Catatan Popular

Ahad, 2 Ogos 2015

BENTUK ALAM ALLAH YANG MENGKAGUMKAN: FASAL 2 PENGARUH SISTEM PTOLEMY DALAM ZAMAN PERETENGAHAN.



(ASTRONOMI ISLAM TERSEMBUNYI) 

OLEH  USTAZ ABDULLAH NAKULA KELANTAN (GURU KU, AHLI SUFI, DAN TOKOH SEJARAH  DUNIA HEBAT  YANG TERSEMBUNYI)


Pengaruh Sistem Ptolemy Dalam Zaman Pertengahan.

1. PERTEJEMAHAN KARYA PTOLEMY.

Bila pembukaan-pembukaan hijab dalam zaman permulaan tadi makin berkurangan dengan meningkatnya graf keduniaan dalam masyarakat yang bertambah besar dan makin bertambah keperluan-keperluan kebendaan, maka sikap alami itu makin berkurangan, hanya tinggal dalam riwayat-riwayat tradisi, manakala sikap tabii dalam pandangan terhadap alam yang menjadi sikap biasa dalam kalangan orang ramai berkembang semula. Akal mengambil tempat yang telah dimainkan peranannya oleh kulub. Perubahan besar ini dapat dilihat dari hasrat ahli-ahli terpelajar Arab memperluaskan pandangan mereka terhadap alam menerusi astronomi dan kosmologi dari kebudayaan asing yang masih bersikap tabii setelah hampir tamatnya zaman permulaan yang gemilang dia atas. Dalam tahun 773 Masihi, sebuah kitab astronomi Siddhanta dari India telah diterjemahkan ke bahasa Arab dan disebutnya Sind Hind kemudian dalam zaman khalifah Al-Makmun (813-833 Masihi) diterjemahkan pula sebuah kitab besar yang digelar Almagest 6 . Dari bahasa Greek tertua. Suatu karya Ptolemy 7 yang paling penting dan nantinya
mempunyai pengaruh yang besar dalam pemikiran umat Islam mengenai astronomi dan kosmologi. Teori mengenai alam dinamakan Sistem Ptolemy.


2. SISTEM BERPUSATKAN BUMI.

Sistem Ptolemy yang sebahagian kecilnya telah mempunyai sikap alami, tetapi sebahagian terbesarnya masih dipengaruhi oleh sikap tabii adalah demikian:

Bumi Adalah Bulat Tetapi Tetap

Semua benda di alam atas, bulan, matahari, planet-planet dan bintang-bintang beredar mengelilinginya. Bulan beredar pada falak yang pertama, Utarid (Mercury) beredar pada falak kedua, Zuhrah (Venus) beredar pada falak yang ketiga, matahari beredar pada falak yang keempat, Marikh (Mars) beredar pada falak yang kelima, Musytari (Jupiter) beredar pada falak

Dalam Almagest yang merupakan salah sebuah buku baharian klasik, Ptolemy menyusun pengetahuan astronomi di dunia Greek kuno dan Babylon; beliau bergantung sebahagian besarnya kepada hasil karya Hipparchus yang tertulis tiga abad lebih dahulu. Sebagaimana dengan kebanyakan sains Greek yang klasik, karya itu dipeliharakan dalam manuskrip bahasa Arab (oleh sebab itu, namanya kelihatan biasa) dan hanya diterjemahkan dalam bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona pada abad ke-12. Ptolemy merumuskan model geosentrik yang diterima secara meluas sehingga digantikan oleh sistem suria heliosentrik oleh Copernicus. Begitu juga, kaedah-kaedah pengiraan (ditambahkan dengan Jadual-jadual Toledo pengiraan Arab) adalah cukup tepat untuk memenuhi keperluan ahli astronomi, ahli astrologi dan ahli pelayaran pada masa itu sehingga zaman penjelajahan yang pesat. la juga
diamalkan oleh dunia Arab dan India. Almagest juga mengandungi katalog bintang yang mungkin merupakan versi katalog Hipparchus yang dikemaskinikan. Senarai empat puluh lapan buruj itu merupakan nenek moyang kepada sistem buruj moden, tetapi berbeza dengan sistem moden, mereka tidak meliputi kesemua langit (hanya langit yang dapat dilihat oleh Ptolemy)

Nama sebenar Claudius Ptolemaeus (kira-kira 90-170 Masihi), orang Arab menyebutnya bathlimus, seorang keturunan Greek yang hidup di iskandariah, Mesir. Seorang ahli astronomi, geografi dan astrologi. la menyarikan semua astronomi purba dari Greek dan Mesir dalam kitabnya AIMagest itu. Suatu naskhah kitab ini yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dalam tahun 827 Masihi tersimpan hingga sekarang dalam perpustakaan Universiti Leiden. keenam dan Zuhal (Saturn) beredar pada falak ketujuh. Di atas daripada semua planet ini terletak bintang-bintang tetap yang juga beredar tetapi secara amat lembut, di sekitar bumi pada falak yang kelapan. Oleh sebab semuanya beredar di sekitar bumi, maka bumi ini merupakan pusat alam. Sebab itu Sistem Ptolemy ini digelar juga Geocentric System, ertinya Sistem Berpusatkan Bumi.



3. PENGISLAMAN  SISTEM PTLOMEY.

Ahli-ahli astronomi Islam menambahkan lagi suatu falak terletak di luar daripada falak yang kelapan tersebut, dinamakan Al-Falakul Mahith ertinya Falak yang meliputi, sebagai falak yang kesembilan. Kemudian suatu kumpulan kaum terpelajar yang digelari Ikhwanul Safa dari Kota Basrah, dalam karya mereka yang terkenal, 'Risaal', yang dikeluarkan kira-kira dalam tahun 970 Masihi. Menyamakan falak yang kelapan atau falak bintang-bintang tetap itu dengan Kursi dan falak yang kesembilan dengan Arasy, untuk disesuaikan dengan kosmologi wang tersebut dalam Al-Quran 8 . Di samping ini terdapat dua pendapat yang penting dalam kalangan ulama Islam mengenai hubungan Falak dengan Sama' (Langit), satunya berpendapat bahawa falak itulah langit. Abu Raihan Al-Biruni (973-1050) ahli astronomi yang terkenal, mundur semula dari bentuk alam yang telah di Islamkan itu, ia memakai bentuk setakat falak yang kelapan, serupa dengan Ptolemy.


4. CAMPUR TANGAN AHLI AL HAQ.

Tidaklah perlu rasanya diterangkan dengan lanjut mengenai sejarah perkembangan fikiran dalam dunia Islam berhubung dengan alam itu. Apa yang hendak diterangkan di sini ialah sedikit mengenai campur tangan ahli al-haq dalam Sistem Ptolemy yang sedang popular itu, untuk memperkuatkan iman umat Islam. Pada masa ini, ahli al-haq yang biasa disebut dengan ahli sufiah, Al-'Arafun, Al-Qaum dan Aulia Allah yang telah tiada banyak bilangan mereka lagi dan tiada berani mengembangkan konsep ketuhanan dan kealaman mereka secara terus-terang dalam masyarakat yang telah dipengaruhi oleh rasionalisme dari Greek tua, kita dapati telah melakukan suatu tindakan yang sungguh menarik untuk menyalurkan ilmu mereka menerusi idea-idea yang berkembang dalam zaman mereka. Untuk menyesuaikan bentuk alam yang telah popular itu dengan ajaran Islam dalam kosmologi, ahli al-haq pada zaman kemudian, seperti Al-Imam Al- Akbar Muhyi Ad-Din bin Arabi Quddus Allah Sirrhu (1156-1240 Masihi) dan Al-Syeikh Abdul Karim bin Ibrahim Al-Jili Quddus Allah Sirrhu (1365-1408 Masihi) membuat suatu teori bahawa atau tujuh langit yang tersebut dalam Al-Quran dan hadis itu adalah meliputi oleh satu atas yang lain menurut kawasan-kawasan tujuh lapis petala yang tersebut di atas. Tiap-tiap falak menyentuh langitnya dari bawah, susunannya adalah demikian: - Bulan dan Falaknya terletak pada (langit rendah) yang dinamakan juga (langit bulan)

- Utarid dan falaknya pada langit kedua yang dinamakan juga langit Utarid.

- Zuhrah dan falaknya terletak pada langit ketiga yang dinamakan juga langit Zuhrah.

- Matahari dan falaknya terletak pada langit keempat yang dinamakan juga langit matahari.

- Marikh dan falaknya terletak pada langit yang kelima dinamakan juga langit Marikh.

- Musytari dan falaknya terletak pada langit keenam dinamakan juga langit Musytari.

- Zuhal dan falaknya terletak pada langit ketujuh yang dinamakan juga langit Zuhal.

Begitulah langit Zuhal adalah langit yang paling besar terbukti dari besar falaknya dan langit bulan adalah langit yang paling kecil terbukti dari kecil falaknya.

Berdasarkan keterangan Syed Hossein Nasr dalam bukunya An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines (ms 76)


Supaya lebih diterima akal lagi, mereka berdua menegaskan bahawa langit itu adalah suatu
benda yang syafaf ertinya transparensi (lut sinar) atau nampak terus menerus. Oleh sebab itu, kita dapat melihat Al-Ajaram atau benda yang di atas daripada langit pertama, seperti planet-planet Utarid dan Zuhrah, kemudian matahari, dan planet lain di atas lagi sampai kepada planet zuhal pada langit yang ketujuh dan seterusnya kepada bintang-bintang tetap pada falak yang kelapan.

Yang menarik perhatian di sini bahawa mereka berdua tidak menyatakan bahawa bulan, matahari dan planet-planet itu sendiri sebagai langit, hanya dinyatakan bahawa benda ini berada pada langit.

Demikian tujuh lapis langit menurut kawasan-kawasan tujuh lapis Aflak menurat penyesuaian Ibnu Arabi dan Abdul karim Al-Jili dengan bentuk alam yang telah terkenal dalam zaman mereka berdua. Ibnu Arabi menamakan tujuh lapis Aflak ini dengan nama tunggal 'Al-Falak Al- Adani' ertinya falak rendah dan biasanya diisyaratkan kepada peredaran matahari dan peredaran bulan meneglilingi bumi. Kemudian Ibnu Arabi menambahkan pula di atas bentuk alam itu suatu tingkatan Aflak yang lebih tinggi di atas daripada falak langit Zuhal tadi. Aflak ini dinamakan dengan nama tunggal "Aflak Al-Ala" ertinya falak atas atau Al-Falak Al-Aqdhi ertinya falak jauh.

Falak ini bermula dari Al-Falakul Mikawakib ertinya falak yang mempunyai planet terus ke atas sampai kepada Al-Falakul Atlas yang dinamakan juga falak al-buruj.

Di antara kedua-dua falak ini terletak Al-Jannat ertinya syurga-syurga yang terdiri dari tujuh lapis, jauh di bawah bumi Al-Falakul Mikawakib terletak jahanam atau neraka. Di sini penerangan Ibnu Arabi agak kurang jelas, seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikannya. Pada tempat lain ia menggambarkan Al-Falakul Mikawakib itu sebagai kata-kata tunggal yang mempunyai pengertian majmuk, kerana dikatakan dalam falak ini terdapat Al-Jannat (syurga).

Di atas daripada Al-Falakul Atlas itu terletak Al-Kursiyul Azhim yang bukan lagi berupa falak, tetapi adalah merupakan jisim nyata ertinya jisim yang dapat dirasai (dengan pancaindera) berbentuk bulat, terkandung di dalamnya langit dan bumi, maksudnya seluruh yang tersebut di atas.

Di atas daripada Al-Kursiyul Azhim itu barulah terletak Al-Arasy atau Al-Arasy Al-Muhith ertinya Arasy yang meliputi yang juga berupa jisim nyata Berbentuk bulat meliputi segala alam yang terletak di dalamnya.

Perbezaan radius antara Al-Kursiyul Azhim dan Al-Arasy Al-Muhith ini, Ibnu Arabi
mempergunakan perbandingan yang dibuat oleh Rasulullah sallallahu alaihi wassalam iaitu seperti suatu bulatan cincin yang terletak di padang pasir yang luas 9  Dengan apa yang telah Mengenai bentuk alam di atas, lihat 'Al-Fatuhatul Makiah' oleh Muhyi Al-Din bin Arabi Jilid 2, ms 421-456 dan Jilid 3 ms 416-448, juga pada beberapa tempat lain dalam jilid 1,2 dan 3 dan lihat Al-lnsanul kamil oleh Al-Syeikh Abdul karim bin Ibrahim Al-Jili, Jilid 2 ms 93-108 ketika membicarakan tentang bentuk alam ini, Ibnu Arabia da menyebut pula arasy yang berbentuk empat persegi dan kursi di dalamnya wang juga berbentuk empat persegi (lihat jilid 3 ms 432). Juga ia ada membuat dua rajah yang menggambarkan arasy dan kursi ini berbentuk demikian (Lihat jilid 3 ms 422 dan 423) dengan ini seolah-olah seluruh alam adalah terleyak dalam sebuah peti berbentuk empat persegi atau sebuah kaabah. Hal ini sangat mengelirukan bagi orang yang tidak faham tentu menganggap Ibnu Arabi mengemukakan fakta-fakta yang ia sendiri tidak mengetahui mana yang salah dan mana yang betul. ebenarnya diterangkan di atas, pengislaman Sistem Ptolemy tadi menjadi jauh lebih lengkap daripada yang telah dilakukan oleh Ikhwanul Safa dalam abad yang ke 10 dahulu.


5. SIKAP ILMI YANG DIBUNGKUS.

Dari kajian-kajian yang telah dibuat terhadap bentuk alam dalam karangan kedua-dua tokoh ahli al-Haq itu, sebagai wakil-wakil dari sekalian ahli al-Haq pada zaman mereka berdua hendaknya, jelas apa yang tersirat dala, tulisan-tulisan mereka bukanlah seperti apa yang dinyatakan. Apa yang tersirat itu disamarkan dengan berbagai-bagai cara supaya tiada kelihatan dengan pandangan kasar. Di antara cara-caranya adalah sebagai berikut;

Yang pertama: Membungkusi maksud dengan beberapa lapis tutupan. Dalam hal ini, kita kemukakan tulisan Ibnu Arabi yang terkandung dalam kitabnya 'Al-Fatuhatul Makiah' sebagai contoh. Maksudnya yang sebenar yang selaras dengan ilmunya dalam kitabnya yang besar ini biasanya diselubungi oleh beberapa lapis tutupan, iaitu kesukaran memahami struktur ayat- ayatnya, kesukaran memahami istilahnya ini, penyusupan fakta-fakta yang sebenar di sebalik ayat-ayatnya yang lahir, atau di antara ayat-ayatnya ini, dan kadang-kadang berada pada bahagian dan fasal lain yang tidak membicarakan tentang fakta-fakta itu secara khusus 10 . Dengan ini jelas sekali bahawa penyesuaian teorinya dengan bentuk alam yang popular pada zamannya adalah dilakukan dengan penuh kesedaran bahawa apa yang diketahui sebenarnya bukanlah demikian, ia bukanlah dipengaruhi oleh bentuk alam yang popular itu secara tidak sedar.

Yang kedua: Menyusupkan fakta-fakta alam atas yang ganjil tanpa ulasan dan penyelarasan yang menyeluruh, Fakta-fakta mengenai alam atas yang dianggap ganjil pada akal yang tersebut dalam Al-Quran, hadis nabawi dan kata-kata ulama salafussoleh seperti Arasy berbentuk kubah atau berupa jisim yang ditanggung oleh empat malaikat, kursi berupa jisim terletak dalam Arasy, syurga yang ada di dalamnya mahligai-mahligai dan peralatan yang nyata, Jabal Qaf (Gunung Qaf) dari permata hijau meliputi alam, langit tujuh lapis yang nyata ada dengan pintu-pintunya yang pernah dinaiki oleh Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dengan roh dan jasad pada malam mikraj, bumi tujuh lapis yang nyata di bawahnya terdapat neraka dan Iain-lain lagi, tidak diingkari oleh ahli al-Haq itu, sedangkan ahli al-falsafah yang berdasarkan akal mengingkarinya sebagai sesuatu yang nyata atau yang bersifat kebendaan. Oleh ahli al-Haq, fakta-fakta itu tidak demikian, ia hendak menerangkan ada dua jenis arasy dan kursi, tetapi nampaknya sahaja ia menjadikan keterangan samar-samar supaya orang mencari penjelasan menerusi jalan lain. Keterangan kita akan datang memperjelaskan kesamaran ini.

Ini adalah dipandang dari segi bahawa Ibnu Arabi mempunyai daya ikhtiar untuk memperjelaskan karangan yang rumit. Hal ini dapat pula dipandang dari segi iradat tuhan yang memang menghendaki begitu sebagaimana kata Ibnu Arabi sendiri: "Ketahuilah bahawa susunan Al-Fatuhatul bukanlah dari ikhtiar dan bukanlah dari renungan fikiran, sebenarnya al-haq taala merencanakan kepada kami menerusi lidah malaikat al-ham seluruh apa yang kami tuliskan. Dan kadang-kadang kami menyebut suatu perkataan di antara dua perkataan yang tidak ada hubungan dengan apa yang sebelumnya dan apa yang selepasnya". (Lihat Al-Kabriyatul Ahmar oleh Sayyidi Abdul Wahab Al- Sya'rali, pada hamas 'Al-Yuwaqitu Wal Jawahar ms 4-5 dan disiarkan kembali oleh Al-Doktor Abu AI-'Ala Afifi dalam Al-lnsaniah Jilid 1 ms 164) dimasukkan pula di sana sisi dalam tulisan-tulisan mereka menjadi fragmen tanpa ulasan, tanpa penyelarasan yang menyeluruh dan lengkap di antara satu sama lain dan tidak ada pula penyesuaian yang bererti dengan bentuk alam yang telah dikemukakan atas dasar Ptolemy itu. Apakah faktor-faktor yang mendorong ahli al-Haq berbuat demikian? Faktor-faktor ini dapat diterangkan demikian:

Yang pertama: Tidak mahu melampaui akal manusia umumnya. Biasanya ahli al-Haq menulis sesuatu ajaran bila ada cabaran yang hebat seperti juga mereka memberikan sesuatu jawapan lisan bila ada pertanyaan yang bersungguh-sungguh. Bila semua ini tidak ada, mereka mendiamkan diri, ini adalah salah satu dari watak-watak mereka. Dalam zaman pertengahan yang sedang kita bincangkan sekarang ini, ahli al-Haq sedang menghadapi cabaran berat dari ajaran Ptolemy mengenai konsep alam. Dalam zaman Ibnu Arabi iaitu dalam abad yang ke 13 Masihi, ajaran ini telah berakar berumbi dengan kuatnya dalam masyarakat Islam, ia erupakan
ajaran yang diterima oleh hampir segenap peringkat umat Islam. Ibnu Arabi itu juga Iain-lain ahli al-Haq sebagai orang yang bijaksana, berusaha menyelamatkan umat Islam dengan membangunkan suatu ajaran baru mengenai konsep alam di atas tapak asal itu. Dengan ini, apa yang mereka terangkan tidaklah maju begitu jauh dari akal manusia umumnya pada zaman mereka. Bila keterangan itu terlalu maju, meskipun benar, tentu akan ditolak oleh orang ramai kerana tiada tercapai oleh akal mereka, rasulullah Sallallahu alaihi wassalam pernah bersabda:

Ertinya: Janganlah kamu memperkatakan kepada orang ramai apa yang tiada dapat dicapai oleh akal-akal mereka".

Yang kedua: Sukarnya mendapat pengakuan terhadap autoriti. Suatu keterangan wang terlalu maju itu boleh juga diberikan kepada orang ramai, tetapi dengan suatu syarat penting iaitu adanya autoriti atau keahlian. Mengapakah dikatakan demikian? Duduknya masalah adalah begini:

Tiap-tiap suatu yang hendak diterangkan kepada orang ramai memerlukan bukti, sedangkan dalam soal yang berhubung dengan alam atas, bila diterangkan seluruhnya akan bertemu dengan perkara-perkara yang tiada pernah terdengar dan ganjil pada akal, sedangkan ini tidak ada bukti untuk dikemukakan.

Hendaklah disuruh orang ramai melihat buktinya dengan mata kepala, apa yang diterangkan itu adalah melampaui mata kepala manusia, dan hendak dibuktikan dengan getusnya dari ayat Al- Quran, hadis-hadis atau kata-kata ulama salafussoleh, kadang-kadang tidak mungkin, sebab tidak ada nas yang terang atau tidak ada nas langsung. Hanya satu sahaja jalan untuk orang ramai menerima keterangan itu, iaitu kepercayaan bulat merak terhadap ahli al-Haq itu. Manakala untuk ini pula lebih dahulu memerlukan autoriti, untuk mendapat pengakuan orang ramai terhadap autoriti inilah yang paling sukar. Kalau apa yang diterangkan itu dari ilmu-ilmu yang terdapat dalam kitab-kitab yang bertebar dalam masyarakat, tidak sukar untuk mendapat autoriti ini, suatu degree Al-Alamah yang diberikan sudah menjadi suatu tanda mempunyai autoriti. Tetapi mengenai alam atas, tidak banyak yang ada dalam kitab-kitab ini akhirnya mahu atau tidak mahu, seseorang ahli al-Haq itu terpaksa mengakui bahawa ia mendapatnya dari sumber- sumber yang bukan biasa. Bila ini terjadi, orang ramai yang memandangkan segala-galanya dari segi lahir akan berpecah kepada tiga golongan penting:

i. Golongan yang berwatak kebendaan akan menolak terus sumber-sumber itu sebagai dapat dipertanggungjawabkan dalam dunia ilmu.

ii. Golongan yang percayakan adanya alam ghaib. Tetapi menganggap sumber-sumber itu sebagai datang dari alam ghaib yang tidak baik.

iii. Golongan yang percayakan adanya alam ghaib juga, tetapi tidak menuduh sumber-sumber itu sebagai datang dari alam ghaib yang tidak baik, mereka tidak mahu percaya kepada sesuatu yang dianggap sebagai tambahan dari apa yang telah ada di dalam Al-Quran dan hadis nabawi dan tidak percaya kepada peribadi yang membuat dakwaan itu. Mereka akan bertanya, apakah dia rasul baru? Tidak cukupkah manusia ini dengan ilmu yang telah diberikan oleh Allah menerusi rasulnya dulu? Kemudian mereka menyuruh peribadi itu dan bertanya:

Apakah dulunya ia orang karut atau orang yang suka mencari pengaruh atau tidak? Apakah ia orang yang mempunyai pendidikan yang sempurna atau tidak? Kalai tidak mempunyai pendidikan yang sempurna mungkin ia cuba mendapatkan autoriti dari pengakuan yang dibuat- buat. Pendeknya, 1001 macam sorotan akan dibuat oleh golongan in yang tentu amat tipis harapan untuk mendapat pengakuan mereka terhadap autoriti seseorang peribadi yang membuat dakwaan tadi.

Bila tidak ada pengakuan orang ramai terhadap dakwaan seseorang ahli al-Haq itu, ia akan terdedah kepada berbagai-bagai tuduhan: Tukang khayal, mendapat ilmu dari jin dan syaitan, memperkatakan sesuatu yang tidak ada di dalam Al-Quran dan hadis, pembohong, ahli khurafat dan mungkin menganggapnya sebagai menyeleweng dari agama yang benar. Bila tuduhan- tuduhan ini terjadi, hubungannya dengan orang ramai pun putus. Inilah yang dikatakan fitnah yang sangat ditakuti.

Yang ketiga: Tidak mahu mendorong orang ramai membohongi Allah dan rasulNya. Seseorang ahli al-Haq itu bila memperkatakan sesuatu yang tiada dapat dicapai oleh akal orang ramai, ia memperkatakan sesuatu yang benar di sisi Allah dan rasulNya. Ia tidak berbohong, hanya orang ramai sahaja yang menganggap berbohong sebab tidak dapat dicapai oleh akal mereka. Dengan ini bila keingkaran dari orang rami berbangkit, keingkaran ini pada hakikatnya bukanlah di
hadapkan kepada ahli alOhaq itu, malah menuju kepada Allah dan rasulNya sebagaimana yang tersebut dalam hadis tadi dalam bentuk yang lengkap:

Ertinya: Janganlah kamu memperkatakan kepada orang ramai apa yang tiada dapat dicapai oleh akal-akal mereka, apakah kamu mahu dibohongi orang akan Allah dan rasulNya? 11

Jadi masalah ini serupa juga dengan yang disebut di dalam Al-Quran (Surah Al-An'am: 108)

Ertinya: dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan.

Itulah tiga faktor penting yang menyebabkan ahli al-Haq lebih suka menyembunyikan sikap alami mereka terhadap alam daripada menerangkan kepada orang ramai. Kalai hendak diterangkan juga, diterangkan secara samar-samar.

Meskipun demikian, tidaklah ilmu mereka tertutup, ada juga pintu kecil untuk mereka
mengalirkan keluar ilmu di dalam dada mereka. Ilmu ini mencari jalan keluar secara halus kepada murid-murid mereka yang khusus, yang dicampakkan oleh Allah Taala ke dalam hati mereka rasa percaya kepada guru-guru mereka. Tutupan yang membungkusi maksud dalam kitab-kitab mereka , dibukukan secara berhati-hati kepada murid-murid itu menerusi lisan. Juga fakta-fakta alam atas yang ganjil yang disusupkan tanpa ulasan dan penyelarasan dalam kitab- kitab itu, sengaja dibiarkan begitu supaya menjadi masalah yang hanya akan dijawab dengan lisan juga bila ditanya dengan bersungguh-sungguh oleh murid-murid mereka, jawapan ini pun hanya dengan secara ringkas sahaja, tetapi memuaskan hati, tergantung pada persediaan akal si penanya yang dilihat menerusi firasat al-mukminin, ataupun disuruhnya si penanya itu melakukan ibadat dengan suatu metode yang tertentu untuk menyaksikan sendiri alam-alam itu menerusi kasyaf. Kalai diizinkan Allah maka terjadilah kasyaf ini dan bila si penanya itu telah yakin dengan penyaksian sendiri, barulah sang guru memberi keterangan yang lebih lanjut dengan cara berhati-hati, takut terlanjur atau menarik perhatian kepada beberapa fragmen dalam Dipetik oleh Al-lmam Al-Ghazali dalam Al-Amala' fi Asykalatil Ihya'. Suatu hadis yang sama tujuannya berbunyi
demikian:
Ertinya: Perkatakan kepada orang ramai apa dengan apa yang mereka ketahui, apakah kamu mahu diperbohongi orang akan Allah dan rasulNya? (Lihat Faidul Qadir Syarah Al-Jami' Al-Saghir, oleh Al-Alamah Al-Manawi, Jilid 3 ms 377)

Menurut Al-lmam Ghazali, orang yang membohongi sesuatu keterangan yang rahsia dari seseorang wali Allah adalah menjadi kafir. Juga seorang wali Allah yang menerangkan rahsia itu dengan tujuan supaya pendengar menjadi kafir, maka ia sendiri juga menjadi kafir (Lihat Al-Amala' fi Asykalatil Ihya' pada Hamash kitab Al-lhya, Jilid 1 ms 190-193)

karangan orang lain untuk memperjelaskan lagi mana yang tiada jelas atau tiada lengkap dalam kasyaf itu. Kemudian dipesan dengan bersungguh-sungguh supaya jangan menceritakan ilmu itu kepada orang yang tiada sampai akal nanti diingkarinya. Bila murid-murid itu menjadi guru-guru pula nanti, mereka menuruti jejak yang sama. Oleh itu, sikap alami terhadap alam dalam zaman pertengahan ini berada dalam kalangan yang sangat terbatas tidak diketahui umum.


5. KACAU BILAU DALAM KONSEP ALAM

Berkurangan pembukaan hijab dalam zaman pertengahan ini, berpengaruh sistem Ptolemy dalam masyarakat dan samar-samarnya pembelaan ahli al-Haq, menjadi faktor yang menyebabkan kandungan kitab-kitab yang ditulis mengenai konsep alam dalam zaman in sangat kabur. Akibatnya golongan terpelajar Islam yang mencedok ilmu dari kitab-kitab sahaja dan digelari ahli zawahir melalui suatu zaman kacau bilai dalam memahami konsep alam yang sebenarnya dimaksudkan oleh Al-Quran dan hadis nabawi. Kacau bilai ini kita akan temui di dalam kitab- kitab tua bila membicarakan tentang alam atas dan alam bawah. Sebagai contoh, kita kemukakan suatu petikan di sini dari kitab 'Arshad Al-sari' oleh Al-Alamah Al-Qastalani:

Ertinya: Dan tersebut dalam kitab sifat Arasy oleh Al-Hafiz Muhammad bin Utsman bin Abi Syaibah dari setengah ahli salaf, bahawa Arasy itu adalah terjadi dari permata delima merah, di antara dua pinggiran (garis pusatnya) adalah sejauh perjalanan selama 50000 tahun, dan luasnya 50000 tahun dan di antara Arasy dan bumi yang ketujuh sejauh perjalanan selama 50000 tahun. Suatu golongan ahli kalam berpendapat bahawa Arasy itu berupa falak yang bulat dari segenap seginya, meliputi seluruh alam dari segenap pihak, dan kadang-kadang mereka menamakan falak yang kesembilan dan falak al-atlas. Ibnu Katsir berkata bahawa pendapat ini tidak bagus, kerana telah tegas dalam syarak bahawa Arasy itu mempunyai tiang-tiang yang ditanggung oleh malaikat, sedangkan falak tidak punya tiang dan tidak ditanggung, lebih-lebih lagi Arasy dalam bahasa bererti takhta bagi raja, bukannya falak, dan Al-Quran sebenarnya diturunkan dengan bahasa Arab, oleh itu Arasy adalah takhta yang mempunyai tiang-tiang yang ditanggung oleh malaikat, bentuknya seperti kubah terletak di atas alam dan ialah juga lungkup segala makhluk. 12

Kesusasteraan Islam dalam bahasa kita juga tidak asing dari kekacauan ini. Kita kemukakan di sini suatu petikan dari kitab wirdul zawahir oleh Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani sebagai contoh:
(Maka adalah Arasy itu) jisim yang nurani lagi alawi, yakni terangkat di atas, yang meliputi dengan segala ajsam seperti meliputi kulit telur dengan telur merahnya. Maka tujuh petala langit dan barang yang di dalamnya yakni di dalam Arasy. Dan bumi dan barang yang di atasnya (adalah terletak) di dalam tujuh petala langit, dan langit diedarkan seperti kincir tempat perjalanan air atas barang yang dijalankan kepadanya. (Menurut pendapat) ahli Al-Hiyah dan Falsafah dan jemaah daripada ahlussunnah seperi Imam Fakhrul Razi. Tetapi yang atasnya (menurut pegangan) ahlussunnah bahawasanya langit yang tujuh tiada seperti bawah pedang (

"Bahawasanya Allah atas Arasy dan ArasyNya di atas tujuh petala langit dan tujuh petala langit di atas bumi, beginilah diisyaratkan dengan jarinya seumpama kubah.

Dari kedua-dua contoh di atas menunjukkan bahawa kedua-dua penulisan itu mengambil kesimpulan menurut apa yang lahir dalam hadis bahawa Arasy itu berbentuk kubah, suatu sikap tabii dalam pandangan terhadap alam. Apakah mereka mempunyai sikap alami sebagai pegangan perseorangan, tidak diketahui.

Dengan keterangan di atas, anda dapat melihat bagaimana kacaunya konsep alam dalam kalangan umat Islam dalam zaman pertengahan dan bagaimana caranya ahli al-Haq menyelamatkan diri dengan licin dari kekacauan itu, manakala ahli zawahir bersama sebahagian besar dari masyarakat terlebih dalam kesukaran yang berterusan sampai kepada zaman moden seperti yang akan diterangkan.


Tiada ulasan: