OLEH USTAZ ABDULLAH NAKULA KELANTAN
(GURU KU, AHLI SUFI, DAN TOKOH SEJARAH DUNIA HEBAT
YANG TERSEMBUNYI)
BAHAGIAN 2 : FASAL 1 (B)
BATAS YANG
DICAPAI OLEH SAINS
Dalam fasal 3 bahagian 1 tadi telah
dinyatakan bahawa bentuk alam atau semesta menurut ahli- ahli sains adalah bulat
seperti belon getah yang sedang mengembang terdiri dari 10,000,000,000 (billion)
galaksi.
Galaksi-galaksi itu berjalan ke
segenap jurusnya dalam bentuk mengembang, meninggalkan oleh satu akan yang
lain. Tiap-tiap sebuah galaksi itu berjalan dengan kecepatan yang berbeza
berdasarkan dekat dan jauhnya. Yang dekat dengan kita, lambat perjalanan,
manakala yang lebih jauh sedikit lebih cepat perjalanannya. Dan begitulah
seterusnya yang paling jauh, yang paling cepat perjalanannya, sebagai contoh:
Galaksi yang jauhnya 30,000,000
tahun cahaya berjalan sederas 750 batu dalam 1 saat, yang jauhnya 800,000,000
tahun cahaya berjalan sederas 25000 batu dalam 1 saat dan seterusnya galaksi
yang jauhnya tidak kurang daripada 5,000,000,000 tahun cahaya berjalan sederas
86000 batu dalam 1 saat. 33 Kerana cepat perjalanan, maka gemerlapan kelihatan
hanya ia dibandingkan dengan gemerlapan
yang sebenar kalau ia tinggal tidak bergerak. Cahaya berjalan dengan kecepatan
186000 batu dalam 1 saat. Andainya masih terdapat lagi galaksi yang jauhnya
tidakkurang daripada 13,000,000,000 tahun
cahaya, maka kecepatan perjalanannya melebihi kecepatan perjalanan cahaya itu,
dan galaksi yang seperti ini tiada harapan lagi untuk dicapai oleh pancaindera
manusia atau lebih khusus dilihat dengan mata menerusi teleskop. la memberikan
pengertian bahawa radius semesta itu adalah sejauh 13,000,000,000 tahun cahaya
sahaja. Sains tidak berkuasa lagi mengetahui apa yang ada di sebelah sana
sempadan cahaya itu
Menurut Robert Jastrow, bahawa galaksi
yang paling jauh dari kita berjalan sederas 150000 batu dalam 1 saat. Ini
adalah suatu bukti adanya galaksi yang hamper sama cepatnya dengan perjalanan
cahaya (lihat bukunya Red Giant and White Dwarfs ms 67)
Itulah tepi atau sempadan semesta
setakat yang dapat diketahui menerusi teleskop.
Tetapi setelah muncul Astronmi radio
, quasar-quasar juga didapati berjalan seperti galaksi-galaksi tersebut dengan
kecepatan yang berbeza-beza menurut jauh dan dekat.
Salah satu quasaar yang jauhnya
6,000,000,000 tahun cahaya berjalan, secepat ½ kecepatan perjalanan cahaya.
Satu quasar yang lebih jauh lagi
berjalan dengan kecepatan 150,000 batu dalam 1 saat, ini sangat hampir dengan
kecepatan perjalanan cahaya.
Dengan ini bermakna quasar-quasar
berjala ke segenap jurusan nserupa dengan galaksi-galaksi. Tetapi di
zaman-zaman yang paling akhir ini, radius universe didapati semakin bertambah
luas lagi dengan penemuan galaksi-galakasi sejauh 25,000,000,000 tahun cahaya.
Ini pun masih termasuk dalam batas Alam al mulk.
Andainya diperbesarkan lagi cermin
teleskop ini, galaksi-galaksi yang berjalan melebihi kecepatan cahaya itu tiada
harapan lagi untuk dilihat, kerana galaksi ini membawa bersamanya dan cahaya
ini tiada akan sampai selamanya kepada kita.
Dahulu telah dinyatakan bahawa alam
muluk ialah setakat apa yang dapat dicapai menerusi pancaindera tanpa membatasi
setakat pancaindera kasar atau tidak meskipun sempada alam semesta tersebut
tidak dapat dicapai oleh pancaindera kasar, yang bersempadan demikian masih termasuk
dalam lingkungan dalam lingkungan alam muluk, kerana faktor seperti yang akan
diterangkan satu demi satu nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan