Mempercayai
Sesuatu Sebagai Dapat Membawa Nasib Yang Baik Atau Buruk.
Pada zaman
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, wujud kepercayaan bahawa
sesuatu benda atau peristiwa dapat mengakibatkan nasib yang baik atau buruk.
Salah satu daripadanya ialah apa yang digelar sebagai al-Tathayyur (التطير).
Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan perkara ini:
Asal
permulaan al-Tathayyur adalah orang-orang pada masa jahiliyyah
menggunakan burung sebagai sumber pedoman. Apabila salah seorang daripada
mereka keluar (dari rumah) untuk sesuatu urusan dan melihat burung terbang ke
arah kanan, maka dia merasa optimistik dan meneruskan urusannya. Akan tetapi
jika dia melihat burung terbang ke arah kiri, dia merasa pesimistik dan
berpatah balik.
Kepercayaan
seperti ini ditolak oleh Islam. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Tidak boleh menjangkitkan penyakit, tidak boleh
mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung, tidak boleh mempercayai
Hama
dan tidak boleh (mempercayai kecelakaan) pada bulan
Safar,
dan larilah kamu dari penyakit Kusta sebagaimana kamu
lari
dari seekor singa.
Tidak
sekadar itu, tetap mempercayai nasib baik atau buruk pada arah penerbangan
burung adalah satu bentuk kesyirikan. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam menegaskan:
Mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik,
mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik. (Baginda
mengulanginya tiga kali).
Kepercayaan
nasib baik atau buruk yang diakibatkan oleh sesuatu benda atau peristiwa masih
wujud sehingga sekarang ini, hanya dengan cara yang berbeza. Contohnya dalam
masyarakat Melayu, apabila sudah dimulakan satu perjalanan, tidak boleh
berpatah balik ke tempat bermula dan kemudian menyambung semula perjalanan.
Berpatah balik bererti menjemput nasib yang buruk dalam perjalanan yang bakal
disambung.
Terdapat
juga kepercayaan bahawa jika salah seorang ahli keluarga di dalam rumah
terlepas dari tangannya air yang sedang diminum sehingga pecah gelas tersebut,
bererti satu nasib yang buruk telah berlaku kepada salah seorang ahli keluarga
yang berada di luar rumah.
Demikian dua
contoh nasib yang buruk yang dipercayai oleh masyarakat Melayu. Kepercayaan
seperti ini juga berlaku di kalangan masyarakat bangsa lain dalam cara yang
berbeza-beza.
Selain
mempercayai nasib yang buruk (Bad luck) pada sesuatu benda atau
peristiwa, ada juga yang mempercayai nasib yang baik (Good luck) pada
sesuatu benda atau peristiwa. Ada di antara orang muslim yang memiliki pen, jam
tangan, cincin, hari atau nombor yang dianggap akan dapat membawa “Good
luck” kepada dirinya.
Sebagai
contoh, seorang muslim mungkin mempercayai jamnya sebagai sesuatu yang dapat
menjamin nasib yang baik bagi dirinya. Dia menggelarnya “This is my good luck watch”. Jika dia memakai jam
tersebut, dia merasa tenang dan optimistik kerana yakin nasib yang baik akan
sentiasa menyebelahinya pada hari tersebut. Sebaliknya jika dia tidak
memakainya, sama ada kerana lupa atau hilang, dia merasa gelisah dan pesimistik
kerana yakin nasib yang tidak baik akan menimpa dirinya.
Kepercayaan-kepercayaan
seperti ini wujud dalam bentuk dan cara yang berbeza, tetapi asasnya tetap sama
iaitu mempercayai nasib yang baik atau buruk terletak pada sesuatu benda atau
peristiwa. Semua ini boleh mencemari kemurnian tauhid seorang muslim.
Ini kerana
nasib yang baik atau buruk dan semua yang sudah, sedang dan akan berlaku telah
ditulis oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sejak awal. Allah berfirman:
Dan Dia (Allah) mengetahui apa yang ada di darat dan di laut;
dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya,
dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi
dan tidak gugur yang basah dan yang kering,
melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab
(Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
[al-An’aam 6:59]
Nasib yang
baik akan diperoleh oleh seorang muslim jika dia berusaha untuk mendapatkannya.
Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
[al-Rad 13:11]
Pada waktu
yang sama nasib yang buruk akan diperoleh oleh seorang muslim jika dia enggan
berusaha atau sengaja membiarkan dirinya ke arah keburukan:
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan
(atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan;
dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. [al-Syura
42:30]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan