Catatan Popular

Ahad, 16 Ogos 2015

NOVEL ALLAH HANYA PADA NAMA SIRI 4 (NOVEL HAKIKAT)


"Assalamualaikumm.."

"Assalamualaikumm.. Mat ohh Mat.." sahut Boy sambil ketuk pintu.

"Waalaikumussalam.." jawab ibu Mat dari dalam sambil membuka pintu rumahnya.

"Selamat pagi mak cik. Mat ada tak?" tanya Boy.

"Selamat pagi juga Boy. Matnya ada di dalam. Masuklah dulu.." sahut ibu mat.

"Eh takpela mak cik. Saya tunggu kat sini je.." jawab Boy.

"Gak enaklah kalo tetangga ibu lihat kamu berdiri di sini. Kamu kan tetamu ibuk, wajarlah ibuk pelawa kamu masuk.." sahut ibu mat.

"Emm, kalau mak cik dah cakap macam tu, baiklah.." sahut boy.

"Buat macam rumah sendiri aja boy. Sebentar yaa ibuk panggil mat dikamarnya dulu.." sahut ibu mat.

"Okay mak cik.." jawab Boy sambil tersenyum.

Ketika boy duduk di sofa, dia melihat keadaan sekeliling ruang tamu yang dipenuhi dengan frame gambar keluarga Mat. Ada di atas tv, ada yang kat tepi almari dan ada juga di tepi tingkap. Mungkin itu semua gambar semasa mat berada di kampungnya dulu.

Boy pun bangun dari sofa dan melihat satu persatu gambar itu di dinding. Penglihatan matanya beralih dari satu gambar ke satu gambar, menunjukkan agak banyak jugak gambar-gambar yang melekat didinding itu.

Sedang Boy mengalihkan pandangannya terhadap gambar tersebut, ada satu gambar yang dia rasa berlainan. Dia tertanya-tanya, gerangan siapakah yang berada didalam gambar tersebut. Boy merenung agak lama juga. Mungkin gambar arwah ayahnya atau pakciknya kot. Bisik hatinya.

"Itu foto guruku.." sahut Mat dengan tiba-tiba muncul dari belakang.

Boy dengan keadaan yang agak terperanjat sedikit menolehkan badannya kebelakang.

Boy: "Kau ni mat, buat aku terkejut je.."

Mat: "Kaget yaa boy? Hehe. Assalamualaikumm.."

Boy: "Terkejut tau tak. Waalaikumussalam.."

Mat: "Udah lama kamu nungguin aku? Maaf yaa aku baru saja pas solat"

"Takdelah lama sangat aku tunggu kau.." sahut boy.

"Kau solat apa time-time macam ni? Tak pernah aku dengar lagi orang solat pukul 8.30 pagi.." sahut boy sambil melihat jam rolex ditangannya.

Mat: "Ya ampun boy, bener gak pernah dengar orang solat waktu beginian?"

*boy gelengkan kepala*
Mat: "Ini dinamakan solat sunat Dhuha.."

Boy: "Jadi apa kelebihannya solat sunat Dhuha ni?"

Mat: "Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, dimurahkan rejeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.."

Boy: "Yeke? Jadi apa doanya?"

Mat: "Bener, doanya begini, Ya Allah, jika rejeki masih di langit, turunkanlah, jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Boy: "Ohhhh. Baru aku tahu. Kau selalu ke solat sunat Dhuha ni?"

*mat anggukkan kepala*

Boy: "Pernah miss tak?"

*mat gelengkan kepala*

Boy: "Bagusnya kau ni Mat. Jadi kau selalu solat sunat ni berapa rakaat?"

Mat: "Gue selalu lakukan 2 rakaat. Kamu tahu gak apabila Rasulullah SAW melakukan solat ini, baginda pernah lakukan berapa banyak rakaat?"

Boy: "Berapa banyak?"

Mat: "Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat. Bahkan Rasulullah SAW juga pernah bersabda, sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampunkan dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan. Hadis ini daripada Abu Hurairah salah satu sahabat baginda. Abu Hurairah inilah sahabat Rasulullah yang paling banyak menghafal hadis-hadis baginda selain daripada Abdullah bin Umar, Anas bin Malik, Abu Said al-Khudri, Jabir bin Abdillah, Abdullah bin Abbas atau para sahabat yang lainnya.."

Boy: "Ini macamlah Mat aku nak dengar.."

Mat: "Gue gak paham apa maksud loe?"

Boy: "Maksud aku, bila aku tanya sepatah, kau jawablah beribu patah perkataan biar aku faham. Macam soalan aku tadi, tengoklah kau jawab dah berapa patah perkataan. Lain kali kalau aku tanya sesuatu, kau jawablah lagi macam ni eh?"

Mat: "Loe ni boy, ada ada saja. Haha.."

Boy: "Kau dah sarapan belum?"

Mat: "Belom lagi.."

Boy: "Jom sarapan dekat warung pak din. Aku belanja.."

Mat: "Ahh kamu ini. Ngerepotin aja. Aku ada wang sendiri.."

Boy: "Tak baik tolak rezeki. Mungkin ini berkat rezeki kau setelah kau solat sunat Dhuha tadi.."

Mat: "Emmm, gimana yaa..."

Boy: "Kau takyah nak sebut gimana yaa, gimana yaa, aku pelangkung jugak kepala kau kejap lagi. Dah jom pergi warung pak din.."

Mat: "Bentar yaa gue mau ke dapur dulu.."

Boy: "Buat apa?"

Mat: "Mau mintak ijin dari ibuku sebelum aku keluar rumah.."

Boy: "Baiklah. Aku tunggu kau kat luar.."

Mat: "Sipppp!!!"

Boy: "Sippp???"

Mat: "Maksudnya okayy.."

**

Setelah meminta kebenaran kepada ibunya mahu keluar rumah bersama boy, ibunya pun membenarkan. Mat menuju ke pintu rumahnya, tetapi sebelum dia melangkahkan kakinya diluar rumah, dia membaca ayat Kursiyy dan selawat 3 kali ke atas baginda Rasulullah.

Selepas dia membaca ayat tersebut dan selawat, mat pun keluar. Yang anehnya, ketika mat berada diluar rumahnya, dia tidak nampak pun kelibat boy.

"Mana si boy ini yaa? Apa mungkin boy udah duluan ke warung pak din?" bisik hatinya.

"Toonnnn!! Toonnnn!!!"

Mat terperanjat apabila terdengar suara yang agak memekakkan itu. Dia mencari daripada mana datangnya suara itu. Mat menoleh ke kanan dan ke kiri namun tiada satu pun kelibat boy.

Setelah mat memerhatikan disekitarnya, dia nampak ada tangan yang sedang melambai-lambai kepadanya. Rupa-rupanya bunyi itu adalah hon yang datangnya dari kereta boy. Mat menuju ke kereta itu dan terus membuka pintu kereta.

"Hahahaha" boy gelak.

"Kenapa loe ketawa?" tanya mat sambil duduk disebelah boy.

"Takdelah, masa tadi tu aku perhatikan kau dalam kereta. Kenapa? Kau cari aku ke? Aku nampak kau terkejut masa aku hon tadi. Takyah tipu. hahaha." sahut boy sambil ketawa.

Mat: "Yaa gue nyari loe. Gue pikirin loe udah duluan ke warung pak din. Rupanya loe didalam kereta.."

Tanpa membuang masa, boy pun memandukan keretanya menuju ke warung pak din sambil tertawa tak henti-henti.

**

Tibanya mereka diwarung pak din..

"Assalamualaikum pak din.." sahut Boy.

"Waalaikumussalam.." jawab pak din yang ketika itu sedang menyapu di sekitar warungnya.

Pak Din: "Wahh bergaya sungguh pak din tengok kamu ni Boy.."

Boy: "Apa yang bergayanya pak din? Saya rasa sama je.."

Pak Din: "Yelahh, hari ini kamu bawa kereta, selalunya kamu kan bawa motor pergi warung pak din. Ini kalau anak-anak gadis tengok kamu, confirm sangkut.."

Boy: "Saya sebenarnya tergerak hati nak bawa kereta harini. Hahaha, pak din dah lari topik ni. Siapalah nak kat saya ni pak din oii."

Pak Din: "Acehh cehh dah mula lah tu nak rendahkan diri.."

Boy: "Haihh pak din ni, berborak sampai lupa nak suruh kami duduk, penatlah kami asyik berdiri je kat sini.."

Pak Din: "Maaf, maaf. Silakan duduk. By the way, daripada mana nak ke mana kamu berdua ni?"

Boy: "By the way lah eh mulut pak din. Hihi, sebenarnya saya dari rumah mat. Kisahnya nak pergi pondok si man gila tu tapi kami berdua singgah sini dulu sebab perut kami kosong.."

Pak Din: "Ohhh macam tu. Okaylah, kamu berdua nak order apa?"

"Saya nak order nasi lemak ayam goreng. Airnya sirap bandung. Kau nak makan apa mat? Orderlah.." sahut boy sambil duduk.
Mat: "Gue minta sama macam loe minta.Tapi airnya teh tarik.."

Boy: "Okay. Hah pak din, nasi lemak ayam goreng dua, sirap bandung satu dengan teh tarik satu. Laksanakan dengan pantas!"

Pak Din: "Amboi kamu ni boy.."

Boy: "Haha, takdelah pak din. Saya bergurau je.."

Pak Din: "Pak din tahu kamu bergurau. Okaylah pak din pergi buat makanan kamu berdua.."

Boy: "Baik pak din.."

Setelah pak din menuju ke dapurnya untuk membuat makanan mereka berdua, masa yang agak tepat untuk boy menanyakan sesuatu kepada mat.

"Wehh mat, aku nak tanya kau sesuatu.." sahut boy.

"Kedengarannya agak penting aja. Tanyalah. Opo?" tanya mat.

"Kau sebenarnya nak pergi pondok man gila tu ada apa?" tanya boy.

"Lohh, semalam udah nanya, hari ini nanya lagi. Kan udah gue bilang, mau lihat keadaan man.." jawab mat.

"Kau jangan nak tipu aku, kau mesti ada 'tujuan' lain sebenarnya kan nak jumpa man?" tanya boy lagi.

Mat: "Nanti loe juga akan tahu. Bahkan firasat gue kuat mengatakan kita kesana bukan dua orang, tetapi tiga orang.."

Boy: "Tiga orang????"

Mat: "Yaa tiga orang.."

Boy: "Siapa lagi seorang???"

Sedang mereka berbual, datang suatu suara dari arah belakang mereka dengan berkata.. "Assalamualaikummm.."

"Panjang umurnya. Itu orangnya udah nyampai. Coba kamu lihat orangnya.." sahut mat tanpa menoleh ke belakang.

Boy pun menolehkan badannya ke belakang untuk melihat siapakah orang yang dimaksudkan itu.

Ketika boy memusingkan badannya, dia melihat orang yang dimaksudkan itu adalah...

"Hj Dolah???" bisik hati boy.

"Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh.." jawab mat sambil menolehkan badannya ke belakang.

"Pak Haji mau ke mana?" mat saje tanya padahal dia dah tahu.

"Pak cik mahu ke pondok si Man gila itu.." jawab Hj Dolah.

"Buat apa mau ke sana?" tanya mat lagi.

"Ada hal yang pak cik ingin bertemu kepadanya.." jawab Hj Dolah.

"Ohh ada hal. Kalo begitu, saing aja sama kami pak, kami pun ingin ke sana sebentar lagi habis sarapan.." sahut Mat.

"Pak Haji dari mana? Duduklah pak haji. Eh lupa. Waalaikumussalam.." sahut boy.

"Kamu berdua nak ke sana jugak ke?" tanya Hj Dolah sambil menarik kerusi dan duduk.

Mat: "Iyaa pak. Kami mau kesana jugak.."

Hj Dolah: "Buat apa nak pergi pondok man?"

Mat: "Saje mau lihat keadaannya gimana.."

Boy: "Pak Hj tak jawab pun soalan saya.."

Pak Hj: "Haha lupa, pak cik dari rumah, pak cik ingat nak kena secawan kopi dulu kat sini. Lepas dah kena kopi baru nak pergi sana.."

Boy: "Ohh macam tu. Orderlah pak cik. Tu pak din nak datang sini.."

"Ini kali pak din buat special untuk kamu. Makanlah penuh dengan nikmat yaa!" sahut pak din sambil menghidangkan makanan dan minuman di atas meja.

Boy: "Cantiklah! Memang masa yang nicee. Perut aku pun dah lapar.."

"Pak Haji pun ada jugak? Dari mana nak ke mana pak haji?" tanya pak din.

Pak Haji: "Saya dari rumah nak ke pondok si man gila tu. Jadi saya singgah sini dulu.."

*Jemput makan pakcik pakcik sekalian* sahut boy

"Jemput bismillahh.."jawab pak din dan hj dolah.

Pak Din: "Amboi, bukan main ramai lagi nak kesana. Ada apa dekat pondok man gila tu? Macam ada mesyuarat je?"

Pak Hj: "Haha, takde apa. Cuma nak jengok-jengok si dia tu je. Lagi pun saya ni kan ketua kampung dekat sini, tak salah kalau saya lawat dia.."

Pak Din: "Yelah tu pak hj. Nak order apa ni?"

Pak Hj: "Macam biasalah. Kopi dengan air suam.."

Pak Din: "Makan?"

Pak Hj: "Saya dah makan tadi dekat rumah.."

Pak Din: "Okaylah. Saya pergi buat kopi dulu yaa.."

Pak Hj: "Baiklah.."

"Kamu berdua dari mana?" tanya Hj Dolah.

"Saya dari rumah mat. Lepastu kami singgah sini.." jawab boy sambil menguyah-ngunyah nasinya.

"Ohh. Sebenarnya pak cik dah tahu kamu dari rumah mat.." sahut Hj Dolah.

"Mana pak cik tahu saya dari rumah mat?" tanya boy.

"Masa kamu pergi rumah mat, pak cik ada tengok dekat tingkap. Bukan main lagi eh kamu bawak kereta.." sahut Hj Dolah.

"Haha patutlah. Bukan apa pak cik, saya tergerak hati nak bawak kereta saya.." sahut boy.

"Macam tu. Kamu makanlah dulu. Kang tercekik baru tahu.." sahut Hj Dolah.

**

Setelah mereka habis makan, mereka pun ingin meneruskan niat mereka untuk pergi ke pondok man gila. Nak diringkaskan cerita, mereka pun tiba di pondok tersebut.

Setelah sampai tempat yang mereka hajatkan, boy memarkingkan keretanya dengan selamat dan mematikan enjin keretanya. Mereka bertiga keluar dari kereta tersebut dan melihat suasana di kawasan pondok itu.

Pondok man gila itu memang terlalu usang dan terletak di suatu kawasan yang terpinggir dari kampung maksudnya di hujung kampung tersebut. Jika berjalan kaki ingin menuju ke pondok man dari warung pak din, kira-kira 25 minit baru sampai.

Dengan kawasan yang sunyi sepi, tiada tiang TNB (tiang lampu), dikelilingi pokok-pokok tinggi dan tiada satu orang pun yang tinggal disitu melainkan man gila. Mereka bertiga mengatur kaki menuju ke pondok tersebut

"Assalamualaikum.."

"Assalamualaikum. Mann ohhh mann.."

"Macam takde orang je?" sahut boy.

"Coba kamu beri salam lagi sekali.." seru mat.

"Assalamualaikum.."

"Memang takde orang. Takde rezekilah kita pagi ni nak jumpa man.." sahut boy.

"Macam mana sekarang ni?" tanya boy kepada Hj Dolah dan Mat.

"Kalo gak ada orang, yaa udahh kita pulang aja. Besokkan masih ada.." jawab mat.

"Kalau kau dah cakap macam tu, okaylah. Jom kita balik.." sahut boy.

Niat mereka kini agak menghampakan. Mereka buat keputusan untuk kembali ke rumah sambil melangkahkan kakinya ke kereta boy. Mereka pun membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Sedang boy ingin menghidupkan enjin keretanya, Pak Hj bersuara...

"Itu man!!!" sahut Hj Dolah.

Boy dan Mat memalingkan wajahnya ke pondok tersebut. Memang benar, didepan pintu itu adalah man gila sambil memeluk kucingnya.

"Hah tu Man! Mati-mati aku ingat takde orang.." sahut boy.

Mereka bertiga membuka pintu kereta dan menuju terus ke pondok itu semula.

"Aku ingat kau keluar.." sahut boy sambil berjalan ke pondok itu.

"Waalaikumussalam warahmatullah.." jawab man.

"Aku ada dekat dalam dari tadi. Jemput masuk semua.." sahut man gila.

Dengan tak banyak suara, mereka bertiga menanggalkan seliparnya, lalu melangkahkan kakinya menuju ke dalam pondok tersebut melalui anak tangga. Setelah mereka bertiga masuk, mereka pun bersila. Boy, mat dan Hj Dolah memerhatikan keadaan di dalam pondok man gila itu.

Apa yang dilihat hanyalah 2 kain sarung, songkok, tasbih dan al-Quran diatas sejadahnya. Selain dari itu hanyalah ada air mineral botol besar, lilin dan sebuah laci kecil. Itulah yang ada di dalam pondok man gila. Sebutir nasi ataupun dari segi sumber makanan tiada langsung.

"Ada apa kamu semua datang ke sini?" tanya man sambil membelai kucing diatas pehanya.

"Kami datang ke sini mau lihat keadaan kamu. Gimana keadaan kamu hari ini?" tanya mat.

"Alhamdulillah.." Jawab man.

"Apa kamu udah makan?" tanya mat.

"Aku tak makan pun boleh.." jawab man.

Hj Dolah dan boy hanya dapat pasang telinga perbualan antara Ahmad (mat) dan Aiman (man).

"Aku tahu engkau datang dari keluarga yang baik. Berapakah usiamu wahai pemuda?" tanya man.

"Usiaku kini 22 tahun.." jawab mat.

"Sungguh panjang lagi perjalananmu.." sahut man.

"Perjalananku akan terhenti apabila Izrael datang menjemputku.." mat saje cakap macam ni.

"Sesungguhnya kematian itu hanyalah sementara wahai pemuda.." sahut man.

Boy memotong perbualan antara mat dan man dengan seraya bertanya, "Aku ada soalan, soalan ni tergantung dalam fikiran aku.."

Man Gila: "Soalan apakah yang hendak engkau nyatakan?"

Boy: "Yang pasal tadi malam, masa kau terbongkok-bongkok di bawah tiang lampu tu sambil kau kata 'mencari sesuatu ditempat yang terang'. Apa maksud perbuatan kau tu?"

Man Gila: "Allah, Muhammad, Adam,
Allah, Muhammad, Insan,
Tanah, Air, Api, Angin
Wujud, Ilmu, Nur, Syuhud
Nafas, Nufus, Tanafas, Ampas,
Iman, Islam, Tauhid, Makrifat.."

Boy: "Aku tak faham.."

Man Gila: "Dalam rahsia ada rahsia. Rahsia berada di dalam bukan di luar diri. Dalam hati tempat rahsia. Rahsia di dalam hati. Cari rahsia dalam rahsia. Cari rahsia dalam hati. Kunci rahsia dalam rahsia. Cari rahsia di dalam hati.

Boy: "Aku masih lagi tak faham. Terangkan lagi. Maaflah aku dalam bab ni jahil sikit.."

"Carilah rahsia itu di dalam rahsia. Rahsia tetap rahsia boy sebab disini 'gelanggang' orang ramai.." sahut mat.

*boy buat muka blurr*

Hj Dolah: "Macam mana nak berubah?"

"Kena berperang dulu.." jawab Man Gila.

Hj Dolah: "Berperang???"

Man Gila: "Maksudnya bukan berperang mengangkat senjata.."

Hj Dolah: "Habistu?"

Man Gila: "Untuk mencapai kesatuan denganNya harus menempuh ujian yang berliku-liku dan berat. Rasulullah saja yatim piatu semasa mula melihat dunia. Kemudian bapa saudaranya Abu Talib meninggal disusuli isterinya Khadijah. Anak-anak lelakinya juga. Bayangkan kalau kita ditimpa sebegitu. Kuatkah diri ini untuk menghadapinya? Untuk menjadi 'sempurna' harus merasakan semua. Pahit manis, suka duka, sakit seksa! Barulah melengkapi."

Hj Dolah: "Aku berdoa agar Dia tidak mengujiku seberatnya hingga tak mampu aku pikul.."

Man Gila: "Mana boleh engkau capai dengan cuma-cuma saja! Perjalanan kepadaNya seperti belayar di lautan api. Bahteramu seperti lilin layarnya seperti kertas. Berlengah bererti binasa. Kau tidak seharusnya berdoa tidak ditimpa ujian sebaliknya mestilah memohon agar diberikan kekuatan ketika diuji.."

Hj Dolah: "Aku tak faham.."

Man Gila: "Apabila kau sudah 'binasakan' dirimu dan menyatakanNya maka tiada lagi ujian. Takkanlah Allah menguji 'diriNya'? Yang berlaku padaku sekarang adalah 'gerak-bergerak' sebuah perjalanan yang dipanggil "HAYAT". Dalam mencapai kesatuan, jalan-jalan akan dipenuhi duri ranjau yang adakalanya boleh melukakanmu.."

Hj Dolah: "Itu yang aku tak sanggup untuk menghadapi. Minta-minta dipermudahkan setiap perjalananku.."

Man Gila: "Bagaimana untuk mudah bagimu sedangkan Rasulullah sendiri hari-hari seumur hidupnya diperlakukan dengan sehebatnya? Dilempar, difitnah malah 77 kali ke medan peperangan.."

Hj Dolah: "Musuh kita siapa?"

Man Gila: "Yang paling hampir denganmu.."

Hj Dolah: "Maksudnya?"

Man Gila: "Seperti Nabi Nuh dan Nabi Luth. Siapakah musuh yang paling hampir dengan mereka?"

Hj Dolah: "Anak dan isterinya.."

Man Gila: "Benar, musuh mereka anak dan isteri sendiri, beruntunglah kalau anak isterimu memahami, masyarakat malah saudara-saudaramu juga akan menjadi seteru. Musuh paling bahaya adalah diri kamu sendiri.."

Hj Dolah: "Hahhhh????"

Man Gila: "Jujur aku akui setiap hari aku berperang dengan diriku lebih seribu kali dan lebih sejuta kali aku tewas dan mati dalam tawanan. Nafsu 'lapar' saja telah membunuh berjuta-juta solehin dalam dunia ini! Kerana permainan gelecek "aku", "dia" dan "dirimu " akan mengelirukan hampir setiap masa. Ada dalam keberadaan atau ada dalam ketiadaan! Kau boleh saja memperkatakannya tapi bolehkah engkau menjalankannya?"

"Fuhhh sungguh deep ayat-ayat kau man.." boy menyelit..

Man Gila: "Peperangan yang lebih besar adalah peperangan melawan hawa nafsu sendiri seperti mana sabda Rasulullah "Kita baru kembali dari peperangan yang kecil dan peperangan yang lebih besar adalah didalam diri kita sendiri" lebih kurang macam tu bunyinya.Bermakna Hawa Nafsu.."

"Kalau tidak diuji, Iblis masih lagi Azazil dan duduk di syurga. Sepandai-pandai Nabi Adam yang diajar sendiri oleh Allah, tak ada pun dia tanya mengapa dia diuji. Setinggi Azazil tak ada pun dia tanya mengapa dia kena uji sampai jadi Iblis. Sepandai-pandai Nabi Adam pun kena tipu dengan Iblis. Selaknat-laknat Iblis pun tetap taat pada Dia. Akur dengan perintah sesatkan manusia. Bukankah semua itu sudah ditetapkan sejak Azali lagi? Bukankah semua itu kehendak Dia?"

Penciptaan Adam AS yang dikuasai oleh hakikat yang sempurna menyebabkan alam menjadi sempurna. Adam AS adalah pasak alam yang menstabilkan alam. Tanpa Adam AS neraka akan bergegar kerana tidak ada sesiapa yang akan masuk ke dalamnya. Apabila Adam AS diciptakan neraka menjadi tenteram kerana ia tahu haknya akan ditunaikan. Tanpa Adam AS, hakikat kenabian dan hakikat kewalian tidak akan ada kenyataan, tidak akan muncul nabi-nabi dan wali-wali ke dunia, maka tidak ada sesiapa mengenal Tuhan.

Mengalami suasana Hakikat Insan di dalam Perbendaharaan-Nya yang tersembunyi memakrifatkan hamba dengan Pentadbiran Tuhan ke atas makhluk-Nya, termasuklah manusia.."

Hj Dolah: "Banyak benda yang aku baru tahu. Sungguh luas ilmu pengetahuan kau man.."

Man Gila: "Ilmu Allah itu menyeluruh dan tiada penghujung umpama udara yang kita hirup. Ilmu adalah makanan akal. Penghujung akal adalah ajal.

Yang kita akan bawa bersama ajal adalah kecantikan akal yang membuahkan amal. Atau kecacatan akal dengan keburukan amal.

Segala ilmu ada pada akal, pelajaran itu hanyalah membuka pandangan akal. Ilmu bukannya barangan yang dipindah milik dari pengajar kepada pelajar. Ilmu itu adalah terbukanya hijab akal untuk memahami hakikat.."

Boy: "Aku ada pernah dengar satu cerita, tapi masa ni aku budak-budak lagi, dia ni lelaki tua dan berjiran di kampung aku dulu dekat johor bahru. Aku panggil dia dengan gelaran Tok Ngah. Dia datang menghampiri buaian halaman rumah aku, lepastu dia cerita macam ni..

"Masatu Tok Ngah pun baring di dahan besar yang melintang pohonnya bakau. Sedang hendak terlena, Tok Ngah terkejut mendengar alunan "Subhanallah!" berulang-kali dan amat merdu seakan-akan berbisik. Tok Ngah meninjau-ninjau sekeliling dan benarlah daun-daun pepohon renek yang ditiup angin itu yang berzikir, disambut pula oleh ombak yang bertakbir "Allahu Akbar!" menghempas pantai. Bunyinya garau mengharmonikan bisikan lembut tadi.

Degupan jantung Tok Ngah berdentum-dentum bagai rebana mengiringi alunan itu dan nafas bagai bersiul bertahmid.

Indahnya membuat Tok Ngah terlena dengan aman. Sedamai Jibril yang berulang-alik dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa terus ke langit ke tujuh.

Huuuuuu uuuu uuuu !!!!!!!!
Hu uuu uuuu uuuu !!!!!!!!
huuuuuu uuuu uuuu !!!!!!!!
uuuuuuuuuuuuuuu !!!!!!!!
uuuuuuuu uuuuuu !!!!!!!!"

"Habis je dia cerita dekat aku, dia pun balik ke rumahnya. Aku pun tak tahu dia masih hidup lagi ke tak sekarang ni. Apa pendapat korang dengan cerita ni?" tanya boy.

"Confirm tengah fana.." sahut Hj Dolah.

"Fana????" tanya boy.

"Mat kau jelaskan.." sahut Hj Dolah.


Tiada ulasan: