(ASTRONOMI ISLAM TERSEMBUNYI)
OLEH USTAZ ABDULLAH NAKULA KELANTAN
(GURU KU, AHLI SUFI, DAN TOKOH SEJARAH DUNIA HEBAT
YANG TERSEMBUNYI)
Garisan-garisan Kasar Kandungan.
Sebelum dari melangkah ke dalam kandungan buku ini, baik juga diterangkan
garisan-garisan kasarnya supaya tergambarlah dulu dalam fikiran suatu bingkisan
dari apa yang akan dibincangkan dengan agak lebar nanti. Buku ini dipecahkan
kepadadua bahagian:
BAHAGIAN 1: Dengan tajuk "Betulkah atau salah alam yang anda
faham?",
merupakan suatu latar belakang
huraian buku ini, di dalamnya digariskan dengan singkat sejarah konsep umat
Islam mengenai alam dan sejauh mana hubungan konsep ini dengan ajaran Islam,
tujuan bahagian ini untuk menarik perhatian para pembaca supaya meninjau
kembali pengertian mereka mengenai alam sekarang. Benar atau salah, dan kalau
salah, dari manakah mulanya dating kesalahan ini dan apakah faktor-faktornya.
Bahagian ini dipisahkan menjadi tiga fasal dengan tajuk-tajuk sebagai berikut:
Fasal 1: Sikap alami dalam zaman permulaan.
Menggambarkan konsep asal umat Islam
mengenai alam dan zaman permulaan dan cara mendapatkannya.
Fasal 2: Pengaruh sistem Ptolemy dalam zaman pertengahan.
Di sini dibicarakan tentang
permulaan rosaknya konsep asal umat Islam itu kerana masuknya pengaruh-pengaruh
asing terutama pengaruh ajaran Ptolemy itu yang berkekalan dalam zaman yang
paling lama hingga akhir abad 19 dan sisa-sisanya masih berlanjutan hingga
sekarang. Dalam zaman ini, yang merupakan zaman pertengahan, ternyata betapa
tersisihnya orang-orang yang berpegang padakonsep asal dari masyarakat umum dan
mahu tidak mahu, kerana takut terjadi fitnah, lalu mereka menuruti arus
pendapat masyarakat.
Fasal 3: Pengaruh astronomi dan kosmologi moden dalam zaman moden.
BAHAGIAN 2: Bagaimana Sebenarnya Bentuk Alam Anda?,
Menggambarkan kerosakan konsep umat
Islam mengenai alam dalam zaman pertengahan itu bukan dibetulkan semula oleh
penemuan-penemuan dan teori-teori moden berkaitan dengan alam. Malah dirosakkan
pula dengan cara yang tiada disedari dalam bentuk yang lain.
Bahagian ini merupakan apa yang
hendak diterangkan dengan sebenarnya dalam buku ini. Penerangan mengenai ini
memakan ruangan yang agak lanjut, sebab itu terpaksa disingkatkan menjadi tujuh
fasal dengan tajuk-tajuk sebagai berikut:
Fasal 1: Alam Muluk.
Di dalamnya diterangkan batas alam
yang dapat dicapai oleh ahli-ahli sains dan bertolak dari sini kita menerangkan
tentang alam-alam yang tiada dapat dicapai lagi oleh alat-alat sains. Hanya
boleh didapati menerusi sumber-sumber agama. Tetapi dibicarakan setakat alam
muluk sahaja.
Fasal 2: Alam Barzakh.
i. Buminya. Huraian
mengenai alam tersebut diteruskan dengan membicarakan pula mengenai suatu kuasa
alam yang lebih tinggi dan lebih luas daripada alam muluk. Kawasan ini dinamakan
alam barzakh. Di sini dibincangkan mengenai tujuh lapis langit dan tujuh lapis
bumi, yang semuanya merupakan suatu bulatan yang dinamakan pula dengan al-ardh,
ertinya bumi.
Fasal 3: Alam Barzakh.
ii. Langitnya. Kalau alam
barzakh ada bahagian buminya, seperti yang diterangkan di atas, tentulah ia
mempunyai pula bahagian as-samawat atau langit-langitnya. Suatu kawasan yang
lebih tinggi dari bumi itu. Mengenai ini dibincangkan dengan agak lanjut di
dalam fasal ini. Batasan alam ini berakhir dengan suatu lingkaran alam yang
dinamakan "Jannatul Firdaus Al-
'Ala "
Fasal 4: Alam Malakut Al-'Ala:
i. Dari Arasy Al-Majid hingga Arasy Al-Karim membincangkan tentang alam yang
lebih tinggi dan lebih luas daripada alam barzakh dan dinamakan Alam Malakut
Al-'Ala, suatu alam yang seluruhnya merupakan syurga-syurga dan batasnya
berakhir dengan bulatan Arasy Al-Karim.
Fasal 5: Alam Malakut Al-'Ala:
ii. Dari Arasy Al-Karim hingga Arasy Al-Azim, membicarakan tentang Alam Malakut
Al-'Ala yang lebih tinggi dan lebih luas, juga alam ini seluruhnya merupakan
syurga-syurga dan batasnya berakhir dengan Arasy Al-Azim, batas alam yang
berakhir dan paling besar di dalamnya terkandung segala alam, hingga tamatlah
pembicaraan mengenai alam yang ada dimensi-dimensi panjang, lebar dan dalam.
Fasal 6: Kanzul Mukhfi. Mengemukakan pembicaraan singkat mengenai alam ketuhanan yang membincangkan tentang Allah sebagai sumber
bagi alam seluruhnya.
Fasal 7: penutup.
Menerangkan kesimpulan dari seluruh keterangan di atas.
Metode-metode mendapatkan
fakta-fakta. Ketika membaca buku ini, akan ditemui banyak fakta baru berhubung
dengan alam yang mungkin anda tiada pernah menemuinya. Sebahagian dari fakta
itu disebut rujukannya manakala sebahagian lagi dihuraikan begitu sahaja tanpa
menyebut rujukannya, seolah-olah penulis tiada mempunyai amanah dalam pemaparan
fakta-fakta yang
memerlukan saksi-saksi. Ditakuti hal
ini menimbulkan tanda-tanya dan prasangka dari para pembaca, terpaksalah
penulis menerangkan cara-cara mendapatkan fakta-fakta itu. Ada dua cara penting
yang dapat dituliskan di sini:
1. Ada di antara
penulis-penulis Islam sekarang, bila hendak menggambarkan pentingnya memahami alam atas dan alam bawah untuk
meyakini betapa besarnya kekuasaan tuhan,, mereka mengemukakan suatu ayat yang
dipetiknya demikian:
Mereka membuang bahagian kepala ayat
ini yang berbunyi:
Tetapi metode penulis untuk memahami
alam atas dan alam bawah itu adalah dengan
mengutamakan bahagian kepala ayat yang dilupakan itu kemudian barulah
penulis memakai sambungan:
Jadi, ayat itu sepenuhnya berbunyi
demikian (Surah Ali Imran: 191):
Ertinya: (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan
mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring
mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
2. Mengumpulkan fakta-fakta yang
bersumber dari alam atas iaitu Al-Quran, hadis-hadis, juga kata-kata ulama
salaf yang hanya tinggal sebagai yang tersembunyi di sana, sampai dalam kitab-
kitab kuno dan seterusnya kata-kata ahli arifin pada zaman-zaman kemudian yang
masih abadi dalam kitab-kitab mereka dan lain-lainnya. Kemudian fakta yang
telah disimpulkan ini disesuaikan antara satu sama lain seperti dalam permainan
jigsaw puzzle dengan pedoman yang telah
didapati dari metode yang pertama di atas. Juga mana-mana fakta yang sukar ditemui
atau telah hilang sambungannya, disimen
semula dengan apa yang didapati dari metode yang pertama itu hingga ia bertemu
dan bersambung kembali. Dengan ini lahirlah suatu bentuk alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan