturunannya yang diciptakan dengan sifat kekerasan-Nya, mempunyai nilai
kejahatan, kerana itu iblis menjadi takabur, dan bila Allah perintahkan sujud
kepada Adam dia ingkar. Oleh kerana manusia mempunyai kedua-dua ciri alam
tinggi dan rendah, dan Allah telah memilih utusan-utusan dan wali-wali-Nya dari
kalangan manusia, mereka tidak bebas daripada kesilapan. Nabi-nabi dipelihara
dari dosa-dosa besar tetapi kesilapan kecil harus berlaku pada mereka.
Wali-wali pula tidak terjamin dipelihara daripada dosa tetapi adalah dikatakan wali-wali
itu hampir dengan Tuhan, mencapai makam kesempurnaan, mereka masuk ke bawah
perlindungan Tuhan daripada dosa- dosa besar.
Syaqiq al-Baqi berkata,
Terdapat lima tanda kebenaran:
perangai yang lemah lembut dan lembut hati,
menangis kerana menyesal, mengasingkan diri dan tidak peduli tentang dunia,
tidak bercita-cita tinggi, dan memiliki rasa hati (gerak hati atau intuisi).
Tanda-tanda pendosa juga lima ; keras hati, mempunyai mata yang tidak pernah
menangis, mencintai dunia dan kesenangannya, bercita-cita tinggi, tidak bermalu
dan tidak ada rasa atau gerak hati. Nabi s.a.w meletakkan empat nilai pada orang
yang baik-baik, Boleh dipercayai dan menjaga apa yang
diamanahkan kepadanya dan mengembalikannya. Menepati
janji. Bercakap benar, tidak berbohong. Tidak kasar dalam
perbincangan dan tidak menyakitkan hati orang lain. Baginda s.a.w juga memberitahu empat tanda pendosa, Tidak boleh dipercayai dan
merosakkan amanah yang diberikan kepadanya, mungkir janji,
menipu, suka bertengkar, memaki apabila berbincang dan
menyakitkan hati orang lain. Seterusnya pendosa tidak
dapat memaafkan kawan-kawannya. Ini tanda tiada iman
kerana kemaafan menjadi tanda utama orang beriman.
Allah memerintahkan rasul-Nya: Berilah maaf, dan suruhlah mereka
(manusia) berbuat kebaikan, dan berpalinglah daripada
orang-orang yang bodoh. (Surah A'raaf, ayat 199).
Perintah maafkanlah' bukan hanya tertuju kepada
Rasulullah s.a.w seorang sahaja. Ia mengenai semua orang dan tentu sahaja termasuk
mereka yang beriman dengan Rasulullah s.a.w. Perkataan
maafkanlah' bermakna jadikan tabiat memafkan, jadikan
sifat atau peribadi.
Sesiapa yang ada sifat pemaaf menerima satu daripada nama-nama Allah
ar-Rauf Yang Memaafkan. Barangsiapa memaafkan dan
membereskan maka ganjarannya (adalah) atas (tanggungan)
Allah. (Surah Syura, ayat 40).
Ketahuilah
ketaatan kepada Allah bertukar menjadi ingkar, kejahatan dan dosa menjadi kebaikan,
tidak berlaku dengan sendiri, tetapi dengan rangsangan,
pengaruh, tindakan serta usaha diri sendiri. Nabi s.a.w bersabda,
Semua anak dilahirkan muslim. Ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Setiap orang ada bakat untuk menjadi baik
atau jahat, boleh memiliki sifat-sifat baik dan buruk dalam masa
yang sama. Jadi, adalah salah menghukum seseorang atau
sesuatu sebagai sepenuhnya baik atau buruk. Tetapi benar
jika dikatakan seseorang itu lebih banyak kebaikannya
daripada kejahatannya ataupun sebaliknya. Ini bukan bermakna
manusia masuk syurga tanpa amalan baik, juga bukan dia dihantar
ke neraka tanpa amalan buruk. Berfikir cara demikian bertentangan dengan prinsip Islam. Allah menjanjikan syurga kepada hamba-hamba-Nya
yang beriman dan beramal salih dan diancam-Nya orang-orang yang
berdosa dengan azab neraka.
Barangsiapa berbuat baik
maka (adalah) untuk kebaikan
dirinya dan barangsiapa berbuat jahat maka untuk dirinya Kemudian kepada
Tuhan kamulah kamu akan dikembalikan. (Surah Jaasiaah, ayat 15).
"Di hari
ini dibalas setiap jiwa dengan apa yang dia telah usahakan. Tidak ada kezaliman
pada hari ini. Sesungguhnya Allah cepat menghitung. (Surah Mukmin, ayat 17).
"Kerana
apa juga amal yang baik yang kamu sediakan untuk diri kamu nanti kamu dapati
(ganjaran)nya di sisi Allah. (Surah Baqaraah, ayat 110).
1 ulasan:
Assalam, mohon bertanya, siapa guru mursyid Tuan?
Catat Ulasan