Catatan Popular

Ahad, 2 Ogos 2015

ALAM AL MULK (ALAM BENDA) : FASAL 1 (E) AL JABAL (GUNUNG) (ASTRONOMI ISLAM TERSEMBUNYI)



(ASTRONOMI ISLAM TERSEMBUNYI)

OLEH  USTAZ ABDULLAH NAKULA KELANTAN (GURU KU, AHLI SUFI, DAN TOKOH SEJARAH  DUNIA HEBAT  YANG TERSEMBUNYI)


BAHAGIAN 2 : FASAL 1 (E)


AL-JABAL (GUNUNG)

Di antara tiap-tiap satu bumi dan langit rendah tersebut ada lagi suatu lapisan alam yang perlu disebut di sini, diistilahkan dengan jabal ertinya gunung. Tentu anda akan merasa sukar hendak menerima pengertian kata-kata jabal dalam bentuk suatu lapisan alam, kerana selama ini anda mengetahui bahawa kata-kata ini menunjukkan kepada suatu benda yang amat besar tersergam tinggi di atas permukaan bumi.

Tetapi, namun demikian kata-kata dengan pengertian itu perlu di ketengahkan semula kerana ia adalah suatu kenyataan yang telah lama dilupakan. Kata-kata “AL JABAL” serupa juga dengan kata-kata AL ARD  atau AL SAMA’ tadi, suatu kata yang relatif, dari menunjukkan “GUNUNG” yang terpacak di muka bumi sampai kepada LAPISAN ALAM sekarang dan beberapa lapisan alam lagi seperti yang akan diterangkan.

AL JABAL (gunung) itu biasa disebut nama penuhnya dengan JABAL AL QAF ertinya ‘GUNUNG QAF’ dan dalam bahasa kita lebih terkenal dengan’BUKIT QAF’. Bila menyebut nama ini, biasanya orang segera teringat kepada pergunungan Causcasus yang terletak di sempadan Turki dan Rusia. Yang dimaksudkan di sini ialah gunung yang diberikan takrifnya oleh beberapa ulama salaf sebagai berikut:

Ertinya;”Gunung yang meliputi seluruh bumi”

JABAL AL QAF (Gunung qaf) ini merupakan suatu wadah

JABAL AL QAF ini merupakan suatu wadah bulat seperti bola, di dalamnya terletak suautu AL ARD (bumi), jadinya , untul SAB’U ARADIN (TUJUH BUMI) terdapat SAB’U JABAL AL QAF atau tujuh Gunung Qaf dan semuanya terdiri dari permata zamrud hijau.

Tanpa ragu-ragu, inilah JABAL AL QAF (Gunung Qaf) yang dimaksudkan oleh al Imam al Ghazali dengan kata :

Ertinya: Dan adalah dikatakan bahawa langit rendah jauh lebih putih daripada susu dan sebenarnya ia kelihatan berwarna hijau kerana hijaunya Gunung Qaf”


Gambaran langit yang kelihatan berwarna hijau  ini adalah salah satu bukti bahawa langit yang digambarkan itu bukanlah langit di atas kepala kita sekarang, kerana langit ini kelihatan berwarna biru.

Menimbang kepada akal manusia zaman purba yang kebanyakan memandang sesuatu dari sikap tabii, maka ulama salaf dan ahli al-Haq biasanya menggambarkan Jabal Qaf itu mereka menurunkan darjah konsep bumi dari suatu ilmu alam yang berkembang kepada “planet bumi tempat manusia tinggal sekarang”, kemudian menggambarkan pula menurut anggapan orang ramai bahawa planet bumi inikeadaannya “terhampar”

Dari sini mereka memberikan pengertian bahawa Jabal Qaf itu merupakan suatu banjaran gunung yang melingkungi beberapa permukaan bumi yang terhampar
sebagai suatu lingkaran. Manakala langit pula merupakan suatu benda transparensi yang melengkung sebagai AL QUBBAH (kubah) di antara Jabal Qaf tersebut.

Bila dipandang dari sikap alami, jelas bahawa Jabal Qaf itu bukanlah demikian. Ia merupakan suatu wadah bulat seperti yang telah diterangkan tadi. Dengan pengertian ini, kita dapat memahami mengapa dalam Al-Quran kata-kata Jabal kadang-kadang disebut sejajar dengan kata-kata AL SAMAWWAT DAN AL ARD

Tiada ulasan: