Hati terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1 Hati sanubari iaitu mereka ini adalah yang mencintai
dunia (Hubbu Dunia)
2 Hati sanubari dan Hati Nurani iaitu mereka yang mempunyai dua
hati iaitu di antara Hati Sanubari dan Hati Nurani, juga masih kasih kepada
dunia
3 Hati Nurani ialah mereka yang tidak mencintai dunia
Adapun hati sanubari atau jantung Sanubari itu, adalah terkletak 2” di
bawah tetek kiri dan 90 darjah letaknya di sebelah kiri. Ia termasuk sanubari
yang dimiliki pleh semua manusia dan binatang.
Hati Sanaburi ini di kaitkan kepada dua iaitu:
a) Bangsa Haiwan
b) Bangsa Syaitan.
Adapun bangsa haiwan atau jiwa kotor itu ialah di kenali dengan:
a) Nafsu Ammarah – rupanya anjing hitam
b) Nafsu Lawammah-
rupanaya babi
c) Nafsu sawiah – rupanya kambing
Adapun bangsa syaitan itu ialah:
a) Namanya Ajmaun
b) Namanya Hawa
c) Namanya Syahwat dll
Adapun orang-orang yang hanya mempunyai hati sanubari itu mempunyai
derejat:
a) taraf Haiwan
b) taraf Iblis
Adapun isi dan sifat hati sanubari itu ialah:
a) Biadap
b) Bohong
c) Chuvenisme
d) Darah hitam
e) Dengki
f) Dusta
g) Egoisme
h) Hawa
i) Lawammah
j) Loba
k) Mungkir janji
l) Tamak
Maka hati sanubari ini adalah semulajadi yang bernama makhluk. Ia
boleh dilapah dan dimakan, kerana seketul daging zahir tempat nafsu yang hina.
Hati Nurani
Hati Nurani itu tidak dimiliki oleh mana-mana makhluk, tetapi dikehendaki
manusia bersifat demikian rupa. Hati nurani atau hati jamal (Mukmin) ini
dikenali dengan nama-nama seperti:
a) Nafsu Mulhimah ialah menjadi perangai malaikat
dan nyawa malaikat
b) Nafsu Mutmainnah atau Roh Mutamainnah yang tarafnya
jadi jadi nafsu nabi dan perangainya jadi perangai nabi.
Maka Hati Nurani inilah yang dikehendaki kepada tiap-tiap muslim yang
mengucap kalimah Allah.
Hati manusia ini, ia diibaratkan sebagai sebuah negeri yang ada dua raja.
Bila hati itu baik dinamakan Hati Malaikat. Bila jahat dinamakan hati iblis.
Alangkah susahnya kalau satu negeri ada dua raja, maka jadilah hati itu
berbolak-balik kerana diperintah oleh dua raja, maka di sinilah dikatakan
perang Fisabilillah, kerana nilai manusia di sisi Allah ialah hati
Nurani yang bersih yang tidak setititk pun terdapat noda-noda hitam.
Firman Allah Taala:
” Hari yang tidak ada gunanya harta dan anak-anak,
hanya yang Allah anugerahkan kepada Hati Yang Salim (hati Nurani)”
Sabda Rasulullah saw:
”Bahawasnya Allah tidak memandang kepada pakaian dan
rupa paras kamu, melainkan memandang hati kamu yang bersih (hati nurani)”
Maka untuk mengenali hati dan hati supaya jadi nurani atau hati Mukmin
Rumah Allah, terpaksalah dengan adanya Ilmu hati yang dinamakan Ilmu tasawwuf,
tanpa ilmu tasawwuf, hati seseorang itu tidak akan bersih, kerana tiap-tiap
satu ilmu yang jadi rahsia Tuhan adalah mempunyai tingkat-tingkat dan
aturan-aturan menurut pelajaran Ilmu rahsia Tuhan.
Maka asas ilmu rahsia Tuhan ialah menegnali Ilmu Rohani yang sebenar-benar
Rohani yang suci yangr bertaraf Amar rabbi.
Sebagaimana yang di nyatakan dalam Firman Allah Taala:
”Bertanya mereka itu orang-orang yahudi kepada engkau
daripada Roh, katakanlah oleh mu Ya Muhammad, bagi ”roh itu adalah urusan Tuhan
ku”
Barangsiapa yang tidak memahami dan mengalami apa dia Rohani, iaitu Dirinya
yang menjadi hakikat itu, tentulah tidak akan melangkah ke hadapan.
Bahawa dengan mengetahui Rohani yang sebenar-benarnya , maka tidak ada lagi
tereqat padanya, kerana tareqat itu hanya jalan, maka jalan itu membawa kepada
tempat yang di tuju, maka tempat yang dituju itu ialah hakikat diri
masing-masing.
Dengan mengenal Rohani yang sebenar-benarnya dan Rohani yang sempurna yang
dinamakan A’ayan sabitah, maka seseorang itu akan maju lagi selangkah ke depan
berkenaan Ilmu tauhid kepada Allah Taala yang sebenar benar tauhid. Bukan
tauhid pada orang –orang awam atau ahli-ahli syari’at atau ahli-ahli tareqat.
Maka setelah menegenal rohnya maka di sanalah mendapat hasil dinamakan hakikat
dan makrifat.
Celik hati
1 Orang-orang yang mempunyai hati
Fu’ad adalah taraf Islam. Dan inamakan ahli makrifat Fu’ad. Itu adalah adalah ahti yang benar
2
Orang-orang yang mempunyai hati Kalbun adalah tarafnya Mukmin. Dan dinamakan
makrifat Kalbun. Hatinya adalah suci.
3
Orang-orang yang mempunyai kalbi. Tarafnya Mukmin, dinamakan ahli
makrifat Kalbun. Hatinya adalah terlebih suci.
4 Orang-orang yang mempunyai hati
rohani adalah orang mukmin atau dinamakan Ahli makriftat Roh, bilangan ahli
Syurga, sebagaiamna mereka yang telah ada mempunyai dua mata hati yang celik
atau dinamakan hati yang celik
5 Orang yang mempunyai hati Roh
Rabbani, tarafnya ahli sufi, itulah yang semulia-mulianya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan