Catatan Popular

Selasa, 4 Ogos 2015

PENCEMARAN TAUHID KITA (8) : JAMAPI-JAMPI YANG TIDAK DIFAHAMI



Sesuatu yang rapat berkaitan dengan penggunaan tangkal ialah mempercayai jampi-jampian. Dalam perbincangan sebelumnya, kita telah menyentuh perihal menggunakan tangkal yang dijampi dengan ayat al-Qur’an atau zikir-zikir. Dalam perbincangan ini, kita akan menyentuh berkenaan jampi-jampian secara umum.

Terdapat tiga buah hadis yang perlu kita kaji untuk memahami hukum jampi-jampian dalam Islam:

Hadis Pertama:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
 إِنَّ
Sesungguhnya jampi-jampian, tangkal dan permainan sihir adalah syirik.

 Hadis Kedua:
Auf bin Malik al-Asyja‘iy radhiallahu 'anh berkata: Kami di zaman Jahiliyyah mempraktikkan jampi-jampian. Maka kami bertanya: “Ya Rasulullah, apakah pendapat anda tentang hal ini?” Rasulullah menjawab:


Tunjukkan kepada aku jampi-jampian kamu. Tidak mengapa dengan jampi-jampian yang di dalamnya tidak mengandungi syirik.

  
Hadis Ketiga:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
  
Akan memasuki syurga tanpa hisab tujuh puluh ribu daripada kalangan umatku, mereka ialah orang-orang yang tidak meminta jampi-jampian, tidak mempercayai nasib baik atau buruk pada arah penerbangan burung dan kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal.

Gandingan di antara ketiga-tiga hadis di atas menunjukkan bahawa:

Berdasarkan Hadis Pertama:
Hukum asal bagi jampi-jampian adalah tidak boleh. Ini kerana kebanyakan jampi-jampian mengandungi unsur syirik seperti meminta pertolongan atau pengagungan kepada benda-benda, jin dan sesama makhluk.

Berdasarkan Hadis Kedua:
Pengecualian diberikan kepada jampi-jampian yang secara pasti tidak mengandungi unsur syirik. Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata:

Dan sesungguhnya telah sepakat para ulama’ atas kebolehan jampi-jampian, kesepakatan ini adalah berdasarkan 3 syarat: (1) Bahawasanya ia adalah dengan Kalam Allah Ta‘ala atau Nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya, (2) Dan (ia adalah) dengan bahasa Arab atau dengan apa yang dikenali maknanya, jika ia dari selain (bahasa Arab), (3) Dan bahawasanya dia berkeyakinan bahawa jampi-jampian tersebut, bukanlah ia yang berpengaruh, tetapi yang berpengaruh adalah Allah Ta‘ala.

Daripada tiga syarat yang dikemukakan, boleh dikatakan yang terpenting adalah syarat kedua, iaitu hendaklah jampi-jampian tersebut benar-benar difahami kandungannya supaya terjamin secara pasti bahawa ia bersih dari sebarang unsur syirik. Ibn Taimiyah rahimahullah (728H) menulis:

Sesungguhnya orang-orang musyrik adalah mereka yang membaca mentera-mentera, dan al-Thalasim[ dan jampi-jampian dengan apa yang di dalamnya terdapat penyembahan dan pengagungan kepada makhluk jin. Dan umumnya apa yang berada di tangan manusia dari mentera-mentera, al-Thalasim dan jampi-jampian, adalah yang tidak difahami dalam bahasa Arab, di dalamnya terdapat apa yang berunsur syirik dengan makhluk jin.

Oleh kerana inilah para ulama’ Islam melarang jampi-jampian yang tidak difahami maknanya, kerana diduga kuat ia (mengandungi) unsur syirik, sekalipun jika yang menjampinya tidak mengetahui bahawa ia adalah kemusyrikan.[

Justeru hendaklah kita waspada dan hati-hati akan kalimah-kalimah yang digunakan sebagai jampi. Kebanyakan penjampi membaca jampi-jampian mereka secara pantas dan sembunyi-sembunyi. Mereka enggan memperdengarkan apa yang mereka bacakan. Jampi-jampi tersebut kedengaran seolah-olah dalam bahasa Arab atau seolah-olah seperti ayat al-Qur’an.

Ada juga sesetengah penjampi memulai jampi mereka dengan ayat Qur‘an yang kita kenali, seperti bacaan Basmalah atau surah al-Fatiha, tetapi kemudian ia diikuti dengan bacaan yang tidak dikenali lagi. Ini semua tidak cukup untuk dijadikan kepastian bahawa keseluruhan jampi-jampian tersebut adalah bersih dari unsur syirik. Malah kemungkinan besar memulakan jampi-jampian dengan ayat al-Qur’an hanyalah untuk memberi keyakinan palsu kepada orang bahawa dia sebenarnya berjampi dengan sesuatu yang bersih dari unsur syirik. Padahal hakikat yang sebenar adalah di sebaliknya.
 aka langkah sepatutnya adalah meminta daripada penjampi tersebut agar dia memperdengarkan kalimah-kalimah jampinya satu persatu. Jika dia enggan atau kita masih ragu-ragu, tinggalkanlah penjampi tersebut sekalipun hati kita berbisik: Ahh, tak apa agaknya, pasti OK. Ini kerana ia melibatkan antara urusan tauhid dan syirik, syurga dan neraka. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan (yakni menyakinkan).
 
Berdasarkan Hadis Ketiga:
Sikap yang terbaik ialah tidak meminta mahupun mengamalkan apa-apa jampi-jampian kecuali daripada apa yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana sekalipun telah diusahakan agar jampi-jampian tersebut bebas daripada unsur syirik, kepastian 100% tetap tidak dapat dijamin. Berbeza dengan jampi-jampian yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia secara pasti 100% bebas daripada unsur syirik. Malah jampi-jampian daripada Rasulullah adalah jauh lebih baik kerana ia bersifat menyeluruh, padat dan tepat. Lebih dari itu ia dapat diamalkan oleh setiap individu tanpa perlu bertandang ke mana-mana tukang jampi. Jampi-jampian ini banyak disenaraikan dalam buku-buku yang memuatkan doa-doa serta zikir-zikir Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Hanya sahaja pastikan hadis-hadis dalam buku tersebut dinyatakan sumbernya dan dinilai darjatnya.
  

Tiada ulasan: