(ASTRONOMI ISLAM TERSEMBUNYI)
OLEH USTAZ ABDULLAH NAKULA KELANTAN
(GURU KU, AHLI SUFI, DAN TOKOH SEJARAH DUNIA HEBAT
YANG TERSEMBUNYI)
BAHAGIAN 2 : FASAL 1 (C)
ALAM AL-MULK YANG TIDAK TERBATAS.
Tidak mustahil di sebelah sana alam
teleskop ini terdapat lagi galaksi-galaksi atau kumpulan galaksi yang tidak
sampai lagi cahayanya kepada kita dan dibandingkan dengan menjadikan dimensi
teleskop ini sebagai suatu alam kecil pula. 35
Untuk mentafsirkan alam yang berada
dalam serba kemungkinan itu, ahli-ahli sains sekarang nampaknya cenderung kembali
ke arah menghidupkan semula pendapat C.V.L Charlie (1862- 1934) seorang ahli
astronomi moden, yang dikemukakannya dalam tahun 1908. Charlie hampir benar
dalam pendapatnya bahawa alam semesta adalah terdiri dari sistem yang makin
bertambah dimensinya. Bintang membentuk gugusan. Gugusan membentuk galaksi,
galaksi membentuk kumpulan, dan kumpulan membentuk suatu meta galaksi (dua
tingkat terakhir dalam urutan ini
tidak diketahui dalam zaman Charlie.
Seterusnya menurut Charlie, sistem itu mestilah terus menerus makin membesar
hingga kepada tidak terbatas. Hannes Alfven dalam tahun 1966 menambah lagi di
atas bentuk ini, iaitu di sana boleh jadi banyak pula meta galaksi yang lain
dari kepunyaan kita bersama membentuk suatu sistem yang lebih besar yang diistilahkannya
dengan tera galaksi. 36 Sejumlah besar dari tera galaksi membentuk pula suatu
sistem yang lebih besar dan begitulah seterusnya Ad Infinitum ertinya kepada
tidak terbatas.
Kedua-dua pendapat di atas adalah
berdasarkan bahawa seluruh semesta sampai kepada tidak terbatas tidak lain
daripada merupakan biji-biji planet dan bintang yang bergabung pada kumpulan
yang makin membesar dimensinya. Pendapat hasil dari akal ini dibangunkan atas
asas yang bersifat wahami belaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan