(ASTRONOMI ISLAM TERSEMBUNYI)
OLEH USTAZ ABDULLAH NAKULA KELANTAN
(GURU KU, AHLI SUFI, DAN TOKOH SEJARAH DUNIA HEBAT
YANG TERSEMBUNYI)
BAHAGIAN 2 : FASAL 1 (D)
BATAS KITA UNTUK ALAM AL-MULK
Sampai adanya keyakinan berhubung
dengan alam semesta yang berada di luar sempadan sains itu, hanya ada satu
jalan sahaja yang mesti dilalui iaitu mengumpul dan menyesuaikan berita- berita
yang bersumber dari alam atas. Dengan ini kita akan menemui suatu bentuk alam
yang jauh sekali dari apa yang pernah tergambar dalam akal.
Dari sini seterusnya ke bawah,
berita-berita yang bersumber dari alam atas inilah yang menjadi bahan kita
untuk membangunkan suatu bentuk alam dengan menunggalkan semua sekali teori-
teori dan hipotesis ahli sains,
Ayat-ayat Al-Quran, hadis nabawi,
kata-kata ulama salafussoleh dan kata ahli al-Haq semuanya menunjukkan bahawa
ardh bererti bumi, dan samak bererti langit adalah dua kata-kata yang relatif.
Kata-kata ardh kadang-kadang menunjukkan planet kita yang kecil ini dan kadang-
kadang menunjukkan suatu konsep yang lebih luas, semesta atau alam muluk.
Dengan ini membuktikan adanya ardh dengan khas dan ardh dengan erti am.
Manakala kata-kata as-samak pula kadang-kadang menunjukkan jisim ketara
(o»_y»*~») yang meliputi alam muluk itu dan
kadang-kadang menunjukkan jisim
ketara (0*3**^.) yang lebih tinggi lagi dan anda akan melihat kedua-dua
perkataan ini akan berubah konsepnya bila membicarakan tentang alam yang lebih
tinggi.
Sekarang kita bincangkan tentang
kata-kata ardh dengan erti am itu. Dari apa yang tersirat dari kata Wahab bin Munabbih radiallahuanhu,
salah Seorang dari ulama salafussoleh membuktikan bahawa apa yang ahli sains namakan alam
yang mengembang itu sebenarnya baru suatu ardh (bumi) sahaja dari tujuh aradhun
(bumi-bumi) yang diistilahkan dengan sab' a aradhin (tujuh bumi), sebagaimana
kata Wahab sewaktu ditanya orang bagaimanakah aradhun itu? la
menjawab:
Ertinya ia adalah tujuh bumi yang berbintang sebagai
pulau-pulau di antara tiap-tiap satu bumi terdapat suatu laut.
Perkataan laut di sini ditujukan
kepada ruang angkasa. Andainya dikatakan sab' a aradhin itu adalah tujuh
planet, tidak akan sesuai pula dengan keterangan seterusnya nanti.
Dengan ini pengertian AL ARD ('bumi)
itu sama dengan 'kumpulan' dalam bentuk
Charlie tadi dan sab' U aradhin pula
sama dengan kumpulan yang membentuk suatu meta galaksi.
Sab' a aradhin ini menurut Wahab bin
Manbah, terletak dalam suatu wadah yang diistilahkan dengan al-Haikal ertinya
kerangka sebagaimana katanya seterusnya:
Ertinya: Dan laut (lautan) meliputi semua sab' a
aradhin itu, manakala Haikal di sebelah sana laut itu.
Dengan keterangan di atas bererti
sab' a aradhin (tujuh bumi) itu sama dengan tujuh alam yang mengembang.
Manakala Haikal (kerangka) pula, inilah
yang diistilahkan dengan AL SAMA AD DUNIA (langit rendah) atau AL SAMA AL ULA (langit yang pertama) atau AS SAQQAF AL MAHFUZ
(ungkup yang terpelihara) sebagaimana firman Allah:
Ertinya: dan Kami telah menjadikan langit sebagai
bumbung Yang terpelihara dan terkawal (Al- Anbiya':32)
Sekarang selesai suatu masalah yang
telah sekian lama tinggal tidak terhurai mengenai kata-kata sebahagian dari
jumhur mufsarin mengenai AL ARADIN bumi-bumi.
Ertinya: Sesungguhnya ialah tujuh bumi yang terbahagi
dalam laut-laut dan dibayangi oleh langit yang satu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan